Showing posts with label travelogue. Show all posts
Showing posts with label travelogue. Show all posts

Monday, 9 March 2020

MAPI 2020: Trip Ke Miri Hari Kedua

Hai! Entri kedua berkenaan dengan trip ke Miri bersempena dengan Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 iaitu MAPI20. Bukan selalu aku dijemput sebagai peserta dan tetamu undangan. Pada hari kedua iaitu hari majlis diadakan, sesi penyampaian hadiah untuk Pertandingan Mengarang Integriti sebenarnya bermula selepas jam 10 pagi. Tapi kesemua pemenang pertandingan kena bersiap awal untuk sesi pertama majlis iaitu Forum Integriti yang bermula pada jam 8 pagi. So pukul 7 setengah pagi dah bertolak ke Hotel Pullman.

Nasib baik, ahli panel untuk forum tu pandai menghiburkan audiens seramai 2000 ribu lebih. Pengarah UNION, Haji Adana sempat berjumpa dengan kesemua johan pertandingan dalam kategori masing-masing. Dan aku dicop sebagai pemenang bagi kategori pelajar, hahaha! Tapi aku tak marah pun sebab aku rasa itu satu pujian sebab dianggap macam pelajar padahal aku dah lama tinggalkan zaman persekolahan. Majlis penyampaian hadiah tu tak lama sebenarnya. Tapi setiap saat sangat berharga sebab aku dapat jumpa kumpulan manusia yang menghargai penulis dan kerja-kerja penulisan. Plus, aku jumpa Ketua Menteri Sarawak dan of course, itu satu penghargaan bagi aku sebab diiktiraf dalam kerja-kerja penulisan.

At the end of the day, aku balik semula ke Kuching dengan perasaan yang berbunga, hati yang diisi dengan kebahagiaan dan kepuasan peribadi yang sukar untuk diungkapkan sambil mengheret replika cek yang besar sepanjang perjalanan ke lapangan terbang dari Miri ke Kuching. Ketua Menteri yang bagi replika cek tu, takkanlah aku nak tinggalkan di hotel? Oh, ada satu lagi, ada budak lepasan sekolah cakap aku macam budak sekolah. Ok, makasih dik. Terharu akak~

Semoga tahun ni aku dilimpahi dan dikurniakan rezeki yang baik serta dikelilingi oleh mereka yang menghargai penulis. Amin.

Okay, share gambar hari kedua~

















@theMaGi2020

MAPI 2020: Trip ke Miri Hari Pertama

Hai semua! Huh, baru ada masa nak kemas-kemas blog. Padahal banyak hal menarik berlaku tahun ni. Seriously, aku rasa sangat gembira. Sebab? Tahun ni, aku menerima jemputan rasmi dari pihak Jabatan Integriti dan Ombudsman Kerajaan Negeri Sarawak (UNION) untuk menghadiri Majlis Amanat Perdana Integriti 2020 di Hotel Pullman, Miri. Tbh, kali pertama aku pergi ke Miri ialah pada penghujung tahun 2007. Tahun ni, aku menjejakkan kaki untuk kali ke-2 ke Miri dan honestly, aku rasa macam nostalgia sangat padahal tak banyak pun kenangan aku di Miri sebenarnya.

Okay, just nak bagitahu (nak kongsi kegembiraan sebenarnya), trip ke Miri ni ditaja sepenuhnya. Tiket penerbangan, pengangkutan, hotel penginapan dan sarapan pagi semuanya ditaja oleh pihak penganjur sebab aku memenangi tempat pertama kategori cerpen umum untuk Pertandingan Mengarang Integriti anjuran UNION. Inilah trip yang paling bahagia rasanya sebab aku tak keluarkan banyak kos (kos makan kat luar je lah yang aku bayar). Pada 25 Februari aku menaiki flight MAS awal pagi ke Miri bersama rombongan pemenang yang lain. Sampai kat sana transport hotel ready jemput aku. Kemudian pergi ke Mega Hotel, check in bilik, lepas tu pergi makan dan berjalan-jalan di Miri. Satu keberuntungan, aku dapat bilik awal hari tu berbanding yang lain. Kemudian pukul 3 petang kami pergi ke Pullman Hotel untuk sesi raptai rasmi. Habis raptai, merayau lagi cari makan  di Restoran Muara dan balik hotel untuk berehat.

Itulah kisah hari pertama. Tapi aku tak dapat lupa perasaan sebelum nak terbang tu. Trip yang ditaja sepenuhnya, memang aku takkan dapat lupa :)

Ni dia gambar hari pertama:

















Entri seterusnya? Hari kedua di Miri untuk MAPI20, hihi~
@theMaGi2020

Sunday, 15 December 2019

Sayang Simunjan!

Hai, Magians! Aku datang lagi, nak update entri seterusnya. Alang-alang aku tengah bercuti ni, aku tak berminat nak tahu hal kerja. Aku nak relax. Jadi aku ikut trip ke Simunjan pada hari Sabtu 14 Disember. Trip ni bukan trip suka-suka tapi sebenarnya aku dan families pergi attend majlis nikah sepupu aku di Kampung Keniong, Simunjan.

Okaylah, aku nak kongsi sikit tentang Simunjan. Dulu aku selalu dengar nama Simunjan disebut-sebut sebab dulu jiran aku di Briged PGA orang Simunjan. Orang yang berasal dari Simunjan ni ada dialek pertuturan yang unik dan senang nak kenalpasti. Sebelum daerah Simunjan ditadbir oleh Bahagian Samarahan, daerah ini dulunya di bawah pentadbiran Bahagian Kuching. Selepas 27 Julai 1986, Simunjan ditadbir oleh Bahagian Samarahan bersama 2 daerah yang lain iaitu daerah Serian dan Samarahan.

Sebelum wujudnya daerah Simunjan yang ada pada masa sekarang, daerah Sadong telah dibentuk merangkumi kawasan Simunjan (lower Sadong) dan Serian (upper Sadong) pada era pemerintahan Brooke tahun 1901. Simunjan dijadikan pusat pentadbiran pada ketika itu. Kemudian Serian dipisahkan dari daerah Sadong pada 1955 dan satu daerah baru diwujudkan iaitu daerah Serian. Daerah Sadong pula diberi nama baru iaitu daerah Simunjan. Pada 1 Januari 2002, Bahagian Samarahan mempunyai 4 daerah iaitu daerah Simunjan, Serian, Samarahan, Asajaya (dan dua daerah kecil iaitu Sebuyau dan Tebedu).

Now kita berbalik semula dengan kisah kami nak pergi majlis kahwin. Ingatkan dah masuk dekat kawasan pasar Simunjan, kami dah sampai la ke tempat yang dituju. Rupanya, jauh lagi. Sebelum nak sampai ke Kampung Keniong, kena lalu banyak kampung yang lain. Bentuk demografi Simunjan ni berbukit bukau so ada la rasa macam naik kawasan tanah tinggi macam Cameron Highland. Kalau ikut kata makcik aku, kami kena lalu area balai polis, teruskan driving sampai jumpa SK Temiang kemudian teruskan driving sampailah nampak simpang masuk ke SK Keniong. Tak sangka jarak dari balai polis ke Temiang dan ke Keniong tu, masha-Allah... rasa macam nak pergi camping masuk hutan. Kami bertolak pukul 6:43 pagi dari Kuching dan sampai ke tempat dituju pada jam 9:00 pagi. Itu pun abah aku yang driving, kalau aku mungkin pukul 10-11 pagi baru sampai.

Just info tambahan, Kampung Keniong ni sebenarnya kampung masyarakat Iban yang dah memeluk agama Islam. Kampung ni memang sangat terpencil tapi nasib baik laluan masuk ke kampung ni bertar. Lepas habis majlis, kami pun singgah balik ke pasar Simunjan. Masa nak pergi bukan main lambat nak sampai, bila balik cepat pulak rasanya. Memandangkan ini kali pertama aku ke Simunjan dan kali pertama juga nampak kawasan Sungai Sadong iaitu sungai utama di Simunjan, aku rasa aku dapat gambaran yang baik untuk sambung menulis manuskrip.

Sayang Simunjan!








@theMaGi2019
[Klik pautan berikut untuk info lanjut mengenai Bahagian Samarahan]

Cipta Memori @ Brooke Museum

Hello Sunday! Aku update lagi, kali ni pasal jalan-jalan selepas makan di Mr. Dakgalbi. Sesudah makan begitu kenyang, aku plan nak buat sesi 'longgarkan' perut. Actually aku memang plan nak jalan-jalan cari idea hari Jumaat tu sebab otak aku tepu. Dalam fikiran aku, aku nak bersiar-siar, bermula dari sekitar India Street, terus ke Squre Tower, kawasan Kuching Waterfront dan berjalan sampai ke area The White Barok. Depan White Barok tu tempat tunggu perahu tambang, aku nak pergi ke seberang which is Kampung Boyan. Dari Kampung Boyan, aku jalan kaki dan pergi ke Brooke Museum.

Brooke Museum ialah Fort Margherita. Dulu pernah berfungsi sebagai Muzium Polis selama puluhan tahun. Kubu ni dulu dalam kawasan Kem PDRM Briged PGA dan aku membesar di kem tu dari aku kecik sampai remaja. Aku berpindah bila aku berusia 18 tahun. So tempat ni memang aku sangat familiar dan even tempat ni dah sunyi sebab kem polis dah tak ada lagi dan sekolah rendah aku yang berjiran dengan kubu pun dah jadi ghost town, aku boleh bayangkan keadaan 20 tahun yang lepas tanpa sebarang masalah.

Kemudian, kawan aku kata dia nak ikut sekali sebab dia tak pernah pergi ke Fort Margherita. Jadi aku pun gerak la ke sana dengan kawan aku, kami berdua jalan kaki. Konon-konon feeling macam tourist sebab kebetulan hari Jumaat so ramai pulak tourist dari luar negara. To be honest, banyak kenangan aku kat seluruh kawasan kubu ni. Zaman kanak-kanak aku, zaman persekolahan, zaman membesar semuanya di kawasan yang sama. Kali terakhir aku pergi ke kawasan ni pada tahun 2014 tapi tak lama sebab hari tu hari terakhir sebelum sekolah aku ditutup dan berpindah ke tapak baru. Bila kawan aku join sekali dalam pengembaraan mencari idea dan membuang stres, aku secara tak langsung jadi tour guide. Walaupun hari tu memang panas, aku rasa berbaloi sebab cuaca panas tu memudahkan plan aku dan gambar pun cantik.

Bagi sesiapa tanya berapa bayaran masuk, RM10 per person untuk adult local macam aku. RM5 untuk kid local. Bayaran untuk pengunjung bukan Sarawak berbeza, ada tour package disediakan tapi aku rasa kawan aku beruntung sebab dapat tour guide tanpa bayaran, hahaha!

Tak sabar tunggu muzium yang lain open untuk lawatan :)

Tempat ni berdepan dengan The White Barok

Lepas sampai ke seberang (Kpg. Boyan), kena lalu kawasan ni.
Kalau sorang-sorang and penakut, aku tak suggest korang guna
laluan ni. Aku suggest korang naik jambatan Darul Hana, pergi
ke Pangkalan Sapi/Batu and try ambil Grab. Mintak hantar ke 
Fort Margherita

Ni kali pertama kawan aku baru sampai ke Fort Margherita


Dan aku tak tahu berapa kali aku ke sini. Tak sempat nak kira,
kawasan ni tempat aku bermain masa kecik2 dulu


Pertama kali kawan aku masuk ke dalam Fort Margherita

Dan pertama kali dia naik spiral staircase. Agak sempit
tangga ni, muat untuk seorang. Boleh kalau nak naik
berdua, tapi romantik sikit la, hahaha!

Dia nak selfie dengan James Brooke

Dan aku nak selfie dengan Charles Brooke. Entah kenapa
aku rasa macam Charles annoying bergambar dengan
aku. Muka dia macam ada ekspresi

Yang ini Sarawak's war song. Aku baru tahu Sarawak ada lagu perang

Dan yang ni salinan asal nota lagu kebangsaan negara Sarawak
suatu masa dahulu

Yang ni sedikit catatan mengenai seorang wanita jelita yang
pernah suka pada James Brooke tapi cintanya tak dibalas

Aku tertarik dengan keris Melayu abad ke-19. Keris antara
senjata kegemaran Brooke dari aspek praktikal, nilai seni dan
juga elemen mistik

Masa ni aku dan kawan aku tengah berehat di tingkat 3

Dan ini tingkat atas sekali. Kami berdiri atas puncak kubu.
Boleh nampak bangunan tinggi dan hotel di seberang. Awan
pun nampak cantik

Masa ni aku bergambar di ruang tinjau kubu yang berhadapan
dengan Sungai Sarawak. Ada teropong kat situ, tapi berdekad 
rosak. Teropong tu cuma dekorasi je

Kawan aku duduk dekat kawasan ruang tinjau, berlatar
belakangkan DUN baru

Suasana di sekitar kubu. Langit sangat biru, jangan
tanya tahap kepanasan aku masa tu

Sebelum balik, kawan aku bergambar depan pintu masuk kubu.
Dia struggle nak buka mata sebab silau

Lepas dipanggang, kami pun naik perahu tambang.
Masa untuk cari benda sejuk

Kembali ke Plaza Merdeka, kami singgah ke Stone Ice kat tingkat
bawah. Tak jauh dari Mr. Dakgalbi. Finally, pengembaraan tamat.
Mula pada pukul 1:30 petang, berakhir pada 7 malam


@theMaGi2019