Thursday, 18 September 2014

Doa Cari Barang Hilang

Image result for searchingPernah tak barang kita hilang? Puas cari tapi tak jumpa? Tak ingat mana letak? Hati cuak rasa nak mengamuk, nak menangis, nak hempas diri? Macam tu la kisah aku beberapa hari lepas, aku hilang ingatan jap. Aku tak ingat mana aku letak barang aku, benda penting pulak tu. Tak ada benda tu tak jadi warganegara Malaysia aku dibuatnya. Dengan rasa kecewa dan stres berpanjangan, aku pergi online cari doa untuk cari barang hilang. Kemudian, aku terjumpa satu doa yang baik dan doa itu dikatakan amalan para auliya dan solihin.
Doa itu ialah:

(Bismillah...) Ya Jami'an Naasi li yaumil la royba fiihi, ijma' alayya dhollati

Maksudnya: Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah daku dengan barang daku yang hilang itu.

Menurut Imam Nawawi, doa ini sangat bermanfaat dan barang yang dicari juga kembali dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita tak sangka.

Doa ni sebenarnya ada dalam versi panjang iaitu:

(Bismillah...) Allahumma innaka ta'lamu ayna dholatii wa ayna dhoolats, Allahumma yaa roddadh-dhollati wa yaa haadiyan minadh-dhollati wa yaa jami'an naasi li yaumil laa royba fiihi, ijma' alayya dhollati innaka 'ala kulli syay-in qodiir

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui di mana berada barangku yang hilang dan di mana ia telah hilang. Ya Allah, wahai Yang memberi petunjuk dari kesesatan, wahai Yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya, kumpulkanlah padaku barangku yang hilang. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas segala sesuatu.

Masa tengah cari barang yang hilang, terus ulang doa di atas. Kalau tak ingat versi yang panjang, bacalah versi yang pendek. Dalam masa yang sama, jangan lupa selawat. Tak sangka, masa tengah cari benda berharga tu, aku terjumpa balik benda lain yang hilang dua tahun lepas, jumpa kat bawah katil. Lepas tu, masa tengah sibuk mencari barulah aku ingat balik, possibility benda tu jatuh dalam kereta sangat tinggi. Bila cek balik, sesungguhnya, barang yang aku cari ada di situ.

Syukur tinggi melangit aku dibuatnya. Doa ni memang sangat mujarab. Yang penting, hati mesti percaya pada yang Satu. Bagi sesiapa yang hilang barang, amalkan doa ni.

@themagi2014
ruj: FB| akupenghibur.com|wpgetready.com

No comments:

Post a Comment