Friday 21 November 2014

Permintaan Adam dan Iblis

As you wish, itulah kata-kata yang sesuai untuk tajuk entri aku kali ni. Hari ni hari Jumaat, aku berminat nak post benda2 baik je. Berkenaan dengan permintaan. Apa yang korang hajatkan selama ni? Kalau aku, dalam 1000 impian, biar la satu yang tercapai. Manusia ni tak boleh dapat semua benda yang dia nak. Pepatah pun Barat ada menyebut, "if you get everything, you get crazy." 

Sebelum wujudnya kita kat bumi ni dan sebelum bermulanya tamadun di dunia, seperti yang korang tahu, Nabi Adam a.s adalah manusia pertama yang diciptakan dan hidup di syurga. Iblis, malaikat mulia yang dicipta daripada api tak nak sujud pada Adam a.s. Maka, Iblis pun dicampak keluar kerana bersikap sombong.

Dirawikan bahawa Iblis mempersoalkan kenapa dia mesti bersujud pada Adam a.s sedangkan dia lebih mulia manakala Adam a.s hanya dicipta daripada tanah? Ketika para malaikat sujud pada Adam a.s, Iblis memalingkan muka sebab dia merasakan dia jauh lebih baik dari manusia dan Iblis sedikit pun tidak menyesal dengan tindakannya. Maka, wajah Iblis yang cantik menjadi hodoh.

Tapi sebelum Iblis dicampak keluar, dirawikan bahawa Iblis meminta sesuatu pada Allah swt iaitu:

  • Memandangkan para nabi selamat dari Iblis, Allah swt membenarkan Iblis mendekati anak cucu Adam.
  • Setiap kali anak cucu Adam beranak, Iblis juga akan beranak.
  • Allah swt membenarkan Iblis memasang jerat dan tipu daya pada manusia.
  • Allah swt membenarkan Iblis menemani manusia dalam harta dan anak, malah sesatkan mereka dalam agama dan perbuatan yang batil.
  • Iblis dibenarkan untuk berbuat apa saja yang dikehendaki.
Mendengar permintaan Iblis yang begitu banyak dan menakutkan, Adam a.s juga meminta sesuatu pada Allah swt  iaitu:
  • Ketika Iblis cuba mendekati ,setiap umat dijaga oleh malaikat.
  • Setiap kebaikan yang dilakukan diberikan pahala 10 kali ganda.
  • Allah swt menerima taubat anak cucu Adam selama mereka masih hidup.
  • Allah swt mengampuni dosa anak cucu Adam tak kira apapun dosa dilakukan.
Untuk Adam a.s, Allah swt memberikan utusan berupa kitab sebagai panduan untuk anak cucu Adam. Maka, Iblis pun bertanya apakah utusan yang mewakili dirinya? Allah swt berkata:
  • Utusan Iblis adalah tukang tenung.
  • Kitab Iblis adalah perangai buruk.
  • Hadis Iblis adalah kebohongan.
  • Kitab (Quran) bagi Iblis ialah syair.
  • Tukang azan bagi Iblis ialah seruling.
  • Masjid Iblis ialah pasar.
  • Rumah Iblis ialah tandas.
  • Makanan Iblis ialah sesuatu yang tidak disertakan dengan nama Allah swt.
  • Minuman Iblis ialah sesuatu yang memabukkan.
  • Perangkap Iblis ialah perempuan.
Setelah mendengar permintaan mereka diperkenankan, Adam a.s dan Iblis berasa senang. Di situlah bermulalah 'perang' antara manusia pertama dengan musuh pertamanya. Moga-moga, peperangan ini berakhir di pihak yang benar.

@themagi2014
ruj: Mukashafah al Qulub, Imam Bukhari.

Thursday 20 November 2014

Majulah Deviant Art!

Image result for deviantart
DA, atau Deviant Art, tempat pengumpulan jiwa-jiwa artistik mencurahkan perasaan ke alam maya..gitew~ Aku join Deviant Art ni sejak dari tahun 2011, still illegal sampai sekarang sebab kalau nak jadi full member kena apply credit card. Aku memang ada kad, kredit je takde. So, tak kisahlah full ke tidak, yang penting account kekal hidup.

Bagi yang suka sangat conteng2, meluahkan keabstrakan diri kononnya (macam aku), Deviant ni sesuai untuk korang. Ada ramai pelukis berbakat dalam DA, sedia untuk mengkritik dan mengomen hasil seni. Setakat ni, aku dapat kritikan yang bagus dan supporters yang baik (ada 6 supporters). Nak submit artwork pun senang. Habis lukis, terus upload. Asalkan internet speed gear 10. So, aku nak tunjukkan account DA aku- HyseScield. Bagi yang ada acc.DA, korang watch la aku k ^^

Senarai activity aku di DA...banyak debu, baru nak kemas2 balik

Gallery aku yang bersepah-sepah ngan artwork merapu

Muka depan DA aku yang baru habis di-update

Step 1: Nak submit artwork, klik la SUBMIT

Step 2: Pilih artwork, konfem maturity content dan bla3
Step 3: Artwork selesai diupload...maka rasmilah artwork ni
masuk dalam gallery aku.


p/s: baru submit 3 artwork, aku kembali ber-hibernate lagi (-.-)
@themagi2014

Wednesday 19 November 2014

Telenovela Nostos Algia!

Oops! Jangan terpedaya ngan tajuk entri kali ni, aku bukan nak buat entri bahasa Latin. Nostos Algia tu gabungan dua perkataan (Greek: Nostos maksudnya return home + New Latin: Algia= Nostalgia). Hari tu, aku terkenangkan drama2 kantonis feveret aku. Belom habis mengenangkan drama kantonis, aku tertengok pulak telenovela Yo Soy Betty La Fea kat channel Bella pukul 5 petang. Terus aku terkesima, flashback telenovela yang pernah aku tengok sebelum. Memandangkan telenovela ni dimainkan pada sebelah petang kat TV3 dan masa tu aku sekolah petang, susah sikit nak tengok full episode.

Teringat kat telenovela ni membuatkan aku rasa nak bercakap Latin....(Soy Shield!)

Image result for yo soy betty la fea
Yo Soy Betty, La Fea
Bagus cerita ni, banyak pengajaran. Jangan
perlekehkan orang yang tak cantik. By the way,
kenapa aku rasa muka hero ni (Jorge Enrique Abello)
ada iras2 muka Zul Ariffin? Korang rasa?

El Amor No Es Como Lo Pintan
Cerita ni pun sama, watak Alicia Ramirez yang tak cantik.
Sampai sekarang aku masih ingat telenovela ni. One
of my feveret all the time.
Perla
Whoa, sensuous promo poster ni. Ni telenovela
feberet mak aku. Kenapa aku rasa hero Perla ni
ada iras2 muka Christiano Ronaldo? Imaginasi aku ke?
Secreto de Amor
Aku ingat cerita ni disebabkan Lisandro Serrano
Zulbaran. Kawan aku minat gila ngan watak ni, lebih
hensem dari watak utama katanya.

La Usurpadora 
Telenovela ni sangat glemer suatu ketika dahulu,
kakak aku masih ingat dengan rumah agam Bracho.
FYI, heroin telenovela ni memang ada kembar, sejibik
macam muka dia.

La Intrusa
Heroin yang sama, aku tak ingat sangat jalan
cerita telenovela ni tapi seingat aku, family aku
tengok telenovela ni disebabkan Gabriela Spanic.

Rosalinda
Telenovela yang sangat top di Malaysia
masa dulu2. Rosalinda ay amor...sapa tak ingat?
Kisah pompuan cantik yang malang. Tak salah aku,
nama mak si Rosalinda ni Soledad. Terus aku ingat
lagu Westlife.

Maria Mercedes
Aku dulu ingat nama Mercedez Benz tu asalnya dari nama
Maria Mercedes. Nama telenovela rupanya. Aku ingat lagi,
opening telenovela ni Thalia menari gelek2 bontot. Seksi u~

Por tu Amor
Ni dia, satu lagi telenovela Gabriela Spanic. Kitorang
satu family nge-fan ngan dia ni. Asal dia jadi heroin,
konfem tengok telenovela tu.

Mis Tres Hermanas
Heroin yang sama berlakon dalam Secreto de Amor. Masa tu
heroin tu kurus jadi kakak aku gelar heroin tu 'muka kacang'.
Sampai sekarang aku ingat nama tu. Kesian sama Scarlet Ortiz.

La Hija del Jardinero
Maksud tajuk telenovela ni 'The Gardener's Daughter'.
Kakak aku selalu cakap, dia la 'the gardener's daughter' tu.
Bukan satu kebetulan, anak tukang kebun dalam telenovela
ni cantik.

Juana La Virgen
Telenovela ni feveret classmate aku dulu2. Tapi aku 

jarang tengok telenovela ni so aku dengar
kawan2 cerita je lah. Tapi bila aku fikir balik, sinetron
Anugerah tu ada tema sama macam telenovela ni.
Catalina y Sebastian
Ni satu lagi telenovela feveret mak aku. Heroin ni selalu
pakai baju ala office wear, sampaikan mak aku sanggup pegi
cari baju macam Catalina pakai. Minat punya pasal~
Rubi
Telenovela feveret kakak aku yang sulung, sebab
Ruby ni sentiasa pakai pakaian merah dan seksi. Oh
lagi satu, watak Rubi ni perempuan miskin tapi gila duit.
Hidup Rubi tak secantik mukanya. Sebenarnya, banyak
nasihat telenovela ni, sesuai untuk perempuan cantik yang
gila duit...ha3, jangan marah



Ada ke yang tertinggal dalam senarai ni? Aku dah lupa.
@themagi2014 
Images?: cedok kat Google. Trimas Mr. G!