Wednesday 25 September 2019

Jom Run Amazing Sarawak Run

Hai! Hari ni aku nak up last running event yang aku join tahun ni iaitu Jom Run Amazing Sarawak Run 5 km di MBKS, Kuching. Tapi seperti yang satu Malaysia dah tahu, Kuching antara bandaraya yang terjejas akibat jerebu. IPU mencatatkan kualiti cuaca sangat tidak sihat. Masa aku register event ni aku tak terfikir pulak bulan 9 nanti ada jerebu. Lagipun, bayaran untuk event ni sangat-sangat berbaloi, cuma RM18 untuk early-early bird. Dapat medal, dapat Tshirt dan dapat refreshment.

Bila tiba hari kejadian iaitu 22 September 2019 (pagi Ahad), dengan tidak disangka-sangka, hujan turun dengan tersangat lebat. Masalahnya, bau air hujan langsung tak segar. Macam bau asap. Bila sampai di perkarangan MBKS, diumumkan larian tu dibatalkan atas sebab jerebu dan hujan. Jadi, semua participants datang untuk collect medal, ambil sarapan pagi dan juga refreshments yang disediakan. Untuk event terakhir tahun ni, aku tak sangka aku dapat event dengan bayaran paling murah dan juga aku tak berlari langsung. 

At the end of the day, inilah event yang langsung tak mengeluarkan peluh tapi mengenyangkan perut yang lapar di pagi hari, hahahaha!

So tahun depan, aku rasa aku akan jadi sangat selektif- aku akan sertai event yang ada goodies yang menarik, Tshirt yang cantik dan bayaran yang berpatutan. Dengan rasminya, aku berehat dari berlari untuk tahun ni. Tahun depan aku sambung balik. See you in 2020~

Hujan macam ni, aku sibuk beratur nak minum Milo ais.

Peserta berpayung dan beratur untuk dapatkan medal
dan sarapan pagi

Tak merasa aku untuk sampai ke garisan Finish untuk event
terakhir tahun ni, kahkah!

Medal ke-8 tahun ni, 5 km jadi 1 km.

Dan medal ni medal paling kecik dalam koleksi aku.


@theMaGi2019

Saturday 21 September 2019

Movie Review: Weathering With You

Image result for weathering with you
source: imdb.com
Ohayou, minna-san! Cakap Jepun hari ni sebab nak buat review movie terbaru iaitu Weathering With You yang aku tengok kat pawagam 14 September lepas. Lambat sikit update sebab sibuk kat tempat kerja and struggle nak siapkan chapter manuskrip. Aku rasa macam tersedar dari mimpi, aku dah bazirkan 5 bulan invest benda yang merosakkan mood aku menulis. Now aku dah sedar so aku kena catch up balik mana yang tertinggal. Nasib baik 5 bulan, kalau 5 tahun? Menangis aku sebab bazirkan masa. Duit boleh cari, tapi masa kita tak dapat cari macam kita cari duit...ya gitu deh~

Orait, back on track. Masa mula-mula kawan aku kata dia tempah tiket untuk movie Weathering With You, aku tanya dia balik, movie apa tu? Dia kata, anime. Okay, anime. Aku memang peminat anime. Tapi anime jenis apa? So aku pun Google tapi aku tak Google pasal jalan cerita movie tu la. Aku nak tahu genre movie dan rating movie tu. Lepas meng-Google, aku mula berfikir sejenak. Genre anime ni fantasy/romance, rating sekitar 7-8/10. Not bad, tapi genre tu aku rasa macam, hmmm. Aku baru je ada isu dengan genre macam ni dan aku rasa is it okay for me to watch this kind of movie? Terus aku membebel sendirian sambil berbahasa Inggeris dengan gabungan articulation dan slang yang melampau ^^

Okay, sekarang aku nak review movie sebelum aku merepek. 

Persepsi Pertama?

Image result for weathering with you
Source: soranews24.com
Berkenaan dengan persepsi pertama, movie ni pasal watak utama Hodaka lari dari rumah dan pergi ke Tokyo. Umur Hodaka baru 16 tahun, bawah umur. Dia tak nak duduk dengan parent dia lagi. Dia nak berdikari, nak bekerja dan ubah kebosanan dalam hidup dia. Kemudian dia jumpa seorang perempuan, Hina yang berusia 18 tahun. Hina ni merupakan gadis yang boleh ubah cuaca dari hujan menjadi panas. Hodaka cadangkan supaya Hina gunakan kebolehan tu untuk cari duit. Sepanjang mereka jadi rakan kongsi bisnes, Hodaka suka pada Hina. Okay, persepsi pertama aku ialah cerita ni pasal cinta. Obvious, dua remaja yang bersama dan akhirnya tertarik antara satu sama lain. Aku rasa macam tak minat sangat pada jalan cerita. Plus, awal cerita tu menunjukkan Hina berdoa depan kuil Shinto usang dan tiba-tiba dia masuk alam lain. Aku tak boleh relate maksud tu semua, pada mulanya.

Pertambahan Karakter

Okay, pertambahan karakter. Sepanjang jalan cerita berkembang, beberapa watak dimasukkan untuk mengukuhkan penyampaian cerita. Karakter Suga iaitu majikan Hodaka yang buka kedai jurnal dan Natsumi yang seksi banyak mengubah persepsi aku. Bagaimana Suga kelihatan mencurigakan tapi sebenarnya baik hati dan hati tisu, Natsumi yang seksi serta sarkastik tapi mempunyai pemikiran yang luas, berani dan optimis, juga si kucing Ame yang comel dan menghiburkan dilihat membantu dua watak utama membangunkan ciri-ciri cerita sehingga aku rasa movie ni bukan sekadar romance semata-mata. Plus, teknik 360 dan artwork memang sangat berkualiti tinggi.

Unsur kebudayaan

Image result for weathering with you
source: solotrust.com
Macam yang aku sebut di atas, movie ni bukan sekadar romance semata-mata. Di sini aku nampak jalan cerita digarap dengan baik, penyampaian sebuah cerita fantasy/romance diselitkan dengan unsur kebudayaan Jepun sebagai medium menyampaikan kekayaan bangsa kepada penonton. Memandangkan aku ni history nerd, boleh dikatakan aku seronok bila Natsumi buat site visit untuk kaji sejauh mana sejarah Jepun mempercayai mitos 'Gadis Cuaca'. Dan aku suka bila budaya teru-teru bozu dimasukkan sebagai perlambangan memanggil hari panas serta kepercayaan hari Obon iaitu membuat upacara menyediakan jalan pulang untuk roh si mati balik ke rumah supaya mereka dapat menjenguk keluarga mereka.

Unsur Sejarah

Berkenaan dengan unsur sejarah, perkara yang paling ketara ialah dari sudut demografi Tokyo itu sendiri yang pada asalnya berada di dalam lautan sebelum berlakunya pertembungan plat dan memisahkan benua sehingga terbentuknya Tokyo yang terangkat keluar dari dasar laut. Boleh Google untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Jadi dalam movie ni, disebut bahawasanya hujan turun begitu lebat di Tokyo- mungkin Tuhan mahu Tokyo kembali semula kepada asal kejadiannya iaitu berada di dasar lautan semula. Bila difikirkan, agak seram. Tapi dengan keadaan cuaca tak menentu sekarang ni, perubahan alam yang semakin ketara dan banyak bencana alam berlaku di seluruh dunia, aku fikir ada kemungkinan juga movie ni nak menyampaikan makna sebenar melalui sejarah iaitu- sejarah mungkin berulang.

Secara keseluruhannya, movie ni berjaya menghiburkan aku pada pertengahan jalan cerita, mendidik aku ketika kemuncak cerita dan penghujung cerita ni memberi pengajaran tentang kekuatan alam semesta dan kelemahan manusia yang tinggal di atas muka bumi ni. Banyak makna tersirat, jadi berbaloi juga rasanya menonton movie ni. Kudos to production film dan semua yang terlibat. 

Berapa personal rating aku untuk movie ni? 7/10

@theMaGi2018

Friday 20 September 2019

Proses Power Chain dan Braces

Hai dearest! Sejak kebelakangan ni aku suka panggil orang dengan panggilan dearest, hihi. Kali ni aku cuma nak share proses sepanjang aku pakai power chain dan braces. Tak banyak pun aku nak share, 06 September lepas aku pergi klinik untuk buat review. Kali ni aku pilih warna merah untuk power chain. Sebab? Aku nak elakkan warna power chain tu berubah sebab sebelum ni aku pilih purple grey, power chain aku nampak cepat buruk.

Berkenaan dengan dawai braces, doktor aku tak tukar sebab masih elok. Cuma doktor potong lebihan dawai sebab kedudukan gigi aku ada perubahan ketara (gembira hati beta). Kali, aku tak rasa sengsara sangat masa doktor pasangkan power chain ke gigi aku. Force effect tu memang ada tapi taklah teruk macam mula-mula.

By the way, rutin aku untuk jaga gigi ni tetap macam biasa iaitu:

  • Makan supplement (calcium + vit D3, vit C + zinc)
  • Makan buah-buahan
  • Elakkan makanan keras
  • Sentiasa bersihkan gigi (ubat kumur, interdental brush, braces teeth brush)
Lepas pakai power chain ni aku tak pakai flos sebab susah nak tarik flos tu, asyik melekat kat power chain. Masa tak pakai power chain dulu agak senanglah nak flos. Aku harap gigi dan gusi aku ni bagi kerjasama. Banyak pelaburan aku untuk gigi ni, so aku memang nak tengok hasil.

Ok, setakat ni macam inilah gigi aku. For those yang baru pakai pendakap gigi, bertabahlah. Beauty is pain, haha~






@theMaGi2019

Book Session: Anjing-Anjing Menyerbu Kuburan

Hai, dearest! Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Walaupun hari masih berjerebu aku tak nak otak aku pun ikut berjerebu. Makanya, aku habiskan pembacaan. Kali ni buku dari tanah seberang, sebuah antologi cerpen kelolaan KOMPAS dan kebanyakan cerpen diterbitkan pada tahun 1995, 1996, dan 1997. To be honest, masa tu aku masih di bangku sekolah rendah. 

Okaylah, aku nak perkenalkan buku tersebut:

Judul: Anjing-anjing Menyerbu Kuburan (Cerpen Pilihan KOMPAS 1997)
Terbitan: 2017
Rumah Penerbitan: KOMPAS
Mukasurat: 202 

Tarikan Utama Antologi AAMK

Berkenaan dengan buku ni, sebelum aku beli secara online (boleh rujuk Ulat Buku Bookstore Page kalau berminat), aku sebenarnya berdepan dengan konflik. Nak beli buku ni, atau nak beli buku Eka Kurniawan (Eka penulis kegemaran aku selepas Shahnon Ahmad). Tapi tajuk buku ni menarik perhatian aku. Kenapa anjing-anjing tu pergi serbu kubur? Ada apa dengan kubur tu? Dosa apa yang penulis cuba nak kaitkan dengan kubur?

Rupa-rupanya, anjing tu simbolik. Watak utama belajar ilmu mistik untuk dapatkan kesenangan jadi keluarganya tak hidup miskin lagi. Syarat terakhir ialah dia perlu gigit telinga mayat perawan yang mati pada malam Selasa Kliwon untuk lengkapkan ilmu dia tu. Tapi watak tu tak dapat sempurnakan syarat terakhir sebab anjing-anjing lapar tercium bau bangkai lalu anjing tu pun pergi ke kubur tu. Pada mulanya aku tak faham simbolik apa yang penulis iaitu Kuntowijoyo cuba nak sampaikan? Sebenarnya, cerpen ni menyampaikan maksud kehidupan orang bawahan yang miskin dan bersaing untuk hidup sehingga terpaksa mencuri atau melakukan kerja-kerja haram. Anjing-anjing tu pula melambangkan orang atasan yang pantang nampak peluang, terus nak sambar tanpa fikir kesusahan orang bawahan. Jujur aku cakap, simbolik dalam cerpen ni memang cukup tersirat. Ambil masa juga aku fikir maksud sebenar. Patutlah panel juri pilih cerpen ni sebagai judul antologi.

Kekuatan Antologi AAMK

Secara peribadi, kekuatan sebenar antologi ialah senarai penulis yang dipilih. Bila aku nampak nama Ahmad Tohari, aku tahu buku ni bagus. Tapi bukan Ahmad Tohari saja yang bagus, penulis Kuntowijoyo, A.A Navis, Ratna Indraswari Ibrahim, Ismet Fanany dan Harris Effendi Thahar. Antara cerpen yang aku rasa mempunyai kekuatan yang sangat ketara dari segi jalan cerita, penghayatan, pennyampaian makna simbolik dan juga kreativiti ialah:

  • Anjing-anjing Menyerbu Kuburan (Kuntowijoyo)
  • Jangan Dikubur Sebagai Pahlawan (Kuntowijoyo)- kisah bajingan yang jahat tapi diangkat sebagai pahlawan sebab sebelum mati dia sempat menentang Belanda.
  • Rumah Terbakar (Kuntowijoyo)- kisah seorang alim yang mahu menyelamatkan kampung dari maksiat tapi terbunuh pula pasangan kekasih yang bertemu secara sembunyi.
  • Maria (A.A Navis)- kisah wanita yang feminis dan tinggi semangat emansipasi, kemudian berkahwin dan akhirnya demi membela suaminya yang mahu dihukum bunuh kerana menentang Belanda, wanita itu mati bersama suaminya.
  • Penangkapan (A.A Navis)- kisah penulis yang mahu menentang kerajaan, kemudian dipenjarakan dan sepanjang di dalam penjara mereka makan secukupnya sedangkan anak isteri pula terpaksa merempat. 
  • 17 Tahun 4 Bulan (Ratna Indraswari Ibrahim)- kisah perempuan yang mahu menjadi polis, tapi kerana tak mahu dikongkong dalam menjalani kehidupan seharian, terjebak dengan aktiviti pelacuran. Walaupun cuba diselamatkan, dia menuduh dirinya cuba dimanipulasi dan akhirnya kembali semula menjadi pelacur.
  • Hadiah dari Rantau (Ismet Fanany)- kisah seorang perempuan yang hampir membunuh diri kerana dikhianati tunangnya, diselamatkan oleh seorang lelaki yang baik. Tanpa diketahui suaminya, perempuan itu sebenarnya tidak berniat pun mahu membunuh diri.
  • Kang Sarpin Minta Dikebiri (Ahmad Tohari)- kisah lelaki yang bernafsu besar sepanjang hidupnya, memilih untuk dikembiri kerana bosan ditundukkan oleh nafsu. Belum sempat dikembiri, dia mati akibat kemalangan. Orang kampung melihat dia sebagai lelaki jahat, tapi hanya seorang lelaki saja yang percaya bahawa dia baik, kerana di akhir kehidupannya, dia mahu berubah menjadi lelaki baik.
Ada banyak lagi cerpen yang lain dalam antologi ni sebenarnya, tapi aku cuma senaraikan cerpen kegemaran aku je lah. Yang lain bukannya tak bagus, tapi mungkin tema atau jalan ceritanya dah biasa dibaca atau agak klise di mata aku (pendapat peribadi). Dan ada satu cerpen yang aku rasa macam tak konsisten dan aku tak berapa faham apa maksud yang penulis cuba sampaikan. Aku nak kata kecelaruan tema, aku tak pasti tapi aku faham simbolik yang dia gunakan. Ada unsur Hinduisme dan ada perlambangan dalam tiga peringkat hidup tapi aku kira teknik nak menyampaikan maksud tu kurang berkesan untuk pembaca. Anyway, cerpen Gauhati ni aku rasa tarikannya terletak pada unsur dan perlambangan yang dia gunakan maka sebab itulah cerpen ni dipilih.

Secara keseluruhan, antologi yang banyak menggunakan elemen bahasa Indonesia ni tak susah untuk difahami. Penggunaan simbolik memang sangat kaya. Cerita yang menarik dan ada yang sangat segar sampai aku rasa aku nak buat cerpen macam tu. Aku kena belajar cara untuk sampaikan cerita secara simbolik. Bagi sesiapa yang ingin belajar pengayaan cerita dalam penulisan, aku cadangkan...bacalah buku ni. Tapi sebelum baca, belilah buku ni. Tak mahal, RM38 (tak termasuk postage) untuk ilmu yang bermanfaat.

Aku sangat berpuas hati dengan buku ni. 

@theMaGi2019

Tuesday 17 September 2019

Beli Buku Secara Online?

Hai, hai! Hari ni aku nak share dekat mana aku biasa beli buku secara online. Okeylah, sebelum ni aku biasa beli buku di kedai buku. Tapi lama kelamaan aku rasa pilihan buku tak banyak di kedai buku (atau sebenarnya aku makin selektif dengan buku yang aku nak baca). Jadi, aku mula jenguk bookseller yang jual buku secara online.

At first aku rasa, beli buku secara online ni boleh dipercayai ke? Trusted ke mereka ni? Tapi aku rasa aku tak dapat tahan keinginan aku nak beli buku bila aku nak sangat beli buku Tere Liye yang bertajuk Bidadari Bidadari Surga. Kemudian kawan aku suggest bookseller di Instagram @ak_empresa. Makanya, aku pun dapat buku yang aku idamkan.

Seterusnya, aku beranikan diri untuk cuba beli buku dengan seorang lagi bookseller di Instagram iaitu @rabia_bookstores. Aku beli buku Tere Liye yang bertajuk Rembulan Tenggelam di Wajahmu, Rindu dan Pulang. Servis mereka ni very nice. Cepat respond, cepat reply dan pos pun cepat. Tapi beberapa buah buku yang aku nak sangat tak ada dalam stok.

Jadi aku cuba bookseller yang lain, atas cadangan bookseller yang lain juga iaitu @bukuindonesiaku. Aku beli banyak buku dengan bookseller ni. Antaranya ialah:

  • Cantik itu Luka by Eka Kurniawan
  • Seperti Dendam, Rindu Itu Harus Dibayar Tuntas by Eka Kurniawan
  • Kisah Sang Penandai by Tere Liye
  • Ronggeng Dukuh Paruk by Ahmad Tohari
  • Hujan by Tere Liye
  • Dilan 90 dan Dilan 91 by Pidi Baiq
  • Calon Arang by Pramoedya Ananta Toer
Tapi aku tak suggest korang beli buku dengan @bukuindonesiaku sebab booksellernya hilang entah ke mana. Ada dua buku aku dia tak hantar sampai sekarang, aku beli tahun lepas. Aku dah bayar, total RM80. Entahlah, aku tak tahu nasib bookseller tu. Aku marah betul bila dia tak reply whatsapp aku, aku rasa dia tipu aku. Tapi bila aku fikir balik, banyak juga buku yang aku beli sebelum ni dan buku-buku tu bukannya murah. Kenapa lepas aku dah beli begitu banyak buku, baru tergerak hati nak menipu aku? So, aku assume dia sakit atau dia meninggal. Aku redho je lah buku yang aku tak dapat tu. Sedih banget lho. Sebab aku nak sangat buku tu- Rara Mendut dan buku tentang perkembangan penulisan dan Malaysia dan Indonesia.

Sekarang, aku beli buku dari tanah seberang melalui page ULAT BUKU Bookstore di Facebook. Alhamdulillah setakat ni aku dah berjaya beli dua buah buku. Banyak buku yang bagus sampaikan aku tak tahu nak beli yang mana, aku hampir nak habiskan duit simpanan aku disebabkan buku (haha~). Jadi kalau ada keinginan nak beli buku secara online tapi tak pasti nak pilih bookseller yang mana, mungkin ULAT BUKU Bookstore memenuhi selera korang. 

Ini dia buku yang aku beli. Lepas ni, aku nak survey buku lain, hehe~

Buku kedua yang aku beli. Konflik teruk aku sebelum aku buat keputusan sebab aku nak beli buku Eka Kurniawan. Tapi last2 aku beli buku ni, sebab tajuk tu sangat provokatif. Harga tak termasuk postage, RM38

Yang ni buku pertama yang aku beli dari UB Bookstore. Ensiklopedia, bukan novel, bukan antologi, bukan kumpulan cerpen. Tapi aku berjaya habiskan pembacaan dalam tempoh seminggu. Harga buku ni tak termasuk postage, RM48.

p/s: Aku harap royalti buku masuk lepas ni. Aku stres bila nampak buku lalu dekat wall FB aku, buku-buku tu tak bertuan. Aku nak jadi tuan mereka! Arghh!

@theMaGi2019

Book Session: Tirani (Beb Sabariah)

Hai, MaGians! Hari ni baru ada kesempatan nak update blog. Banyak kejadian di bulan September ni. Starting with problems di minggu pertama, minggu yang kedua aku dilimpahi dengan rezeki. Makan free, tengok wayang free, free dessert, dapat hadiah, keluar jalan-jalan, makan sedap. Kawan-kawan pun sentiasa get ready nak teman aku bercerita. It feels really good. Kawan yang baik pun rezeki jugak.

Ok, untuk bulan ni aku berjaya habiskan pembacaan beberapa buah buku. Tapi buku pertama yang aku nak share and review ialah:

Judul: Tirani
Penulis: Beb Sabariah
Terbitan: DBP
Tahun terbitan: 2018 (terbitan asal 2015)
Mukasurat: 350 
Kategori: buku KOMSAS Tingkatan 5

Tentang Penulis

Penulis buku Tirani, Beb Sabariah ni merupakan penulis Sarawak. Aku kenal penulis ni kali pertama pada tahun 2014. Masa tu bengkel pengumpulan manuskrip (dari bengkel inilah lahirnya novel pertama aku bersama DBP, Acang Merpati). Sebagai penulis Sarawak dan penulis yang amat senior, novel Tirani ni banyak menerapkan elemen Sarawak- dari sudut budaya, adat resam, sejarah, geologi, sosiologi dan juga penerapan bahasa tempatan. Aku kira, penulis memang bijak selitkan elemen tersebut sambil meneruskan jalan cerita yang berkisar tentang prinsip emansipasi dan konflik seorang wanita dalam memahami makna kecantikan sebenar.

Daya Tarikan Buku

Aku rasa daya tarikan buku ni terletak pada tajuk buku itu sendiri- Tirani. Terdapat satu quote yang menarik dari buku ni iaitu "Kecantikan dan kesempurnaan itu hanyalah tirani yang berumur pendek." Melalui buku ni, penulis cuba sampaikan trend dan obsesi manusia terhadap kecantikan sehingga ada manusia (seperti watak utama, Waheeda) sanggup mengubah kejadian Tuhan tapi kecantikan yang dianggap dapat memberi kebahagiaan diri akhirnya menyebabkan Waheeda ditimpa masalah di kemudian hari.

Selain dari kemampuan penulis menyelitkan elemen Sarawak yang sangat bermaklumat (ada juga yang aku tak tahu seperti proses nak meminang di Sarawak walaupun aku ni orang Sarawak), aku suka bagaimana penulis memasukkan beberapa quotes dari ahli falsafah dan setiap quotes itu seiring dengan perkembangan cerita. Mungkin ada penceritaan yang aku rasa macam agak panjang berjela-jela, aku skip sebab aku rasa tak begitu mempengaruhi kefahaman dan pembacaan aku, tapi aku suka kosa kata yang digunakan. Kebanyakannya baru, segar dan menarik perhatian. Sedikit sebanyak aku sedar aku perlu lebih banyak membaca dan kosa kata aku tak sebanyak yang aku sangka.

Cuma nak kongsikan sedikit perasaan aku sepanjang membaca buku ni, jujur aku nak bagitahu aku rasa macam dejavu bila baca novel ni. Sebelum aku baca (padahal aku beli novel ni tahun lepas), aku selalu belek-belek. Selalu tengok mukasurat, tapi aku tak pernah serius nak baca. Kemudian bulan lepas masa aku pergi taklimat DPIBN, salah seorang penulis tegur aku punya pendakap gigi dan dia kata dia teringat dengan novel Tirani. Dari situ aku mula tertarik nak tahu tentang buku ni dan sememangnya aku rasa macam ada kebetulan yang aneh dalam jalan cerita buku ni. Aneh bukan sebab Waheeda selalu dibuli sebab dia tak cantik tapi ada perkara lain yang menyebabkan aku rasa dejavu. Mungkin aku boleh katakan:
  • Kisah awal perkenalan Waheeda dan Zahid. Semacam penceritaan semula kisah yang aku pernah dengar sebelum ni.
  • Adat bertekul, kebetulan baru-baru ni aku ada discuss benda ni dengan member.
  • Isu ED (Erectile Dysfunction)- ada orang tanya benda ni kat aku sebulan sebelum aku baca buku ni.
  • Masalah pening yang dihadapi oleh Waheeda lebih kurang sama macam aku. Simptom yang hampir sama.
Ada lagi kebetulan yang ganjil tapi aku malas nak taip panjang-panjang. By the way, buku ni juga ada selitkan info kesihatan seperti masalah kolesterol, isu kemurungan, ujian DNA dan juga masalah ED. Walaupun kandungan buku ni diedit untuk disesuaikan dengan pembacaan pelajar (sebab buku ni dah dijadikan sebagai buku KOMSAS), aku masih dapat rasakan apa yang penulis tu nak sampaikan. Cuma di awal cerita, aku nampak penggunaan nama Waheeda dan nama panggilannya iaitu Eda sering tak konsisten. Pendapat aku, sebaiknya nama panggilan itu digunakan dalam dialog, flashback ataupun teknik yang lain tapi bukan semasa cerita sedang diceritakan (susah juga nak terangkan maksud aku ni). Apa-apapun, aku ucapkan tahniah kepada penulis sebab berjaya hasilkan sebuah buku yang fokus kepada permasalahan wanita pada masa kini dan juga permasalahan lelaki yang berdepan dengan pemikiran stereotaip.

Aku mulakan pembacaan pada Jumaat lepas, dan pada malam Isnin (16 September) pembacaan tamat. Dalam tempoh masa tersebut, aku rasa buku ini memang berjaya menarik perhatian aku.

@theMaGi2019