Tuesday 24 December 2019

Makan-makan @Pelicana Chicken

Hai semua! Aku nak update satu lagi tempat makan best. Well bulan Disember ni bulan jalan-jalan cari makan. Aku tak ada masa nak cari pasal, hahaha!

Okay, hari Ahad lepas (22/12/2019), aku with siblings pergi makan-makan kat Pelicana Chicken di Jalan Song, Kuching. Tak jauh dari kawasan City One, seberang jalan je. Sebelum nak keluar makan, konflik juga nak pilih nak makan kat mana. Macam-mana tempat makan yang best muncul dalam kepala. Tapi akhirnya aku setuju makan di Pelicana lepas tengok review. Aku fikir, why not? Walaupun aku dah try restoran Korea sebelum ni which is Mr. Dakgalbi, aku nak tengok juga apa menu menarik di Pelicana. 

Pelicana Chicken ni ialah restoran yang berkonsepkan Korean's Gourmet yang terkenal dengan signature dish, Korean Fried Chicken yang tampil dengan pelbagai perisa. Aku ni dah macam promoter makanan. Lebih kurang macam Nene Chicken, kan? Tapi Nene macam KFC so aku rasa Pelicana ni worth to try.

So, bila sampai di Pelicana, kami dapat menu. Timbul lagi konflik- nak makan apa? Banyak pilihan dan mostly semuanya menarik. Lepas lama discuss kat meja, aku buat pesanan di kaunter. FYI, pekerja kat sini tak ambil order di meja pelanggan. Pelanggan kena pergi ke kaunter untuk buat pesanan.

Makanya, aku pun pesan menu iaitu:


Ini set Korean fried chicken bersalut madu 
dan seaweed kat sebelah (with nasi putih biasa).
Ayam tu sedap, rugi kalau tak cuba.

Yang ni Fried Enoki. Sedap! Mesti try.

8 ketul chicken wings Korean fried chicken perisa original.
So memang tak pedas, senang nak makan. And sedap!

Jajangmyeon- yang ni aku rasa macam...saiz kentang agak
besar, boleh potong kecik sikit. agak salty dan kuah tak cukup
banyak. Bolehlah...

Ini set Korean fried chicken spicy, nasi bijan and kimchi.
Adik aku cakap ayam tu sedap.

Yang ni menu kakak aku, lebih kurang sama macam
adik aku, tapi tambah sos mustard.

Dan yang ini, chocolate frappe. Actually aku dah
order hot chocolate untuk diri sendiri tapi aku tak boleh
resist bila tengok frappe. So aku tambah frappe dalam
order. Seriously aku suka gila frappe Pelicana ni!

Kalau tanya berapa star aku nak bagi? Dari segi service aku bagi 5. Sebab makanan cepat sampai. Dari segi kualiti makanan, aku bagi 4/5 sebab aku agak tak berpuas hati dengan jajangmyeon. Aku tak kata jajangmyeon tu tak sedap tapi menu ni tak menepati selera aku (aku tinggalkan 2 potong kentang and seketul daging ayam dalam tu sebab aku struggle nak kunyah).Fried chicken sedap, aku bagi 5/5. Untuk beverages, kakak aku cakap hot chocolate dia pahit while hot chocolate aku pulak tak pahit so aku bagi 4/5- tak konsisten dari segi rasa. Untuk frappe, of course 5/5!

Untuk rating secara overall, aku bagi 4.5/5. Ada banyak menu lain yang boleh dicuba. Harap-harap aku ada rezeki lebih tahun depan, boleh la sambung food-hunting. By the way, aku nak ucap rasa syukur sebab at the end of this year, aku diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dapat makan makanan sedap dan urusan pun dipermudahkan. 

Thanks FIXI!
Thank you December!
Thanks a million, 2019!

@theMaGi2019

Sunday 22 December 2019

Testing TukTuk Thai Boat @ Plaza Merdeka

Hai Ahad! Selamat pagi. Hari ni aku nak ucap rasa syukur yang tak terhingga kepada Tuhan yang memberi rezeki dan juga kebahagiaan. Bulan lepas bulan yang struggle. Bulan ini aku dapat reward hasil dari kesabaran. 

Okay, aku dah setel dengan mukadimah so kita proceed pasal sesi makan di petang Sabtu with family. Aku, my parent and my younger brother. Semalam, lepas aku melantak pizza sebelah tengah hari, sebelah petang aku pergi jenguk Tuk Tuk Thai Boat di Plaza Merdeka. Plaza Merdeka ni dah macam rumah kedua aku. Tiap hari Sabtu aku datang sini, boleh jadi duta PM lepas ni. Apa yang aku suka pasal mall ni ialah layout bangunan dan semestinya, kedai makan yang bercambah sana sini. Mesti dicuba bila ada duit.

So, kami try makan makanan di Tuk Tuk. Kali pertama try makan makanan Thailand sebenarnya, dah lama aku berhajat nak try sejak Tuk Tuk open di Vivacity tapi tak ada kesempatan. Finally, dapat juga merasa 5 menu di Tuk Tuk and beverages (boleh PM aku kalau nak tanya harga setiap satu):

  • Japanese Beancurd (sesuai untuk pemakai braces macam aku)
  • Papaya salad (wajib cuba)
  • Steamed Fish Tomyam- no lime (abah aku tak makan limau so boleh request, wajib cuba)
  • Pandan Chicken (ni adik aku yang nak makan sebab dia nak mengimbau kenangan masa bercuti di Vietnam)
  • Kailan
  • 4 pinggan nasi putih
  • 2 watermelon juice, 1 iced dried longan & 1 iced milk green tea
Kalau nak makan di sini, kena tulis menu ikut name code untuk memudahkan mereka sediakan makanan kita. Portion makanan sesuai, harga reasonable, banyak pilihan, makanan cepat dihidang dan decoration kedai pun nice. Tapi aku rasa macam tak puas sikit dengan papaya salad sebab aku kalau boleh nak portion tu banyak sikit (hahaha~). Plus, aku suka kuah tomyam. Sangat sedap! Rugi kalau tak cuba.

By the way aku bagi rating 5/5 sebab parent aku sangat berpuas hati, termasuk aku juga :)


Papaya salad (highly recommended)

Steamed fish tomyam (highly recommended)

Ada menu kailan dan pandan chicken dalam gambar tu.
Abah aku tengah pegang pinggan japanese beancurd

Beverages, semua minuman ni sedap


@theMaGi2019

Tuesday 17 December 2019

Buku Rujukan Sejarah Sarawak

Sugeng sonten (selamat petang)! Tiba-tiba aku guna bahasa Jawa. Well, as Javanese jangan lupa jati diri. Gitu deh. Okay sebenarnya entri kali ni bukan nak belajar bahasa Jawa tapi aku cuma nak kongsi bahan bacaan aku untuk tahun ni. Kalau dikira, aku dah baca 20 buah buku, agak sikit sebenarnya tapi aku nak jaga kualiti bacaan aku dan aku pun perlu menulis dan bekerja. Bukan senang nak bahagikan masa sebenarnya.

Tapi entri ni aku cuma nak kongsikan buku ilmiah yang selalu aku guna sebagai rujukan untuk kajian sejarah Sarawak. Aku sebelum berjinak-jinak baca novel, antologi dan kumpulan, aku dulu cenderung baca buku ilmiah dan ensiklopedia. Buku ilmiah ni aku rasa sangat membantu untuk aku menulis terutama sekali semasa aku nak siapkan novel pengembaraan fantasi aku yang pertama iaitu Acang Merpati terbitan DBP. Buku tu banyak menggunakan maklumat sejarah, jadi aku perlu invest duit untuk beli buku yang berkaitan.

Okay, mari perkenalkan buku-bukunya~

Judul: Menelusuri Lembah Sungai Sarawak Sebelum 1840an
Penulis: Tom McLaughlin, Suriani Sahari
Tahun cetakan: 2019 
Rumah penerbitan: FK Creative Resources Sdn. Bhd.
Jumlah mukasurat: 340

Buku hasil kajian dua pengkaji sejarah Sarawak ini merupakan satu usaha persendirian yang menggali sejarah Sarawak melalui site-visit ke tempat-tempat bersejarah, melalui penceritaan semula secara lisan dari orang tua-tua yang mewarisi kisah dari nenek moyang mereka dan juga melalui beberapa kertas kerja dari pelbagai sumber. Buku ini mencatatkan sejarah Sarawak secara demografi, sosial, kisah mitos/legenda, penstrukturan salasilah kerabat dari Brunei, Sambas dan Santubong serta maklumat berkaitan dengan tapak-tapak arkeologi. Turut diselitkan senarai appendiks mengenai kampung di sepanjang sungai Sarawak, kepercayaan mantera/tuca zaman dahulu, beberapa sejarah lisan berkaitan dengan pahlawan, asal usul tempat, bencana dan kesusasteraan orang Sarawak. Buku ini dilihat menarik kerana ia banyak menerapkan kisah lisan yang amat jarang didengari dan juga senarai salasilah yang hampir hilang.

Judul: Sejarah Sarawak
Penulis: Haji Buyong Adil
Tahun cetakan: 1974
Rumah penerbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jumlah mukasurat: 147

Buku terbitan tahun 1974  ini merupakan satu usaha dari pihak DBP untuk mencatat sejarah Sarawak dalam bentuk bahan bercetak. Buku ini mengandungi beberapa bahagian mengenai sejarah Sarawak dari awal permulaan, era pemerintahan Brooke yang dipecahkan kepada tiga dinasti iaitu Rajah Putih I, Rajah Putih II dan Rajah Putih III, era penjajahan Jepun dan Sarawak menjadi crown colony pada era penaklukan British dan penyatuan Sarawak ke dalam kesatuan Malaysia. Beberapa huraian menarik turut diselitkan di dalam buku ini seperti keadaan Sarawak pada 600 tahun sebelum Masihi, pemerintahan sebelum era Brooke, senarai pahlawan tempatan yang menentang usaha James Brooke untuk meluaskan empayar dan hubungan pembesar dari Brunei ke atas Sarawak.

Judul: Old Sarawak
Penulis: Craig A.Lockard, Graham E. Saunders
Tahun cetakan: 1992
Rumah penerbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jumlah mukasurat: 105

Buku ini merupakan kajian bergambar (a pictorial study) mengenai Sarawak pada masa dahulu, menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu First Impression, Gunboat and Flag, Rural Life, Urban Life, dan The Brooke Raj. Untuk bahagian 1, buku ini mencatatkan gambara pihak Eropah mengenai Sarawak. British dilihat agak lambat dalam mengenali dan sampai ke Borneo sehingga gambaran pertama mereka mengenai Borneo, khususnya Sarawak amat mundur seolah-olah Sarawak tidak ada ketamadunan atau pentadbiran yang konkrit. Bahagian 2 pula memaparkan tarikan pihak Eropah mengenai kepintaran perahu perang di Sarawak ketika di bawah kuasa Brunei dan bagamana Kuching mengalami perubahan selepas James Brooke menjalankan dasar perluasan kuasa. Bahagian 3 memaparkan kehidupan pedalaman khususnya bagi kaum yang dominan seperti Iban dan Bidayuh. Turut diselitkan gambar pelbagai masyarakat pada zaman dahulu dari aspek pakaian, gaya hidup dan seni budaya. Bahagian 4 pula mengenai urban life di Kuching yang pesat membangun selepas dijadikan pusat pentadbiran era Brooke dan senibina yang diwujudkan sepanjang dinasti Rajah Putih.  Bahagian 5 ialah catatan mengenai pencapaian yang dilakukan oleh era Brooke bersama pembesar Melayu dan pegawai Eropah yang bertugas. Turut diselitkan gambar berdamai (peacemaking) dari pihak Brooke dengan masyarakat Iban di Kanowit, dan juga Marudi.

Judul: Sarawak Long Ago
Penulis: W.J Chater
Tahun cetakan: 1969
Rumah penerbitan: Borneo Literature Bureau
Jumlah mukasurat: 120

Buku terbitan Borneo Literature Bureau ini merupakan usaha terawal dari Sarawak untuk mencatat sejarah Sarawak dan dibukukan. Buku ini mempunyai banyak info yang menarik  yang kini lenyap dari Sarawak, antaranya sejarah pesta Chingay yang pernah disambut oleh masyarakat Cina di Kuching suatu masa dahulu, sejarah gunung dan bukit, tapak perkuburan lama Kristian, sejarah bendera Sarawak yang pertama, kisah-kisah seram banglo, kisah mistik tokong di Kuching, kebakaran besar di Kuching pada 1884 dan juga sejarah Masjid Bahagian Kuching. Selain itu, buku ini juga turut menyelitkan maklumat mengenai sejarah Fort Margherita, kediaman Astana, perihal jambatan Satok dan tapak perkuburan Brooke secara terperinci. 

Judul: Melayu Sarawak- Sejarah Yang Hilang
Penulis: Sanib Said
Tahun cetakan: 2013
Rumah penerbitan: UNIMAS
Jumlah mukasurat: 221

Buku ini merupakan gabungan kertas kerja dari kajian dan artikel dari penulis sendiri yang merupakan profesor, pensyarah dan pengkaji sejarah Nusantara. Menerusi buku ini, beberapa kertas kerja yang bersifat akademik disusun menjadi bahan rujukan mengenai sejarah Sarawak bermula dari kewujudan Melayu Sarawak secara sejarah, falsafah dan fakta. Seterusnya pensejarahan Sarawak dikupas mengenai mitos Brooke yang digembar-gemburkan, merekonstruksi sejarah melalui ketamadunan Barunai (Brunei), era penaklukan Majapahit dan catatan Negarakertagama. Kemudian buku ini menyelitkan usaha pihak pengkaji dalam menjejaki manuskrip dan puak yang hilang di Sarawak menerusi penyelidikan di perpustakaan dan arkib, bagaimana gambaran masyarakat Melayu Sarawak suatu masa dahulu dari segi pemakaian, pertuturan dan cara hidup. Pada bahagian seterusnya, buku ini menjelaskan pembentukan negeri-negeri Melayu iaitu permulaan Sarawak membentuk ketamadunan yang tersendiri melalui kerajaan-kerajaan tua di Borneo sebelum kedatangan Brooke.  Buku ini turut mengupas lebih lanjut perincian pakaian Melayu Sarawak melalui catatan Hugh Low yang bertugas sebagai penterjermah Brooke. Antara maklumat sejarah lain yang turut diperincikan dalam buku ini ialah manuskrip Melayu-Jawi di Borneo, dinasti Brooke yang merampas kuasa Melayu, identiti politik pada era kolonialisme dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia.


@theMaGi2019

Jadual Review Braces Terakhir

Hai visitors! Hari ni aku nak update kejadian review braces aku yang terakhir dalam jadual appointment wajib aku bersama doktor. Aku mula pakai pendakap gigi ni tahun lepas iaitu bulan 7. Tapi persediaan untuk pakai pendakap gigi ni bermula pada bulan April 2018. Dan bulan ini iaitu pada 16 Disember 2019, jadual 12 kali appointment bersama doktor gigi pun dah lengkap.

Okay bagi yang tak faham maksud aku ni, proses review braces bermula selepas braces dipasang. Setiap 6 minggu, patient perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk pemeriksaan, tukar dawai, betulkan kedudukan bracket sekiranya tertanggal, teeth scaling dan pasang power chain (ikut keperluan patient). Patient perlu buat review braces sebanyak 12 kali tapi braces takkan ditanggalkan selagi kedudukan gigi tak seperti apa yang doktor gigi nak. Jadi, walaupun jadual aku dah lengkap tapi aku still pakai braces dan teruskan sesi review braces sehingga gigi aku betul-betul rapat dan cantik. Tapi review selepas jadual 12 kali tu dimaklumkan tak berbayar kecuali untuk teeth scaling, yang tu kena bayar la.

So far, macam ni la keadaan gigi aku sekarang lepas tukar dawai dan pasang power chain:


Dan ini keadaan gigi aku pada bulan April 2013. Aku masih ingat masa ni aku baru lepas buat teeth scaling untuk kali pertama kat klinik kerajaan Batu Kawa.


By the way, pemakai braces yang komited sehingga giginya menjadi cantik ialah golongan yang sangat penyabar, tinggi komitmen dan bersedia untuk berkorban. Braces bukan semata-mata cantik, ada banyak benefit kesihatan dari aspek penjagaan oral health, teeth nerves dan juga baikpulih kedudukan rahang mulut. And for my personal reason aku rasa braces ni buat aku happy tersenyum lebar. Sebab? Aku berusaha untuk pasang braces ni dengan hasil titik peluh aku bekerja.

Makanya tahun depan aku masih bersama dengan braces aku. Sebenarnya aku sendiri belum ready nak berpisah dengan braces aku sebab aku dah terbiasa tengok bracket kat gigi. Aku still dengar isu kononnya pakai braces ni membazir. Okaylah, aku tak nak cakap banyak. Aku cuma nak nyanyi lagu Zizi iaitu "beras dapur engkau takkan jadi nasi aku~" hahahaha!

Peace, love, braces :)

@theMaGi2019

Sunday 15 December 2019

Sayang Simunjan!

Hai, Magians! Aku datang lagi, nak update entri seterusnya. Alang-alang aku tengah bercuti ni, aku tak berminat nak tahu hal kerja. Aku nak relax. Jadi aku ikut trip ke Simunjan pada hari Sabtu 14 Disember. Trip ni bukan trip suka-suka tapi sebenarnya aku dan families pergi attend majlis nikah sepupu aku di Kampung Keniong, Simunjan.

Okaylah, aku nak kongsi sikit tentang Simunjan. Dulu aku selalu dengar nama Simunjan disebut-sebut sebab dulu jiran aku di Briged PGA orang Simunjan. Orang yang berasal dari Simunjan ni ada dialek pertuturan yang unik dan senang nak kenalpasti. Sebelum daerah Simunjan ditadbir oleh Bahagian Samarahan, daerah ini dulunya di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Selepas 27 Julai 1986, Simunjan ditadbir oleh Bahagian Samarahan bersama 2 daerah yang lain iaitu daerah Serian dan Samarahan.

Sebelum wujudnya daerah Simunjan yang ada pada masa sekarang, daerah Sadong telah dibentuk merangkumi kawasan Simunjan (lower Sadong) dan Serian (upper Sadong) pada era pemerintahan Brooke tahun 1901. Simunjan dijadikan pusat pentadbiran pada ketika itu. Kemudian Serian dipisahkan dari daerah Sadong pada 1955 dan satu daerah baru diwujudkan iaitu daerah Serian. Daerah Sadong pula diberi nama baru iaitu daerah Simunjan. Pada 1 Januari 2002, Bahagian Samarahan mempunyai 4 daerah iaitu daerah Simunjan, Serian, Samarahan, Asajaya (dan dua daerah kecil iaitu Sebuyau dan Tebedu).

Now kita berbalik semula dengan kisah kami nak pergi majlis kahwin. Ingatkan dah masuk dekat kawasan pasar Simunjan, kami dah sampai la ke tempat yang dituju. Rupanya, jauh lagi. Sebelum nak sampai ke Kampung Keniong, kena lalu banyak kampung yang lain. Bentuk demografi Simunjan ni berbukit bukau so ada la rasa macam naik kawasan tanah tinggi macam Cameron Highland. Kalau ikut kata makcik aku, kami kena lalu area balai polis, teruskan driving sampai jumpa SK Temiang kemudian teruskan driving sampailah nampak simpang masuk ke SK Keniong. Tak sangka jarak dari balai polis ke Temiang dan ke Keniong tu, masha-Allah... rasa macam nak pergi camping masuk hutan. Kami bertolak pukul 6:43 pagi dari Kuching dan sampai ke tempat dituju pada jam 9:00 pagi. Itu pun abah aku yang driving, kalau aku mungkin pukul 10-11 pagi baru sampai.

Just info tambahan, Kampung Keniong ni sebenarnya kampung masyarakat Iban yang dah memeluk agama Islam. Kampung ni memang sangat terpencil tapi nasib baik laluan masuk ke kampung ni bertar. Lepas habis majlis, kami pun singgah balik ke pasar Simunjan. Masa nak pergi bukan main lambat nak sampai, bila balik cepat pulak rasanya. Memandangkan ini kali pertama aku ke Simunjan dan kali pertama juga nampak kawasan Sungai Sadong iaitu sungai utama di Simunjan, aku rasa aku dapat gambaran yang baik untuk sambung menulis manuskrip.

Sayang Simunjan!








@theMaGi2019
[Klik pautan berikut untuk info lanjut mengenai Bahagian Samarahan]

Cipta Memori @ Brooke Museum

Hello Sunday! Aku update lagi, kali ni pasal jalan-jalan selepas makan di Mr. Dakgalbi. Sesudah makan begitu kenyang, aku plan nak buat sesi 'longgarkan' perut. Actually aku memang plan nak jalan-jalan cari idea hari Jumaat tu sebab otak aku tepu. Dalam fikiran aku, aku nak bersiar-siar, bermula dari sekitar India Street, terus ke Squre Tower, kawasan Kuching Waterfront dan berjalan sampai ke area The White Barok. Depan White Barok tu tempat tunggu perahu tambang, aku nak pergi ke seberang which is Kampung Boyan. Dari Kampung Boyan, aku jalan kaki dan pergi ke Brooke Museum.

Brooke Museum ialah Fort Margherita. Dulu pernah berfungsi sebagai Muzium Polis selama puluhan tahun. Kubu ni dulu dalam kawasan Kem PDRM Briged PGA dan aku membesar di kem tu dari aku kecik sampai remaja. Aku berpindah bila aku berusia 18 tahun. So tempat ni memang aku sangat familiar dan even tempat ni dah sunyi sebab kem polis dah tak ada lagi dan sekolah rendah aku yang berjiran dengan kubu pun dah jadi ghost town, aku boleh bayangkan keadaan 20 tahun yang lepas tanpa sebarang masalah.

Kemudian, kawan aku kata dia nak ikut sekali sebab dia tak pernah pergi ke Fort Margherita. Jadi aku pun gerak la ke sana dengan kawan aku, kami berdua jalan kaki. Konon-konon feeling macam tourist sebab kebetulan hari Jumaat so ramai pulak tourist dari luar negara. To be honest, banyak kenangan aku kat seluruh kawasan kubu ni. Zaman kanak-kanak aku, zaman persekolahan, zaman membesar semuanya di kawasan yang sama. Kali terakhir aku pergi ke kawasan ni pada tahun 2014 tapi tak lama sebab hari tu hari terakhir sebelum sekolah aku ditutup dan berpindah ke tapak baru. Bila kawan aku join sekali dalam pengembaraan mencari idea dan membuang stres, aku secara tak langsung jadi tour guide. Walaupun hari tu memang panas, aku rasa berbaloi sebab cuaca panas tu memudahkan plan aku dan gambar pun cantik.

Bagi sesiapa tanya berapa bayaran masuk, RM10 per person untuk adult local macam aku. RM5 untuk kid local. Bayaran untuk pengunjung bukan Sarawak berbeza, ada tour package disediakan tapi aku rasa kawan aku beruntung sebab dapat tour guide tanpa bayaran, hahaha!

Tak sabar tunggu muzium yang lain open untuk lawatan :)

Tempat ni berdepan dengan The White Barok

Lepas sampai ke seberang (Kpg. Boyan), kena lalu kawasan ni.
Kalau sorang-sorang and penakut, aku tak suggest korang guna
laluan ni. Aku suggest korang naik jambatan Darul Hana, pergi
ke Pangkalan Sapi/Batu and try ambil Grab. Mintak hantar ke 
Fort Margherita

Ni kali pertama kawan aku baru sampai ke Fort Margherita


Dan aku tak tahu berapa kali aku ke sini. Tak sempat nak kira,
kawasan ni tempat aku bermain masa kecik2 dulu


Pertama kali kawan aku masuk ke dalam Fort Margherita

Dan pertama kali dia naik spiral staircase. Agak sempit
tangga ni, muat untuk seorang. Boleh kalau nak naik
berdua, tapi romantik sikit la, hahaha!

Dia nak selfie dengan James Brooke

Dan aku nak selfie dengan Charles Brooke. Entah kenapa
aku rasa macam Charles annoying bergambar dengan
aku. Muka dia macam ada ekspresi

Yang ini Sarawak's war song. Aku baru tahu Sarawak ada lagu perang

Dan yang ni salinan asal nota lagu kebangsaan negara Sarawak
suatu masa dahulu

Yang ni sedikit catatan mengenai seorang wanita jelita yang
pernah suka pada James Brooke tapi cintanya tak dibalas

Aku tertarik dengan keris Melayu abad ke-19. Keris antara
senjata kegemaran Brooke dari aspek praktikal, nilai seni dan
juga elemen mistik

Masa ni aku dan kawan aku tengah berehat di tingkat 3

Dan ini tingkat atas sekali. Kami berdiri atas puncak kubu.
Boleh nampak bangunan tinggi dan hotel di seberang. Awan
pun nampak cantik

Masa ni aku bergambar di ruang tinjau kubu yang berhadapan
dengan Sungai Sarawak. Ada teropong kat situ, tapi berdekad 
rosak. Teropong tu cuma dekorasi je

Kawan aku duduk dekat kawasan ruang tinjau, berlatar
belakangkan DUN baru

Suasana di sekitar kubu. Langit sangat biru, jangan
tanya tahap kepanasan aku masa tu

Sebelum balik, kawan aku bergambar depan pintu masuk kubu.
Dia struggle nak buka mata sebab silau

Lepas dipanggang, kami pun naik perahu tambang.
Masa untuk cari benda sejuk

Kembali ke Plaza Merdeka, kami singgah ke Stone Ice kat tingkat
bawah. Tak jauh dari Mr. Dakgalbi. Finally, pengembaraan tamat.
Mula pada pukul 1:30 petang, berakhir pada 7 malam


@theMaGi2019

Sesi Makan di Mr.Dakgalbi@Plaza Merdeka

Hai Ahad! Hari ini aku ada kesempatan nak kemaskini blog. Sebelum ni aku selalu tak ada masa, sibuk dengan kerja, which is not good untuk kesihatan secara overall. Okay, kali ni aku nak up kisah jalan-jalan cari makan. Aku rasa ni bukan food review yang betul la, aku cuma nak perkenalkan restoran makanan Korea yang baru di Plaza Merdeka, one of the most spectacular shopping mall di Kuching sebab terletak in the middle of Kuching's culture and history, iaitu di titik tengah India Street, Carpenter Street, Gartak Street, Gambier Street, Main Bazaar dan Kuching Waterfront.

Mr. Dakgalbi, restoran makanan Korea ni terletak di tingkat bawah Plaza Merdeka, bersebelahan dengan farmasi Watson. Ada satu lagi restoran makanan Korea kat tingkat yang sama iaitu Nene Chicken tapi konsep Nene macam KFC. Mr.Dakgalbi punya konsep macam restoran kat Korea sana. Jadi aku dan kawan aku pun try la hari Jumaat, kami cuti masa tu.

Source: Plaza Merdeka Page (Facebook)
Memandangkan kami memang baru 1st time makan di situ, agak confuse la masa nak pilih menu sebab menu di restoran ni mostly dalam bentuk set ikut jumlah customer. Kawan aku try set makan untuk 2 orang dengan harga RM76. Dalam set tu ada:
  • Daun salad
  • Daun kobis
  • Ramen
  • Daging yang dah siap dipotong
  • Nasi + seaweed
  • Cheese leleh
  • Radish (boleh refill)
  • Kimchi (boleh refill)
  • Salad mayonis (boleh refill)


Minuman tak termasuk dalam set, nak tambah nasi putih pun boleh. Set ni akan disediakan secara live depan mata so bersedia la bau makanan melekat kat baju, hahaha! Dan bila semua dah siap, aku dan kawan aku agak terkejut sebab set ni bukan sekadar 2 orang dapat makan, 4 orang pun boleh sebenarnya.


Jadi kesimpulannya, aku dan kawan aku makan sampai kenyang sampai tak boleh bangun dari kerusi. Tapi memang sangat berbaloi sebab makanan sedap, aku paling suka radish dan ramen. Daging pun sangat lembut, sedap dimakan bersama daun salad. Orange juice aku RM5, gelas besar. Pekat and sejuk tapi tak banyak ais so rasa juicy tu sampai ke sedutan terakhir. By the way, ini bukan promosi berbayar okay? Aku cuma nak bagi suggestion untuk mereka yang nak spend masa untuk makan-makan.

Aku dan kawan aku nanti nak try set lain. Nanti kalau dah try aku akan update.  Bagi aku, food therapy is one of my best therapy. Bak kata George Bernard Shaw:

"There is no love sincerer than the love of food."

p/s: kami tak dapat habiskan, so take-away la endingnya.

@theMaGi2019