Wednesday 31 October 2018

Resepi Roti Goreng?


Oh Oktober, akhirnya bulan 10 terbang tak lama lagi. Bulan November akan muncul. Harap-harap murah rezeki dan lancar urusan aku.

Memandangkan few things berjaya diselesaikan dan hatiku berasa gumbira, maka aku pun memasak. Sebab bila tengah gembira, apa pun yang aku makan semuanya terasa sedap. Walaupun aku tak tahu apa yang aku masak.

So, di saat aku tengah gembira, aku siapkan makanan ni sebagai side dish aku. Roti goreng. Bahan? Senang je, aku pakai apa je yang ada kat dapur. Lama dah tak kongsi resepi ntah apa-apa ntah.

Okay, mari proceed>

Bahan-bahan (inti):
  1. Bawang holland, potong kecik-kecik
  2. Ayam kisar
  3. Telur ayam
  4. Sos tiram
  5. Pes cili
  6. Garam
  7. Serbuk kari
  8. Minyak masak
Cara membuat:
  • Tumiskan kesemua bahan di atas sehingga naik bau
  • Buangkan bahagian sisi roti bantal. Masukkan inti ke dalam roti. Kepitkan dan lekatkan dengan tepung yang dicairkan.
  • Kemudian, goreng sehingga garing.
  • Setelah siap, sedia dihidangkan.
  • Resepi inti boleh diubahsuai. Aku pernah letak kepingan cheese cheddar. Makan panas-panas, yummy~
Okay, sekian saja entri bulan 10. So, say hello to November!

@theMaGi2018

Monday 29 October 2018

My 2nd Orthodontic Review: Proses Pendakap

Hello Oktober! Oktober dah nak habis tak lama lagi, tinggal 2 hari. Kecewa aku sebab tak dapat buat history trail hari Sabtu lepas disebabkan hal yang tak dapat dielakkan. Serius ni, aku perlukan mood yang baik untuk menulis.

Tapi sekurang-kurangnya, urusan gigi aku berjalan dengan lancar. Second review aku pada hari Jumaat lepas di Klinik Pergigian Anmas (Sukma). Aku dah sebut perkara ni dalam entri My 1st Orthodontic Review. Untuk review kali ni, sebenarnya dawai pendakap aku patah few weeks before aku pergi ke klinik. Dan aku tak ada masa nak fix dawai tu. Nasib baik dawai yang patah, bukan bracket yang tanggal.

Menerusi review kali kedua, doktor gigi aku buat beberapa perkara iaitu:
  • Tengok keadaan dawai dan bracket
  • Tanggalkan dawai atas dan bawah
  • Teeth scaling (doktor bagitahu karang gigi ganggu bracket so kena buat scaling)
  • Pasangkan dawai baru atas bawah
Proses teeth scaling agak ngilu sebab mostly gigi pemakai braces ni dalam proses beralih. Aku rasa macam tak boleh tahan bila scaler masuk celah gusi tapi nasib baik ngilu tu cuma 3-4 minit. Tak macam first time aku buat scaling in 2013. Rasa ngilu tu sampai berhari-hari. Untuk review kali ni juga, doktor advice aku beberapa perkara:
  • minum susu untuk kalsium (err...)
  • berus gigi dengan kerap dan betul
  • kurangkan makan makanan manis
Dalam masa yang sama, aku juga buat list penjagaan gigi sepanjang pakai braces ni iaitu:
  1. Jangan gosok gigi terlalu kuat. Gosokan yang kuat merosakkan enamel gigi
  2. Rajin berkumur guna mouthwash setiap kali lepas makan.
  3. Makan teeth supplement. So far aku makan Redoxon Vit C + Zinc. Bagus untuk penjagaan gusi dan menyingkirkan masalah kaviti. Vit A, B dan D juga bagus untuk gigi.
Kalau ada yang berminat nak tahu apa perasaan aku lepas pakai braces selama 3 bulan lebih, aku cuma nak cakap- aku memang tak makan benda yang crunchy and chewy. Aku lupakan junkfood dan seangkatan dengannya. Rasa ngilu tu confirm ada. Tapi dalam tempoh 3 bulan lebih, aku happy sebab aku dapat kuruskan badan (itu yang aku nak sebab susah nak join running event kalau berat tak turun) dan semestinya, aku nampak perubahan pada kedudukan gigi aku. 

Ini dia keadaan gigi aku dari hujung bulan 7 sampai bulan 10.

Gambar diambil pada 29/7/2018 (Ahad)
Braces dipasang 27/7/2018 (Isnin)

Gambar diambil pada 22/8/2018 (Rabu)

Gambar diambil pada 11/10/2018 (Khamis)

Gambar diambil pada 27/10/2018 (Sabtu)
Braces dipasang 26/10/2018 (Jumaat)

Korang boleh nampak perubahan ketara pada gigi bahagian bawah. Bahagian atas tu belum nampak sangat, biasalah gigi aku ni besar. Pasang braces pun lambat, umur dah 30 tahun. So, gigi aku ni degil la sikit, tak macam gigi patient umur 20 tahun. Tapi aku yakin after 7 month, mesti banyak perubahan yang lebih ketara. To be honest, memang leceh jaga braces ni. Tapi bila impian ko nak tengok gigi cantik, terus lupa pasal leceh tu semua.

Betul la kata orang, nakkan sesuatu kena la berkorban. Ye dok?
@theMaGi2018

Sunday 21 October 2018

Adopt Acang Merpati!

And now...hari ni, pagi ni (sebab aku tengah free tak tahu nak buat apa), maka aku nak mengumumkan bahawasanya buku kedua aku, novel pengembaraan fantasi Acang Merpati terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka berjaya diterbitkan!

Bagi sesiapa yang nak tahu tentang buku kedua aku ni (also the 1st with DBP), aku nak buat sneak-a-peak okey?

Judul: Acang Merpati
Penulis: Shield Sahran
Tahun terbitan: 2018
Jumlah mukasurat: 517
Harga: RM30
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Buku ni merupakan satu usaha untuk mendedahkan budaya, sejarah dan hikayat Sarawak dalam bentuk novel fiksyen pengembaraan fantasi. Dalam novel ni, aku gabungkan watak atau karakter mitos, legenda dan tokoh sejarah Sarawak ke dalam garis masa yang sama iaitu abad ke-15. Boleh dikatakan sesiapa yang suka baca mitos atau legenda, korang boleh try baca buku ni. Also bagi sesiapa yang minat sejarah, nak buat kajian tentang sejarah Sarawak atau nak dapatkan persepsi baru tentang legenda Sarawak, aku memang suggest buku ni. Secara ringkasnya, buku ni ialah starter pack untuk mengenali Sarawak.

Apa yang menarik pasal buku ni? Semestinya kewujudan watak legenda yang 'disegarkan'. Ada Puteri Santubong dan Sejinjang, buaya 7 beradik, Tugau, Kumang dan Keling, Datuk Merpati dan Datuk Permaisuri, Tok Landeh, Dayang Isah, Dayang Puteri, Puteri Raja dan Buah Bunut, Datu Gudam, Temenggung Abdul Kadir dan banyak lagi. Tapi kesemua watak legenda ni bukannya standalone character, watak mereka dikembangkan seiring dengan watak utama fiksyen iaitu Jali. 

Novel ni juga merupakan satu impian aku untuk mengangkat sejarah Sarawak dalam bentuk fantasi seperti yang dilakukan J.R.R Tolkien dalam novel beliau, Lord of The Rings. Inspirasi novel ni juga datangnya dari drama Barat Once Upon a Time yang menghimpunkan watak-watak legenda mereka. Aku rasa kalau Barat dapat gabungkan watak legenda dalam satu jalan cerita, kenapa kita tak boleh? 

By the way, bagi sesiapa yang dah adopt Acang Merpati ke dalam koleksi bacaan mereka, aku ucapkan jutaan terima kasih sebab support penulis dan support sejarah tempatan. Bagi yang belum, aku harap korang sudi adopt 'anak kedua' aku sebab aku menulis buku ni atas dasar aku percaya bahawa sejarah, mitos dan legenda tempatan kita sehebat negara luar.

Beli secara online, klik Acang Merpati


"Penghargaan tertinggi buat penulis adalah dengan membeli bukunya"- Joko Pinurbo

@theMaGi2018

EnviroRun Mydin 2018

Yeh, today is Sunday. Dengan tidak disangka-sangka, aku kembali berlari lagi untuk event EnviroRun 2018 yang bertempat di Mydin Tunku Vista Petra Jaya, Kuching anjuran Sarawak Energy dan Jabatan Alam Sekitar. Aku sebenarnya memang tak ada plan nak berlari tapi entahlah tiba-tiba aku terjebak ke dalam event kali ni. Yang paling 'best', aku didaftarkan untuk larian 7km. Bayangkan, aku tak berlari selama 4 bulan. Seriously? 

So, event ni bermula pukul 6:15 pagi. Aku rasa mungkin aku boleh buat 7km (walaupun aku dah rehat 4 bulan). Tapi kakak aku tak dapat follow 7km so dia mintak aku u-turn 3km je. Makanya, aku pun buat 3km. To be honest, kaki aku tak rasa apapun. Tak macam mula-mula aku join event 3km sebelum ni. Mungkin sebab aku dah biasa buat 3km or berat aku dah turun jadi 50kg. Aku rasa tahun depan kalau aku cukup training, aku nak try 7km untuk sekali lagi. Untuk larian hari ni, aku mula jam 6:20 pagi, habis 5 minit sebelum pukul 7 pagi. Itu pun aku lebih banyak bermain kat tepi jalan macam saiko. Kalau tak saiko, mungkin aku habis lebih cepat.

Lepas ni, aku kena ready untuk event tahun depan. Sekian saja laporan berlari-lari untuk kali ni, heheh~

Sebelum larian bermula

Larian bermula. Aku nampak sekolah lama aku

Stop kejap, mengimbau kenangan zaman sekolah

Laluan 3km dan 7km. Gambar ni bukti betapa santainya aku berlari pagi ni (sebab aku sempat lagi keluarkan henpon dari poket seluar dan ambil gambar)

Okay, sekarang dah u-turn dan on the way balik ke Mydin. Again, 'model' aku muncul lagi.

Akhirnya, sampai ke garis penamat dan enjoy tengok orang sertai Aerobathon

Okay, dah dapat medal ke-8 tahun ni. Time to rest and ready to run, next year~


@theMaGi2018

Saturday 20 October 2018

Muzium The Ranee Margaret

Oh hello October! Akhirnya dapat juga aku update sesuatu untuk bulan ni. Tinggal 11 hari saja lagi sebelum November. So, about the title. Sebenarnya aku keluar hari ni sebab nak beli sampul surat and A4 paper. Also aku terbaca pasal The Ranee Margaret Museum di Old Court Kuching yang dibuka kepada orang awam pada 29 September 2018 kat socmed. Actually, aku pernah tergesa-gesa nak pergi ke Old Court sebab aku nak sangat tengok pameran tentang Ranee Margaret di Old Court. Tapi rupa-rupanya Brooke's team member baru je pasang panel dinding dalam ruang pameran. 

So hari ni, aku sebenarnya tak berniat sangat pun nak pergi ke muzium tu selepas tragedi 'overexcited'. Lepas beli barang dan tak tahu nak pergi mana (plus, cuaca pula sangat baik), aku pun pergi ke Old Court dan tengok banner Ranee Margaret yang dipasang sekitar Old Court. Then, perasaan nak pergi ke muzium tu muncul semula.

Sebelum aku pergi ke dalam muzium, okey...fun fact. Pintu muzium tu sentiasa ditutup tapi aku tak tahu pasal tu. First time sampai, aku tak berani nak masuk. Aku pun merayau depan pintu sampailah tiba-tiba ada pengunjung perempuan keluar. Oh, barulah aku tahu yang hari tu available untuk melawat (padahal dekat tepi pintu tu dah mention "We're open"). And the second fun fact? Yang tu biar jadi rahsia sebab aku pun tak faham macam mana benda tu berlaku. 

Sekarang, pasal The Ranee Margaret Museum. Pertama kali masuk, aku nampak foto-foto lama yang authentic, nostalgia dan facts yang disediakan sebagai penerangan. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku such as barang-barang peribadi Ranee Margaret, perabot dari Astana dan catatan dalam jurnal. To be honest, I really fond of everything that related to books. 

Berkenaan dengan foto-foto lama yang dibingkai dengan cermat, aku tak tahulah berapa ramai yang berminat nak tahu tentang kisah-kisah lampau di Sarawak tapi aku selalu curious bila tengok relationship between white people and Sarawakian. Apa perasaan Sarawakian bila nampak white people datang ke sini? Apa perasaan white people bila datang ke tanah baru dan bercampur dengan Sarawakian? Dan macam mana agaknya suasana hidup bersama-sama pada zaman dulu? Kalau aku lihat foto-foto lama, aku rasa memang patut pun Kuching digelar sebagai bandaraya perpaduan yang pertama di Malaysia pada tahun 2015 dan juga pertama di dunia.

Okay, aku tak nak panjangkan intro (intro?) so aku proceed untuk kongsikan gambar sepanjang berada di muzium. FYI, bayaran muzium ni RM10 seorang untuk lokal. Bukan lokal tu aku tak tanya tadi. Dan pengunjung dibenarkan untuk ambil gambar sepanjang berada dalam muzium. Walaupun aku kongsikan gambar di sini, aku rasa lebih baik explore secara dekat dan nyata- sentuh sendiri bekas kaca dalam ruang pameran, dengar muzik yang dimainkan dan lihat keindahan barang pameran depan mata.

Benda pertama yang aku nampak sebaik saja masuk ke dalam ruang muzium ialah foto Marquis de Rastignac dalam bingkai oval. Boleh nampak reflection aku tengah ambil gambar.

Seterusnya, facts tentang Ranee Margaret bermula sebagai The Exile. Menarik, aku tak tahu pun pasal kehidupan dia di zaman muda.

 
Baju ikonik milik Ranee Margaret. Selama ni aku nampak foto hitam putih jadi aku baru tahu baju kebarung Ranee sebenarnya warna ungu. Jahitan masih elok, satu hiasan pun tak rosak.

 
Keringkam milik Ranee yang berusia lebih 100 tahun. Bagi mereka yang tak tahu, keringkam ni bukan produk yang murah, aku tak tahu berapa nilai keringkam Ranee sekarang.

Aku heret parent ikut aku sekali seperti selalunya.

Perabot dan set pinggan yang digunakan di Astana suatu masa dulu.

Patung 'Peter' yang diukir untuk Anthony Brooke, cucu Ranee Margaret.

Family tree keluarga Brooke yang menarik sebab mereka sangat menghargai nama 'Dayang'.

Aku berterima kasih dengan lighting dalam muzium sebab menjadikan gambar swafoto aku lebih cantik dan dapat sembunyikan bekas ekzema di muka.

The things yang buat aku tertarik dengan Ranee ialah hasil kerja seni. Sebab dia boleh lukis rama-rama dengan cantik. Kelemahan aku ialah aku masih tak boleh lukis rama-rama.

Aku rasa doodle yang dibuat oleh Rajah Charles pun menarik. Sebab aku memang suka doodle art.

Aku ambil gambar ni sebab aku sukakan gaya dan riak wajah dalam foto. Sangat asli. FYI, foto dalam bingkai gambar sebelah kiri ialah keturunan ke-13 Datuk Merpati. Kebetulan aku baru siapkan novel yang berkaitan dengan Datuk Merpati.


Yang terakhir sekali, baju keringkam Ranee. Unik, sebab selalunya keringkam dijadikan sebagai selayah/selendang.

BTW, aku nak ucapkan terima kasih pada staff yang polite menyambut pengunjung yang datang ke muzium. Kalau nak tengok bukti tambahan aku datang ke sini, boleh tengok ke dalam buku pelawat and cari nama Shield Sahran. OK, next time aku nak bermain kat Fort Margherita.


@theMaGi2018