Selamat pagi kepada pengunjung blog MaGi! Again, aku kembali dengan book session. Tak tahu kenapa aku suka sebut book session sejak kebelakangan ni. Dan aku habiskan banyak masa with books and arts. If only I can spend my whole life with those things, aku rasa akulah manusia paling bahagia.
Okay, kembali semula ke topik asal. Hari ni aku nak kongsikan pembacaan aku, aku baru je habis baca buku ni semalam. I was very overwhelmed, really. Buku yang bertajuk Ronggeng Dukuh Paruk yang ditulis oleh Ahmad Tohari ialah sebuah buku yang jelas, puitis, kukuh (dan ada bahagian yang agak obscene). Aku beli buku ni dari @bukuindonesiaku, boleh jenguk-jenguk di IG kalau berminat. Dan aku beli buku ni sebab aku tengok high rating review di Google. So aku pun tertarik nak beli.
Ronggeng Dukuh Paruk sebenarnya bukan buku baru, buku ni diterbitkan pertama kali pada tahun 1982. Buku ni sarat dengan pengajaran hidup, bermula dengan nuansa feminis tapi sebenarnya ke arah hakikat hidup manusia secara fitrah, kebodohan masyarakat yang tidak mengenal sejarah atau tidak peduli pada sekeliling yang sedang berubah dan kemiskinan di era 60-an. Yang menariknya, struktur bahasa dalam buku ini unik sebab menggunakan dialek Banyumasan, salah satu dialek di Jawa Tengah yang agak kuno dan dialek tu sampai ke jiwa aku as a Javanese walaupun aku sebenarnya tak faham pun bahasa Jawa. Weird, isn't it?
Apa yang menariknya pasal buku Ronggeng Dukuh Paruk?
Well, masa aku study di Shah Alam dulu, member aku suka cakap macam ni- "Yay, exam dah habis, bolehlah meronggeng!" Dalam konteks pemahaman aku, ronggeng tu perempuan penari yang melayan lelaki. Dalam konteks pemahaman member aku, ronggeng tu maksudnya berhibur. Aku bagitau member aku- "Bukan ke maksud meronggeng tu tak elok?" Member aku cakap- "Ronggeng tu hiburan je lah, apa yang tak elok?"
Lepas aku baca Ronggeng Dukuh Paruk, aku mula faham ronggeng itu apa. Pemahaman aku yang pertama tu tak salah, ronggeng tu perempuan penari yang melayan lelaki. Tapi dalam masa yang sama juga ronggeng ialah seni budaya, seni rakyat, yang mempunyai nilai estetika dalam tarian dan nyanyian, yang mengangkat martabat kesusasteraan dan budaya sesebuah bangsa. Seperti Dukuh Paruk, kawasan kampung terpencil yang dikenali ramai kerana ronggeng. Ronggeng ialah lambang dan identiti masyarakat Dukuh Paruk yang bermula dengan kewujudan Ki Secamenggala, ronggeng menjadi kebanggaan mereka kerana walaupun Dukuh Paruk sebuah kampung terpencil, mereka ada identiti tersendiri yang membezakan mereka dari pedukuhan lain.
Cuma masalahnya, seni ronggeng dan persundalan dicampuradukkan dan merosakkan nilai ronggeng itu sendiri. Dan buku ni mengupas kisah seorang ronggeng bernama Srintil yang berdepan dengan kebergantungan masyarakat yang bodoh dan terlalu terikat dengan amalan kuno, sehingga menenggelamkan Srintil dan memusnahkan masa depan seorang wanita muda yang naif. Aku bagi 5 bintang untuk jalan cerita. Memang sangat menyentuh perasaan.
Bahagian-bahagian menarik dalam buku Ronggeng Dukuh Paruk?
- Realiti kemiskinan dan kebodohan yang nyata di Dukuh Paruk. Masyarakat di sana tidak ada ikhtiar untuk memajukan diri, lebih rela menjalani keadaan hidup yang sama untuk berpuluh-puluh tahun dalam keadaan melarat. Mereka percaya perubahan itu menyusahkan. Dalam masa yang sama, masyarakat Dukuh Paruk bersikap kuno dan jumud. Persundalan dianggap biasa, curang dengan pasangan juga bukan masalah besar.
- Kisah hidup Srintil, yang dijadikan ronggeng seawal usia 12 tahun. Untuk menjadi ronggeng sejati, Srintil mesti menjual dara. Pedofilia bukan satu isu pada era tersebut tapi bagi aku, isu 'bukak klambu' yang dijalani Srintil itu sebenarnya memusnahkan zaman remaja dan masa depannya.
- Jalan cerita buku ni menunjukkan perubahan Srintil dan Dukuh Paruk. Srintil yang bermula sebagai peronggeng yang cantik dan berani, menjadi lemah dan tertindas selepas dituduh mengikut gerakan komunis. Dukuh Paruk yang bangga dengan ronggeng mereka dan enggan berubah, akhirnya dipaksa menerima perubahan apabila Dukuh Paruk dituduh bersekongkol dengan gerakan komunis dan dimusnahkan oleh tentera. Semuanya disebabkan kebodohan mereka kerana terlalu memakan budi Encik Bakar yang mempergunakan kemiskinan mereka.
- Watak Rasus merupakan lelaki pertama yang menjadikan Srintil sebagai lambang seorang ibu. Melalui buku ni, aku nampak kisah cinta yang tak kesampaian walaupun Srintil dan Rasus saling mencintai. Semuanya disebabkan kebergantungan masyarakat Dukuh Paruk yang mengharapkan Srintil mengangkat martabat mereka melalui ronggeng, walaupun Srintil perlu menggadai maruah berulang-ulang kali.
- Kisah Srintil menjadi 'gowok' atau peneman kepada lelaki yang bakal berkahwin yang bernama Waras. Bahagian ni aku rasa agak berbeza sebab Srintil perlu mengajar Waras menjadi seorang suami, padahal Waras tidak berkelelakian langsung. Pada waktu itu, Srintil dilihat mula memikirkan apakah peranan wanita yang sebenar-benarnya dalam kehidupan lelaki.
- Watak Bajus, lelaki dari Jakarta menjadi cinta kedua Srintil. Srintil yang sudah berhenti menjadi lambang Dukuh Paruk berharap untuk disunting menjadi isteri. Bahagian ni aku rasa aku terkilan sangat sebab Bajus menipu Srintil dan menyebabkan Srintil mengalami kekecewaan yang sangat teruk. Masa ni aku dapat rasa betapa Srintil terlalu ingin berubah tapi tak sangka Bajus berniat untuk menjual Srintil pada majikannya. Bayangkan segala impian Srintil untuk bersuami dan berkeluarga hancur berkecai apabila diheret semula ke dunia persundalan?
Antara perkara menarik yang lain mengenai buku ni ialah ia dibahagikan kepada tiga bahagian (trilogi) yang dicantum menjadi satu jalan cerita, bermula dengan penceritaan Rasus, rentetan hidup Srintil dan masyarakat Dukuh Paruk, dan diakhiri dengan cerita hidup Srintil selepas menjadi tahanan. Agak menarik sebab apa yang dialami oleh Srintil sepanjang menjadi tahanan tidak diceritakan. Tapi Srintil ada menyebut dia ingin menjadi seperti isteri Kapten Mortir. Srintil mahu menjadi seorang isteri yang sah kepada seorang lelaki, dilayan sebagai isteri, bergaya seperti isteri dan hidup sebagai isteri. Pada pendapat aku, Srintil mungkin dilayan sebagai sundal sepanjang menjadi tahanan sebab dia seorang ronggeng. Mungkin sebab tu Srintil tak sanggup meneruskan kerjaya ronggeng dan berharap agar Bajus segera meminangkan. Malangnya watak Bajus tu bullshit dan asshole. Dalam masa yang sama, kisah Srintil cuba menyerahkan daranya kepada Rasus pada awal cerita juga agak question mark sebab aku tak berapa pasti Rasus ambil peluang tu atau tidak. Mungkin ya, atau mungkin tidak.
Penamat untuk kisah Srintil? Rasus melepaskan Srintil sebab Srintil milik masyarakat. Dan bila masyarakat melepaskan Srintil selepas Srintil menjadi bekas tahanan politik, hidup Srintil menjunam. Srintil ditindas, ditipu dan dianiaya. Akhirnya, Srintil gila dan Rasus mengambil keputusan untuk menjaga Srintil. Pada pendapat aku, Rasus sedar bahawa masyarakat tidak menjaga Srintil sepertimana Srintil menjaga mereka. Disebabkan Srintil terlalu berusaha untuk memenuhi kehendak semua orang, Srintil musnah. Aku rasa aku faham. Bila Srintil si ronggeng mengajak Rasus menikah, ego Rasus tercalar sebab dia tak nak ambil sisa orang. At the end, Rasus sedar bahawa dia menipu diri sendiri dan juga Srintil.
Jadi, kesimpulan untuk kisah dalam Ronggeng Dukuh Paruk ialah setiap keputusan akan menentukan nasib di kemudian hari. Srintil bersetuju menjadi ronggeng, dia kehilangan martabatnya sebagai seorang wanita. Rasus sanggup melepaskan Srintil, akhirnya dia melihat wanita yang dia cintai musnah. Sekarang Rasus merasakan tanggungjawab untuk memulihkan Srintil dan Dukuh Paruk berada di atas bahunya. At least, Rasus diperlihatkan sebagai lambang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab dan ada kesedaran terhadap kekuasaan Maha Pencipta.
@theMaGi2018
No comments:
Post a Comment