Hello Disember 2018! Tinggal beberapa hari lagi sebelum 2019 menjelmakan diri. Dengan cuti yang tak berapa banyak dan Krismas pun tak lama lagi, pada hari Isnin yang selalu dianggap sebagai Monday Blues, aku berkunjung ke VH Nature Park yang terletak di Matang Land District.
Sebenarnya aku baru kali pertama pergi ke tempat ni. Last aku pergi ke tempat ala zoo ialah di Turn Red Mini Zoo yang terletak dekat junction Serikin. Aku pernah buat entri pasal mini zoo tu pada tahun 2014. Tapi tempat tu dah tak wujud lagi. Management problem katanya (nak tahu lebih lanjut klik pautan ini).
Untuk mereka yang belum pernah ke VH Nature Park, tempat ni boleh dikatakan sebagai mini-zoo dan mini garden. Ada haiwan pelbagai jenis dan tanaman. Tanaman yang paling popular di tempat ni rasanya tak lain tak bukan, buah markisa. Buah markisa di mana-mana, Giant Markisa pun ada jugak. Memandangkan markisa ni semacam trademark untuk tempat ni, fresh passion fruit juice pun ada dijual. Serius aku cakap, jus markisa segar sangat sedap. Korang patut cuba kalau datang ke sini.
source: youtube.com |
Berkenaan dengan koleksi haiwan ternakan yang ada di tempat ni (aku tak pasti betul ke tidak aku gelar haiwan dekat situ sebagai haiwan ternakan), bagi aku haiwan tak berapa banyak, tak ada yang begitu rare. Yang paling menarik aku rasa ialah pengunjung berpeluang tunggang kuda mengikut pakej lawatan yang korang bayar. Kalau korang bayar untuk lawatan biasa, tak ada aktiviti tunggang kuda. Tapi korang boleh beli makanan di kaunter tiket dan bagi makan kuda, ikan, ayam, kambing, arnab.
Kalau korang tanya berapa bintang aku nak bagi daripada 5 bintang, aku bagi 3.8/5. Aku berharap ada koleksi rama-rama atau burung hantu. Overall aku rasa tempat ni menenangkan especially sebelah pagi (sekitar jam 8-9) dan sebelah petang (sekitar jam 4-5). Kalau tengah hari, aku rasa tak berapa sesuai sebab bau-bauan bahan kompos akan mengganggu deria menghidu korang. Positive parts di tempat ni yang aku enjoy dengan baik ialah:
- Fasiliti macam tandas, tempat makan dan tempat solat memang elok.
- Ada mini maze dalam tempat ni, I like.
- Ada tempat untuk bermain such as see-saw dan buaian.
- Tempat rehat cantik dan unik. Ada kerusi berbentuk kereta, beca, macam-macam lagi.
- Pelbagai arca yang menarik dan sesuai untuk penggila selfie.
Panjang betul intro aku ni, kan? Sorry, aku seronok mengarang ayat. Sebelum intro aku ditamatkan, aku nak share maklumat ni untuk korang (klik pautan ini). Manalah tahu korang berminat nak datang ke sini. Okay itu saja dong. Sekian, makasih!
Amaran: muka aku nampak sangat saiko waktu ni
jadi aku rasa aku bertanggungjawab untuk cover
muka aku supaya korang tak kena kejutan.
Gambar dari kamera Fuji adik aku>>
@theMaGi2018