Tuesday 23 July 2013

Zaman Sekolah Menengah Kita

Zaman sekolah merupakan zaman yang selalu dikenang-kenang. Mostly kita suka bercakap pasal sekolah rendah yang penuh dengan kisah kenaifan dan childish. Tapi kita jarang nak bercerita perihal zaman sekolah menengah, mungkin sebab korang tak peduli sangat pun bab tu. Apa yang korang ingat maybe bab cinta, crush, baju sekolah dan kerja rumah bertimbun.

Zaman sekolah era baru dan era lama tak sama. Bagi kelompok yang lahir dalam era 80an dan lewat 80an, terdapat sedikit perbezaan tapi taklah banyak sangat. Bagi kelompok yang lahir dalam era 90an, jurang perbezaan dah nampak jelas. Obviously dari segi teknologi dan trend semasa. Maka adalah tidak mungkin budak yang lahir tahun '93 mengagumi kehebatan kasut sekolah Spark ataupun kasut Pallas, atau mempunyai kenangan indah menggunakan henpon Nokia 3310, dan 3315

Jadi, tak kiralah zaman korang macam mana, pasti ada yang membahagiakan korang. Sekiranya zaman sekolah rendah adalah zaman korang kenal erti hidup, zaman sekolah menengah adalah zaman korang kenal erti dewasa.

Kisah aku dan korang zaman sekolah menengah...
  • First day masuk kelas lepas cuti sekolah, korang reserve tempat belakang. Semua tanak dok depan. Bila cikgu shuffle tempat duduk, mula la bengang.
  • Biasanya, kat sekolah korang ada klik. In other words, korang ada geng untuk bergembira di dalam kelas.
  • Sudden test merupakan perkara yang dibenci. 70% pelajar mengatakan ujian mengejut Matematik adalah ujian yang paling digeruni.
    "teman setia saya"
  • Budak pompuan dan cermin muka mini tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan diorang tak boleh study dengan aman. Muncung tudung tu sangat penting.
  • Dulu, budak2 nakal sekolah menengah suka lari dari kelas..a.k.a escape. Kalu tak kat dalam semak, maybe kat kedai runcit, or kat gerai-gerai or dalam toilet. ...Takde beza sangat pun dengan budak sekarang.
  • Masa cikgu mintak volunteer jawab soalan, mulalah tengok muka kawan dan buat2 rajin menulis padahal tak tulis apa2 pun.
  • Budak lelaki dan budak pompuan sekolah menengah suka sangat masuk keluar toilet. Kadang2 berjam-jam diorang duduk dalam toilet. Ada kebahagiaan kot kat situ?
  • Mana2 cikgu yang cekup korang buat salah, terus mark muka cikgu tu sampai habis sekolah. Ada yang belasah kereta cikgu sampai hati puas- gila kan student macam ni?
  • Pelajar sekolah menengah biasanya ada tabiat suka sembunyi barang, especially rokok atau barang terlarang. Tempat persembunyian biasanya kat dalam tong sampah, atas atap pondok, celah pasu bunga, atas siling berlubang, mangkuk toilet, dalam longkang dan segenap penjuru sekolah. Banyak kali jugaklah cikgu2 main treasure hunt kat sekolah sebab ada pelajar macam ni.
  • Cuti peristiwa adalah sesuatu yang berharga...best dapat cuti sehari.
  • Budak pompuan suka gaduh pasal boyfriend. Aku dah banyak kali nampak kejadian macam tu kat sekolah, selalunya kat area kaki lima, depan toilet, depan kelas, dalam kelas, luar sekolah, tepi jalan, depan pagar sekolah...ada jugak yang gaduh depan pejabat PKHEM.
  • Dulu, budak pompuan suka beli kertas wangi dan berwarna warni untuk dijadikan cover assigntment. Tapi memandangkan aku tak mampu aku selalunya main lukis sendiri..haha
  • Budak sekolah menengah ada satu lagi tabiat, makan dalam kelas masa cikgu mengajar. Masa cikgu mengajar la timbul rasa nak makan kuih, kacang, keropok, kerepek...macam2 benda nak dimakan.
  • Budak sekolah menengah sinonim dengan gosip, paparazzi dan banyak cakap. Asal cikgu tak masuk kelas, mulalah nak bercakap pasal orang lain.
  • Bila sekolah ada event besar, korang happy sebab kelas dibatalkan.
  • Kerja paling disukai masa sekolah ialah kerja pembersihan sebab tak payah masuk kelas. Lebih rela kutip sampah dari mendengar cikgu membebel.
Imej cikgu disiplin
(maaf, data tidak
mencukupi)
  • Orang yang paling korang geruni- cikgu disiplin. Inilah orang yang selalu korang jauhi setiap kali korang bawak benda illegal.
  • Ponteng sekolah ialah lambang keberanian seorang pelajar.
  • Musim yang korang tak suka- musim spot check. Sape yang guilty mesti nak lari masuk semak.
  • Persatuan yang korang tak brape nak gemar- persatuan pengawas, semestinya sebab diorang ni sekutu cikgu disiplin. Ada jugak yang banyak kerenah, mengampu je lebeh.
  • Apa yang best masa sekolah? Semestinya hari lahir korang. Masa tu, kawan2 akan kumpul duit belanja sekolah dan bagi hadiah untuk korang. Ataupun, kena lempar ngan telur ayam dan tepung..hahaha.
  • Masa sekolah dulu, aku suka pergi lawatan, especially lawatan ke booth pendidikan sebab boleh dapat goodies and barang2 percuma. Makan minum pun percuma. Dapat barang percuma kan seronok?
Nokia daun
  • Setiap era pasti ada trend tertentu di sekolah. Bagi pelajar lahir lewat 80an, mereka suka jenama bintang2 seperti All Star, Jazz Star, North Star, Constar dan sekutunya. Kemudian, pelajar menggilai henpon Nokia seperti Nokia butterfly atau Nokia bentuk daun. Kemudian pelajar suka letak gambar artis kegemaran dalam keychain or depan diari sekolah ataupun di sebalik plastik buku teks.
  • Setiap kelas biasanya ada King and Queen. So, siapa yang cantik dan hensem tu sudah semestinya dapat perhatian lebih. 
  • Mana2 pelajar mesti ada bf/gf/admire. Kalau tak ada tu, zaman sekolah tu agak peliklah sedikit.
  • Budak sekolah menengah suka bayangkan kehidupan mereka 5-10 tahun akan datang. Mostly about love, marriage and children. Awal kan mereka merancang?
  • Masa aku masih di bangku sekolah, budak2 sekolah yang lain suka sangat Persatuan Pengakap sebab logo2 kat baju tu. Habis je musim baju Pengakap, diorang kejar baju Kadet Polis yang sangat fancy. Aku pulak? Dari awal sampai habis sekolah, aku setia dengan PBSM padahal aku tak buat apapun...hihi~
  • Dulu, budak pompuan suka letak plastik lengkung dalam tudung so muncung tudung tak roboh. Korang nak tahu? Muncul tudung adalah simbol keanggunan dan glemer. 

  • Masa sekolah dulu2, ramai yang suka dengar bunyi kasut budak Kelab Polis. Kalu boleh hari2 nak dengar bunyi ketik2 macam bunyi paku tu. Jadi, inisiatif budak lelaki ialah- letak paku tekan kat tapak kasut sekolah.
  • Biasanya, budak pompuan cenderung nak sembunyikan jerawat kat muka. Ada yang asyik cover muka, ada yang letak tisu bagai. Budak lelaki pulak letak handyplus, konon2 ada luka kat muka padahal takde apa pun.
  • Budak lelaki sekolah menengah kebanyakannya sangat kreatif. Selain invent kasut dengan paku tekan, diorang suka buat seni lukis kat kasut sekolah. Kadang2 ada yang potong plastic binder dan letak kat telinga, macam anting2. Ada jugak yang kecikkan hujung seluar, trend budak2 Skinhead. Logo sekolah pulak letak double-tape kat belakang sebab senang nak tanggal kalu diorang escape.
  • Kebanyakan pelajar suka waktu perhimpunan. Lagi lama lagi best. Lagi2 kalu masa pertama cikgu tak best yang masuk, bolehlah ngelat. Waktu perhimpunan juga sangat berguna untuk siapkan kerja rumah yang tak siap, selalunya Matematik la...ahahaha.
  • Setiap kali habis test, pelajar sekolah menengah suka doodle sesuatu kat belakang kertas soalan. Macam2 jenis doodle boleh dilihat, biasanya anime atau luahan perasaan semata-mata. Hal ini membuktikan bahawa "every child is an artist" itu adalah kata-kata yang benar.
  • Budak sekolah suka betul kalerkan rambut. Kadang2 dah macam dust feather rambut diorang.
  • Budak sekolah menengah (biasanya budak pompuan) suka buat buku biodata kawan2. Katanya nak dibuat kenangan.
  • Asal masuk sekolah, semua nak barang baru. Kalau tak dapat barang baru muka macam baru kalah judi.
"facebook" zaman dulu2
  • Masa Friendster mula2 muncul, semua orang sibuk nak ber-Friendster. Masa dulu, Friendster sangat terkenal sebelum MySpace dan yang terkini, Facebook dan Twitter. Hampir seluruh kawan2 aku ada Friendster, kecuali aku sebab aku tak tahu nak buat apa dengan benda tu.
  • Dulu, henpon takda WiFi. Tak ramai yang ada PC kat rumah, apatah lagi laptop. Jadi cyber cafe jadi tempat tumpuan pelajar sekolah untuk berchatting dan berdating. Aku masih ingat betapa sesaknya cyber cafe masa dulu2. Sejak adanya henpon canggih, cyber cafe pun gulung karpet.
  • Masih ingat surat berantai? "Buat salinan sebanyak 100 helai dan kirimkan kepada 100 orang kenalan anda. Jika tidak, anda akan ditimpa musibah selama 7 hari berturut-turut..." Seriously, aku paling menyampah dapat surat macam ni atas meja aku. Kalu dah 10 orang bagi benda ni, macam mana tu?
contoh tabiat menganyam
tali kasut
  • Sape yang pakai kasut baru, masuk kelas mesti kena sakat dek kawan. Paling tak best, kasut kena pijak.
  • Bagi sesiapa yang pakai kasut bertali, korang memang suka anyam tali tu macam tikar. Kalau tak anyam hati tak puas. Betul tak?


Dan untuk setiap perkara yang pernah aku dan korang lakukan...

Itulah zaman sekolah menengah kita.

#tmg2013

7 comments:

  1. recommended song: twilight by oshio kotaro

    ReplyDelete
  2. betul2 esp. yang dok dlam toilet berjam-jam tu. tiap kali ada rehat, tukar kelas...mesti nak masuk toilet. aku tak suke dok toilet time tu, aku prefer pegi toilet time addmath. balik kelas bnyk perkara tinggal...hahaha

    ReplyDelete
  3. haha, tu la pasal...dalam toilet tu ada kebahagiaan =D

    ReplyDelete
  4. Paling tak boleh blah perempuan gaduh-gaduh berebut boyfriend.. Gila betul

    ReplyDelete
  5. biasa la, budak glemer mmg suka gaduh berebut boyfren...haha

    ReplyDelete
  6. whoa bestnya. even saya lahir 00 still merasa lagi pengalaman camni. dapat rasa hadiah exam hpone 3310

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whoa, tahun 2000. Tahun tu tgh berperang dgn UPSR...hahaha~

      Delete