Monday 16 April 2018

Tasty Boramae Kimchi!

Image result for boramae kimchi
credits: Boramae Kfood FB page
Happy Monday, MaGians! Aku kembali untuk kemaskini entri. Sebelum ni pasal outdoor activity, sekarang pasal makanan. Kata orang, selain dari aktiviti luar pintu, makanan pun bagus untuk tambah positivity. Memandangkan banyak sangat isu spiteful, why not aku makan? 

Untuk kali ini, aku nak bawakan satu makanan yang biasa aku order sebelum ni. Then, aku tenggelam kejap sebab makanan ni special. Ada sekali tu langsung tak bukak order. Aku kuciwa tau. Kemudian, aku kembali lagi untuk meng-order makanan yang sesuai untuk buka selera aku yang tumpul sebelum ni. 

Say hi to Boramae Kimchi, handmade kimchi yang dibuat istimewa dari Kuching~

Saja nak bagi mukadimah, aku selalu curious nak tahu rasa kimchi lepas tengok banyak foodshow pasal Korea. Sebab kimchi tu warna merah dan merah ni membangkitkan selera makan. Kemudian, team Kimchi dari Kuching memulakan perniagaan kimchi based on Korean original recipe. Aku pun pesan la sebotol 500gram dan at the moment, aku rasa...ooo, kimchi is not so bad (lepas tu aku order another 500gram atas dasar ketagihan...)

As one of the earliest customer masa Boramae Kimchi baru nak kembangkan sayap dalam perniagaan, to be honest aku rasa kimchi ni agak masam. Then aku tambah sedikit madu untuk maniskan kimchi tu. After a year aku tak order (sebab team Boramae ni banyak cabang bisnes tau...aku pun pening nak rasa yang mana), recently aku buat pesanan kimchi 250gram dua botol sebab aku nak tengok progress kimchi dari segi rasa. Maklumlah, dah lama tak beli. Curious jugak macam mana rasa kimchi ni lepas tak makan setahun.

Sesudah itu, omaigadd...aku tak sangka, rasa kimchi Boramae ni memang banyak improvement! Serious, aku punya tastebud dapat bezakan kimchi before and after. things yang aku rasa kimchi kali ni sangat sedap ialah:

  • Rasa lebih mewah
  • Lebih pedas, emm...yummy!
  • Kurang masam
  • Rasa seafood agak menonjol (aku boleh rasa udang dalam tu)...aku memang yakin dalam kimchi tu ada udang
  • Potongan sayur yang tak terlampau besar dan tak terlampau kecil, just in appropriate size.
Bagi akulah (dalam keadaan aku yang tak berapa sihat ni), kimchi ni membantu untuk improve selera makan aku. With nasi panas and kimchi, itu pun dah cukup bagi aku. Memang worthy sangat aku repeat order. Memang aku akan repeat order lagi lepas ni. 

So, dari segi rasa? Mestilah A+! Aku suggest korang cuba Boramae Kimchi ni, rugi kalau tak rasa. For those yang ada kat Kuching, ada service COD okay. Aku tak kisah tambah RM5 untuk COD, as long aku dapat makan kimchi. Plus, Boramae Kimchi dijamin HALAL.

Look at me, viewers~


Berminat? Boleh whatsapp nombor kat bawah. Actually aku bukan promoter kimchi ni tau. Aku review sebagai customer (loyal customer, to be exact).

Boramae Kfood Facebook Page
Whatsapp: 014 2855728

@theMaGi2018

Sunday 15 April 2018

Vivacity Charity Run 2018

Image result for vivacity charity run 2018Hello April! Aku kembali lagi dengan entri yang ke-4, semestinya. Seperti yang aku dah sebut dalam entri sebelumnya, aku sertai running event untuk kali yang ke-5 di Vivacity untuk acara Charity Run 2018. Walaupun aku demam, walaupun aku semput suara husky, walaupun aku sakit hati (bukannya disebabkan penyakit tapi perangai spesis yang spiteful nak mampus), aku gagahkan diri untuk ikut serta dalam aktiviti ni. Sebab aku percaya kalau aku bergaul dengan manusia yang positif, maka aku berfikiran positif. I'm not sorry to say this but you, species...I pity you. 

Okay, back to the positivity, Vivacity Charity Run 2018 merupakan acara untuk mengumpul dana untuk rumah-rumah kebajikan. Sekitar pukul 5 petang macam tu, suasana di Vivacity sangat meriah dengan bermacam-macam aktiviti such as penyerahan dana kepada rumah kebajikan, senamrobik yang sangat happy (tapi aku tak dapat join sebab aku tengah semput), selfie sana sini dan of course, baju runners yang hijau striking memang menyegarkan pandangan. Good vibes everywhere. Aku bangga sebab dapat jadi sebahagian daripada acara tersebut. Huge honour, I'm telling you. 



Peserta untuk Charity Run terbahagi kepada iaitu 3KM dan 7KM. Kesemua peserta berkumpul di perkarangan Vivacity dan sudah semestinya aku pilih 3KM. Aku tak bersedia lagi nak pilih 7KM (mungkin akan datang...siapa tahu). Route untuk 3KM mostly jalan mendatar. Nasib baiklah route tak berbelit-belit. Thank God, aku dapat bertahan. 

Route 3KM

Dan seterusnya, sepanjang 3KM aku berjuang nak habiskan larian yang tak seberapa. Mungkin sebab aku masih penat, masih tak sihat dan mungkin juga, aku nak menikmati pemandangan di tepi jalan bersama runners. Bukan selalu aku dapat merayau-rayau kat jalan raya, dijaga crew dan diiringi oleh abam polis trafik. Sekali sekala nak juga merasa betapa specialnya diri ini...kahkah~



Dan sudah semestinya, selepas berpeluh-peluh berjalan berlari dan terkedek-kedek menyeberang jalan, akhirnya aku sampai juga ke garisan penamat. Aku diberi finisher medal, of course lah dengan rasa bangga lagi terharu aku terima medal tu sebab aku tak menipu pun untuk habiskan 3KM. Walaupun aku tak sihat, aku jujur tau.



Last but not least, aku puji management untuk event ni sebab semuanya berjalan dengan lancar. Tak serabut, tak pening, semua dapat medal, semua dapat makanan, semua dapat minuman dan event selesai tepat pada masanya. Apa yang paling best? Event kali ini disediakan booth untuk photo printing. For free! Siapa yang tak nak benda free? Syaratnya mudah, upload gambar di Instagram dan hashtag #vivacitycharityrun2018. Kemudian pergi ke booth, semak gambar kat touchscreen dan cetak. Crew di photobooth sangat membantu dan malam tu aku balik bersama cenderahati yang aku takkan dapat kat mana-mana. 

Huge thanks and kisses, Vivacity Charity Run! Till we meet again :)


@theMaGi2018

Monday 9 April 2018

Meet Batik Bites!

I'm back again! Kali ni, nak flashback sikit kisah berpesta di tepi pantai with ladies. Memandangkan hari Sabtu lepas ialah hari selepas birthday aku dan sebelum birthday kawan aku, member yang lain bagi surpise berupa seloyang 9x9 batik bites fully coklat.

Sila fokus pada batik bites. Isn't she sweet?

Sekali lagi aku nak ulang, 9x9 batik bites coklat? Apakah itu? Kawan aku bagitahu, batik bites tu produk Nurazalia Mohd. Ali (sila jenguk FB dia for more info). Untuk batik bites loyang 9x9, harga cuma RM49. Bagi penggila coklat, tak ada masalah la harga tu. Kalau tak nak topping, harganya cuma RM46. Still, 'chocolate power' tu tak kurang okay? Kalau nak tambah almonds or cashew dalam adunan batik, harganya RM59. Ini bermaksud, chocolate power dan ohsem kekacang bergabung!

Abaikan muka aku...

Tapi bagi sesiapa yang tak nak hyper terlebih gula, korang boleh order half loyang. Half loyang no hal, cuma RM25 (with or without topping). Kalau aku, aku prefer yang ada topping sebab aku suka topping. Batik bites ni sesuai for birthday, jamuan, or gifts, terpulanglah ikut selera korang. 

Selamat hari tua for both of us! Getting old, getting wise.

And again for the last time, aku menyeru kepada semua (macam nak berkempen)...bagi sesiapa yang bosan nak potong kek hari lahir, bosan makan typical kuih masa jamuan or bosan dapat gift berupa tuala atau telur ayam sebijik, marilah mencuba Batik Bites! 
Inilah hasilnya lepas makan batik bites. Yang terlebih makan tu haruslah terlebih hyper...hahaha! (sila rujuk gambar)

Bagi sesiapa yang berminat nak try Batik Bites, boleh hubungi nombor yang tertera. Happy bite for everyone! Okay, setakat tu je kempen coklat aku pada hari ini. Sekian terima kasih~

Norazalia Mohd Ali (Facebook)
Whatsapp: 01126804711

@theMaGi2018

Sunday 8 April 2018

Zodiac Run @ Saradise

Pagi Ahad 8 April 2018, once again aku kembali berlari untuk acara larian Zodiac Run yang dianjurkan oleh The Loving Society Kuching. After berkursus 5 hari (attending classes, morning/afternoon activities, team building and so on + celebrating my belated brithday kat tepi pantai), Zodiac Run yang berlangsung di Saradise Kuching ialah my weekend activity.

FYI, Zodiac Run ialah seperti namanya. Bertemakan zodiak, baju rasmi untuk runners ialah simbol Aries iaitu zodiak pertama di dalam senarai. To be honest aku masuk acara larian ni sebab aku suka dengan baju Zodiac Run. Medal untuk peserta pun cantik. Malah, penganjur bagi free mobile phone armband untuk early birds.

Image result for zodiac run 2018 saradise
Suasana sebelum acara bermula (The Loving Society FB)

Route untuk Zodiac Run (Google Map)

Untuk Zodiac Run tahun ni, peserta tak dibahagikan kepada mana-mana kategori sebab larian ni khusus untuk 5 km. Aku ingatkan 3 km. Rupanya extra 2 km. At first aku tak dapat terima hakikat sebab penat lepas berkursus masih terasa sangat...huhu~


Macam ni la suasana masa acara berlangsung. See? Sempat lagi aku snap gambar.

Penganjur event ni sama dengan event pertama yang aku sertai awal tahun ni, Star Gate Run. Untuk larian kali ni, tak banyak goodies or free things (mungkin tak banyak sponsor). Tapi hadiah cabutan bertuah sangat menarik (3 hamper besar, berderet-deret basikal- sayang betul bib number aku tak bertuah). 
Sesi Lucky Draw daripada penganjur. Ramai yang tunggu sebab tengok basikal.

For my personal record, aku mula pada jam 6:35 pagi. Aku kembali ke garisan penamat pada pukul 7: 25 pagi. Kurang sejam, so pat on my back!


Kembali ke garisan penamat. Sebelum sampai, haruslah snap gambar dulu.

Bukti 5 km aku for Zodiac Run. Tak kisah la tak dapat hadiah lucky draw, as long aku dapat medal on time.


Sekarang, Zodiac Run dah selesai. Selepas ni, Viva Charity Run. Tak tahulah aku dapat pergi ke tak tapi tengoklah macam mana :)

p/s: aku demam lepas berlari 5 km...haha, tapi tak apalah, experience is priceless~

@theMaGi2018

Saturday 7 April 2018

DEF (Demam, Enjoy dan Friendship)

Hello April! Nampaknya aku dah terlepas tarikh April Fool. Sepatutnya aku update entri ni masa birthday aku. Tapi aku sibuk teramat masa tu so terpaksa la delay. Tahun lepas, aku buat entri ABC right on my birthday dan aku dah mention yang aku akan buat sambungan untuk tahun ni. Makanya, aku mengotakan janji. Fun thing is, susunan huruf DEF tu macam ironi semacam. Aku tak ada idea nak letak apa untuk huruf D. And today aku demam.

Image result for sakit itu penghapus dosaSecara ringkasnya....

Bila sebut pasal D for Demam?

Demam la. Apa lagi? Today's sickness:
  • Migrain, 
  • sore throat, 
  • muscle pain, 
  • eye sore, 
  • back pain, 
  • stomach ache...you named it. 
Lima hari pergi kursus, keluar lagi hari Sabtu dengan member dan pergi maraton 5 km pagi Ahad...hari ni, end result pun muncul. Itu pun aku gagahkan diri pergi mencari rejeki. Bila makin 'muda' makin 'sihat' sangat. Suka sungguh! Itu tandanya, Tuhan masih sayangkan aku.

Sekarang, kita beralih pasal E for Enjoy. Enjoy?

Alhamdulillah, Tuhan beri kesempatan untuk aku menikmati ulang tahun kehidupan yang ke-30. Tak sangka, aku dah tinggalkan zaman 2 series. Macam-macam benda yang aku belajar sepanjang aku berada dalam zaman tu. Sekarang, zaman 3 series bermula. Childish tu mungkin dah jadi artifak dalam hidup aku. Tapi tak bermakna aku tak boleh enjoy. Hidup ni perlu dinikmati. Sebab hidup ni takkan pernah sempurna, takkan nak tunggu semuanya sempurna baru nak nikmati kehidupan? 

Lesson learn, aku terima khabar kematian kawan aku on the next day of my birthday. Masih muda lagi, tapi dah dijemput pulang. Jujurnya, aku sedih sangat. Tapi hidup ni memang penuh dengan kejutan. So, why not I make a peace with myself and enjoy my life? Because tomorrow probably may never come. 

Dan akhir sekali, F for Friendship.

Living and breathing on earth selama 30 tahun; including 6 tahun di bangku sekolah rendah, 7 tahun di sekolah menengah dan 3 tahun di universiti, aku berkawan dengan ramai manusia. Ada yang hilang entah ke mana, ada yang suam-suam kuku, ada yang pergi tak kembali, dan ada yang kekal sampai sekarang. To be honest, aku pernah ada BFF. Dan aku pernah dikhianati. Jadi sekarang aku tak percaya pada istilah BFF sebab 'Best Friend Forever' is not best enough. So, apa makna friendship pada aku?

Friendship ialah sebuah kapal yang datang singgah dalam hidup kita. Dalam kapal tu ada bermacam-macam perangai penumpang dan arah tujuan. Kalau kapal tu mengamalkan polisi 'loyal, honest and acceptance', that's the ship I want to ride. And that's the ship I want to keep.


Okay, entri DEF dah settle untuk tahun ni. Tak tahulah aku nak buat sambungan GHI atau tak. Tengoklah macam mana...hihi. Till we meet again, readers! Million thanks sebab sudi jenguk blog aku yang tak seberapa ni ^^

@theMaGi2018