Friday, 30 November 2018

Adopt Niqab!

The last day of November! Hai, MaGians! Hari ni aku nak mengumumkan kelahiran buku ketiga aku, Niqab yang diterbitkan oleh Buku Fixi. Sebenarnya Niqab diumumkan oleh Fixi pada 13 Oktober 2018 bersama 2 lagi buku yang lain iaitu Pesona dan Pijama. Dan dari tarikh diumumkan sampailah ke hari ni  (30/11), tempahan dibuka untuk sesiapa yang nak beli secara online. Niqab ni juga dah available di Kedai Fixi yang terletak di Sunway Putra dan di kedai buku yang lain di semenanjung Malaysia. Selepas ni, Niqab akan available di kedai buku di seluruh Malaysia.

Related image
Okay, sebelum aku nak cerita pasal Niqab, sebenarnya aku nampak satu post di IG tahun lepas dari rakan penulis, Asmar Shah. Pasal sayembara dari Fixi. Aku terus berminat dan kawan aku pun bagitahu, try la. Mana tahu ada rezeki. So aku pun try masuk. Sebab aku sebenarnya pernah berangan nak jadi sebahagian dari Fixi lepas baca buku seram thriller Tunku Halim terbitan Fixi. 

Image result for Niqab shield sahran
Kemudian, keputusan sayembara diumumkan dan karya aku tak tersenarai dalam 6 yang terbaik. Tapi tak sangka aku dapat saguhati. Serius, tak menang pun tak apa! Sebab asalkan aku dapat terbitkan buku dengan pihak Fixi. Bila aku nampak nama aku diumumkan sebagai penerima saguhati, itu pun dah buat aku rasa bangga. Pat on my back! Tak sia-sia aku tak cukup tidur sebelah malam. Bukan senang nak balance workload kat tempat kerja dan menulis lagi sebelah malam, plus blogging dan buat artwork. 

Dan sekarang, barulah aku nak cerita pasal Niqab!

Judul: Niqab
Penulis: Shield Sahran
Harga: RM19.90
Terbitan: Buku Fixi
Tahun: 2018
Genre: Thriller

Image result for Niqab shield sahranNiqab, bukan sekadar penutup aurat seorang wanita Muslim. Sekarang ia merupakan judul novel thriller yang mendedahkan nilai seorang manusia di pasaran gelap. Aku cuba mengangkat isu pemerdagangan manusia yang panas sejak kebelakangan ini. Tapi tak ramai yang mengupas secara mendalam. Jadi aku ambil inisiatif, berdasarkan kes-kes yang pernah terjadi, ditambah dengan kejadian yang berjaya diselesaikan, termasuk imaginasi dan sudut perspektif aku sebagai manusia. Aku letakkan diri aku sebagai human seller, kalau aku jadi tukang jual manusia, macam mana aku nak dapatkan stok? Macam mana aku nak deal dengan seller lain? Apa strategi yang aku patut sediakan untuk menjalankan kerja-kerja haram ni? Dan akhir sekali, apa akibatnya jika perkara ni diketahui ramai?

Apa yang menariknya pasal buku ni? Peranan ejen yang memegang posisi sebagai 'Nadia'. Peranan Nadia ni simbolik kepada manusia berani dan lemah dalam kehidupan yang dipilih oleh diri sendiri. Dalam masa yang sama, setiap permulaan sesuatu kejahatan sebenarnya bukan berpunca dari niat yang jahat. Kadang-kadang, situasi tak menyebelahi.

To be honest, buku ni juga ada maksud tersirat tentang isu keruntuhan rumahtangga, isu kerosakan sosial, kepincangan masyarakat, kekurangan nilai moral dan juga kelemahan manusia secara individu yang menyumbang kepada perkara-perkara buruk seperti human trafficking. Jadi aku harap dengan lahirnya buku Niqab ni, aku nak pembaca dapat pengajaran yang bermanfaat. As we know, the world is beautiful yet is getting dangerous.

Kepada semua avid readers yang belum adopt Niqab, aku harap korang sudi adopt 'anak ketiga' aku dan meraikan knowledge yang dibawa oleh Niqab. Sebagai seorang penulis, aku rasa sangat berbesar kepada mereka yang dah adopt Niqab sebagai sebahagian dari koleksi mereka. I'm sending my love, my appreciation, my gratitude and my undeniable happiness to all readers who loved Niqab!

Untuk beli online, klik Niqab


@theMaGi2018

Monday, 26 November 2018

Writer's Thought: Ada Sesiapa Nak Jadi Penulis?

Image result for writer
source: writer/wikipedia
Good evening, to all darlings. November tinggal berapa hari je lagi. Melalui blog yang aku jarang update (mampu update 5 entri je untuk setiap bulan, tak macam dulu), aku rasa mungkin dah tiba masa untuk aku cerita sikit habit aku selepas waktu bekerja iaitu menulis. Tak banyak pun buku yang aku hasilkan, baru 3 buah buku. Tapi ada yang berpendapat menulis ni tak susah.

Okey, aku nak cerita sikit. Kisah sebelum dan selepas buku-buku aku 'dilahirkan'. Ada sesiapa nak jadi penulis? 

Permulaan sebelum wujudnya minat

Dulu, aku ni teringin ada koleksi buku bacaan. Malangnya abah aku tak mampu nak tunaikan permintaan aku. Dari awal lagi aku sedar aku memang cenderung untuk memiliki buku. Aku suka bau buku. Aku suka pegang buku. Dan perkataan pertama yang aku pandai eja ialah 'buku' (masa tu umur aku 5 tahun, disebabkan perkataan tu aku terus dihantar masuk tadika setahun kemudian). Tapi aku sedar aku takkan dapat perpustakaan peribadi jadi aku buat cerita sendiri, atas dinding bilik. Mak aku terus bertukar jadi singa.

Kemudian, bookseller datang ke sekolah buat promosi jualan. Bayangkan apa perasaan aku berdiri di depan buku-buku baru? Aku nak sangat buku, aku nak beli. Aku merayu depan abah, aku nak beli dua buah buku. Tapi abah tak nak bagi duit, abah kata "alah, bukannya kau baca pun." Aku tak putus asa, aku merayu lagi. Aku siap sembunyikan buku tu dekat celah timbunan buku paling bawah (padahal nanti bookseller tu akan jumpa jugak dan letakkan balik ke tempat asal). Malangnya rayuan aku tetap tak berjaya. Aku mampu tengok member yang berduit beli buku. Aku rasa macam patah hati sangat. Kemudian bookseller datang sekali lagi. Aku mintak duit nak beli buku kat abah tapi aku tak berharap sangat. Entah tiba-tiba, abah bagi duit RM5. Aku pun beli buku karangan Mana Sikana berharga RM4.50 yang bertajuk Tuhan Maha Kuasa. Ironi tajuk buku tu, kan?

Lepas tu, aku cubalihkan keinginan aku tu kepada kawan-kawan. Bercerita depan member dapat kurangkan rasa nak membaca. Tapi masih tak cukup. Buku latihan jadi mangsa. Orang lain, termasuk parent aku tak tahu betapa gembiranyaku bilaku berjaya siapkan cerita dalam buku latihan. Rasa macam...buku aku diterbitkan.

Kisah aku dan Nilam

Nilam ni bukan orang, tu program galakan membaca di sekolah. Semua sekolah tahu program ni. Sebenarnya, aku pernah memenangi Nilam peringkat emas. Dan aku terima timbunan buku sebagai hadiah. Demi Tuhan aku rasa buku-buku tu macam emas. Sampai sekarang aku masih simpan. Masaku aktif dalam program tu, aku ada baca satu buku- Debu Merah by Shahnon Ahmad. Dari situlah aku berminat nak menulis cerita. Buku tu kakak sulung aku yang punya dan aku sentiasa ingat quotes kegemaran aku dalam buku tu-


"Merdeka sampai ke bulu-bulunya..."

Cerpen Pertama

Pada tahun 2002, aku pernah hantar cerita seram pendek ke editor majalah sekolah. Tapi tak berjaya. Cikgu aku cakap, ceritaku tu tak ada value- sebab cerita aku pasal alat muzik berhantu, haha. Tahun 2003, aku tak berani nak hantar cerita ke majalah sekolah. Takut jugak cerita aku kena reject lagi. So, aku bertenang dan belajar untuk terima kritikan. Tahun 2004, aku dengar DBP cawangan Sarawak buka pertandingan menulis cerpen. Masa tu aku tak fikir panjang, aku terus join dan dalam masa yang samaku merangkak belajar cara menulis cerpen dari guru kelas aku, Cikgu Azeman Jarani. Seriously, cerpen pertamaku...hmm, lebih 20 mukasurat, font Monocorsiva, kisah anak cari bapak sampai ke ladang epal di Isle of Skye (pengaruh Faizal Tehrani) dan gaya bahasa ke laut. Hahaha~

Pada akhir pertandingan, aku dapat sijil penghargaan sebab sudi sertai. Masa tu aku rasa, cerpen aku not bad. Tak sangka kalah, malah tak dapat saguhati. Kemudian aku dengar kawan aku yang ikut serta pertandingan tu dapat saguhati. My God, aku rasa teruknya aku. Hampir rasa nak give up. Tapi aku tak give up pun. Aku menulis lagi dalam paperpad, habiskan 5-6 batang ballpen dan kemudian simpan cerita tu dalam kotak. Dalam tempoh yang sama aku mengimpikan sebuah novel pengembaraan fantasi yang aku karang sendiri, macam novel Harry Potter, macam novel Lord of the Rings. Dan aku buat, sampai habis paperpad dan semuanya aku tulis tangan. Kemudian aku simpan cerita tu, aku percaya mungkin suatu hari nanti impian aku akan tercapai.

Tahun 2007, sekolah aku adakan pertandingan menulis cerpen. Aku ikut serta dan aku dapat bimbingan dari guru kelas aku, Cikgu Sapiah Issa. Hasil tunjuk ajar cikgu, aku dapat tempat pertama. Dan cikgu aku calonkan cerpen tu untuk bertanding di DBP melalui pertandingan majalah sekolah Sarawak. Tahun 2008, cerpen aku menang tempat pertama menewaskan cerpen dari seluruh sekolah menengah yang lain. Aku rasa kemenangan tu beri keyakinan baru untuk aku. Cerpen pertama untuk pertandingan DBP tahun 2004 banyak mengajar aku. Cerpen pertama yang menang di DBP tahun 2008 juga banyak mengajar aku.

Apa akan terjadi 4 tahun akan datang? Aku selalu fikir macam tu.

Cerpen-cerpen tidur

Tahun 2008, aku sambung belajar di UiTM Shah Alam, fakulti Information Studies (sekarang disebut Information Management). Sebelum sambung belajar, aku ada tulis banyak cerpen guna laptop kakak nombor 2. Tapi aku tak hantar ke mana-mana. Aku anggap cerpen tu latihan menulis untuk aku. Pengaruh buku komponen sastera masih melekat di kepala masa tu so aku biarkan mood menulis tu berkembang. Tapi lepas duduk di Shah Alam dan sibuk dengan kelas, habit menulis jadi perlahan. Aku ada cuba nasib ikut pertandingan menulis novel remaja, cerpen, sajak. Tapi semuanya tak menjadi. Entahlah, aku tak ambil kisah sangat. Aku pilih untuk fokus belajar. Jadi sepanjang tempoh 2008-2011, aku 'tidurkan' semangat menulis. Idea menulis pun ikut tidur.

Bermula sekali lagi

Lepas habis belajar tahun 2011, dengan rasminya aku jadi penganggur. Aku nak bekerja, aku hantar banyak resume tapi satu pun tak panggil aku pergi interbiu. Masa tu aku rasa down nak mampus. Kawan aku sorang demi sorang dapat kerja, kakak aku asyik ulang pasal mintak kerja, saudara-mara asyik tanya bila nak kerja, manusia kiri kanan tak habis-habis sebut pasal kerja. Well, dilema student yang dah graduate (so kepada adik-adik yang baru habis study dan susah nak dapat kerja, bertabahlah). Lagi teruk aku ni tak ada lesen, tak ada transport, nak ulang-alik naik bas duit pun tak ada. Maka, mereput la aku kat rumah. Dan untuk mengubat hati yang kecewa, aku kembali semula pada habit yang hampir dilupakan. Menulis. Menulis. Menulis. Aku menulis untuk hilangkan tekanan. Aku menulis untuk lupakan dunia. Aku menulis untuk gembirakan diri sendiri. Itulah niat aku menulis masa aku menganggur. 

Lepas menulis banyak cerpen, aku simpan semua cerpen tu dalam folder. Masa tu aku berterima kasih sangat dengan laptop zaman study aku (aku panggil laptop aku Ulquiorra). Dan dalam masa yang sama, aku struggle untuk mulakan sekali lagi habit lama. Bertahun-tahun aku tinggalkan semangat menulis tu jadi bila nak mulakan semula, rasa tumpul. Bukan mudah nak tajamkan semula benda yang dibiarkan tumpul. Bermula dari penghujung tahun 2011 sehingga ke tahun 2013, aku gunakan tempoh tersebut untuk cari semula diri aku dalam bidang menulis. Merangkak-rangkak, tapi orang tak nampak. Orang tak tahu pun. Malah, bila ada pakcik aku tanya- "Kau tak kerja, buat apa sekarang?" Aku pun jawab, "Sekarang menulis, tulis cerita. Tulis dalam blog." Kau tahu apa pakcik aku cakap? Dia cakap-"Apa? Blog? Blog apa? Blok batu bata?" Lepas tu dia ketawa sinis berdekah-dekah. Menyakitkan hati aku.

Ye lah, masa tu zaman kegelapan aku. Facebook aku pun sunyi sepi, krik krik. Kawan pun tak ramai, tak ada yang tahu kesusahan aku masa tu. Cuma ada sorang dua yang sedia mendengar angan-angan aku, dengar impian aku, dengar cerita merapu aku. Huge thanks to dear Nurul Akhma dan Amiebee. Itulah ada pepatah kata-


"Hard times reveal true friends"

Sayangku, Hantu-hantu Penglipur Lara

Aku menulis banyak cerpen sepanjang aku tak bekerja. Aku spend masa di rumah, duduk dalam bilik dan almost mereput. Abah aku tak kisah aku tak bekerja sebab kalau aku bekerja, aku akan mintak duit poket untuk tambang bas dan makan. Jadi, aku pun pilih duduk rumah sebab aku malas nak bertekak dengan abah pasal kerja. Dan aku tahu ramai yang assume aku malas sebab tu aku setuju je duduk rumah tanam anggur.

Sebenarnya, bila kerap sangat resume kena reject, dapat interbiu pun orang tak bagi kerja dan tengok member lain makin maju ke depan, ada kesan psikologi jugak pada aku. Aku jadi penakut. Aku takut nak keluar rumah, aku takut nak cuba sesuatu yang baru. Aku jadi makin melekat depan laptop. Aku yang tak pernah ada masalah pronunciation tiba-tiba jadi gagap sebab jarang bercakap dengan orang. Aku agak anti sosial masa tu. Dan pada tahun 2013, kakak sulung aku dapatkan kerja untuk aku. Kerja kontrak, jadi pembantu pengurusan murid prasekolah untuk 3 bulan. Aku pun setuju, sebab aku perlu duit. Dalam tempoh tersebut, aku dapat semula keyakinan untuk berdepan dengan orang. Dan aku dapat keyakinan untuk hantar cerpen aku ke akhbar. Jadi penghujung 2013, aku pun beranikan diri hantar cerpen yang paling aku sayang iaitu Hantu-hantu Penglipur Lara sebab aku dapat inspirasi masa tengah bersihkan kubur nenek aku di bulan puasa. Tahun 2014, cerpen itu pun diterbitkan oleh Wadah Bahasa dan Sastera DBP di Utusan Sarawak.

Cerpen Hantu-hantu Penglipur Lara tu, membuka pintu rezeki aku dalam bidang penulisan cerpen dan juga puisi. Lapan cerpen empat puisi diterbitkan, untuk penulis yang baru muncul dan aku segera dikenali oleh penulis senior. Aku tahu pasti ada kritikan. Tapi kalau aku tak dikritik, aku takkan tahu apa kesilapan aku dalam bidang penulisan. Masa tu aku nekad, aku nak jadi penulis. Sebab menulis beri aku kepuasan peribadi. Dan aku berangan-angan untuk tengok nama sendiri di atas kulit buku. Angan-angan tu memang selalu menghantui aku sejak dari dulu lagi. Aku nak sangat angan-angan tu direalisasikan. Dan aku pernah bagitahu dengan member sebilik aku (nama dia Nor Iliani) masa duduk di universiti dulu. Aku nak librarian katalogkan nama aku dalam library.

Cincang: Dendam Terbalas, impian pun terbalas!
Image result for cincang dendam terbalas
Pada tahun 2015, aku dapat idea untuk menulis novel psiko-thriller. Diinspirasikan dari kisah benar, pengalaman arwah datuk aku. Tapi aku ubahsuai cerita ikut imaginasi aku. Dalam masa yang sama aku dapat undangan bengkel pengumpulan manuskrip dari DBP cawangan Sarawak. Mereka adakan projek untuk dapatkan karya baru dari penulis Sarawak. So, aku buat dua manuskrip dalam tempoh yang sama sambil dengar idea pelik-pelik dari adik aku. Manuskrip yang bertajuk Sate berjaya disiapkan, manuskrip kedua yang tak bertajuk dirombak semula sebab pengkritik tak setuju dengan karakter yang aku cipta. Dengan penuh rasa berdebar, risau, excited, aku hantar Sate ke Lejen Press. Aku berani mati je hantar. Aku tak nak fikir kemungkinan selepas tu.

Tahun 2016, entah apa yang terjadi, tiba-tiba pulak datang berita gembira. Aku berjaya dapat kerja. Masa tu aku dah bersedia nak commit dengan kerja aku sebagai penulis sepenuh masa. Tapi aku terima juga rezeki dapat kerja di sektor awam. Dalam tempoh aku sibuk dengan urusan kerja, tiba-tiba aku dapat berita yang manuskrip Sate aku berjaya diterbitkan dengan nama baharu, Cincang: Dendam Terbalas! Bayangkan betapa gembiranya aku masa tu! Aku masih ingat aku tak boleh tahan senyum bila nampak nama sendiri atas kulit buku. Betul la kata pepatah-


"Everything comes to you at the right time. Be patient."

Kelahiran 'anak-anak' yang seterusnya


Selepas kelahiran Cincang, tahun 2017 menyaksikan aku berusaha untuk menyiapkan stok manuskrip dan follow up manuskrip untuk DBP. Aku ikut serta bengkel pemurnian, aku sentiasa contact editor di KL (thanks kak Hafedah sebab tahan melayan kerenah penulis). Kemudian member penulis, Asmar Shah (penulis Lejen Press) bagitahu tentang syarikat buku FIXI nak cari penulis baru. Tema novel, ikut selera Fixi. Aku terus join, aku hantar manuskrip yang berjudul Nadia yang Terakhir. Tapi Fixi mintak aku tukar tajuk sebab tema Fixi ni, dorang suka satu perkataan je untuk judul buku. So, aku letak la nama Nadia. Pada penghujung tahun 2017, Fixi umumkan pemenang. Ada enam orang penulis berjaya dalam pertandingan tersebut. Tapi aku tak rasa kecewa. Sebab?

Kawan aku, Siti Fatimah depan
Kedai Fixi sambil pegang buku
Niqab
Manuskrip aku menang saguhati dan akan diterbitkan pada penghujung tahun 2018! Finally, hajat aku nak terbitkan novel under Fixi akhirnya terlaksana! Berbaloi aku tak cukup tidur! Jadi dalam ruang entri blog ni, aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada arwah Asmar Shah sebab berkongsi info dengan aku. Aku takkan lupa jasa dia sampai bila-bila.

Dan pada tahun ini, tahun 2018, tahun yang tinggal sebulan lebih je lagi sebelum masuk tahun 2019, aku menerima kelahiran 'anak-anak' iaitu novel Acang Merpati terbitan DBP dan novel Niqab (tajuk asal: Nadia/ Nadia yang Terakhir) oleh Fixi. Tahun akan datang, aku rasa aku perlu buat stok manuskrip baru. Tak salah bersiap sedia, kalau nak bertanding, manuskrip dah ada untuk disemak, diedit dan dijadikan calon bertanding, haha!

Nak jadi penulis?

Aku pernah tanya diri sendiri- "nak jadi penulis?" Kenapa? Aku selalu cakap, aku nak jadi terkenal macam JK Rowling. Aku nak buku aku menarik dan kaya dengan sejarah macam buku JRR Tolkien. Aku selalu sebut macam tu. Tapi aku nak jadi penulis bukan sebab nak jadi jutawan. Aku tak tahu berapa lama aku hidup atas muka bumi ni. Aku ada impian, nak tinggalkan legasi dan impian aku di dalam memori orang lain. Dan aku rasa, buku ialah medium yang paling sesuai. Buku ialah produk yang wujud dari zaman purba, hidup merentas zaman. Aku tak nafikan, kerja menulis ni bukannya senang. Aku perah otak aku lebih teruk dari aku perah kain. Aku tak cukup tidur, aku campurkan masa menulis ke dalam masa makan (and vice versa), kadang-kadang aku terkena penyakit anxiety disorder bila tak ada idea menulis. Aku penat, aku bengang, aku rasa nak lempar kerusi terbalikkan meja tapi in the end, aku gembira bila impian aku tercapai. Bak kata pepatah orang puteh-

"Writing is somewhere between torture and fun." 

Berjumpa dengan Anwar Ridhwan
tahun 2015
Seingat aku, masa aku study di UiTM Shah Alam, ada member sama rumah aku (nama dia Siti Farhanah tapi aku panggil dia Kak Long) promote nama aku pada lecturer dia. Kak Long tu student penulisan kreatif, lecturer dia Abdul Ghaffar Ibrahim, also known as Pak Agi- sasterawan negara. Atas nasihat Kak Long, aku print koleksi cerpen aku dan aku bagi Pak Agi baca. Takut jugak sebenarnya, yang membaca tu sasterawan negara. Aku ni penulis yang baru nak merangkak. Tapi Pak Agi kata setiap penulis memang ada cara tersendiri dan penulis perlu bina identiti jadi senang orang nak kenal.
Berjumpa dengan SM Zakir
tahun 2016
Dulu aku tak terfikir pun yang aku betul-betul nak serius dalam bidang penulisan ni jadi aku tak ambil kisah sangat. Tapi sekarang, aku rasa dah tiba masanya aku bina identiti aku dan tentukan cara penulisan aku. Last sekali (lepas perjumpaan tu), Pak Agi kata- "jangan putus asa" dan salam tangan aku. Aku dapat motivasi tambahan. Dan motivasi tu sangat membantu aku sampai sekarang. Plus, masa manuskrip Acang Merpati dinilai oleh dua orang penulis prolifik Anwar Ridhwan-sasterawan negara dan S.M Zakir (S.M Zakir ni anak penulis sasterawan negara, S.Othman Kelantan), dua-dua bagi support dan kata, struktur bahasa aku semakin baik. Aku rasa, positives comments ni memang bagus untuk morale support.

Dan pada akhir entri ni aku sedar yang journey aku dalam bidang penulisan baru nak bermula sebenarnya. Cerpen-cerpen, sajak-sajak, novel yang berjaya diterbitkan tu cuma proses warming up. Aku tak tahu berapa banyak manuskrip yang akan berjaya jadi buku bacaan umum, atau berapa banyak manuskrip yang akan dijilidkan untuk koleksi peribadi tapi aku tetap nak menulis. Bagi aku, bekerja tu tanggungjawab aku untuk bayar segala bil dan hutang, dan menulis tu mengisi kekosongan dalam hidup aku yang banyak dikikis oleh tanggungjawab. Jadi seorang penulis, bukan sekadar menulis sebenarnya. Setiap penulis ada sebab yang tersendiri dan melalui sebab itu keinginan untuk menulis mampu digerakkan. Kalau sebab tak mencukupi, maka sebab itu juga akan mengakhiri keinginan. Kalau orang tanya apa sebab aku menulis, aku dah bagitahu di atas. Buku ialah medium untuk aku tinggalkan impian dan legasi. Mungkin tak banyak buku yang aku mampu hasilkan tapi aku tak kisah. Kalau ribuan buku dihasilkan tapi tak menyentuh hati seorang pembaca, aku lebih rela hasilkan sedikit buku tapi melekat di hati ramai pembaca untuk selama-lamanya.

At the end of the day, aku rasa aku cuma nak petikkan satu quotes yang sentiasa dekat dengan hati aku.

"If I waited for perfection, I would never write a word."- Margaret Atwood


@theMaGi2018

Friday, 23 November 2018

Majlis Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan 2018

Oh November, akhirnya aku berpeluang untuk update sesuatu untuk bulan ni..sebelum bulan baru menyusul. Memandangkan aku lupa nak cas bateri laptop dan aku lupa nak bawa charger balik rumah, so aku tak boleh tulis panjang, aku nak bagitahu yang aku dijemput ke majlis Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan di DeTar Unimas pada 22 November 2018 bersempena perasmian buku aku, Acang Merpati. Tak banyak aku nak cerita, sebab aku ni bukan jenis penulis yang suka duduk beramai-ramai dalam majlis. Kalau dijemput, aku cenderung nak lari. Sebab? Seronok dapat melepaskan diri dari segala bunyi-bunyian. Satu keajaiban sebenarnya bilaku dapat bertahan selama 3 jam.

Dipendekkan cerita, aku gembira sebab akhirnya buku aku dilancarkan secara rasmi. Ucapan tahniah untuk diri sendiri. Okey, aku tak nak buang masa, aku nak share gambar sepanjang majlis berlangsung.


Majlis bermula dengan bicara karya penulis Sarawak
(sumber dari FB)


Pelancaran buku penulis Sarawak untuk tahun ni


Senarai buku yang diterbitkan untuk tahun 2018


Goodies dari DBP


Jualan buku DBP bersempena dengan majlis


Kawan yang hadir untuk bagi sokongan


Buku-buku yang berjaya masuk dalam beg


Plus, dapat tandatangan penulis buku Tirani,
Hajah Beb Sabariah


Sesi pelancaran buku penulis Sarawak (sumber dari news.unimas)


Buku-buku yang dirasmikan (sumber dari FB)


Dan aku sendiri, yang dipanggil sebagai Encik Shield Sahran, 
sebab orang tak tahu siapa aku. Sejujurnya, aku tak kisah
pun. Haha~

@themagi2018



p/s: Aku nak ucapkan terima kasih kepada kakak tauke dan tauke biz Akhma Creation Appetite sebab sudi temankan aku ke majlis ni. TQ sebab tolong snap gambar <3

Tuesday, 6 November 2018

Miss Hammurabi: Realiti dalam KDrama

Image result for miss hammurabi
source: mydramalist.com
Hello November! Fuh, aku berjaya menjenguk ke sini. Walaupun tak lama, tapi atleast ada jugak benda untuk diupdate dan memenuhi personal KPI. So, hari ni aku nak kongsikan satu KDrama yang aku baru habis tengok semalam. KDrama tu bertajuk Miss Hammurabi lakonan Go Ara, L Infinite (Kim Myungsoo) dan Sung Do-Il.

Okay, aku skip pasal casting untuk drama ni. Malas nak taip nama panjang-panjang. Sebenarnya aku tengok drama ni sebab nak tukar angin. Sebelum ni aku tengok KDrama yang mostly...tipikal? Korang faham maksud aku. Tapi untuk drama Miss Hammurabi, aku rasa aku sangat berpuas hati. Sebab karakter 'hidup' dalam realiti masa sekarang walaupun karakter tu cuma wujud dalam drama (come on, Judge Im gila hensem kot...susah nak tengok judge sehensem tu~)

Now, aku nak kongsikan sikit apa yang menarik pasal drama ni. Aku seboleh-bolehnya cuba tak nak jadi spoiler bagi sesiapa yang belum tengok walaupun drama ni dah keluar beberapa bulan lepas. Mungkin ada yang berminat nak tengok Miss Hammurabbi lepas ni. Who knows? Sekali-sekala bagus jugak kita tahu pasal law melalui drama.

Daya Tarikan?

  • Aku tengok drama ni sebab drama ni memaparkan isu semasa dan masalah sosial di Korea. As we know, kita tengok industri hiburan Korea yang meriah. Mindset budak-budak sekarang, Korea is full of fun and excitement. Bila aku tengok drama ni, sebenarnya masyarakat Korea pun berdepan dengan masalah sosial yang sama, masalah manner, masalah behaviour. Kita selalu tengok betapa selebriti Korea sangat menjaga adab bila di depan kamera, tapi hakikatnya Korea ni sama seperti negara lain. Isu-isu domestik berderet dalam mahkamah.
  • Aku rasa tarikan dalam drama ni ialah peranan watak-watak kecil yang memaparkan realiti kehidupan orang yang tak berkemampuan. Wanita yang menjadi mangsa dera suami, si ibu kematian anak atas sebab medical malpractice, si bapa kaki mabuk, mak yang terpaksa jadi ketua keluarga sebab suami tak berguna. Banyak lagilah. 
  • Aku suka level of romanticism dikurangkan. Malah, romanticism antara watak Judge Jung dan stenographer DoYeon juga tak melampau. Well, dalam kehidupan sebenar mana ada kisah cinta jiwang perfect macam tipikal KDrama yang lain? Tu fantasi je lebih, realitinya kurang.
  • Aku tertarik dengan transition karakter Judge Im Bareun (L) dan Judge Park Cha Oh Reum (Go Ara). Im bermula sebagai hakim pesimis yang mengutamakan hal penting je. Tapi kemudian, Im berubah bila dia sedar tak semua benda tak penting tu bermakna remeh. Macam tu juga dengan karakter Park. Park bermula sebagai hakim yang terlalu keras hati dengan perjuangannya melawan ketidakadilan. Sampailah dia sedar bila Presiding Judge Han kata- "Orang yang paling berkuasa di mahkamah ialah kita, hakim. Kitalah yang paling berbahaya."
  • Aku rasa aku tertarik dengan kehadiran karakter stenographer DoYeon yang cantik, moden dan mewah. Tapi tak ada sorang pun tahu dia pernah struggle- duduk di luar bandar, hidup susah, bekerja di bar sebagai bartender untuk tampung kos belajar dan berusaha nak lulus exam sebab nak dapat kerja tetap. Apa yang paling aku suka, watak ni percaya dia boleh achieve lebih walaupun orang buat andaian buruk dengan kemewahan yang dia ada.

Image result for miss hammurabi
source: kdramapa.com
So far, drama ni memang ada flow yang tersendiri. Walaupun aku masih nampak a bit of shyness dalam pembawaan watak Judge Im dan ada masanya aku rasa L ni try hard to be open tapi entah kenapa macam separuh kaki je keluar. Korang faham tak maksud aku? But still aku rasa okaylah...masih boleh dimaafkan sebab watak Judge Im ni ada masalah self esteem juga sebenarnya sebab dia bukan orang kaya, bapak kaki botol dan keluarga banyak hutang so dia membesar dalam perasaan awkward. 

Image result for miss hammurabi
source: hellokpop
Watak Judge Park tu bagus, sebab pada awal cerita aku boleh dikategorikan dia sebagai spesis degil yang rasa dia je betul dan sibuk dengan perjuangan dia malah ada masanya dia insentitive dengan persekitaran kerja. Dia jadikan pengalaman lampau untuk nilai semua perkara, which is not good. Geram jugak dengan perangai dia. Tapi bila dia kena attack disebabkan 1st verdict untuk 1st trial kes quasi-rape professor versus student, barulah dia collapse. Barulah nampak perkembangan watak yang sihat dalam karakter Judge Park. Dan aku suka bila dia bangkitkan isu pakaian wanita. Pakai seksi salah, pakai tutup habis pun kena kutuk.  Cuma aku tak berapa sangat dengan ending drama. Macam ada sesuatu yang missing. Entahlah. Tapi at least, watak dalam drama ni pakai cermin mata berkanta, bukannya pakai spec frame je macam doktor dalam drama Still 17. Sebab aku rasa what the heck ko pakai spec tapi tak ada kanta? For what? Dah la bawak watak doktor, masuk dewan bedah tapi pakai spec tak berkanta. 

Image result for miss hammurabi presiding judge sung
source: marymekpop
Presiding Judge Han ialah contoh watak golongan senior yang grumpy dan bising, tapi hatinya baik. Aku suka cara dia guide judge yang lebih muda. Contoh watak senior yang menyakitkan hati sampai ke akhirnya ialah Presiding Judge Sung. Dahlah kuat menyumpah, gila pangkat, kaki bodek, amalkan sexism di tempat kerja (buli staf wanita), berlagak bila naik pangkat. Tapi sebenarnya golongan macam Presiding Judge Sung ni lah yang banyak dalam mana-mana organisasi. Dan golongan ni lah suka tikam belakang atas alasan survival. 

Orait, aku rasa aku suggest mereka yang satu spesis dengan Presiding Judge Sung supaya tengok drama ni. Manalah tahu dapat hidayah. Untuk rating, aku bagi 3.9/5. Ada certain part yang boleh dikatakan tak menarik minat aku. Tapi last part untuk episode terakhir tu memang aku suggest korang tengok. Takdir itu memang sesuatu yang aneh tetapi lucu...itu je yang aku nak cakap.

Okey, sekian saja ulasan untuk drama kali ni. Nanti kalau aku dah setelkan satu drama Jepun yang diadaptasi menjadi KDrama (dan rating yang diberi 9.2/10 oleh MyDramaList), aku akan share pendapat aku. Sebab rating drama Mother ni tinggi sangat, aku jadi curious gila vavi. Tak apa, nanti aku tengok.

@theMaGi2018