Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts

Friday, 30 November 2018

Adopt Niqab!

The last day of November! Hai, MaGians! Hari ni aku nak mengumumkan kelahiran buku ketiga aku, Niqab yang diterbitkan oleh Buku Fixi. Sebenarnya Niqab diumumkan oleh Fixi pada 13 Oktober 2018 bersama 2 lagi buku yang lain iaitu Pesona dan Pijama. Dan dari tarikh diumumkan sampailah ke hari ni  (30/11), tempahan dibuka untuk sesiapa yang nak beli secara online. Niqab ni juga dah available di Kedai Fixi yang terletak di Sunway Putra dan di kedai buku yang lain di semenanjung Malaysia. Selepas ni, Niqab akan available di kedai buku di seluruh Malaysia.

Related image
Okay, sebelum aku nak cerita pasal Niqab, sebenarnya aku nampak satu post di IG tahun lepas dari rakan penulis, Asmar Shah. Pasal sayembara dari Fixi. Aku terus berminat dan kawan aku pun bagitahu, try la. Mana tahu ada rezeki. So aku pun try masuk. Sebab aku sebenarnya pernah berangan nak jadi sebahagian dari Fixi lepas baca buku seram thriller Tunku Halim terbitan Fixi. 

Image result for Niqab shield sahran
Kemudian, keputusan sayembara diumumkan dan karya aku tak tersenarai dalam 6 yang terbaik. Tapi tak sangka aku dapat saguhati. Serius, tak menang pun tak apa! Sebab asalkan aku dapat terbitkan buku dengan pihak Fixi. Bila aku nampak nama aku diumumkan sebagai penerima saguhati, itu pun dah buat aku rasa bangga. Pat on my back! Tak sia-sia aku tak cukup tidur sebelah malam. Bukan senang nak balance workload kat tempat kerja dan menulis lagi sebelah malam, plus blogging dan buat artwork. 

Dan sekarang, barulah aku nak cerita pasal Niqab!

Judul: Niqab
Penulis: Shield Sahran
Harga: RM19.90
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: 2018
Genre: Thriller

Image result for Niqab shield sahranNiqab, bukan sekadar penutup aurat seorang wanita Muslim. Sekarang ia merupakan judul novel thriller yang mendedahkan nilai seorang manusia di pasaran gelap. Aku cuba mengangkat isu pemerdagangan manusia yang panas sejak kebelakangan ini. Tapi tak ramai yang mengupas secara mendalam. Jadi aku ambil inisiatif, berdasarkan kes-kes yang pernah terjadi, ditambah dengan kejadian yang berjaya diselesaikan, termasuk imaginasi dan sudut perspektif aku sebagai manusia. Aku letakkan diri aku sebagai human seller, kalau aku jadi tukang jual manusia, macam mana aku nak dapatkan stok? Macam mana aku nak deal dengan seller lain? Apa strategi yang aku patut sediakan untuk menjalankan kerja-kerja haram ni? Dan akhir sekali, apa akibatnya jika perkara ni diketahui ramai?

Apa yang menariknya pasal buku ni? Peranan ejen yang memegang posisi sebagai 'Nadia'. Peranan Nadia ni simbolik kepada manusia berani dan lemah dalam kehidupan yang dipilih oleh diri sendiri. Dalam masa yang sama, setiap permulaan sesuatu kejahatan sebenarnya bukan berpunca dari niat yang jahat. Kadang-kadang, situasi tak menyebelahi.

To be honest, buku ni juga ada maksud tersirat tentang isu keruntuhan rumahtangga, isu kerosakan sosial, kepincangan masyarakat, kekurangan nilai moral dan juga kelemahan manusia secara individu yang menyumbang kepada perkara-perkara buruk seperti human trafficking. Jadi aku harap dengan lahirnya buku Niqab ni, aku nak pembaca dapat pengajaran yang bermanfaat. As we know, the world is beautiful yet is getting dangerous.

Kepada semua avid readers yang belum adopt Niqab, aku harap korang sudi adopt 'anak ketiga' aku dan meraikan knowledge yang dibawa oleh Niqab. Sebagai seorang penulis, aku rasa sangat berbesar kepada mereka yang dah adopt Niqab sebagai sebahagian dari koleksi mereka. I'm sending my love, my appreciation, my gratitude and my undeniable happiness to all readers who loved Niqab!

Untuk beli online, klik Niqab


@theMaGi2018

Tuesday, 14 November 2017

Kuching Pada 10 Tahun Terakhir

Selamat pagi, pengunjungg blog MaGi. Hari ini, aku nak buat entri pendek berkenaan dengan bandaraya Kuching. Lagipun, tak kena rasanya kalau aku nak kongsi perkembangan bandaraya lain sebab aku lebih fokus dengan tempat kelahiran aku sendiri.

Okey, mengimbas semula kenangan sepanjang aku membesar di Kuching. Aku lahir pada lewat 80-an dan mak aku pernah cakap, suasana era 80-an tak ada bezanya dengan era 70-an dan 60-an. Jalan masih lengang, tak banyak kereta. Bangunan pun tak banyak. Keadaan rumah masih daif, hanya segelintir saja yang mampu duduk rumah batu. Malah, tak semua dapat  kemudahan air dan elektrik. Masih guna air telaga, air pam, pelita minyak tanah. Kesimpulannya, cara hidup pada era 60, 70 dan 80an tak ada perubahan yang ketara. Seolah-olah keadaan di sekeliling membeku macam ais. Kalau ada perubahan sekalipun, mungkin dari segi pakaian dan gaya rambut. 

Bila masuk era 90-an, pembangunan di Kuching pun bermula. Aku mula nampak bangunan-bangunan tinggi di seberang Sungai Sarawak, jalan raya lebih lebar, pusat membeli belah Parkson, Sarawak Plaza, Tun Jugah jadi tempat popular. Tapi Kuching masih di belakang kalau nak dibandingkan dengan bandaraya lain. 

Kemudian, era milenium bermula masa aku Darjah 6. Tapi sejujurnya, perasaan 90-an masih menebal masa awal tahun 2000. Sampailah aku keluar dari sekolah menengah dan aku sambung pengajian di Shah Alam. Pada masa tu, Kuching pun mula berubah.

Bermula dari tahun 2008 sehingga tahun 2017, Kuching mengambil masa 9 tahun untuk bangunkan banyak benda. Dan pembangunan berterusan pada tahun hadapan. Dalam erti kata lain, Kuching pada 10 tahun terakhir mengalami transformasi dalam tempoh 1 dekad dan kian pesat berkembang. Aku tak boleh bayangkan keadaan Kuching pada 10 tahun yang seterusnya.

Aku nak kongsikan hasil 1 dekad pembangunan di Kuching. Harap-harap tak ada spesis dengki berani angkat jari dan tuduh kami duduk atas pokok.

Image result for boulevard kuching
credits: gowhere.my
Boulevard Kuching
Dirasmikan: tahun 2012
Siap sepenuhnya: 2014

Image result for the spring kuching
credits: 360tour.asia
The Spring, Kuching
Dirasmikan: Januari 2008

Image result for DUN baru kuching
credits: roketkini.com
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dirasmikan: tahun 2009

Image result for vivacity kuching
credits: kuchingborneo.info
Vivacity Megamall Kuching
Dirasmikan: tahun 2015

Image result for cityone kuching
credits: cityone.com.my
CityONE Megamall
Dirasmikan: November 2015

Image result for jambatan darul hana
credits: facebook.com
Jambatan Darul Hana
Dirasmikan: November 2017


Akan datang:

Image result for masjid terapung kuching
Credits: malaysiaaktif.my
Masjid Terapung Bandar Kuching

Image result for sentoria water park kuching
Credits: sentoria.com.my
Sentoria Water Theme Park Kuching


@themagi2017

Tuesday, 29 August 2017

5 Perkara Misteri yang Perlu Anda Tahu

Selamat pagi, pengunjung blog MaGi! Entri ke-5 untuk bulan Ogos yang penuh semangat patriotik. Tapi aku bukannya nak update sesuatu yang berunsurkan patriotisme. Semalam, ada beberapa orang pelajar yang melepak kat dalam bilik kerja aku tunjuk minat dalam beberapa isu yang menarik (pada pendapat aku la). Tapi mereka tak dapat info yang jelas tentang perkara tersebut. Jadi dalam ruangan entri ni, aku nak kongsikan isu tersebut secara ringkas dan padat. Harap budak-budak tu faham la apa yang aku nak sampaikan.

Ladang Myrtles

Image result for myrtles plantation
Credits: the-line-up.com
Ia merupakan sebuah kawasan perladangan yang terletak di St. Francisville, Louisiana, Amerika Syarikat, Tempat ini dimajukan oleh Jeneral David Bradford pada tahun 1796. Apa yang menariknya, tanah ladang yang dibeli oleh Jeneral David Bradford itu merupakan tapak perkuburan keramat bagi suku kaum Indian dan tapak tersebut merupakan kawasan paling menyeramkan di dunia. Sebuah rumah dengan rekabentuk kotej Creole telah dibina di atas tapak ladang tersebut dan pada awalnya kawasan itu dinamakan sebagai Laurel Grove. Jeneral Bradford mendiami rumah itu seorang diri selama beberapa tahun sebelum beliau berpindah ke Pennsylvania atas urusan kerja. Setelah Jeneral Bradford meninggal dunia pada tahun 1808, isteri beliau Elizabeth meneruskan kerja-kerja perladangan di Ladang Myrtles dan diteruskan oleh menantu beliau Clarke Woodruff. 

Image result for myrtles plantation
Credits: nps.gov
Kisah seram mengenai ladang ini bermula, kononnya rumah Jeneral Bradford dihuni oleh roh-roh berkeliaran dan dikatakan ada 10 kes pembunuhan di rumah tersebut. Antara kisah seram yang sering menghantui rumah tersebut ialah hantu Cleo. Cleo merupakan bekas pekerja ladang yang muda dan kononnya pernah dihukum potong telinga oleh Jeneral Bradford. Akibat dendam, Cleo mencampur racun ke dalam makanan Sara Matilda (anak Jeneral) dan dua cucu Jeneral. Disebabkan tindakannya, Cleo dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan dikatakan roh Cleo berkeliaran di dalam rumah tersebut. Hantu kedua yang sering dilaporkan berkeliaran ialah William Drew Winter, peguam ladang yang mati ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali. Winter dikatakan cuba menyelamatkan diri sebelum ditemui mati di atas tangga pada anak tangga yang ke-17. Derap kakinya di atas tangga masih kedengaran sehingga ke hari ini. Antara hantu-hantu lain yang dilaporkan ialah anak-anak Sara Matilda yang mati dibunuh, dikatakan muncul di kawasan balkoni dan bermain-main. Selain itu, kelibat roh pekerja ladang berkulit hitam dikatakan muncul secara tiba-tiba sambil bertanyakan kerja-kerja yang patut mereka buat. Malah, lembaga menyerupai puak Indian menjelma dan berkeliaran di sekitar rumah.

Nombor Telefon 0888 888 8888

Image result for number 0888 888 8888
Credits: hdwon.net
Nombor telefon ini dikatakan nombor paling berpuaka dan ia disamakan dengan nombor 13 atau nombor 4. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, nombor 4 bermaksud mati dan setiap bangunan tidak dilabelkan dengan 'tingkat 4' tetapi sebaliknya disebut sebagai tingkat  '3A'. Bagi masyarakat Barat, nombor 13 membawa maksud kematian dan setiap bangunan tidak dilabelkan dengan 'tingkat 13' tetapi sebaliknya dilabel dengan cara yang sama seperti masyarakat Cina lakukan. Di Bulgaria, mereka menyedari corak kematian menerusi nombor telefon iaitu 0888 888 8888. Menerusi kajian, kesemua pemilik nombor tersebut menemui ajal. Pemilik nombor yang pertama iaitu pengasas syarikat telefon Mobitel iaitu Vladimir Grashnov menemui ajal akibat kanser pada tahun 2001. Pemilik kedua nombor iaitu Konstantin Dimitrov, seorang mafia Bulgaria ditemui mati bersama telefonnya akibat dibunuh oleh mafia Rusia akibat cemburu. Pemilik nombor ketiga iaitu Konstantin Dishliev, seorang pengedar kokain pula dibunuh pada tahun 2005 di luar restoran. Dan sejak dari itu, nombor tersebut digantung dan sesiapa yang mendail nombor tersebut akan menerima mesej 'Outside Network Coverage.'

Berlian Hitam Orlov

Image result for black orlov diamond
Credits: naturallycolored.com
Berlian Hitam Orlov, juga dieja sebagai Orloff merupakan berlian hitam yang mengandungi misteri dan kisah-kisah berdarah. Dikenali sebagai The Eye of Brahma Diamond, berlian seberat 67.50 carat ini berasal dari India dan ditemui pada abad ke-19. Legenda mengatakan bahawa batu berlian tersebut merupakan salah satu mata patung Brahma yang terletak di kuil Hindu Pondicherry. Batu tersebut kemudiannya dikatakan telah dicuri oleh salah seorang sami yang merantau dan menyebabkan batu tersebut disumpah. 

Berlian ini ditemui pada tahun 1932 oleh peniaga berlian, J.W Paris dan dibawa ke Amerika dan dalam tempoh seminggu berada  di New York, beliau berjaya menjual berlian tersebut. Apa yang menariknya, beberapa hari kemudian iaitu pada 7 April tahun yang sama, beliau menaiki bangunan pencakar langit Manhattan di tengah-tengah 5th Avenue dan melompat terjun ke bawah. Beliau merupakan mangsa pertama sumpahan berlian tersebut. Seterusnya, berlian tersebut dimiliki oleh puteri Rusia iaitu Puteri Nadia Vygin-Orlov (di situlah berlian ini mendapat nama) dan puteri itu membunuh diri dengan melompat terjun di sebuah bangunan di Rom, 15 tahun selepas kematian J.W Paris iaitu pada tahun 1947. Apa yang lebih menarik, sebulan sebelum kematian Puteri Nadia, seorang lagi puteri Rusia iaitu Puteri Leonila Viktorovna-Bariatinsky juga membunuh diri dengan cara melompat jatuh dari bangunan tinggi dan sebelum kematiannya, berlian itu diserahkan kepadanya. Bagi menghilangkan sumpahannya, berlian tersebut telah dipotong sekali lagi pada tahun 1950 oleh Austrian Jeweller di atas permintaan pemiliknya, Charles F. Winston. Ia mengambil masa dua tahun untuk dipotong dan dikatakan sumpahan itu telah berakhir.

Berlian Hope

Image result for hope diamond
Credits: si.edu
Berlian ini mendapat nama dari pemiliknya, Henry Philip Hope (1774-1839) tetapi sebelum berlian ini mendapat nama, ia dikenali sebagai Tarvenier Blue dan ia dibeli oleh peniaga berlian Perancis, Jean-Baptiste Tarvenier pada tahun 1666. Kemudian, batu berlian ini dipotong dan dimiliki oleh King Louis XIV pada tahun 1668. Selepas itu, berlian ini dicuri, hilang untuk seketika dan ditemui semula. Pada tahu 1791, ia dipotong sekali lagi dan dijual oleh Henry P. Hope. Berlian ini pernah dimiliki oleh lebih 20 orang (termasuk pencuri yang pernah mencuri berlian ini) dan berlian ini dipercayai membawa sumpahan yang tersendiri.

Berlian ini dikatakan berasal dari Andra Pradesh, India dari kerajaan Golkonda pada abad ke-17 dan ia dipercayai salah satu mata patung Sita, isteri Dewa Rama iaitu Avatar ke-7 Vishnu. Kononnya, ia telah dicuri dan menjadikan batu tersebut disumpah. Berlian seberat 45.52 carat dikatakan mendatangkan mudarat kepada sesiapa yang memilikinya. Sebagai contoh, Jacques Colet dikatakan telah membunuh diri selepas membeli berlian Hope. Seterusnya, Putera Ivan Kanitovski membeli berlian tersebut dari Colet (sebelum Colet membunuh diri) tapi kemudian dibunuh oleh pejuang revolusi Rusia. Berlian tersebut sempat dipinjamkan oleh Kanitivski kepada Mlle Ladue yang seterusnya mati dibunuh oleh kekasih. Kemudian berlian itu dijual kepada Sultan Turki yang akhirnya mati dibuang ke dalam jurang bersama isteri dan anaknya. Penjaga berlian, Kulub Bey pula mati dibunuh oleh samseng di Turki dan setiap pemilik yang lain dikatakan mati dalam keadaan yang menyedihkan. Walau bagaimanapun, setiap kes kematian tersebut tidak dapat disahihkan dan kononnya kisah sumpahan berlian Hope ini cuma tokok tambah untuk menambahkan nilai terhadap berlian tersebut.

Si Patung Robert

Image result for robert the doll
Credits: atlasobscura.com
Patung bernama Robert dikatakan patung yang berhantu dan pemilik asal Robert ialah Robert Eugene Otto, seorang pelukis yang tinggal di Key West, Florida. Patung Robert itu dikatakan pemberian datuk Otto yang membeli patung tersebut di Jerman sebagai hadiah hari lahir kepada Otto. Terdapat kisah lain yang menyatakan bahawa patung Robert ini diberi oleh seorang hamba Bahamas kepada Otto pada tahun 1906 dan patung itu dipercayai digunakan untuk amalan ilmu hitam dan voodoo. 

Keluarga Otto menyedari Otto sering berbual-bual bersama Robert sejak dari kecil dan ia berlanjutan sehingga Otto meningkat dewasa. Hubungan Otto dan Robert dilihat tidak sihat dan membimbangkan. Malah, keluarga Otto pernah terdengar suara Robert dan jiran tetangga pula melihat Robert bergerak dari tingkap ke tingkap. Setelah Otto meninggal dunia pada tahun 1974, Robert dihantar ke Old Post Office and Customhouse pada bulan Oktober dan dipercayai berlakunya beberapa situasi aneh berlaku di sana. Kemudian, beberapa aktiviti seram dicatatkan di Clearwater, Florida pada tahun 2008 ketika Robert dibawa ke sana untuk konvensyen paranormal. Kini ia berada di Muzium East Martello. Pihak muzium telah melakukan sedikit pencarian maklumat mengenai Robert dan mendapati Robert dicipta di Steiff Company, syarikat yang sama merekabentuk patung teddy bear bersempena dengan Theodore Roosevelt (Presiden Amerika) dan Robert sebenarnya bukan produk untuk dijual. Sebaliknya, ia direka produk pameran. Apa yang menariknya, ketika Robert masih disimpan di rumah Otto yang dibeli oleh Myrtle Reuter, beliau terdengar suara ketawa anak kecil, derap kaki dan sebagainya. Malah, ekspresi wajah Robert juga berubah jika Otto diburuk-burukkan.


@themagi2017

Rujukan
wikipedia/hopediamond | wikipedia/blackorlov | gemselect.com/blackorlov| telegraph.co.uk/mobilephone|indianexpress/spookynumber|
kaskus.co.id/perkebunanmyrtles wikipedia/myrtlesplantation | atlasobscura/robertthedoll