Thursday 28 November 2013

Pantang Larang: Konsep & Perspektif

Pantang larang ialah konsep hidup orang dulu-dulu dan masih digunapakai sampai sekarang. Sebagai contoh, perempuan yang hamil tak elok keluar malam-darah manis. Kalau nak diikutkan, memang tak elok pun keluar malam-malam, angin sejuk tak baik untuk kesihatan. Selain dari itu, orang tua-tua ni percaya beberapa pantang larang lain seperti:

  1. Jangan tuding jari kat pelangi, nanti jari kudung (Tu nak bagi budak2 hormat, jangan suka suki nak tuding jari kat situ sini)
  2. Jangan kencing sembarangan dalam hutan, nanti diganggu makhluk halus (Cari la tandas. Kalau tak jumpa, kencing dalam botol)
  3. Jangan bukak tingkap masa tidur malam, nanti terkena penyakit malam (Kipas kan ada? Tak payah la bukak tingkap)
  4. Jangan suka keluar malam, nampak tak elok depan jiran (Malam tu gelap, apa2 pun boleh jadi)
  5. Jangan makan lebih had, nanti lembab (ini nenek aku yang cakap)
Sebenarnya, konsep pantang larang ni sangat penting untuk masyarakat dunia. Ia menentukan corak pemikiran, budaya dan juga kepercayaan mereka selain dari pengaruh agama yang mereka anuti. Taboo, yang berasal dari perkataan Polynesian 'tabu' juga membawa maksud larangan  kerana ia dianggap berbahaya, tidak baik dan berkaitan dengan moral serta norma-norma sosial. Antara pantang larang yang diwujudkan atas sebab-sebab sosial ialah:

Perbuatan sumbang

Perbuatan sumbang dengan saudara sedarah merupakan perkara 'taboo' di seluruh dunia. Hubungan sesama saudara dianggap jijik kerana ia melibatkan genetik keluarga. Dalam Islam, perbuatan sumbang sesama saudara menjejaskan nasab dan keturunan anak-anak. Walaupun paganisme percaya hubungan sesama saudara dibenarkan dalam keluarga diraja atau berdarah suci, ia masih dianggap  berbahaya.

Peranan Jantina

Pada zaman dahulu, jantina menentukan kedudukan sosial masyarakat. Pada era peperangan antara Perancis dan Britain, lelaki bertanggungjawab untuk pergi berperang manakala tugas perempuan cuma menjerit, dibunuh atau diperkosa. Joan of Arc, pahlawan wanita yang membela kerabat diraja Perancis telah dibunuh kerana bertindak seperti lelaki dan bertarung di medan perang. Perempuan juga tidak diiktiraf sebagai pemerintah di Britain kerana dianggap lemah untuk mentadbir. Pada zaman Jahiliah, anak perempuan dibunuh kerana dianggap memalukan manakala di India, masyarakat yang ortodoks menganggap anak perempuan pembawa malang dan menyusahkan. Sehingga kini, peranan jantina dikelaskan mengikut kejadian masing-masing. Lelaki harus menjadi lelaki dan perempuan harus menjadi perempuan.

Makanan Larangan

Makanan larangan merupakan budaya penting dalam setiap masyarakat kerana ia menentukan kesinambungan keturunan dan kelangsungan hidup. Bagi umat Islam dan Jew, daging khinzir, haiwan mencari makan menggunakan kuku, taring dan bisa merupakan makanan larangan dan haram kerana ia tidak bersih dan  memudaratkan dari segi kesihatan. Bagi penganut Hindu, lembu merupakan haiwan suci dan membawa simbol ibu. Buah epal dianggap sebagai makanan larangan bagi Judeo-Kristian dan masyarakat Levantine kerana mereka percaya epal dihuni oleh makhluk halus dan berkaitan dengan kisah Adam dan Hawa dalam kitab Injil. Ada sesetengah masyarakat dunia percaya, memakan haiwan seperti kera, monyet atau beruk mendatangkan keburukan kerana haiwan tersebut kelihatan seperti manusia.

Darah Haid atau Nifas

Setiap masyarakat di seluruh dunia percaya darah wanita iaitu darah haid (datang bulan) dan darah nifas (darah selepas melahirkan anak) sesuatu yang 'taboo'. Menerusi peringkat kematangan perempuan, darah haid dianggap sebagai beracun oleh masyarakat Jew dan tidak bersih selama 7 hari oleh masyarakat Kristian. Bagi umat Islam, wanita yang haid tidak dibenarkan bersolat dan mengaji (kecuali berzikir) kerana mereka belum bersuci. Terdapat teori Bruno yang mengatakan wanita yang melahirkan anak dan mengalami proses haid membangkitkan rasa iri bagi golongan lelaki iaitu  'womb envy'. Bagi teori Freud pula, wanita dikatakan cemburu kepada lelaki kerana mereka tidak perlu merasai kesakitan haid dan beranak sehingga wujudnya istilah 'penis envy'. 


Kesucian Darah Diraja

Pada zaman dulu, masyarakat percaya raja ialah jelmaan dewa. Di China, maharaja dianggap suci kerana diberi mandat oleh Tuhan untuk memerintah. Di Mesir, Firaun dilihat sebagai anak Tuhan. Oleh itu, golongan diraja diberi layanan istimewa seperti diarak menaiki tandu, kaki tidak dibenarkan jejak ke tanah, menaiki kereta kuda ataupun berjalan di atas permaidani seperti yang dilakukan oleh Raja Persia. Budaya ini ternyata masih diamalkan iaitu menghamparkan permaidani merah untuk menyambut kedatangan orang penting.

@themagi2013

Tuesday 26 November 2013

Skool Bumps: Komik dan Hobi Sampingan

Hari ni, genaplah 2 tahun aku blogging dan jadi blogger. Oh yes, blog aku tak hebat macam blog yang lain. Blog aku cuma tempat untuk aku mengarut dan mencarut. Untuk ulang tahun yang ke-2, aku siapkan komik aku yang terperap dalam reban folder sejak sekian lama. Aku memang sangat suka sketching tapi bila sebut pasal digital sketching, cit~ aku jadi malas. Jadi, berlalulah hari2 emas macam tu je, menunggu hasil yang seciput. 

Idea tu dah lama muncul, sejak dari tahun 2006. Awal2 tu, aku nak buat full tapi aku diserang penyakit malas, tak cukup material dan zero basic pasal komik, aku pun buat komik tu ikut suka aku. Well, aku bukannya nak hantar pergi bertanding pun. Selepas komik ni siap, adik aku suggest untuk buat komik strip. Since aku dah buat sedikit penerangan dalam jilid ni so aku pike, why not aku buat komik strip lepas ni? Adik aku dah bagi few ideas dan aku dah establish watak2. Aku harap, aku tak malas untuk continue jilid 2. Skang, barulah aku tau macam mana komikus kat luar sana bekerja. Trimas & kudos untuk korang semua.

Err, inilah dia raw comic dari aku. Harap korang tak muntah.
(copyright MaGi2013)

klik imej untuk view lebih besar







































Monday 25 November 2013

Pagi di Santubong Waterfront

Semalam, aku pergi bergumbira di Kampung Santubong dengan family. Kebetulan ada program NKRA PDRM, kitorang bertolak awal pukul 7. FYI, kampung di kawasan Santubong ni banyak (e.g: Kampung Buntal, Kampung Lumut etc). Tapi, kitorang pergi satu kampung yang berdekatan dengan Santubong Waterfront, kawasan yang baik untuk merenung masa depan..he2.

Santubong Waterfront ni sebenarnya tambak laut yang ditambahbaik, menjadi kawasan rekreasi penduduk kampung dan orang luar yang sukakan bunyi desiran air di gigi pantai. Ohsem aku katakan, kawasan ni bagus untuk menimbulkan perasaan tenang bagi orang yang stres (macam aku?). Even (to be honest), kawasan ni memang perlukan tong sampah awam sebab ada spesis yang makan main campak sesuka suki hati diorang, tempat ni menarik sebab berdekatan dengan Pulau Kera yang legend, dari jauh korang boleh nampak DCove dan pesisir kampung Pasir Pandak dan jeti2 nelayan yang viewable (ada ke term ni?) Kesimpulannya, tempat ni sesuai untuk photographer bereksperimen dengan HDR, makro dan all kinds of photography anecdotes...

Inilah gambar yang aku kejar dan tangkap semasa di Santubong Waterfront (guna hp je)

Ini dia, kucing Kuching. Sangat cumel dan pemalas di pagi hari
Santubong Waterfront yang oren, amek mood pagi yang segar gitew~

Kemudian, aku pergi menangkap bunga. Entah, bunga kembang pagi kot?

Bila aku toleh ke belakang, aku nampak ni. Kabus pagi yang ohsem.
Lepas tu, aku jalan2 di tepi pantai yang indah (dah macam lagu...)
Terjumpa hidupan ni di tepi pantai. Tak tau apakah itu, sejenis ranting, barangkali?
Seterusnya, aku berjalai-jalai sampai ke sini, di tepi tambak
Sekali lagi, gambar laut dengan tunggul pokok
Last sekali, gambar kaki aku dengan kasut yang cantik (saja nak promot)
p/s: Semalam best gilos. Selepas bermain2 di pantai, kami makan2 di D11. Aku rasa aku tak perlu repost D11, aku dah buat entry tu sebelum ni. So, setakat ni jew..babai~

@themagi2013

Tuesday 12 November 2013

Addiction of Money

credits: ihavenoteeth.com
"Money can buy everything and anything.."

That's the statement for everyone nowadays, although we knew that money can't buy anything, exactly. But the power of money is more than drug addiction, highly seductive and manipulate us in many shapes and terms. No one can resist the sweet smell of the precious paper.

Yes, I agreed that money helps us to achieve our dreams and how money makes us special. Generally, money helps to boost up confidence, psychology and self-esteem. With money, our desire could fulfilled with satisfaction, happiness and coziness. Money pays the debt, creates new life, the physical born and self belonging. Yes, I agreed we need money to lived up our future. We need money in everything; sheltering, food, education and even death itself.

Yes, I do understand how much money is important to us.

However, the goodness of money is a challenge. With a large sum of money, life is no more delightful. Addiction kills the joy. You know why?

  1. Money controls you with a puppet string on your body
  2. Money produces hatred and jealousy
  3. Money haunts your mind of wisdom
  4. Money destructs your judgement and self conscious
  5. Money destroys your relationship and love
  6. Money abuses your whole life
  7. Money creates insecurities, makes you a coward and selfish
  8. Money makes you dependable, losing freedom and feed more worrisome
  9. Money manipulates you with greed and  superfluous desire
  10. Money holds your manner; too proud, intolerant and unnatural
  11. Money loses your patience, vulnerable in everything
  12. Money leads your life into a wrong path, further and farther
[Photofunia editor]
Basically, money addiction has a similar pattern of other addiction. As I mention earlier, money  addiction is similar with drugs- you're engaged with it, compulsive and anxieties. There's a change in brain activities, creating a chemistry toward others such as gambling, sex and eating disorder, which releases a body chemical called dopamine that similar with the high of drugs. It also similar with sex addiction that manipulate human's brain, abusing the body, weak judgement and lose mutual neediness as a normal human being.

The process of money addiction is somehow creates the whole addiction fields; as we know as in typical formula:

Sex+Power+Fame=Money

@themagi2013

Monday 11 November 2013

30 Simptom Penyakit Gila Buku

Buku. Aku gila buku sejak kecik tapi aku tak mampu nak beli. Jadi aku spend banyak masa kat library sampai aku menang Nilam tahun 2000, 2002 dan 2003. Tahun selebihnya, aku jadi The Pickers dalam stor buruk sekolah dan baiki buku lama. Pada masa tu, koleksi buku aku bertambah sedikit dan hanya Tuhan je tau betapa aku nak sangat ada bookshelves sendiri.

Masa di kampus, dengan bantuan duit pinjaman, impian aku untuk beli buku berkembang dengan hebatnya. Kedai MPH Giant Shah Alam or kat MPH SACC Mall jadi rumah kedua aku. Even kawan aku bawak aku jenjalan ke 1Utama untuk cari accessories untuk annual dinner, aku masuk kedai buku. Dan masa Raya tahun 2010, aku pergi terjah MPH The Spring instead of kedai kasut or butik baju. Kegilaan aku terhadap buku sangat tinggi sampaikan aku berangan, sape nak kawen ngan aku orang tu kena bagi hantar buku favourite aku. FYI, ada lebih 100 buah favvy book aku yang aku kepingin sangat nak dapat. Ataupun, aku pernah berangan setiap kali besday aku, orang bagi buku bacaan yang bagus instead of benda lain. Saiko kan aku ni?

Skang ni, even just working at home as a writer and a blogger, aku banyak spend duit for books berbanding barang lain. Aku juga ada koleksi Aldiko e-book yang bagus (semuanya buku lama) memandangkan hardcopy susah nak dapat. Aku tambah bookshelve kedua pertengahan tahun ni, walaupun bookshelve tu tak besar tapi aku suka. Untuk Rancangan Malaysia ke-9 nanti, aku nak tambah wall bookshelve. Jadi, doakan aku semoga rezeki aku melimpah tahun ni. ^^

Oh, sebelum tu, aku nak terangkan simptom yang aku dapat sebelum sah dapat penyakit gila ni.

30 Simptom Penyakit Gila Buku

1. Suka gila hidu bau buku dan belek buku
2. Lebih suka baca buku berbanding melayan percakapan orang yang takde faedah
3. Sanggup tangguh makan dan tidur masa baca buku
4. Tetiba emo dengan jalan cerita
5. Jalan cerita buku bawak  pusing satu dunia
6. Hilang perhatian setiap kali nampak kedai buku
7. Tertarik dengan kulit buku yang berwarna warni
8. Lagi besar dan tebal buku tu, lagi bagus
9. Walaupun nak keluar jenjalan, mesti bawak satu buku bacaan dalam beg
10. Selalu berangan koleksi buku macam kat Library of Congress
11. Sentiasa kira jumlah buku kat rak buku
12. Buang masa kemas buku atas rak dengan penuh gembira pada hujung minggu
13. Mimpi ngeri bila kedai buku kegemaran tiba-tiba tutup
14. Mesti beli buku setiap kali masuk kedai buku
15. Melayan buku seperti baby
16. Suka cadangkan jenis bahan bacaan untuk orang lain
17. Buku sama penting dengan pakaian dalam setiap kali keluar travel
18. Buku lebih baik dari TV
19. Susunan buku macam game Jenga
20. Kedai buku jadi rumah kedua
21. Sanggup berdiri lama-lama di kedai buku atau library berbanding kedai makan or          kedai baju
22. Tulis nama sendiri dan tarikh beli setiap kali beli buku baru
23. Buku dalam bucket list setiap kali ada duit
24. Bangga bila orang lain baca buku yang kita cadangkan
25. Buku lebih penting berbanding movie DVD atau game console
26. Sakit hati bila melihat orang melipat kulit buku atau menyelak buku kuat-kuat
27. Buku jadi objek bersenam (betul! aku guna buku Encyclopedia of Mythology dan Ancient Egypt sebagai dumb bell)
28. Merana sakit belakang dan insomnia disebabkan buku
29. Tidur bersama buku (kadang-kadang buku jadi alas kepala aku masa tidur...)
30. Baca buku kegemaran berulang-ulang kali sebab tak puas dengan content (betul!aku baca He, Who Laugh Lasts! by David Tong lebih dari 6 kali, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck by Hamka lebih dari 10 kali dan buku rumit macam Isabelle, She-Wolf of France by Alison Weir sebanyak 3 kali- aku bercadang nak baca balik lepas ni)

Sebenarnya, ada banyak lagi simptom penyakit gila buku ikut tahap psikologi seseorang tapi aku pasti lagi yakin, 30 simptom kat atas ni pernah berlaku terhadap seseorang yang gila buku. Macam aku.

HA! HA! HA!

p/s: no wonder la aku dapat kos library masa kat u.
@themagi2013