Sunday 21 January 2018

Art Story: Dulu dan Sekarang

Selamat malam, gais! Aku kembali lagi di bulan Januari sebab bulan ni belum habis lagi. So, kena update blog walaupun dah tak serancak dulu. But still, aku rasa macam unbelievable sebab aku buat MaGi pada tahun 2011. Sekarang dah 2018. Bila aku baca balik entri-entri lama, rasa nak menyorok bawah katil. Rasa macam nak menangis kat tepi bucu meja. Nampak sangat zaman jahiliah aku, kah kah~

And today, aku decide nak reminisce kenangan lama especially hasil kerja seni aku. Walaupun aku bukannya bukak kedai artwork, tapi aku memang suka habiskan masa dengan melukis. Sebab melukis ni ialah self-therapy, self-confident dan self-motivation aku sejak dari dulu lagi. Seingat aku, aku mula tunjuk minat melukis masa Darjah 1. Aku masih ingat lagi, aku ajar kawan aku lukis reben. Btw, reben yang aku lukis pun bukannya cantik sangat. Then, minat aku berkembang. Aku mula lukis orang lidi masa Darjah 3 sampailah Darjah 6. Macam satu latihan pulak masa tu sebab kelemahan aku ialah aku tak boleh lukis kaki and tangan. And ada sorang kawan aku tu (Ahmad Saiful Ben), dia pernah cakap dia tak pandai lukis kepala and rambut.

Masa aku kat sekolah menengah, aku terpengaruh dengan anime macam Cardcaptor Sakura, Dragon Ball, Arale, Conan etc. Aku try melukis gaya anime. Tapi ada jugak aku cuba lukis muka manusia, tapi tak macam manusia sangatlah. Pengaruh tu berlanjutan sampai ke universiti tapi masa tu aku tak banyak melukis sebab idea aku tengah mereput masa tu. Huhu~

And pada tahun 2011, aku mula melukis. Memang teruk sebab aku rasa macam mula dari bawah yang amat bawah. Idea tak banyak, kreativiti tumpul, inspirasi pun kurang. Lepas tu aku mula tengok kawan aku (Hafiza Mohamad) buat doodle. Aku boleh kenal artwork dia, so maksudnya dia dah ada identiti dia sendiri. Tapi masalahnya artwork aku masih tak ada progress. Memang tak ada progress langsung masa tahun 2012-2013. Tahun 2014, idea tiba-tiba datang balik and aku improve aku punya skill sikit2. And now, aku rasa aku dah jumpa identiti aku sendiri dalam artwork. For those yang follow aku kat Instagram @hscield, korang boleh nampak the other side and the deepest sight of me. Odd, Creepy and Dark. 

Okay, aku nak share sikit hasil artwork aku dari dulu sampai sekarang. Tak banyak lukisan dari zaman sekolah sebab kena buang masa pindah rumah. Nasib baik ada member yang masih simpan lukisan buruk aku tu (thanks Azlina Rahman~). Btw, kalau rasa macam nak gelak kat lukisan lama aku...dipersilakan ^^



TAHUN 2002



Tahun 2005



Tahun 2007



Tahun 2011



Tahun 2014



Tahun 2015



Tahun 2016



Tahun 2017


Tahun 2018


p/s: progres 2018 belum habis, so...to be continued~


@theMaGi2018

No comments:

Post a Comment