Sunday, 22 February 2015

Koleksi Kisah Seram Kuching

Image result for ghost story
Kisah seram di malam Ahad, rasanya entri ni takkan menakutkan korang sebelum masuk tidur, kan? Biasanya, efek malam Jumaat ni lagi spooky. Okey, sebelum ni aku dah banyak tulis entri kisah seram di Kuching. Well, I'm Kuchingites, aku prefer tulis pasal hometown...Tonikaku (tetiba bahasa Jepun keluar...), aku berjaya kumpul beberapa kisah seram untuk bacaan korang semua. Walaupun rating entri Urban Legend memang subarashii gila, aku harap entri seram ni dapat menggembirakan hati semua pembaca.


Mari kita menyeramkan diri~

1. Siapa Dia?

Kisah seram ni terjadi di dalam rumah aku semasa aku duduk di Briged PGA lama yang kini dah bertukar jadi Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru. Kembali ke sekitar tahun 98-99, masa tu malam Jumaat. Kakak aku yang second habis kelas tambahan di sekolah sekitar pukul 4 petang. Jadi, malam tu kakak aku memang kepenatan dan bad mood. Memandangkan semua orang penat, aku pun masuk tidur awal.  Cuma bapak aku yang stay sampai tengah malam disebabkan WWE (dulu WWE dikenali sebagai WWF). Lepas tu, bapak aku terdengar bunyi orang selongkar sesuatu. Cari punya cari, bapak aku pun buka pintu bilik kakak aku dan ternampak dia tengah selongkar tong sampah bilik dalam gelap. Bapak aku pun tegur, kenapa kakak aku selongkar sampah tengah-tengah malam? Dah tu tak bukak lampu? Bila nampak kakak aku tunduk diam, tak menyahut, rambut pun mengerbang semacam, bapak aku pun tak jadi nak bukak lampu bilik dan paksa kakak aku masuk tidur. Keesokannya, bapak aku pun membebel dengan kelakuan kakak aku masa sarapan pagi sebelum pergi ke sekolah.

Dengan muka konpius, kakak aku tiba-tiba menoleh dan kata, dia dah masuk tidur sebelum pukul 9 malam. Obviously, kakak aku bukan jenis tidur mengigau sambil jalan-jalan. Jadi, siapa yang serupa macam kakak aku tu?

2. Bunyi Ketikan 

Bunyi ketikan stapler ni bermula masa aku tinggal di Batu 7, Kuching sekitar tahun 1994. Masa tu, aku bersekolah rendah dan adik aku masih kecik. Jadi setiap kali aku dan dua orang kakak aku buat kerja sekolah, adik aku mesti kacau. Nak dijadikan cerita, pada suatu malam, kakak aku yang first dah tak tahan, dia pun ketik stapler dan takutkan adik aku. Malam tu, bunyi ketikan stapler kedengaran di bawah rumah sampai pagi. Bapak aku pun tak kasi kakak ketik stapler macam tu lagi.

Kemudian, kami pindah ke Briged PGA pada hujung tahun 1994. Sekali lagi, pada suatu malam, kakak aku takutkan adik aku dengan bunyi ketikan dari mainan adik. Malam tu, bunyi ketikan tu kedengaran di bawah rumah selama beberapa hari sampaikan bapak aku bermimpi buruk. Kata bapak aku, ada 'benda' yang tiru bunyi ketikan tu dan bapak aku describe rupa 'benda' tu seperti nenek kebayan versi lelaki. So, korang bayangkan sendiri.

3. Kesurupan di Jalan Ellis

Nenek sebelah mak (yakni mak kepada mak aku) dulu pernah kena caesar sebab ada masalah nak lahirkan mak usu aku. Nenek aku banyak kehilangan darah dan pihak hospital gantikan dengan darah baru. Proses caesar dan pindah darah zaman dulu ni tak sama dengan zaman sekarang, nyawa memang di hujung tanduk. Jadi, bila nenek aku selamat jalani proses tu, datuk aku gembira. Tapi yang peliknya, kelakuan nenek aku berubah. Nenek aku jadi cepat marah, cepat meracau. Last sekali, nenek aku kesurupan dan lari masuk hutan. Nak tak nak, datuk aku akan bawa pelita, masuk hutan dan cari nenek aku sampai dapat.

Nak dijadikan cerita, nenek aku ikut datuk aku balik ke rumah keluarga di Jalan Ellis dan bermalam di rumah tu. Tiba-tiba, menjelang tengah malam, nenek aku bangun dan bergerak lurus sampai ke pintu rumah. Kemudian, nenek aku pun keluar dari rumah dan berjalan dalam gelap. Yang peliknya, walaupun tanpa pelita, nenek aku tenang je berjalan. Langsung tak tersadung, tak jatuh, tak tergelincir kat tangga rumah. Nenek aku jalan terus ke arah belukar sampailah datuk aku tarik nenek aku dan cepat-cepat sedarkan nenek aku semula. Kata nenek, dia terdengar ada orang yang panggil dia dan pelawa dia jadi tetamu. Dengan kata lain, ada 'seseorang' yang nak 'berkawan' dengan nenek aku. Hish, tak sangka nenek aku ada stalker.

4. Kambing meragut

Bila korang baca tajuk di atas, mesti sinonim sangat kan dengan zodiak Tahun Baru Cina. Sebenarnya, kisah ni terjadi pada tahun kelahiran aku. FYI, aku lahir tahun Naga. Masa tu usia aku baru je beberapa bulan dan mak aku tengah berpantang di rumah nenek aku. Kata kakak aku yang second, pada suatu malam, dia main bayang-bayang dan buat rupa arnab. Kemudian, bapak aku suruh kakak aku tidur dan tak kasi kakak aku main bayang-bayang lagi. Kata orang tua-tua, tak elok main bayang-bayang. Jadi, kakak aku pun give up dan paksa diri untuk tidur.

Tapi, lepas tu kakak aku ternampak bayang-bayang kambing meragut rumput di dinding. Kakak aku sangka bapak aku yang buat dan siyes kakak aku kagum gila dengan bayang-bayang kambing tu. Lama-lama, kakak aku pun perasan yang bapak aku sebenarnya dah tidur dan bayang-bayang kambing di dinding tu makin lama makin jelas. Makin real pulak jadinya. Kakak aku pun cepat-cepat tutup mata, tak berani lagi nak bertentang mata dengan 'kambing yang sedang meragut'.

Sebenarnya, dulu masa aku sekolah rendah (darjah dua macam tu), aku pernah main bayang-bayang dan buat rupa burung dan arnab dengan adik aku. Keesokan paginya, kaki aku penuh dengan lebam-lebam, tapi lebam tu tak sakit langsung. Sejak dari hari tu, aku tak berani main bayang-bayang lagi.

5. Derap Kaki di Fort Margherita

Fort Margherita, kubu Brooke yang dah lama wujud di Kuching pernah dijadikan Muzium Polis suatu ketika dulu dan muzium tu antara tempat 'childhood' aku yang sentiasa melekat di ingatan. Semasa aku masih kecik-kecik, Fort Margherita memang dah seram gila di mata aku. Patung kaki candu, mannequin polis yang pakai pakaian seragam polis, tali gantung, penjara, lukisan renjer dan bilik-bilik kecil di kubu tu memang ada kisah-kisah seram yang pelbagai.

Sebagai contoh, ada seorang budak terperangkap di dalam sebuah bilik hukuman masa hari terbuka muzium. Kata budak tu, pintu tu terkunci dengan sendirinya dan dia menjerit sampai menangis minta dilepaskan. Selain dari kisah budak tu, kakak aku yang first pernah 'dikenyit' mata beberapa kali oleh mannequin polis. Siyes, kalau aku ada gambar mannequin tu, aku tunjuk kat korang. Mannequin polis tu memang gila seram.

Antara kisah yang paling best ialah bunyi derap kaki di Fort Margherita. Kubu ni terletak dekat dengan jeti polis marin di Sungai Sarawak dan bapak aku dulu selalu tangkap udang di situ. Biasanya, bapak aku jala udang sebelah malam. Pernah beberapa kali aku dan kakak aku tumpang sekaki tangkap udang di jeti tu, aku terdengar bunyi orang berkawad. Adik aku pula ternampak 'makhluk paling seksi' tergantung di pokok angsana tua yang terletak tak jauh dari kubu tu dan kakak aku beberapa kali ternampak benda pelik 'bermain-main' di sekitar kawasan tu. Polis jaga yang bertugas menjaga kubu tu pun pernah kata, banyak kali dia terdengar bunyi laungan, bunyi derap kaki, bunyi kawad dan yang paling tak sedap, ada 'seseorang' yang mengintai di sebalik tingkap.

FYI, apa yang terjadi di kubu tu sebenarnya kisah benar. Fort Margherita memang seram.

6. Seram Kampung Astana Field Force

Bila sebut nama Kampung Astana Field Force, tak ramai yang ingat. Mungkin, ramai yang tak tahu langsung nak bezakan Kampung Astana Lama, Kampung Astana Lot dan Kampung Astana Field Force. Mari sini, aku terangkan. Kampung Astana Lama tu terletak di depan kediaman TYT Gabenor, dekat dengan Pangkalan Batu. Sekarang, kampung tu dah dijadikan tapak Taman Orkid Kuching. Kampung Astana Lot tu pula terletak sejajar dengan Kampung Lintang dan Kampung Sungai Bedil Besar. Kalau sebut nama Pawada or Plaza Astana, mesti ramai yang tahu. Kampung Astana Field Force ni pula kampung terpencil yang dikelilingi hutan dan semak tebal. Sekarang, kampung tu dah jadi lokasi Masja.

Kembali ke cerita asal, kampung ni bukan sembarangan kampung. Seingat aku, ada banyak sangat benda pelik yang berlaku di kampung ni. Pernah ada kelibat badan putus muncul di bawah rumah nenek aku. Aku pernah nampak toyol di atas siling rumah. Kakak aku nampak 'kambing meragut' di dinding rumah. Pak cik aku pernah nampak benda seram di kaki tangga. Jiran tetangga kena usik di telaga. Ada 'keluarga' tinggal di bawah pokok cempedak. Ada kucing bermata besar sebesar bola sepak muncul dari telaga dan tiba-tiba jilat muntah datuk aku dan mak aku terdengar orang berjalan-jalan di dalam bilik pak cik aku. 

Oh, ada satu lagi kisah seram di kampung ni. Bagi sesiapa yang tak tahu, kawasan kampung ni dulu ada sebuah sekolah yang bernama Astana District Council School. Mak aku dan semua pak cik mak cik aku bersekolah rendah di sini. Datuk aku pula pak jaga di sekolah ni dan untuk pengetahuan korang, sekolah ni antara sekolah paling seram di Kuching masa era 60an. 'Penghuni' sekolah ni takkan segan silu untuk muncul di depan mata sesiapa saja, tak kira pagi, petang atau malam. Dan 'penghuni' itu boleh muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa, mengusik sesiapa saja dan sangat-sangat-sangat nakal.

Nasib baik, sekolah ni tak wujud lagi.

7. Keluarga Pokok Mancis

Kisah ni berlaku masa aku bersekolah menengah dan masih tinggal di Briged PGA. Sebenarnya, kawan mak aku yang tinggal tak begitu jauh dari rumah kami mengadu yang rumah dia ada masalah. Setiap malam, ada bunyi-bunyian yang riuh, bergerak dari satu bilik ke satu bilik. Seolah-olah, ada banyak keluarga dalam rumah tersebut. Kemudian, bapak aku pun tolong bertanya dengan orang tua-tua yang pandai. Dikatakan, ada keluarga yang menumpang rumah kawan mak aku disebabkan 'rumah' asalnya sudah diambil orang. Jadi, orang tu pun tolong kawan mak aku dengan serbuk garam kasar yang sudah dibaca surah-surah tertentu dan tabur di sekeliling rumah. Bapak aku pun tolong taburkan garam tu dan berharap 'keluarga' tu akan berpindah ke tempat lain.

Beberapa malam kemudian, bapak aku bermimpi ada sebuah keluarga besar sibuk bergerak ke arah sebatang pokok mancis tua dan berkata 'Cepat-cepat, kita pindah. Sana ada rumah kosong...' Kemudian, jiran sebelah rumah aku berkata, ada sesuatu yang tak kena pada pokok mancis tua yang tumbuh di hadapan rumahnya. Nak dipendekkan cerita, hujan turun lebat pada suatu malam dan bunyi petir memang menakutkan. Keesokannya, kami semua terkejut, pokok mancis tua itu dipanah petir.

8. Suara Adik di Pintu

Kisah ni terjadi pada aku masa aku dah sekolah menengah. Kisah ni simple je, aku nak masuk tidur pada suatu malam. Sebelum tidur, aku ada tabiat kunci pintu. Tapi bila aku nak baring, tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di depan pintu bilik dan suara adik aku yang suka menyakat aku. Aku pun naik marah dan segera bukak pintu. Tapi, adik aku dah cabut lari. Dalam hati aku kata, 'kurang asam!', cepat-cepat aku pergi sergah adik aku di bilik.

Bila aku sampai di bilik adik aku, adik aku terbaring di atas katil. Aku sangka adik aku pura-pura tidur jadi aku pun tampar dahi adik aku dengan geram. Kemudian, mak aku pun muncul dan kata, adik aku dah tidur sebelum pukul 8 malam. Adik aku demam.

Jadi, siapa yang berdiri depan pintu bilik aku?



p/s: Kisah seram akan bersambung lagi, sila tunggu~

@magi2015

No comments:

Post a Comment