Salam Isnin untuk semua pengunjung MaGi hari ni! Hmm, aku kembali lagi untuk entri ke-2. Terlambat sikit dari jadual asal sebab aku dapat undangan dari DBP Kuching untuk pemerolehan karya kreatif. Jadi aku kena sediakan draf-draf cerpen untuk dikaji bersama. Sebelum aku terbabas ke topik yang lain, hari ni aku nak promote resepi corned beef yang terbaru, hasil usaha abah aku semalam. Bukan senang nak tengok abah aku masak, eksklusif~ Resepi ni senang je, abah aku buat inti, aku dan kakak memanipulasi inti tu jadi dish yang lain.
Okey, mari teruskan :)
Resepi Corned Beef Pawada
Bahan-bahan:
Cara memasak:
- Tumis bawang merah besar. Gunakan lemak yang berada di bahagian atas tin (untuk jimatkan penggunaan minyak masak)
- Masukkan cili.
- Masukkan cendawan.
- Masukkan kacang panjang yang sudah dipotong kecil-kecil.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
- Boleh masukkan bahan yang lain seperti potongan dadu lobak merah dan sebagainya.
Cara penyediaan corned beef ni terpulang pada selera korang. Aku jadikan inti ni sebagai slider (lebih kurang macam sandwich or mini burger). Bahan untuk sediakan slider senang je iaitu:
- Roti bun
- Lettuce/salad
- Sos cili
- Mayonis
- Corned beef yang siap dimasak
- Mashed potatoes (kalau ada kat rumah. Tapi kalau tak ada, boleh pecut pergi KFC)
Inti corned beef yang siap dimasak juga boleh dijadikan sebagai bahan utama sandwich roll. Tak payah fikir panjang macam mana nak gulung roti, korang gulung je ikut kreativiti tersendiri. Kalau perlukan contoh, ni gambar sandwich roll yang kakak aku buat semalam.
Apa-apapun, selamat mencuba :)
@themagi2015
No comments:
Post a Comment