Sunday, 31 December 2017

1st Geng Trip: Splashing Sunway Lagoon!

And now, the last mission yang aku mention kat entri sebelumnya. After the whole day of Christmas aku berehat kat rumah (satu badan aku tempek SalonPas), pada 26 Disember kitorang terjah Sunway Lagoon yang terletak di Bandar Sunway. Okay, aku nak cerita satu kisah. Before aku naik flight, nephew aku tanya:

Nephew: Acik, acik pergi bercuti bila?
Aku: Hari ni la. Petang nanti. Pukul 7.
Nephew: Kalau Acik sampai sana, mesti Acik pergi Sunway Lagoon. Acik main air.
Aku: Taklah. Tak ada masa nak main air.

Sebenarnya aku tak expect pun nak pergi Sunway Lagoon. Mulut nephew aku ni memang masin betul..hahahanat!

So back to the story. Kitorang sampai di Sunway Lagoon sekitar tengah hari. Kitorang punya expectation tu, orang tak ramai. Tapi bila sampai kat kaunter tiket, aku tarik balik kata-kata aku. Nak dekat setengah jam jugak merempat dan menunggu kat kaki lima. Tapi penantian tu berbaloi walaupun ticket price berharga RM120 (ambek kau) sebab kitorang boleh main semua park (cuma, aku tak bercadang nak main semua park...gila kau?)

Jadi aku try beberapa park yang menarik perhatian kitorang which is:

1. Amusement Park (World's of Adventure- Pirate's Revenge)

Masa kapal ni pusing 360 darjah, tertonggeng dan freeze 5-8 saat, perkataan yang terkeluar dari mulut aku ialah, "Eh, Sunway terbalik la." Aku tak menjerit pun, aku tersengih je tengok orang lain menjerit. Sori la, takde gambar. Aku tak bawak phone masa naik kapal ni. Tapi kitorang sempat bergambar depan Pirate's Revenge ni bersama krew pirate yang buat persembahan.


2. Amusement Park (Wild Wild West- Apache Pots)

To be honest aku menyesal naik cawan berpusing ni. Lepas aku naik, seluruh dunia aku rasa berpusing. Rasa nak muntah pun ada. Video masa naik cawan ni aku takkan upload sebab muka aku nampak serius teruk mabuk pitam nak pengsan.

3. Amusement Park (Wild Wild West- Grand Canyon River Rapids)

For those yang mabuk naik Apache Pots (macam aku), aku suggest korang main game yang berunsur air. Grand Canyon River Rapids ni best, air terpercik sana-sini and at the same time bagi korang refresh semula.

Bukti kitorang dah try Grand Canyon, ok?

4. Sunway Water Park (Lake Kariba)

Untuk menambahkan rasa segar bugar, kitorang try Lake Kariba dan aku spend masa masuk keluar terowong air yang sejuk. Lepas seronok menyelam, redah hujan dan main air, kitorang pekena lemonade Sunway. Refreshing level tu mencanak naik 70%. Tak banyak gambar kitorang kat sini, sebab sibuk buat kuak kupu-kupu...heheh~


5. Sunway Water Park (African Pythons)

Seterusnya kitorang try African Pythons. Sampai 2 kali aku naik menatang ni sebab member aku tak cukup orang. Benda ni kena naik 2 orang. So, kali pertama naik tu aku tak terasa sangat melambung sebab member aku yang pertama tu cukup berat badan. Bila naik kali kedua, aku melambung dan aku landing guna bontot. Cit!

6. Nickledeon Lost Lagoon (Spongebob Splash Adventure)

Haa, ini dia park yang cukup menarik. Bagi sesiapa yang nak rasa kena simbah dengan baldi air besar, memang patut sangat korang cuba main air kat Spongebob Splash Adventure. Kat area ni ada satu timba air besar yang refill air dan tempoh beberapa minit dan kemudian timba tu simbah sampai korang menempel ke dinding. Memang puas la main air kat sini!


7. Sunway Water Park (Wave Pool Surfing)

Last but not least, kitorang try main air di Wave Pool Surfing. Just FYI, aku try 3 kali melawan wave kat pool tu tapi 3 kali jugak aku melayang. Bak kata kawan aku, kalau diorang tak pegang aku, mungkin aku dah mendarat dengan selamat kat tebing pool. So, secara rasminya aku ni cuma level 'pelampung' je kat Wave Pool...kahkah! 



Kitorang main air kat Sunway Lagoon ni sampai pukul 6 petang. Penat main air masih terasa, sengal satu badan. Tapi kitorang masih jugak nak jalan-jalan sampai ke Jalan TAR, makan kat kedai makan di Kampung Baru KL dan lepas tu kitorang balik rumah pada tengah malam. Just like that, 27 Disember pun tiba. Kitorang bangun balik pukul 3 pagi, bersiap-siap, angkut beg masuk kereta, singgah mamak makan roti canai jam 5:30 pagi dan pukul 6 pagi, kitorang sampai di KLIA 2

Muka kitorang kat airport jam 7 pagi, tengah sedaya 
upaya tahan mata jangan sampai tertido kat kerusi.


Tahun 2017 ni, aku berjaya selesaikan dengan kepuasan. Satisfaction level? Contented. Semoga 2018 beri aku lebih rezeki, lebih sihat dan pergi lebih jauh. Amin.

Image result for vacation quotes
@themagi2017

1st Geng Trip: Oh Malacca!

Yeah, sekali lagi! Aku kembali menghantui korang dengan entri vacay aku yang seterusnya. Seperti yang aku mention di entri sebelumnya, pada 24 Disember right before Christmas Eve, kitorang decide untuk meneruskan trip ke Malacca. Sebenarnya aku tak tahu Melaka jadi tuan rumah untuk perayaan Krismas open house tahun ni. So masa kitorang pergi sana, pelancong memang bersepah di sana-sini (termasuklah kitorang). Back to 2008 aku pernah pergi Melaka masa study dulu-dulu, tapi aku lagi suka Melaka yang sekarang. Meriah, ceria dan best part is aku tak pokai macam zaman study dulu. So, haruslah aku bershopping.

Apa yang selalu menarik perhatian aku pasal Melaka ni ialah tempat-tempat sejarah yang wujud bersebelahan dengan pembangunan moden. Aku memang suka bab-bab sejarah ni. Kalau korang gelar aku batu bersurat pun aku tak kisah, hihi. Dalam masa yang sama, pergi bercuti with kawan-kawan ni lebih seronok sebab ada partner-in-crime untuk buat kerja gila.

Ini dia, momen menggila kitorang. Harap-harap boleh buat lagi kat tempat lain...hahaha~





Moment of the year, aku patut bagi award untuk gambar
ni. Sebab? Cuma kitorang je yang terlentang macam ni
kat tengah padang Dataran Pahlawan. Other girls mampu 
jeling je sebab malu depan bf n encik somi.

Ada cerita di sebalik gambar ni. B4 kitorang dapat
bergambar kat sini, terpaksa tunggu giliran sebab
ramai sangat pelancong dari China.

Kemudian, pelancong China tu bergambar dengan kitorang
sekali. Sikit lagi nak tergolek 'I Love Malacca' tu...haha

Dan ini dia gambar terakhir kitorang with pelancong China.
Nimen xiexie ni sebab menggila bersama kitorang ^^

Last picture bertiga sebelum kembali ke
Dataran. Orang belakang acah-acah Titanic.
Orang sebelah acah-acah Dato CT. Dan aku
pulak acah-acah Davy Jones.


Okay, trip ke Melaka dah settle. Melaka meriah sepanjang malam. Kitorang pulang sambil menikmati keindahan lampu berkelip tanda Christmas Eve masih berlangsung. Still, vacay kitorang masih belum selesai. Ada satu lagi mission yang belum accomplished which is?

Sunway Lagoon!

@themagi2017

1st Geng Trip: My Heart's In The Highland!

Farewell to the Highlands, farewell to the North,
The birth-place of valour, the country of worth,
Wherever I wander, wherever I rove
The hills of the Highlands for ever I love
(Robert Burns| 1789)


Hello, peeps! Aku kembali untuk update vacay's diary aku pada 23 Disember. For those yang tahu classic poem yang aku letak kat atas, korang mesti boleh agak aku pergi ke kawasan tanah tinggi. Tapi memandangkan aku bukan kaki kasino (so...not Genting) dan cukup tak masuk akal kalau aku pergi ke Borneo Highland (sebab masa tu aku di peninsular), sudah semestinya aku di Cameron Highland!

Oh dear. Selama aku duduk di peninsular, aku tak pernah pergi ke Cameron. Aku memang takde life langsung dulu...haha. So, this year, trip ke Cameron Highland ni bermula sekitar jam 10 pagi. Bertolak dari Putrajaya, kitorang redah jalan yang jauh. Pada jam 3 petang macam tu, barulah kitorang sampai di Cameron. Itu pun baru jalan masuk, belum sampai atas. Jujur aku mengaku aku terkejut tengok selekoh tajam dan kondisi jalan ke Cameron. Lebih-lebih lagi ada kejadian seram masa perjalanan pulang dari Cameron. Lebuhraya Karak cuba nak permainkan mentaliti kitorang di pagi hari. And still, trip ke Cameron is so much to remember. Tapi kalau diberi peluang untuk pergi Cameron untuk sekali lagi, aku prefer naik helikopter....itu pun kalau ada la, kahkah~

So, aku upload momen yang aku rasa aku paling suka tengok. Kalau korang tak suka, lantak le~



Semua gambar kat ladang teh nampak happy. Tapi Tuhan je tahu
betapa struggle nak turun naik laluan yang slippery nak mampos.
Tapi kitorang tetap gigih nak simpan kenangan tu, yeah~



Dalam banyak-banyak ladang strawberi, ladang
ni jugak yang kitorang pilih. Sebab? Ladang ni
kasi manis kitorang punya gambar...hahaha!


Well, trip kitorang belum selesai lagi. Next trip?---> Malacca!

@themagi2017

1st Geng Trip: Going Vacay!

Happy Weekend, Magians! Tak sangka hari ni hari terakhir untuk tahun 2017. Tahun ni tahun sakit bagi aku sebab macam-macam penyakit yang muncul. Tapi tahun ni jugak tahun pertama untuk aku pergi trip dengan geng single. So pada 21 Disember, vacation trip kitorang bermula di Putrajaya. Flight pukul 6:55 petang, arrived sekitar jam 8 malam macam tu. 

Babai Kuching~

To be honest, aku masih dengki yang amat dengan route KLIA 2 ni, sebab selalu buat aku konfius. And as soon kitorang sampai, the first thing yang kawan aku buat ialah pergi karoks.

Hehh, memang taklah aku nak karoks...
jadi penonton je la. Lebih afdal, kahkah~

Dan lepas tu, kitorang decide untuk sambung merayau di tengah malam after karoks. And again, sejujurnya aku ni spesis perumah. Memang taklah aku nak keluar tengah malam, aku prefer tido kat rumah. Tapi untuk kali ni, aku tengah vacay so tak salah tengok keindahan malam. The best part? Pada jam 2 pagi kitorang pergi kedai printing baju kat uptown dan buat baju trip. Memang gila.

Ni la muka kitorang pada jam 2 pagi.

Dan pada jam 3 pagi 22 Disember, kitorang balik rumah member dan tido. Malangnya, biology clock aku activate dengan tak semena-mena. Tepat jam 6 pagi, aku dah bangun balik. Second day di Putrajaya, member aku decide pergi jalan-jalan di sekitar Putrajaya pada sebelah tengah hari.

Memandangkan aku tak cukup tido, so muka aku
lebih kurang macam beruang.

Kemudian, kitorang makan di Alamanda. Sebelah petang, kitorang balik. Sambung tido. Bangun balik dan keluar lagi pada sebelah malam. Macam tu la kisah 2 hari di Putrajaya. Sekian...

Sebenarnya, vacay kitorang bukan setakat ni je~
Next: My Heart's in the Highland

@themagi2017


Tuesday, 5 December 2017

Book Review: Tere Liye- Rembulan, Pulang & Rindu

Hello Disember. Aku update entri untuk sekali lagi dan seperti yang disebut dalam entri sebelumnya, aku nak buat book review tentang tiga buah novel hasil karya Tere Liye iaitu Rembulan Tenggelam di Wajahmu, Pulang dan Rindu. Dalam entri kali ni, aku tak sebut tentang gaya bahasa atau teknik penceritaan yang Tere Liye terapkan dalam novel beliau sebab aku dah bagi sedikit ulasan dalam entri Bidadari-Bidadari Surga. 

So, aku nak bincang sedikit tentang jalan cerita setiap novel dan ketiga-tiga novel tu memang berbeza antara satu sama lain. Mengenai buku Rembulan, aku tertarik dengan novel ni bila aku terbaca sinopsis masa tengah meng-Google. Menarik, kisah perjalanan hidup seorang lelaki. Kemudian, aku pun book-hunting. Berbulan-bulan jugak aku cari buku ni dan akhirnya seorang IG seller berjaya carikan buku tu untuk aku. Mengenai buku Pulang, buku ni kawan aku yang cadangkan. Katanya buku ni menarik. Tapi dia tak cakap setinggi mana tarikan buku ni. Nak tak nak, aku pun beli dengan seller yang sama. Seterusnya, buku Rindu ni aku beli atas dasar ingin tahu. Sebab buku Rindu ni menang anugerah novel Islamik yang bertemakan perjalanan haji pada era penjajahan Belanda. Okay, sekarang aku akan pecahkan kisah buku-buku tu dalam tiga penceritaan pendek. Kemudian, aku akan bagi sedikit ulasan untuk setiap jalan cerita based on aku punya pemahaman, kekuatan jalan cerita dan juga tarikan dalam novel itu sendiri. 


Rembulan Tenggelam di Wajahmu

Novel ni sebuah novel menarik. Sebab? Setiap perkara saling berkaitan, bersangkut paut, saling berhubung antara satu sama lain. Kisah bermula dengan seorang anak kecil menangis. Setiap kali menangis, hujan akan turun. Dalam masa yang sama, seorang lelaki tua yang kaya raya sedang sakit di hospital tapi belum mati-mati. Lelaki tua yang kaya itu terfikir- kenapa susah sangat nak menemui ajal? Tiba-tiba lelaki tua kaya bernama Rey itu bertemu dengan lelaki misteri yang membawanya mengimbau semula kisah lampau Rey.

Rey, seorang anak yatim piatu, hidup malang dan jiwanya memberontak. Kerana sikapnya, kawan baiknya mati. Rey juga hampir mati akibat ditikam musuh. Tapi siapa sangka, penjaga rumah anak yatim yang amat Rey benci telah menghabiskan seluruh duit simpanan pergi haji untuk membiayai perubatan Rey. Namun Rey masih belum berubah, Rey memberontak sehingga dia diterima masuk ke sebuah rumah jagaan. Pada awalnya Rey dapat mengawal diri, tapi akhirnya, Rey kembali semula ke dunia jalanan kerana sikap memberontak. Akibat sikap itu juga, dia mengikuti seorang lelaki pergi mencuri permata dan terkejut rupa-rupanya pencuri permata itulah yang membunuh orang tuanya. Demi melindungi Rey, lelaki itu telah mengakui kesalahan mencuri permata apabila ditangkap polis dan akhirnya dihukum gantung sampai mati. Rey amat terkesan, akhirnya Rey kembali semula ke bandar kelahirannya dan bertemu dengan gadis bernama Fitri, seorang pelacur. Rey akhirnya menikahi Fitri dan perlahan-lahan memulakan kehidupan baru ddan mengikuti perniagaan kontraktor pembinaan. Seorang taikun Cina kaya telah banyak membantu Rey.

Tapi hidup bahagia Rey hilang apabila isterinya mati beranak. Bisnesnya mula bermasalah. Taikun Cina banyak menolong Rey bangkit semula. Tapi, Rey akhirnya mengetahui Taikun Cina itulah dalang yang mengupah pencuri permata dan bapa Fitri untuk membakar penduduk yang tinggal di sebidang tanah yang mahu dirampas oleh Taikun Cina lalu menyebabkan kematian orang tua Rey. Walau bagaimanapun, bapa Fitri sempat menyelamatkan Rey dan terkorban dalam kebakaran, menyebabkan Fitri menjadi anak yatim piatu. Mengenai anak kecil yang menangis di awal cerita, Rey telah membunuh orang tua anak kecil tersebut secara tidak sengaja. Semuanya kembali pada insiden Rey memandu terburu-buru untuk menemui cucu Taikun Cina yang nazak sakit akibat patah hati sehingga menyebabkan orang tua anak kecil tersebut terbabas dan terkorban dalam nahas jalan raya. Lelaki misteri yang datang mengunjungi Rey yang sedang sakit akhirnya memberi peluang untuk Rey bangkit semula, membantu anak kecil tersebut dan berkongsi kekayaannya dengan insan lain yang jauh lebih malang. Akhirnya Rey yang hidup malang tetapi diberi peluang untuk hidup kaya raya itu sedar bahawasanya, sederhana itu lebih membahagiakan- seperti yang pernah dikatakan oleh arwah isterinya. Well, bila aku tulis semula jalan cerita novel ni based on pemahaman aku, sebenarnya kisah ni cukup mudah untuk difahami. Rey malang, tapi bukan dia seorang saja yang malang. Fitri juga malang, anak kecil itu juga malang, sahabat Rey yang mati pada usia muda itu juga malang. Pada akhir cerita, apa yang Rey perlu cuma penerimaan, kesederhanaan dan keredhaan. Plus, karakter lelaki misteri tu menjadi penyedap novel ni- sebab dia misteri.

Pulang

Pulang mengisahkan seorang anak muda bernama Bujang yang diserahkan oleh bapanya kepada sebuah keluarga (boleh dikategorikan keluarga tu sebagai keluarga mafia) walaupun ibu Bujang berat melepaskan anaknya pergi. Sebagai anak yang berketurunan samseng, keluarga mafia tersebut memberi peluang kepada Bujang untuk belajar ke peringkat paling tinggi. Bujang juga diajar ilmu mempertahankan diri sehingga menjadi orang kanan yang sangat dipercayai dalam dunia kongsi gelap. Tapi Bujang tak pernah menyentuh makanan haram seperti yang diminta oleh ibunya kerana ibunya percaya suatu hari nanti Bujang akan pulang ke jalan yang benar.


Bujang, merupakan anak dari perkahwinan yang tidak direstui. Ibunya berketurunan baik-baik, bapanya berketurunan samseng. Perbezaan antara ibu dan bapanya menjadikan Bujang tersepit dengan status keturunan ibunya dan darah keturunan samseng yang mengalir dalam badannya. Sepanjang penglibatan Bujang dalam dunia kongsi gelap, dia dikenali sebagai si Babi Hutan. Pada awalnya penglibatan Bujang, dia berkhidmat sebagai penyelesai masalah secara intelektual. Tapi apabila timbul konflik perebutan kuasa dalam keluarga mafia, pengkhianatan, pembunuhan dan serangan dari ahli keluarga mafia sendiri, Bujang bertindak balas dan menggunakan segala pengetahuan yang ada untuk mempertahankan keluarga mafia yang menjaganya selama ini, walaupun Bujang tahu hala tuju bisnes keluarga itu bukanlah sesuatu yang baik. 

Pada akhir perjuangan Bujang, keluarga mafia berjaya diselamatkan walaupun ketua mereka mati terkorban kerana melindungi Bujang. Bujang sedar bahawa masa depan keluarga mafia perlu diubah dan dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia mengakui keturunan dari kedua-dua belah orang tuanya, malah dia juga sudah bersedia untuk pulang ke jalan yang benar. Dalam novel ni, konsep pendidikan sangat jelas ditekankan, menerusi ketegasan ketua keluarga mafia terhadap Bujang yang tak mahu bersekolah pada awalnya. Dalam masa yang sama, konsep kesetiaan juga diselitkan, menerusi kesetiaan persahabatan antara bapa Bujang dan Tauke Muda, serta bagaimana ketua keluarga tersebut menjaga Bujang seperti menjaga anak sendiri. Pada akhir cerita, perjuangan Bujang berhasil melalui kesetiaan sahabat-sahabatnya. Dalam masa yang sama, kesetiaan Bujang pada permintaan ibunya akhirnya telah menyelamatkan Bujang untuk kembali ke jalan yang benar. Konsep 'Pulang' disempurnakan dengan perjalanan yang berdarah, kotor dan kejam, mungkin agak banyak konsep Yakuza (pengaruh J-dorama, mungkin...) dan kurang tema lokaliti sebab banyak pengaruh luar macam mafia Cina, kisah golongan Bedouin, babak tumbuk menumbuk kickboxing dan sebagainya. Kalau tema lokaliti lebih banyak, aku rasa mungkin emosi aku lebih terkesan. BTW, buku ni menarik untuk dibaca.

Rindu

Rindu merupakan kisah perjalanan haji sebuah keluarga Daeng Andipati di atas kapal Belanda bernama Blittar Holland. Dua orang anak perempuannya, Elsa dan Anna menjadi pengikat jalan cerita dan maksud 'rindu' yang mahu diketengahkan.

Daeng Andipati dilahirkan dalam keluarga berada, tetapi tidak bahagia. Bapanya seorang pemarah, pendera dan bengis. Daeng Andipati melanjutkan pelajaran ke Belanda dengan usaha sendiri dan akhirnya berjaya. Daeng Andipati menikah dengan gadis pilihan dan memiliki dua anak perempuan. Tapi Daeng Andipati tidak dapat melupakan dendam terhadap bapa kandung sendiri. Namun, perjalanan haji telah mengubati hati Daeng Andipati dan dia belajar untuk membersihkan hati sebelum mengadap Tuhan di musim haji serta memaafkan apa yang pernah dilakukan oleh bapanya.

Seorang ulama terkenal bernama Ahmad Karaeng menyertai kapal Blittar Holland untuk menunaikan haji. Tapi kewujudan Ahmad Karaeng dibenci beberapa pegawai Belanda dan menuduh beliau membawa hasutan kebebasan. Beberapa kali Ahmad Karaeng dituduh dan dikasari tapi beliau tetap bersabar. Semuanya demi rindu untuk kembali ke tanah suci.  Walaupun Ahmad Karaeng selalu melaungkan perihal kebebasan, beliau tidak pernah melakukan apa-apa. Sebaliknya, beliau memilih untuk meluahkan rasa kecewa menerusi penulisan. Sehingga berlaku rompakan di atas kapal, Ahmad Karaeng akhirnya bangkit untuk membebaskan kapal Blittar Holland dan meneruskan perjuangannya setelah selesai menunaikan haji. Ahmad Karaeng sedar kebebasan perlu dilakukan, bukan hanya difikirkan.

Seorang lelaki bernama Ambo Uleng, kelasi Blittar Holland bekerja di dapur sepanjang pelayaran menuju ke tanah suci. Seorang yang pendiam dan misteri, Ambo sebenarnya bukan mahu mengambil peluang bekerja di Blittar Holland sebagai laluan untuk menunaikan haji tapi sebaliknya melarikan diri akibat kecewa. Cintanya terhadap seorang gadis, anak pemilik kapal telah dihalang kerana dirinya yang tidak berdarjat. Tapi menerusi perjalanan kapal tersebut ke Tanah Suci, sikap rajinnya yang disukai kapten Blittar Holland, kesungguhannya belajar mengaji dan solat, keberaniannya menyelamatkan anak Daeng Andipati ketika rusuhan dan budi baiknya melayani Ahmad Karaeng di dapur, kekecewaannya dibalas dengan kebahagiaan. Ahmad Karaeng sendiri telah melamar gadis tersebut untuk dijodohkan kepada Ambo Uleng.

Kisah terakhir yang paling menarik ialah kisah cinta antara Mbah Kakung dan Mbah Putri Slamet. Pasangan tua yang hidup bersama dan berjanji untuk menunaikan haji bersama-sama. Malangnya Mbah Putri meninggal dunia di atas kapal dan terpaksa dikuburkan di laut, menyebabkan Mbah Kakung menderita rindu sepanjang perjalanan. Tapi akhirnya Mbah Kakung sedar bahawa dia tidak harus merindui isterinya yang sudah dijemput oleh Tuhan dan menumpukan perhatian pada niatnya pada ibadah haji. Pada akhir cerita, pasangan tersebut bersatu semula. Mbah Kakung meninggal dunia dalam perjalanan pulang dan dikuburkan di laut, sama seperti isterinya. 

Secara mudah, konsep rindu diterjemahkan dalam situasi yang pelbagai. Kerinduan Daeng Andipati untuk menunaikan haji bersama keluarga telah membersihkan hatinya dari benci, Ahmad Karaeng menjadikan kerinduannya terhadap Tuhan sebagai landasan perjuangan mencari kebebasan, Ambo Uleng yang menderita rindu kerana patah hati akhirnya mengerti bahawa kekosongan hatinya mampu diubati dengan amal ibadah dan kisah rindu pasangan tua itu menjadi lambang sebuah cinta antara dua manusia yang sama-sama mencari keberkatan Tuhan. Permulaan cerita agak lambat, perkataan panjang berjela-jela, sedikit bosan dalam pergerakan jalan cerita tapi keterujaan bermula pada pertengahan cerita dan berlanjutan sehingga ke bab terakhir. Sejujurnya, aku terganggu sikit dengan nama Elsa dan Anna. Mungkin banyak sangat pengaruh filem Frozen (Frozen diterbitkan tahun 2013, Rindu diterbitkan tahun 2014- memang nyata sangat dipengaruhi). But still, details perjalanan haji menggunakan kapal memang sangat menarik dan jarang diceritakan dalam novel. Pembaca dapat membayangi suasana naik kapal, naik haji dan cabaran sepanjang pelayaran. Good jobs, aku dapat pengalaman baru melalui buku ni.


Aku akan mulakan pembacaan novel Tere Liye yang seterusnya yang bertajuk Hujan. Kalau dah habis baca, aku akan review pendapat aku mengenai buku tu.

Reading is fun, reading is sexy y'alls~

@themagi2017

Book Review: Cantik Itu Luka

Good morning, December! Hmm, tak sangka kita dah masuk bulan yang terakhir dalam tahun 2017. Dan tahun ini juga aku kembali ke dunia pembacaan yang serius. Ya, serius. Sebab selalunya aku baca buku secara santai. Dalam setahun mungkin cuma 2-3 buah novel yang aku baca sampai habis. Selebihnya, aku baca komik atau buku-buku yang tak berapa nak serius.

Untuk tahun ini, aku berjaya habiskan beberapa buah novel dari tanah seberang. Bermula dengan novel Bidadari-Bidadari Surga (klik sini untuk baca entri), buku seterusnya ialah Rembulan Tenggelam di Wajahmu, Pulang dan Rindu. Semuanya ditulis oleh penulis yang sama, Tere Liye. Buku-buku selain Bidadari tu aku belum buat review (sebab penulisnya orang yang sama so gaya penceritaan, bentuk bahasa dan susunan imaginasinya ada sedikit persamaan- nanti la aku buat review pasal buku-buku tu). Untuk entri book review kali ini, aku nak review satu buku yang aku rasa memang sangat memberi kesan.

Cantik itu Luka, karya Eka Kurniawan yang diterbitkan pada tahun 2002, diulang cetak sebanyak 10 kali (dan aku beli cetakan tahun 2015) dan diulang terbit dalam bahasa Inggeris, Jepun dan juga Malaysia. Novel ini digambarkan sebagai sebuah kisah yang dipenuhi dengan 'surealisme-sejarah-filsafat'. Ia juga antara novel terbaik sepanjang masa di Indonesia. Gaya bahasa, jalan cerita, struktur penceritaan, gambaran karakter dan juga details yang lain juga sangat kemas serta terperinci.

Pada pendapat aku, Cantik itu Luka merupakan salah sebuah novel fiksyen yang berjaya menghidupkan semua karakter. Latar belakang, watak dan perwatakan, latar masa dan sebagainya melalui gaya bahasa yang agak tinggi dan dipadatkan dengan laluan sejarah pendudukan Belanda, penjajahan Jepun, kedatangan Inggeris dan penaklukan Komunis. Memang wajar buku ni diberi pengiktirafan dan wajib ada dalam koleksi. Tapi di sebalik kisah sejarah dan fakta yang sarat (mungkin banyak berbaur lucah), penulis mewujudkan karakter Dewi Ayu. Dewi Ayu ialah anak hasil sumbang mahram dua beradik berkongsi bapa berlainan ibu (nenek sebelah ibunya orang tempatan bernama Ma Iyang) dan kemudian Dewi Ayu jatuh cinta pada seorang lelaki tua bernama Ma Gedik (bekas kekasih Ma Iyang). Setelah pernikahan Dewi Ayu dan Ma Gedik gagal (kerana Dewi Ayu memaksa Ma Gedik menikah dengannya dan menyebabkan Ma Gedik bunuh diri), bermulalah nasib malang Dewi Ayu.

Okay, sekarang aku pecahkan tarikan cerita ni dari beberapa sudut yang menarik perhatian aku.

Sudut pertama
Novel ini memaparkan pemikiran seorang wanita yang dilahirkan dengan rupa paras yang jelita- Dewi Ayu dalam menghadapi perubahan-perubahan besar di sekelilingnya. Berdepan dengan konflik kehidupan sekeliling yang rumit, Dewi Ayu melindungi diri dengan menjadi seorang pelacur yang mendapat layanan terbaik (walaupun Dewi Ayu sedar menjadi pelacur bukanlah perkara yang mulia). Maka apabila Dewi Ayu memiliki anak, dia melindungi anak-anaknya agar tidak menjadi pelacur. Malah, di hujung penceritaan novel ini menjelaskan mengapa Dewi Ayu sanggup bertahan menjadi seorang pelacur. Kerana Dewi Ayu masih terkesan dengan kisah Ma Gedik (bekas suami Dewi Ayu) yang sangat mencintai kekasihnya (Ma Iyang) tapi akhirnya Ma Iyang dijadikan gundik pengisi nafsu datuk Dewi Ayu bernama Ted Stammler (seorang pegawai Belanda yang rakus bernafsu). Dewi Ayu berpendapat, lebih baik melanggani pelacur daripada mengambil hak orang lain secara paksa dan dijadikan pelacur tanpa rela.

Sudut Kedua
Novel ini memang betul-betul mengisahkan perihal kecantikan yang mengundang masalah pada era kolonial di Indonesia. Kisah kecantikan bermula dengan Dewi Ayu- seorang pelacur terkenal di Halimunda yang dicintai kerana tubuhnya, bukan kerana hatinya. Kemudian diiringi oleh kecantikan 3 anak perempuannya iaitu:
  • Alamanda, anak sulung Dewi Ayu yang cantik telah menjadi mangsa rogol pegawai bernama Sodancho, dinikahkan secara paksa, seterusnya kematian anak tunggalnya  akibat demam panas dan akhirnya, Sodancho mati dibaham anjing.
  • Adinda, anak kedua Dewi Ayu yang cantik menikah dengan bekas kekasih kakaknya, Kliwon- pemimpin komunis terkenal. Walaupun dikurniakan anak lelaki bernama Krisan, Kliwon masih cintakan Alamanda dan mereka sempat bersetubuh sebelum Kliwon membunuh diri akibat malu pada isterinya. Kemudian, Krisan mati dibunuh di atas kesalahan merogol dan membunuh sepupunya sendiri, Rengganis.
  • Maya Dewi, anak ketiga Dewi Ayu telah dinikahkan dengan lelaki samseng bernama Maman Gendeng seawal usia 12 tahun. Hidup Maya Dewi jauh lebih bahagia jika dibandingkan dengan dua kakaknya dan mempunyai seorang anak perempuan yang sangat jelita yang bernama Rengganis. Tapi apabila Rengganis disahkan hamil anak luar nikah, kehidupan mereka mula porak peranda. Keadaan lebih teruk apabila mayat Rengganis ditemui kembung di tepi pantai. Kematian Rengganis menyebabkan Maman mengamuk sehingga berlaku kekecohan besar dan akhirnya Maman Gendeng memilih untuk mati ketika bermeditasi.
  • Cantik, anak bongsu Dewi Ayu yang dilahirkan dengan rupa paras yang paling hodoh tidak terlepas dari bala. Walaupun rupanya buruk, namanya telah membawa nasib sial. Cantik disahkan hamil anak luar nikah, hasil bersetubuh dengan anak saudaranya sendiri, Krisan. Tapi anak itu lahir pramatang dan mati.
Sudut ketiga
Gambaran zaman silam yang hidup dalam suasana kacau dan susah telah melahirkan masyarakat yang tiada pegangan agama, liar dan buas.  Pada era pendudukan Belanda, wanita tempatan dijadikan gundik untuk melempiaskan nafsu. Para era penjajahan Jepun, wanita dijadikan sebagai pelacurPara era kedatangan Inggeris, mereka juga menjadikan wanita sebagai wanita simpanan bagi menghilangkan rasa bosan di tanah asing. Seterusnya, pihak gerila dan komunis juga melihat wanita sebagai objek seks semata-mata sehingga seluruh kehidupan Dewi Ayu dan anak-anaknya hanya berkisar tentang seks, aksi ranjang yang liar dan perlakuan-perlakuan buas. Tidak terkecuali perihal nafsu Krisan bersetubuh dengan sepupunya Rengganis yang sangat cantik dan kemudian bersetubuh pula dengan ibu saudaranya, Cantik yang paling hodoh. Juga kisah cinta Ma Gedik dan Ma Iyang yang penuh berahi tapi akhirnya berakhir dengan kematian. Pendek kata, masalah nafsu telah menjadi punca musnahnya kebahagiaan setiap karakter.

Sudut Keempat
Novel ini menampilkan unsur mistik yang menarik dan saling berkaitan antara satu sama lain. Kesinambungan yang kemas dan penuh tanda tanya, dan menampilkan konsep kehidupan yang misteri, kepercayaan kepada benda-benda halus dan amalan yang mampu menyesatkan fikiran. Sebagai contoh:
  • Maman Gendeng seorang pendekar yang mempunyai ilmu kebal, memilih untuk mati secara moksya. Kemudian, roh Maman Gendeng bangkit semula selepas 3 hari dan bertemu dengan isterinya sebelum rohnya menghilang. 
  • Dewi Ayu yang mati beberapa bulan selepas kelahiran anak bongsunya telah diberi peluang untuk bangkit semula 21 tahun kemudian untuk menghapuskan roh jahat yang menjadi punca nasib malang dirinya dan anak-anaknya.
  • Nurul Aini, anak Alamanda mati akibat demam panas. Namun, apabila Krisan mengorek kuburnya, mayat Nurul Aini tetap sempurna dan segar, seolah-olah seperti sedang tidur. Krisan hampir merogol mayat Nurul Aini.
  • Ma Gedik hidup membujang selepas kehilangan Ma Iyang akhirnya dipaksa menikah dengan Dewi Ayu yang jatuh cinta padanya. Diculik, dipaksa menikah dan didesak pada malam pertama, Ma Gedik berang dan hilang akal akibat tindakan Dewi Ayu, dia akhirnya membunuh diri, rohnya menjadi jahat lalu merosakkan kehidupan Dewi Ayu sekeluarga.
  • Kinkin, anak penggali kubur yang amat mencintai Rengganis telah bermain jailangkung (permainan roh) di kubur demi mencari siapa yang merogol dan membunuh Rengganis.
  • Peperangan antara komunis dan tentera kerajaan telah menyebabkan banyak kematian di kalangan komunis, lalu menjadikan Halimunda sebagai kota berhantu. Hantu-hantu komunis merayau-rayau secara nyata dan menyebabkan Sodancho hidup ketakutan.
Sudut Kelima
Walaupun novel ni sarat dengan sejarah penjajahan, kisah-kisah seksual yang sangat literal (imaginasi penulis memang cukup dahsyat), falsafah berlawanan antara gerila, komunis dan tentera kerajaan serta masalah-masalah kekeluargaan yang rumit, aku cukup suka apabila perihal kepolosan diketengahkan. Dalam senarai karakter lelaki yang kebanyakannya bernafsu tinggi, Maman Gendeng mungkin lelaki yang mempunyai tahap kesabaran dan kesetiaan yang paling suci. Persamaan Maman dan Sodancho mungkin- mereka berdua pernah melanggan Dewi Ayu di rumah pelacuran. Persamaan Maman dan Kliwon ialah pernikahan mereka dilakukan dengan kerelaan isteri masing-masing. Dari segi perbezaan antara Maman dan Sodancho, Maman melayani isterinya selama 5 tahun tanpa bersetubuh sedangkan Sodancho mendapatkan isterinya melalui tindakan paksa dan rogol. Perbezaan Maman dan Kliwon pula, Maman sangat setia pada isterinya sedangkan Kliwon sempat meniduri Alamanda sebelum membunuh diri akibat malu pada Adinda. Walaupun hidup dalam era yang teruk dan bermasalah, sekurang-kurangnya penulis berjaya memaparkan satu kisah cinta yang polos di antara Maman dan Maya Dewi. Nurul Aini, anak kepada Alamanda dan Sodancho juga merupakan karakter yang innocent, prihatin pada sepupu-sepupunya (Rengganis dan Krisan), tegas dan seorang gadis perawan yang baik (walaupun neneknya seorang pelacur, ibunya pernah menjadi 'playgirl' dan bapanya seorang perogol). Cuma, umur Nurul Aini tak panjang dan sedikit sebanyak nasib Nurul Aini telah membuktikan kata-kata: orang yang baik akan pergi dahulu.

Sudut Keenam
Aku tak nafikan, buku Cantik itu Luka ni agak bahaya dibaca oleh golongan yang 'lemah semangat' sebab buku ni memang banyak menceritakan perkara seksual dan perincian seksual tu pula memang digarap dengan kemas (*tapi bahasanya lebih cantik dan penyampaian makna cerita jauh lebih bermutu jika dibandingkan dengan cerita bersiri Jaan Punching Bag- sorry to say). Tapi pengajaran dari buku ni memang banyak iaitu:
  • nafsu liar mampu menumbangkan akal waras manusia
  • kesetiaan dan kesabaran mampu memberi kebahagiaan
  • pengorbanan ikhlas seorang ibu, seorang bapa, seorang sahabat dan seorang teman.
  • hidup ialah satu perjuangan
  • setiap perbuatan ada balasannya
  • cinta tak semestinya dimiliki atau memiliki
Sudut Ketujuh
Menarik tapi fiktif, Halimunda yang menjadi titik penceritaan kisah Dewi Ayu dan karakter-karakter yang lain sebenarnya wujud dalam pemikiran penulis semata-mata. Tapi kota Halimunda seolah-olah hidup dan legenda puteri jelita Rengganis si Cantik yang membuka kota Halimunda seolah-olah satu kisah legenda yang benar, tapi cuma fiksyen.

Pada akhir novel ni, apa yang aku boleh simpulkan sama seperti kata-kata terakhir Krisan pada Cantik. Bahawasanya, cantik itu luka. Cantik tak semestinya membawa kebahagiaan, cantik tak semestinya menghadirkan cinta yang ikhlas. Cantik belum tentu dapat menjamin ketenangan hidup. Nasihat yang baik dan berguna. Dan sepatutnya menjadi peringatan untuk semua manusia. Apa-apapun, buku ni memang layak diberi 5 bintang. Dan terima kasih Eka Kurniawan kerana menghasilkan bahan bacaan yang bagus dan mempunyai pengertian yang tersendiri.

@themagi2017

Wednesday, 29 November 2017

Walking Saturday: Jambatan Darul Hana

Hello, Magians! Nama yang special untuk pengunjung blog MaGi. Yes, it's you. Hari ni aku nak update event yang sepatutnya aku update 5-6 hari yang lepas. Well, semua gambar yang nak diupload tu dalam desktop kat tempat kerja. Bila sibuk buat kerja, aku pun lupa. Sebelum aku jadi pelupa untuk sekali lagi, aku nak tunjuk suasana di sekitar Jambatan Darul Hana. 

For those yang tak tahu (atau dah tahu tapi aku tak peduli), Jambatan Darul Hana ni merupakan mercu tanda baru di Kuching dan juga di Sarawak. Proposal membina jambatan ni diutarakan pada sekitar tahun 2012. Aku pernah mengulas perkara ni dalam entri 2012. Pada awal projek, jambatan ni dinamakan sebagai The Golden Bridge dan direka betul-betul berdepan dengan DUN baru Sarawak dan ia merentasi Sungai Sarawak dari Pangkalan Batu ke Kuching Waterfront. Tapi apabila jambatan ni siap pada tahun ni, jambatan ni mendapat nama baru dan ia diberi berdasarkan nama kerajaan lama di Sarawak iaitu Sarawak Darul Hana. Nama baru ni mendapat penerimaan yang baik dari semua orang tapi ada juga yang tak suka. Bagi aku, aku tak ada masalah langsung dengan nama baru tu. Sebab? Untuk korang yang tak tahu, maksud nama Hana ni sebenarnya sangat banyak. Meh aku kongsi sikit:

Hana (Kurdish): Harapan
Hana (Parsi): Bunga
Hana (Arab): Kegembiraan
Hana (Christian/Jewish/French): Rahmat
Hana (Japanese): Bunga
Hana (Korean): Yang Pertama/Satu
Hana (Albanian): Bulan
Hana (Hawaiian): Kraf
Hana (Maori): Bersinar/Menyinarkan

Dan, kalau dikira maksud Darul, ia membawa maksud struktur/rumah/tempat. Jadi, kalau disusun semua maksud di atas, Jambatan Darul Hana ialah tempat yang memberi kegembiraan, harapan, rahmat, bersinar, berbunga (indah), (berseni) kraf dan yang pertama (seumpamanya di Sarawak). Bukan ke lebih cantik maksudnya kalau nak dibandingkan dengan Golden Bridge? Kalau disebut berkali-kali, kita ni boleh diibaratkan mendoakan kebaikan pada jambatan tu dan kepada sesiapa yang berjalan di atasnya malah dalam masa yang sama kita merahmati jambatan tu agar jauh dari perbuatan yang tak bermanfaat. Tapi kalau ada yang insist nak panggil jambatan tu as The Golden Bridge, terpulanglah. Aku anggap je mereka suka mitos jambatan emas Puteri Gunung Ledang.

Now, aku nak share suasana sekitar Jambatan Darul Hana pada 18 November. Ada Regatta masa tu. Okay, nampaknya aku terlebih menaip pulak. Sorry~







 p/s: Aku rasa lebih manis dan lebih afdal kalau pengunjung yang berjalan atas jambatan ni tak buang sampah merata-rata. Sila buang sampah ke dalam tong sampah, atau bawa sampah yang anda makan dan pergi cari tong sampah sampai jumpa. Jadilah manusia yang bertamadun, beradab dan berkelakuan seperti manusia yang sebenar.

@themagi2017

Tuesday, 28 November 2017

Pitu Apps: Artwork, Animation dan Cosplay!

Image result for pitu apps infoHello November! Finally, aku dapat luangkan masa untuk update entri bulan ni. Sambil tengah streaming lagu Move Your Body by Alan Walker, aku nak promote satu apps yang tengah hot sekarang ni. Sebagai artisan yang memang suka buat artwork, apps ni dah menunaikan sebahagian besar hajat aku. Nak tahu apps apa tu?

Okay, apps yang aku maksudkan ialah Pitu. Pitu merupakan apps untuk image editing yang menghasilkan imej berbentuk karakter animasi, mempunyai ciri-ciri lukisan tradisional dan juga digital, dan dalam masa yang sama menampilkan seni cosplay. Bayangkan, aku boleh hasilkan artwork yang cantik dengan muka aku sendiri yang tak berapa nak cantik, kemudian aku boleh jadikan diri aku dalam bentuk karakter animasi dan dalam masa yang sama aku tak payah keluarkan satu sen pun untuk bercosplay! Untung ooo!

Untuk sesiapa yang sukakan artwork (tak kisahlah jenis tradisional ke digital ke), minat anime dan memasang impian nak bercosplay tapi sengkek macam aku (plus, baju cosplay ni seksi mengancam, aku tak boleh try), so ni dia jalan penyelesaiannya. 

Pitu ni menyediakan beberapa kategori yang korang boleh explore sendiri. Antaranya ialah:
  • Hot
  • New
  • Head portrait
  • Girl's party
  • Nationality
  • Panzi
  • Antiquity
  • Childhood
  • Twins
  • Chinese Paladin
  • Spring beauty
  • The Flower Girl
  • Fairy (dan banyak lagi)
Apa yang menariknya pasal Pitu ni, cara apps ni blendkan warna muka aku dengan karakter memang sangat cantik. Hampir kesemua karakter yang aku try guna gambar yang sama menghasilkan imej yang kemas dan cantik. Mungkin sebab tu aku mention kat Facebook- "Seeing my own face as a work of art..." Korang tak percaya? Meh tengok, aku dah edit banyak untuk tatapan korang yang gila-cosplay-tapi-tak-mampu, macam aku. Kahkahkah!

Yang ni aku kategorikan sebagai Self-Portrait Artwork. For some reason, aku jatuh cinta kat gambar Silver. Tiba-tiba aku rasa aku ni narcissist. Cit~

Yang ni aku kategorikan sebagai Fantasy. Gambar Tree Sprite yang aku upload sebelum ni aku dah buang. Sebab kononnya gambar tu bagi imaginasi dahsyat. Haha.

Yang ni aku kategorikan sebagai Nationality Costume. Merasa jugak aku pakai baju tradisional dari negara lain.

Yang ini aku kategorikan sebagai Twin Artwork. Kalau aku ada kembar seiras, macam ni lah rupa dia kot. Not bad~


Yang ni aku kategorikan sebagai The Flower Artwork. Seumur hidup aku, aku tak pernah dress-up so feminine. Dalam gambar je la aku mampu jadi macam ni...kahkah!

Yang ni aku kategorikan sebagai Animation. Okay, sekarang aku dah masuk bab cosplay.

Yang ni aku kategorikan sebagai Oriental Artwork. Seriously, muka Jawa-Pakistan aku ni boleh pulak jadi puteri cina.


Sebenarnya ada beberapa imej lagi yang aku tak upload. Aku malas nak upload sebenarnya. Aku berharap ada lagi apps satu spesis macam Pitu yang tambah banyak karakter baru. Mungkin japanese cosplay, mungkin superhero cosplay, mungkin movie character cosplay. Lagi banyak karakter lagi best. Btw, korang boleh cuba apps ni dan semoga korang terhibur. Last but not least, aku baru sedar yang aku ni cantik juga orangnya *muntah sebaldi~



@themagi2017