source: yourtango.com |
Hai gais! Saja nak update sesuatu hari ni, hari ke-15 di bulan pertama tahun baru. Or, dah half month di bulan Januari. Hmm... macam ni rasanya di usia 32, di tahun 2020. Still, aku masih bengap drive kereta, hahaha!
Okay, sebenarnya aku cuma nak kongsi hal-hal dulu yang buat aku curious pada masa sekarang. 20 tahun berlalu, sesuatu yang aku sendiri rasa unbelieveable. Pada tahun 2000, aku masa tu budak-budak lagi, nak ambil exam UPSR. Bila ingat zaman kanak-kanak, seriously aku nampak buruk gila. Jauh sangat beza dengan budak umur 12 tahun zaman sekarang.
Tapi bukan benda tu yang aku nak cakap. Sebenarnya bila masuk fasa usia 30+ dan di tahun 2020 ni, aku sedar yang ada beberapa perkara yang aku tak suka, sekarang aku jadi suka. Aku tahu ni semua normal sebab faktor usia dan faktor hormon tapi tabiat u-turn aku ni makin ketara sejak kebelakangan ni.
Aku buat senarai ringkas:
- Dulu aku tak suka masak. Aku rasa kerja memasak ni gegirl sangat. Sekarang aku suka. Sebab kalau tak masak, aku mati kebulur kat rumah. So perasaan suka tu develop secara semulajadi.
- Dulu aku tak suka mekap. Geli aku, tak suka nampak feminin. Tapi lepas hidap ekzema kat muka and then sembuh, aku mula pakai mekap sebab nak tutup parut ekzema. Dan perlahan-lahan, aku suka mekap.
- Dulu aku tak suka idea kerja makan gaji. Sekarang, aku rasa kerja makan gaji is not a bad thing. Boleh dapat pengalaman bekerja dengan orang walaupun tak semua pengalaman tu best but menarik untuk dijadikan idea menulis.
- Dulu aku tak suka pakai baju kurung, kalau boleh aku tak nak pakai baju kurung. Sekarang aku rasa baju kurung is the best traditional cloth terutama sekali baju kurung kain cotton. And now aku dah mula prefer untuk try kebarung dan baju kurung kedah. Hmmm, pengaruh kawan-kawan ni~
- Dulu, aku tak suka kasut yang ada tumit. Kalau boleh aku nak pakai semua kasut sneaker tak kira apa majlis sekalipun. Sekarang parent aku tak payah paksa aku beli kasut perempuan, aku sendiri pergi pilih and beli . Tapi still, aku tak reti pakai heel runcing dan lebih dari 2 inci. Aku tak rela seksa kaki aku. And yes, aku masih pakai sneaker.
- Dulu, aku tak suka pakai barang kemas. Aku punya opinion, kulit aku tak sesuai pakai emas, nampak buruk. Sekarang aku dah mula pakai. Tak banyak macam mami jarum la. Tapi so far, okay jugak. Entah apa yang aku anti sangat kat emas, tak tahu la.
- Dulu aku tak suka berkebun. Aku cuma reti makan je, tak nak tanam apa-apa. Entah apa yang merasukiku, tahun ni aku minat gila berkebun. Macam-macam benda yang aku dah try tanam dan so far hasil tanaman aku menjadi.
- Dulu aku tak suka senyum nampak gigi sebab gigi aku muncung ke depan. Sekarang aku suka senyum nampak gigi. Terima kasih teeth braces kerana mengembalikan keyakinanku. Ya, gitu deh~
- Dulu aku tak suka try tudung kaler lain. Aku prefer tudung hitam je. Sekarang aku suka cuba macam-macam warna tudung, kecuali pink. Pink tu warna kegemaran aku masa kecik-kecik dulu. Bila masuk usia remaja, terus out from the list.
- Dulu aku tak suka makan sayur. Aku nak makan ayam hari-hari. Sekarang, aku boleh lapar bila nampak ulam-ulaman. Seriously, bila hormon dewasa hits me so hard... selera makan pun berubah.
Bila aku fikir balik, bahaya jugak bila declare tak suka. At the end, aku u-turn and it slaps me back... hahaha! Apa kata aku kata aku tak suka duit? Maybe lepas tu aku u-turn dan dapat banyak duit? What a theory~
But well, benda yang kita tak suka mungkin baik untuk kita. Sebab tu Tuhan bagi kita u-turn. Who knows?
@theMaGi2020
No comments:
Post a Comment