Friday, 6 December 2013

Kaitan Mitos dan Nama Tempat

Nama tempat memainkan peranan penting, sebagai tanda pengenalan dan sejarah. Okay, itu standard. Selain dari tu; promosi pelancongan. Tapi, ada beberapa nama tempat yang kita memang kenal, tapi tak semua yang tau nama tempat tu diinspirasikan dari karakter mitos yang pelbagai. Antaranya ialah:

Cincinnati, Amerika Syarikat

credits: usflags
Nama tempat ini diilhamkan menerusi nama Cincinnatus, hero Roman yang instrumental semasa menyelamatkan kerajaan Republik. Pada 45b BC, Rom dalam keadaan bahaya dan diserang oleh Aquei, puak dari kejiranan Itali. Pihak senat mengundi Cincinnatus sebagai pemerintah diktator bagi menyelesaikan masalah. Cincinatus pada asalnya cuma petani yang bekerja di ladang. Setelah berjaya mengalahkan musuh, orang ramai takut jika Cincinnatus gila kuasa dan menumbangkan kerajaan. Maka, Cincinnatus diberi 60 hari untuk meninggalkan tugas. Cincinnatus ternyata menunaikan janjinya dan kemudian kembali ke ladang semula untuk menjadi petani. Keberanian dan kejujuran Cincinnatus akhirnya dikenang sebagai pemerintah yang paling bermaruah dan patuh dalam sejarah Rom.

credits: tripadvisor
Athens, Greece

Nama tempat ini diilhamkan dari dewi Athena atau Athene, anak Zeus dan Titaness Metis. Athena ialah dewi peperangan, terkenal dengan sifatnya yang strategik dan dimuliakan oleh pengikutnya. Namanya dipilih menjadi nama sebuah bandar apabila acropolis milik Athena ditumbuhi oleh pokok zaitun, simbolik kelahiran yang suci. Di Rom, Athena dikenali sebagai Minerva, dewi kebijaksanaan dan kesenian.

Paris, Perancis
credits: rock.reapgenius
Nama tempat ini berasal dari nama salah seorang anak King Priam of Troy yang mempunyai 50 orang anak lelaki. Paris dikatakan bertanggungjawab di atas kekalahan Perang Troy. Paris merupakan lelaki yang kacak dan cuba memikat Helen agar Helen meninggalkan suaminya, Menelaus, King of Sparta. Kelebihan memikat Paris dipercayai kurniaan dewi cinta, Aphrodite kerana Paris telah memilihnya sebagai dewi cinta. Semasa Perang Troy, Paris tidak ada kebolehan sebagai pahlawan, malah kalah di tangan suami Helen. Semasa perang, abang Paris, Hector tampil berlawan dengan pahlawan Greek, Achille tapi malangnya Hector tewas. Kemudian, Paris berjaya memanah Achilles sehingga Achilles hilang kekebalannya. tetapi Paris akhirnya tewas dipanah oleh pihak musuh dan ia menjadi kejatuhan kerajaan Troy.

Kepulauan Solomon (timur Papua New Guinea)

credits: wikipedia
Nama tempat ini diambil dari nama Nabi Sulaiman atau dikenali sebagai Raja Solomon dalam kitab Injil Perjanjian Lama. Menerusi Al Quran, Nabi Sulaiman merupakan raja yang bijak dan mempunyai mukjizat mengawal jin dan memahami bahasa haiwan. Menerusi Injil pula, Solomon merupakan raja hebat yang membina kuil Yahweh di Jerusalem dan membina kuil untuk dewa dewi yang lain. Soloman juga terkenal kerana mempunyai harta  kekayaan yang banyak dan kesaktiaan Soloman datangnya dari cincin yang dipakainya serta tanda bintang pecah 6 yang menjadi azimat dan tangkal pelindung.

credits: commons.wikimedia
Sungai Ganga, India

Sungai Ganga merupakan sungai suci dan menjadi kawasan suci untuk kaum Hindu. Menerusi mitologi Hindu, Ganga antara 3 dewi sungai yang mulia selain dari Yamuna dan Sarasvati. Ganga dipercayai dilahirkan dari jari kaki Vishnu dan tinggal di langit sebelum turun ke bumi dan mengalirkan air sungai di atas bumi yang tandus. Tetapi, apabila air sungai memberi ancaman, dewa Shiva turun ke bumi dan bermeditasi di Gunung Kailasa. Selepas menghabiskan masa bertahun-tahun, sungai terpisah dan membentuk 7 pecahan. Melalui sungai itu, Ganga dan Shiva bersama dan mendapat anak lelaki, Skanda.

Meru (Gunung berapi aktif di Indonesia)
credits: wikipedia
Nama gunung ini diilhamkan  dari perkataan 'Semeru' iaitu gunung mistik dari mitologi Hindu. Semeru dikatakan titik pusat alam semesta dan tempat kediaman dewa dewi. Menerusi kepercayaan Hindu, sungai suci Ganga mengalir dari Gunung Meru dan kota kediaman Brahma berada di atas puncak. Di bawah gunung tersebut terdapat 7 lapis dunia dan di bawah 7 lapis dunia itu ialah tempat kediaman ular Vasuki yang menanggung Gunung Meru. Menerusi kepercayaan Buddha pula, Meru dikelilingi oleh laut dan dunia dan di bawah Meru pula ialah neraka. Kediaman Buddha dan dewa dewi yang lain berada di atas puncak. Mitos Tibet ada menyebut Meru merupakan permulaan untuk kejadian alam seperti angin, laut, air, dan membangkitkan Meru dari dasar laut lalu menjadi pusat kediaman dewa dewi dan separa dewa.

Eropah (Europe)

Eropah merupakan sebuah benua dan dikenali sebagai Europe dalam bahasa Inggeris. Menerusi mitologi Greek, Europa merupakan anak perempuan Telephassa dengan King Agenor of Tyre, sebuah bandar di Phoenicia. Europa diambil oleh Zeus yang menyamar sebagai seladang putih dan membawa Europa lari. Abang Europa, Cadmus dihantar oleh bapa mereka untuk mencari Europa. Europa dikatakan melahirkan 3 orang anak bersama Zeus iaitu Minos, Rhadamanthys dan Sarpedon sebelum mengahwini Asterius, pemimpin tempatan. Bagi menebus kesucian Europa, Zeus mengurniakan lelaki gangsa, Talos untuk Asterius sebagai pelindung kerajaannya.

credits: wikipedia
Virginia, Amerika Syarikat

Menerusi mitologi Rom, Virginia ialah anak Virginius dan Virginia punca utama kejatuhan pemerintahan aristokrat yang zalim pada 449 BC. Appius Claudius, pegawai yang jahat sangat menginginkan Virginia. Appius menegaskan Virginia itu adalah hambanya dan meminta undang-undang menyerahkan Virginia ke tangannya. Pada saat-saat akhir, Virginius menikam anaknya, Virginia sehingga mati bagi melepaskan ikatan antara Virginia dan Appius.  Tindakan Virginius disokong oleh tentera Rom dan rakyat Rom yang miskin dan akhirnya menjatuhkan pemerintahan aristokrat.

@themagi2013
Ref: TUE Mythology Hermes House 2008.

No comments:

Post a Comment