Thursday, 16 January 2020

Resepi Tahun Baru

Hai! Entri kali ni aku nak kongsi benda yang aku masak. Tahun 2020 ni aku tiba-tiba rajin masak. Aku tak kata aku ni pro masak, masakan aku ni simple je. Bukannya masakan yang hebat-hebat. Tapi untuk spesis yang duduk sorang kat rumah, takkan harap cicak masak untuk aku? So, aku kena la masak walaupun setakat masakan basic.

So, aku nak share sikit resepi. Semua resepi aku ni senang, kalau tak dapat buat tu memang teruk sangat la skil memasak korang. Okay, jom proceed~

Banana Wrap
Bahan-bahan: 
Pisang, coklat, peanut butter, doh (tepung gandum + air +  marjerin + secubit garam)
Cara buat: 
Potong pisang, susun atas doh yang dah dileperkan, letak peanut butter dan coklat. Lepas tu bungkus and goreng. Bila warna dah keemasan, angkat dari kuali and potong.

Bebola Nian Gao (Kuih Bakul)
Bahan-bahan:
Kuih bakul yang dipotong kecik-kecik, doh (tepung + air + marjerin + secubit garam)
Cara buat:
Masukkan kuih bakul yang dah dipotong kecik-kecik ke dalam doh (bahagikan doh dalam saiz yang lebih kecik). Bulatkan, kemudian goreng. Bila warna dah keemasan, angkat dari kuali dan ready untuk dimakan.

Enoki Goreng
Bahan-bahan:
Enoki, telur ayam, garam, lada, tepung (aku guna tepung biasa sebab tak ada tepung serbaguna berperisa macam tepung KFC tu. Nak pedas? Tumbuk la cili dalam lesung then masukkan dalam telur)
Cara buat:
Pecahkan telur, masukkan garam dan lada. Kemudian, bancuh. Lepas tu masukkan enoki dalam bancuhan telur, kemudian celupkan enoki bersalut telur tu dalam tepung, kemudian goreng. Keputusan? Rangup, semestinya!

Jemput-jemput Pisang
Bahan-bahan:
Pisang mas keling, tepung, air, garam
Cara buat:
Lenyekkan pisang, masukkan tepung dan air sikit. Then masukkan sedikit garam. Pastikan pisang lebih banyak daripada tepung. Kemudian, goreng. Hasilnya? Luar crunchy dalam lembut. Emmm~

Ini menu aku masa minggu kedua bulan Januari. Nak buat sambal belacan tu senang sangat. Belacan, ikan bilis, cili- tumbuk semuanya, kemudian masukkan cuka, air dan gula sikit. Tomyam tu tomyam kosong je, sebab nak jimat bawang. Bawang mahal sekarang ni.

Ini menu pertama bulan Januari. Nasi goreng sardin dan bebola coklat. Resepi nasi goreng sardin aku senang sangat. Bahan-bahannya nasi putih, bawang merah, sardin dalam tin (hancurkan), sos cili, sos cili Thai, sos tiram. Untuk bebola coklat tu, buat doh (rujuk resepi doh kat atas) dan coklat tu aku guna coklat botol.

Tempe Bersos 
(aku tak boleh kata ni sambal sebab lebih banyak elemen sos berbanding sambal, hahaha)
Bahan-bahan:
Tempe dipotong, ikan bilis, bawang putih, bawang merah, sos cili, sos cili Thai, sos tiram, cili padi dipotong halus.
Cara buat:
Goreng tempe dan ikan bilis. Kemudian, tumis bawang putih, bawang merah, cili sampai naik bau. Kemudian masukkan segala sos. Biarkan mendidih, lepas tu baru masukkan tempe dan ikan bilis. Bila dah pekat, tutupkan api. Siap untuk dimakan!

Yang ni menu aku minggu kedua bulan 1, tak silap aku masa tu around 5 atau 6 Januari macam tu. Sambal belacan yang ini lain sikit. Ni sambal belacan goreng. Resepi?
Bahan-bahan:
Belacan, ikan bilis, cili kering, cuka, air, gula
Cara buat:
Goreng belacan, ikan bilis, cili kering. Kemudian, tumbuk sampai hancur dalam lesung batu. Lepas tu, masukkan cuka dalam bahan yang dah ditumbuk tadi. Masukkan gula (adjust sendiri rasa). Masukkan air secukupnya (tapi jangan sampai sambal jadi cair sangat). Gaulkan semuanya. Lepas tu, siap!


Aku dah cakap, resepi aku ni sangat simple. Mustahil kalau tak dapat dibuat orang. Aku rasa menu aku ni... healthy menu kot? Tomyam pun tak ada ayam daging, totally sayur. Lagi satu, menu ni tak memakan kos yang banyak pun. Memang jimat!

@theMaGi2020

Wednesday, 15 January 2020

2020: Benda Yang Aku Tak Suka, Jadi Suka

Image result for love hate
source: yourtango.com
Hai gais! Saja nak update sesuatu hari ni, hari ke-15 di bulan pertama tahun baru. Or, dah half month di bulan Januari. Hmm... macam ni rasanya di usia 32, di tahun 2020. Still, aku masih bengap drive kereta, hahaha!

Okay, sebenarnya aku cuma nak kongsi hal-hal dulu yang buat aku curious pada masa sekarang. 20 tahun berlalu, sesuatu yang aku sendiri rasa unbelieveable. Pada tahun 2000, aku masa tu budak-budak lagi, nak ambil exam UPSR. Bila ingat zaman kanak-kanak, seriously aku nampak buruk gila. Jauh sangat beza dengan budak umur 12 tahun zaman sekarang. 

Tapi bukan benda tu yang aku nak cakap. Sebenarnya bila masuk fasa usia 30+ dan di tahun 2020 ni, aku sedar yang ada beberapa perkara yang aku tak suka, sekarang aku jadi suka. Aku tahu ni semua normal sebab faktor usia dan faktor hormon tapi tabiat u-turn aku ni makin ketara sejak kebelakangan ni.

Aku buat senarai ringkas:
  1. Dulu aku tak suka masak. Aku rasa kerja memasak ni gegirl sangat. Sekarang aku suka. Sebab kalau tak masak, aku mati kebulur kat rumah. So perasaan suka tu develop secara semulajadi.
  2. Dulu aku tak suka mekap. Geli aku, tak suka nampak feminin. Tapi lepas hidap ekzema kat muka and then sembuh, aku mula pakai mekap sebab nak tutup parut ekzema. Dan perlahan-lahan, aku suka mekap.
  3. Dulu aku tak suka idea kerja makan gaji. Sekarang, aku rasa kerja makan gaji is not a bad thing. Boleh dapat pengalaman bekerja dengan orang walaupun tak semua pengalaman tu best but menarik untuk dijadikan idea menulis.
  4. Dulu aku tak suka pakai baju kurung, kalau boleh aku tak nak pakai baju kurung. Sekarang aku rasa baju kurung is the best traditional cloth terutama sekali baju kurung kain cotton. And now aku dah mula prefer untuk try kebarung dan baju kurung kedah. Hmmm, pengaruh kawan-kawan ni~
  5. Dulu, aku tak suka kasut yang ada tumit. Kalau boleh aku nak pakai semua kasut sneaker tak kira apa majlis sekalipun. Sekarang parent aku tak payah paksa aku beli kasut perempuan, aku sendiri pergi pilih and beli . Tapi still, aku tak reti pakai heel runcing dan lebih dari 2 inci. Aku tak rela seksa kaki aku. And yes, aku masih pakai sneaker.
  6. Dulu, aku tak suka pakai barang kemas. Aku punya opinion, kulit aku tak sesuai pakai emas, nampak buruk. Sekarang aku dah mula pakai. Tak banyak macam mami jarum la. Tapi so far, okay jugak. Entah apa yang aku anti sangat kat emas, tak tahu la.
  7. Dulu aku tak suka berkebun. Aku cuma reti makan je, tak nak tanam apa-apa. Entah apa yang merasukiku, tahun ni aku minat gila berkebun. Macam-macam benda yang aku dah try tanam dan so far hasil tanaman aku menjadi.
  8. Dulu aku tak suka senyum nampak gigi sebab gigi aku muncung ke depan. Sekarang aku suka senyum nampak gigi. Terima kasih teeth braces kerana mengembalikan keyakinanku. Ya, gitu deh~
  9. Dulu aku tak suka try tudung kaler lain. Aku prefer tudung hitam je. Sekarang aku suka cuba macam-macam warna tudung, kecuali pink. Pink tu warna kegemaran aku masa kecik-kecik dulu. Bila masuk usia remaja, terus out from the list.
  10. Dulu aku tak suka makan sayur. Aku nak makan ayam hari-hari. Sekarang, aku boleh lapar bila nampak ulam-ulaman. Seriously, bila hormon dewasa hits me so hard... selera makan pun berubah. 
Bila aku fikir balik, bahaya jugak bila declare tak suka. At the end, aku u-turn and it slaps me back... hahaha! Apa kata aku kata aku tak suka duit? Maybe lepas tu aku u-turn dan dapat banyak duit? What a theory~

But well, benda yang kita tak suka mungkin baik untuk kita. Sebab tu Tuhan bagi kita u-turn. Who knows?

@theMaGi2020

Tuesday, 14 January 2020

Larian 5 KM JomRun Sarawak

Hai, lambat sikit update pasal larian pertama untuk tahun ni. To be honest, aku pada 20 tahun yang lepas tak terfikir yang pada tahun 2020 aku akan ikut larian 5 KM di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Well, kita tak boleh predict masa depan. Future itu misterius~

Okay, untuk larian pertama tahun ni (iaitu pada 12/1/2020- Ahad) jujur aku cakap aku tak berlari pun. Aku memang tak ada usaha langsung nak berlari. Aku cuma nak start fresh tahun ni dengan berjalan beramai-ramai dengan participants yang tak dikenali, sambil borak dengan kakak aku yang join sekali dan menikmati keindahan Kuching. Starting pada pukul 6:30 pagi, kami sampai ke finish line sekitar jam 7:35 pagi. Aku tak anggap tu sebagai rekod larian sebab aku tak berlari pun, hahaha!

Actually baju T untuk larian ni sangat oren. Tapi still acceptable sebab aku cuma tak minat warna pink. Medal larian ni cantik, sangat ceria. Bila difikirkan warna baju pun sangat ceria. So basically, larian pertama ni aku anggap sebagai simbolik keceriaan dan kesegaran. Well, aku memang nak reset, renew and refresh tahun ni.

By the way, aku suka gila route larian kali ni. Selain dari suaana santai, aku suka route ni beri peluang peserta lihat few old buildings. Aku harap event lain nanti ada yang repeat guna route ni. Itu je la kisah larian aku yang tak ada kisah berlari pun sebenarnya. The end~

Oh, ini gambar yang aku sempat snap:

Suasana masa mula-mula tinggalkan starting point

On the way pusing bulatan

Welcome to Kuching's China Town

Masa ni dah almost sampai ke garisan penamat

Bila tengok balik, okay jugak warna baju ni

Dan ini medalnya~



@theMaGi2020

Monday, 13 January 2020

Selamat Datang, 2020!

Image result for 2020
source: inc.com
Oh, hai! 13 hari di tahun 2020, aku baru ada kesempatan nak update blog. Tak disangka-sangka, kita semua dah masuk ke tahun yang selalu disebut-sebut masa era 80-90an dulu. Tahun 2020, Wawasan 2020.


Seingat aku, masa cikgu kat sekolah asyik sebut kemodenan teknologi tahun 2020, masa tu umur aku 12 tahun. Aku tak fikir sangat pasal tahun 2020 ada apa, aku lebih concern dengan umur aku pada tahun tu. 32 tahun, yikes~ Aku pada usia 12 tahun rasa, 32 tu umur yang tua. Aku fikir aku tengah buat apa masa tu, aku kerja apa dan aku kawen ke tidak masa usia tu.


Now, aku dah masuk ke tahun 2020. This year, aku mulakan dengan niat nak tambah berat badan sebab aku under weight. Well, aku berjaya tambah sikit berat badan, mungkin aku tak terfikir yang aku beria-ia nak tambah berat badan di tahun 2020. Kerja-kerja penulisan masih diteruskan, lebih rancak. Tahun 2000, masa tu aku masih 12 tahun, aku berangan nak tulis cerita. 20 tahun kemudian, angan aku jadi kenyataan. Pada usia 32 tahun, aku dah hasilkan 3 novel, 1 antologi, cerpen, lebih dari 10 cerpen dan 7 sajak disiar di akhbar, termasuk penglibatan aktif dalam pertandingan dan sayembara. Of course pada usia ni, aku dah kerja. Kerja tetap, syukur alhamdulillah. And still single yet not available, hahaha~ Oh, sedar tak sedar tahun ni ialah tahun ke-10 aku jadi blogger. Hurrah!

Okay... walaupun kereta masih tak terbang, sekurang-kurangnya impian aku dalam kerja penulisan terbang dengan baik~

Jadi, tahun baru ni apa resolusi aku? Aku tak plan banyak, aku cuma nak pastikan solat aku terjaga. Kalau yang itu terjaga, maka aku yakin semuanya terjaga dengan cantik. So far, tahun baru 2020 ni ada beberapa hal yang dah berlaku. Seriously, baru 13 hari but few things did happened. 
  • Bilik tidur aku dah diubah suai sepenuhnya. Dulu macam stor buruk, sekarang dah cantik... hahaha~
  • Ikut larian 5 KM pertama di tahun baru. Tapi lebih banyak berjalan dari berlari. Yang bestnya aku langsung tak rasa penat (mungkin sebab aku berjalan macam jalan-jalan kat mall)
  • Actually, sebelum pergi ke starting point larian 5 KM, aku baru sedar aku pakai kasut sukan terbalik. Adakah ini faktor usia?
  • Dan sebelum aku pergi ke starting point tu, kepala aku terhantuk kat switch box depan toilet MBKS, hahaha!
  • Alhamdulillah, cerpen pertama untuk tahun ni disiar di akhbar Utusan Borneo. Starting untuk kerja penulisan nampaknya positif.
  • Terima berita baik dari Persatuan Penulis Sarawak, cerpen dipilih untuk penerbitan. Seriously aku rasa, sangat bahagia!
Well, tahun baru ni aku harap aku dilimpahi rezeki, kesihatan yang baik dan dilindungi dari bahaya. Konsisten dalam kerja penulisan. Kalau ada buku diterbitkan, itu satu bonus. Dan kalau ada hal tak best, aku mampu tukar hal tu jadi perkara positif. Itu je lah preface aku untuk terima kedatangan tahun 2020.

To be honest, tahun ni aku rasa aku akan dapat banyak kejutan luar biasa. Instinct aku jarang salah. So 2020, selamat datang! Semoga semuanya baik-baik saja dan dikurniakan segala kebaikan yang ada!

@theMaGi2020