Monday, 30 December 2013

Mari Belajar Frasa Latin

credits: Latintutor.net
Tahun 2013 tak lama lagi nak abes. Aku menjadikan tahun ni sebagai tahun artwork, jadi art practitioner (ade ke job macam ni?) dan mostly freelance writer since aku memang suka sangat dok umah...hahaha. Walaupun aku spend banyak masa kat rumah, nawaitu aku untuk bagi info through blog tetap diutamakan. Apa yang aku tahu, apa yang orang tanya dan apa yang aku baca, aku suka kongsi kat visitors. Hopefully, pembaca dapat manfaat dan berguna untuk mereka. 

Hari ni, mari belajar frasa Latin.


  1. Dum Spiro Spero: Ia bermaksud While I Breathe, I Hope. Frasa Latin ni femes di Sarawak sebab ini motto kitorang masa era Brooke dulu-dulu. Aku nampak motto ni depan Fort Margherita  dan di Muzium Tun Abdul Razak di Kuching.
  2. Pergo et Perago: Ia bermaksud I Undertake and I Achieve. Frasa Latin ni digunakan di Borneo Utara, yakni Sabah pada era kolonial .
  3. Curriculum Vitae: Ia bermaksud Course of life/school/work. Vitae itu bermaksud kehidupan. Untuk job-seeker kat luar sana, CV memang 'makanan' mereka.
  4. Anno Domini: Ia bermaksud In the year of our Lord. Ramai yang silap bila baca tarikh 250 A.D mereka assume A.D tu After Decade.  Istilah ni wujud bagi merujuk tahun selepas kelahiran Jesus Christ.
  5. Modus Operandi: Ia bermaksud Method of operation. Istilah ni biasa digunakan oleh unit forensik. Tengok berita kalu tak percaya.
  6. Versus: Ia bermaksud Against. Bukannya pertandingan Versus TV9.
  7. Status quo: Ia bermaksud The state in which things are. Istilah ini merujuk kepada hak kewarganegaraan dan korang boleh cek dalam buku sejarah Tingkatan 5 ataupun buku Tingkatan 6 Pengajian Am.
  8. Semper fidelis: Ia bermaksud Always faithful. Aku terbaca istilah ni dalam buku sejarah di Britain. Tak silap aku, buku Isabelle She-Wolf of France ataupun 1000 Years of Annoying the French. 
  9. Rosa Mundi: Ia bermaksud Rose of the world. Yang ni memang aku baca dari buku 1000 Years of Annoying the French.
  10. Persona non grata: Ia bermaksud An unwelcome person. Istilah ni digunakan sebagai tajuk filem Malaysia pada tahun 2006. Tapi aku tak pernah tonton filem tu. Aku bukan cinema-feet.
  11. Habeas Corpus: Ia bermaksud You must have the body, secara literal. Istilah ni digunakan di mahkamah. Pesalah tidak boleh ditahan tanpa diberi perbicaraan- macam itulah penerangan yang aku baca dalam buku The Dangerous Book for Boys. Tapi, kalu tersilap maksud harap dimaafkan.
  12. Veni, vidi, vici: Ia bermaksud I came, I saw, I conquer. Ia disebut oleh Julius Caesar selepas pemberontakan di Greece. Korang boleh baca kisah tu dalam buku Over 1000 Fantastic History facts ataupun Great Civilisation.
  13. In camera: Ia bermaksud In secret. Korang boleh dengar istilah ni dalam variety show, drama ataupun berita gosip. ReferMelodi, Meletop ataupun Propaganza, if you're Malaysian.
Okay, setakat tu je frasa Latin yang korang perlu tahu. Ada banyak lagi, boleh Google. Kalau rajin membaca, korang belilah buku The Ultimate Encyclopedia of Mythology, The Dangerous Book for Boys, The Ultimate Illustrated Guide to DSS, dan juga buku-buku yang aku dah sebut di atas.  Buku itu kecintaan aku.

READING IS POWER, Y'ALL~

@themagi2013

Sunday, 29 December 2013

Keajaiban Seni Bina Zaman Purba

Semasa gempa bumi, hanya Piramid di Giza yang terselamat, mungkin disebabkan kestabilannya dan ciri-ciri pembinaan yang kukuh. Bencana alam telah menghapuskan beberapa seni bina agung dunia purba. Mungkin ada segelintir yang pernah terfikir; kenapa seni bina purba  dilihat sebagai satu keajaiban?

Sebenarnya, ia terletak pada kehalusan seni, kaitan budaya dan lambang ketamadunan- ia menjadi lambang sejarah kehidupan manusia pada zaman lampau.


Taman Tergantung Babylon

Gambaran Taman Babylon
credits: Wikipedia
Taman yang dibina dalam bentuk ampiteater dengan prinsip hidraulik Archimedes merupakan seni bina agung di sungai Euphrates dan dipercayai dibina pada era pemerintahan Raja Nebuchadnezzar- 600 tahun sebelum masihi. Ia dikatakan dibina secara bertingkat-tingkat, sungai buatan yang mengangkut bertan-tan air untuk mengelilingi kawasan taman dan dihiasi oleh bunga-bunga segar. Walau bagaimanapun, ia dikatakan musnah akibat gempa bumi yang dahsyat dan lokasi sebenar taman ini tidak diketahui. Menurut para sarjana dari Oxford, mereka telah meneliti teks purba dari era Babylon dan mendapati taman ini tidak disebut oleh Raja Nebuchadnezzar. Pada awalnya taman ini dipercayai cuma cerita mitos namun para pengkaji membuatkan kajian mendalam di Iraq dan mendapat tapak taman ini berkemungkinan besar terletak di Ninevah, berdekatan dengan bandar Mosul. Para pengkaji berpendapat taman ini di bawah pemerintahan kerajaan Assyria di kota Sennacherib- turut dikenali sebagai 'New Babylon'.


Kuil Artemis (Diana)

Tapak Artemis pada hari ini
credits: Wikipedia
Kuil Artemis atau Diana, terletak di Ephesus atau dikenali sebagai Turki pada zaman sekarang. Keindahan kuil itu dikatakan telah menawan hati Iskandar Zulkarnain kerana keindahan seni bina sehingga beliau menawarkan diri untuk membiayai belanja baik pulih kuil tersebut, tetapi ditolak oleh penduduk. Kuil ini dibina pada kurun ke-6 sebelum masihi dan sentiasa dibaikpulih selepas ditimpa bencana alam dan juga kebakaran yang dilakukan oleh Herostratus pada malam ulang tahun Iskandar kerana dia mahu namanya diingati di kuil tersebut- ia salah satu tindakan vandalisme yang paling teruk dalam sejarah. Pada abad ketiga selepas masihi, kuil itu musnah akibat bencana alam. Kini, model Kuil Artemis dibina di Miniaturk Park, Turki dan tapak asal kuil berjaya ditemui oleh John Turtle Wood pada 1869 dan ditaja oleh Muzium British.


Mausoleum Halicarnassus
Gambaran Mausoleum
credits: Wikipedia

Mausoleum ini dibina di Halicarnassus (kini Bandar Bodrum di Turk) iuntuk Raja Mausolus dari Persia yang memerintah dari 377 ke 353 sebelum masihi. Kematian Raja telah membuatkan isterinya, Artemisia (juga saudara kandungnya) mengarahkan pembinaan makam terhebat untuk Raja Mausolus. Ia dibina dalam bentuk segi empat panjang, 36 tiang menyokong tapak piramid yang berada di atas puncak binaan dan mencapai ketinggian 140 kaki atau 42.5 meter. Binaan ini lambang keindahan kawasan pemakaman yang agung dan dari nama Raja itulah wujudnya istilah 'Mausoleum'. Binaan ini musnah pada 1522 apabila diserang oleh pejuang St. John Perang Salib dan runtuhan batu binaan itu digunakan untuk membina kastil. 

Binaan semula Tugu
Zeus
Credits: Wikipedia


Tugu Zeus

Tugu Zeus di Olympia merupakan binaan agung yang memuja Zeus. Senibina itu dipahat di atas syiling Olympia dan imej tersebut menjadi rujukan pada masa kini. Pada masa dahulu, Olympia merupakan kawasan suci untuk Zeus dan Phidias dari Athens diarahkan untuk membina tugu Zeus sebagai lambang kesenian dan kesucian Olympia. Tugu itu dibina menggunakan kayu, baju Zeus diperbuat daripada lapisan emas tulen dan kulit Zeus diperbuat daripada gading putih yang bermutu tinggi. Di tangan tugu itu pula ialah tongkat dewi Nike yang diperbuat daripada gading dan emas.  Raja Rom iaitu Caligula cuba memindahkan senibina itu ke Rom pada awal abad masihi tetapi tugu itu terlalu berat dan tumbang. Kemudian, ia dibawa ke Constantinople dan kekal di sana sehingga ditimpa kebakaran pada kurun ke-5.



Colossus di Rhodes (Tugu Helios)
Gambaran tugu
credits: Wikipedia

Binaan tugu Helios di Greece merupakan senibina terkenal dengan ketinggian 100 kaki atau 30 meter. Ia terletak di tanjung yang mengadap Laut Aegean dan ia dibina seperti melihat ke arah laut. Batu asas tugu diperbuat dari marmar putih dan tugu itu diperbuat daripada besi, batu dan kepingan gangsa. Ia memakan masa selama 12 tahun untuk menyiapkannya dan berjaya disiapkan pada 280 sebelum masihi. Gempa bumi merosakkan tugu tersebut lima tahun di bahagian lutut dan ia terhempas ke bumi. Ia terbaring di tanah selama 800 tahun sehinggalah  tempat itu dijarah oleh Arab dan tugu yang tumbang itu dijual. 


Gambaran rumah api
Credits: touregypt.net
Rumah Api Pharos

Rumah api Pharos direka oleh arkitek Sostratus dari Cnidus untuk Greco-Egypt Raja Ptolemy Philadelphus (285-247 sebelum masihi) sebagai lambang kehebatan kuasa. Nenek moyang Ptolemy dikatakan jeneral kepada Iskandar Zulkarnain dan keturunan Ptolemy yang paling terkenal ialah Cleopatra- berketurunan Greek yang fasih berbahasa Mesir. Semasa Julius Caesar tiba di Pulau Pharos (Alexandria), beliau terpegun melihat rumah api Pharos yang sangat besar, cahayanya kelihatan sejauh 35 batu (55 km). Ketinggiannya tidak diketahui tetapi menerusi jarak cahaya rumah api, pengkaji berpendapat bahawa ketinggian rumah api itu mungkin 400-600 kaki (121-182 m). Rumah api ini musnah pada tahun 1303 akibat gempa bumi yang dahsyat dan mengejutkan seluruh kawasan Mediterranean.


@themagi2013

Rujukan:

Iggulden, Conn. (2007) . The Dangerous Book for Boys. UK: William Morrow.
Telegraph.co.uk