Monday, 24 February 2020

Nasi Lemak Run 2020!

Hai semua! Lambat sikit update pasal larian yang aku ikut serta pada bulan 2 iaitu Nasi Lemak Run pada 23 Februari 2020. Sebetulnya, hari tu hujan. Aku tak rasa aku boleh berlari dalam keadaan hujan lebat macam tu. Sebab aku ada urusan di Miri 2 hari kemudian. So aku tak nak ambil risiko.

Tapi bila sampai di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), aku try juga lari dalam hujan. Tapi makin lama makin lebat pulak. Tak sampai 1 km aku terpaksa patah balik sebab aku rasa aku tak boleh carry on dalam keadaan hujan macam tu. Aku kena jaga kesihatan juga. So aku tak dapat catatan masa untuk larian kali ke-2 tahun ni. Nasiblah aku dapat medal dia yang comel tu :)

By the way, best jugak sebenarnya berlari (tbh, we were just walking). Sekali sekala romantik di tengah hujan turun, apa salahnya? Hahahaha~

Sekian, itu sajalah cerita aku pasal larian kali ke-2 tahun ni. Nanti aku update lagi larian ke-3, harap-harap berlarilah aku dengan benarnya untuk kali yang ke-3 nanti.


Larian nasi lemak, so kena ada nasi lemak la~

sorilah, muka aku buruk masa ni...hahaha!

sebelum sampai ke garisan penamat



@theMaGi2020

No comments:

Post a Comment