Tuesday, 15 August 2017

Bila Berdepan dengan Kisah Seram

Selamat pagi, visitors! Macam lama sangat tak update entri. Untuk entri yang ketiga bagi bulan 8, aku tergerak hati nak kongsikan pengalaman seram yang aku alami sejak aku berpindah masuk ke sebuah rumah since tahun lepas. Banyak perkara yang berlaku bila hidup berdikari. Tapi aku rasa aku patut bersyukur sebab Tuhan kurniakan aku hati yang agak kering dengan benda-benda seram. Mula-mula tu memang cuak tapi lama-lama aku malas nak fikir. Sampai ke satu tahap, aku dengan penuh selamba siapkan manuskrip novel kisah seram pada tengah malam sambil menikmati bunyi-bunyi yang aneh kat tepi tingkap.

Kalaulah korang di tempat aku, apa perasaan korang bila berdepan dengan kisah seram?

Bunyi Orang Berjalan

Image result for footstep
credit: clipartpanda.com
Tahun lepas, masa kejadian tu berlaku aku tengah duduk kat tengah ruang tamu sambil tengok berita kat TV. Tapi dalam masa yang sama aku khusyuk main apps yang boleh produce muzik, kononnya aku nak buat instrumental dengan bunyi piano. Bila aku mainkan bunyi instrumental tu, tiba-tiba aku terdengar bunyi orang berjalan-jalan kat beranda rumah aku. Aku pause sekejap hp aku, bunyi tu hilang. Lepas tu aku mainkan sekali lagi, aku dengar lagi bunyi gesekan kat lantai beranda rumah aku. Aku dah mula musykil masa tu. Aku cuba nak bersangka baik, aku anggap anjing liar kat belukar naik ke kawasan beranda rumah aku. Tapi bunyi orang berjalan tu muncul setiap kali aku mainkan bunyi instrumental piano. Terus aku give up main apps tu sampai sekarang.

Ular Hitam Misteri

Image result for black snake
credits: Pinterest.com
Kejadian ni berlaku tahun lepas. Masa tu aku balik ke rumah sebab nak solat Zuhur. Bila aku buka pintu depan, tiba-tiba jatuh ular hitam kat atas kepala aku. Korang rasa apa perasaan aku masa tu? Aku melompat-lompat, gila tak terkejut bila ular hitam jatuh kat atas kepala? Bila aku dah waras balik, aku nampak ular tu nak masuk ke dalam rumah tapi ular tu patah balik, melilit-lilit kat kerusi tepi pintu dan aku dah berniat bunuh ular tu. Kat tangan aku masa tu ada batang penyapu dan spray nyamuk tapi lepas tu aku teragak-agak nak bunuh. Jadi, aku mintak tolong kawan-kawan untuk buang ular tu dari rumah aku. Tapi tiba-tiba je, ular tu ghaib entah ke mana. Sekelip mata hilang, satu rumah kitorang carik sampailah ke bawah rumah. Akhirnya ular tu tak muncul-muncul lagi sampai sekarang.


Kepala Orang di Tepi Tingkap

Image result for head silhouette
credits: 123rf.com
Kisah ni berlaku dalam tahun ni. Aku tak ingat bulan berapa tapi kejadian tu berlaku sekitar jam 3 pagi. Masa tu hujan lebat, memang sedap gila tido. Tiba-tiba aku tersedar, aku tengok jam dan aku konfius kejap. Dengan tak disangka-sangka, aku tertengok bentuk kepala orang kat tepi tingkap masa kilat sambar menyambar. Okay, korang bayangkan kalau korang di tempat aku- jam pukul 3 pagi, hujan lebat, kilat dan guruh kat luar rumah dan kau tengok kepala manusia kat tepi tingkap rumah padahal rumah tu tinggi dan tak mungkin ada manusia yang setinggi paras tingkap. Lebih-lebih lagi cuma kepala je nampak, bahagian lain tak nampak langsung. Seram gila waktu tu, aku terus tutup mata dan buat-buat tak tahu. Beberapa hari kemudian, aku terima khabar kawan baik aku masa sekolah rendah meninggal dunia sebab sakit buah pinggang. Ironinya, bentuk kepala yang aku nampak pada jam 3 pagi tu...serupa dengan bentuk kepala kawan aku.

Bau Wangi Dalam Bilik

Image result for bunga tanjung seram
credits: pemuda-solok.blogspot.com
Okay, kejadian ni berlaku dalam tahun ni jugak. Masa tu aku tengah beria-ia gila nak siapkan manuskrip seram aku yang pertama. Masa aku bernawaitu nak buat manuskrip seram, aku rasa suasana rumah aku sendiri akan tolong aku untuk dapatkan inspirasi. Betul, memang aku dapat inspirasi. Tengah aku khusyuk menaip, aku terhidu bau asap. Mula-mula aku tak peduli sangat sebab sekitar pukul 5 petang, ada pekerja yang bakar sampah kat kawasan sekitar rumah aku. Mungkin bau asap tu masih ada. Tapi jam masa tu dah pukul 9 lebih, bau asap tu masih ada. Yang peliknya bau tu bertukar jadi wangi. Wangi sangat. Aku tak puas hati, aku terus merayau satu rumah untuk make sure bau asap tu sebenarnya bau apa. Yang paling pelik, bau tu cuma dalam bilik aku je. Makin lama makin wangi. Akhirnya aku switch off laptop dan aku masuk tidur. Aku tak nak tunggu lama-lama, mungkin ada 'jiran' yang nak lalu kat kawasan rumah aku. Aku tak nak ganggu 'dia'.

Rumah Sentiasa Kotor

Image result for debu rumah
credits: health.rakyatku.com
Ini dia, kisah yang baru je berlaku seminggu selepas hari Raya. Aku balik rumah sebab dah habis cuti dan Tuhan je tahu betapa kotornya rumah aku. Najis cicak berterabur sana sini, menyampah betul aku nak menyapu. Tapi aku sangka lepas aku bersihkan rumah, bolehlah rehat sehari dua dari pegang penyapu. Tapi bila aku mulakan projek manuskrip seram yang kedua based on true character iaitu Janet- urban legend paling seram di Kuching era 60an, rumah aku mula jadi pelik. Rumah aku sentiasa kotor. 10 kali sapu pun macam tak disapu langsung. Aku sapu dari pagi sampai ke tengah malam, rumah tetap kotor. Tak tahulah debu hitam yang tebal-tebal tu datang dari mana. Tapi...bukan setakat rumah kotor je dugaan yang aku dapat.

Bau Wangi di Sisi

Image result for setanggi wangi
credits: ms.wikipedia
Sambungan kisah kat atas, sepanjang dua minggu aku buat manuskrip seram kedua, aku rasa terganggu sangat dengan keadaan rumah yang kotor. Kepala otak aku berserabut, aku penat, aku tak selesa dalam rumah sendiri. Paling bengang dan menyeramkan, aku terhidu bau wangi kat sebelah kiri aku. Diulang, sebelah kiri badan aku. Yang pasti bukan bau perfume aku sebab bau perfume aku tak sama langsung dengan bau colok wangi. Lepas aku hidu bau tu, otak aku jadi kosong. Seolah-olah  otak aku kena switch off. Disebabkan bau tu jugak, aku buat keputusan untuk give up tulis manuskrip tu dan gantikan dengan cerita lain. Selepas tu, rumah aku pun back to normal- tak kotor setiap hari dan aku tak perlu bersihkan rumah dari pagi sampai ke tengah malam.




Entri seterusnya aku nak cerita sejarah rumah aku tu.
@themagi2017

Tuesday, 8 August 2017

Jika Anda Rasa Anda Berharga

Hello Ogos! Macam lama sangat aku tak update entri bulan ni. Btw, aku cuma update satu entri je untuk bulan ni. Banyak sangat benda nak dibuat as well as sibuk merawat muka yang berparut dan bershopping. Yes, aku sangat menghargai diri sendiri sebab nikmat hidup ni bukan setakat kumpul harta dan rezeki ni bukan terletak pada angka. Jadi, haruslah bergumbira.

Bila sebut pasal menghargai diri sendiri, aku ni sebenarnya nak sangat tahu apa yang ada dalam fikiran remaja zaman sekarang. Aku tak nafikan ramai remaja berjaya. Tapi lebih ramai remaja yang rosakkan diri sendiri. Ruginya mereka ni sia-siakan diri sendiri. Ada yang bunuh diri sebab putus cinta, ada yang terberanak tapi masih bawah umur, buang anak macam buang sampah, ada yang belasah budak lain sebab berebutkan jantan dan banyakkkkk lagi. Jadi, aku buat entri ni khas untuk remaja. Jika anda rasa anda berharga, fikir balik apa yang korang buat sebelum terkena.

Kalau korang rasa korang cantik, pastikan kecantikan korang tu selari dengan perangai. Perangai jangan le nokharom sangat.

Kalau korang rasa korang pandai, jangan la jadi bodoh buat benda bodoh, perbodohkan diri sendiri dengan benda-benda menjahanamkan dan akhirnya menyesal jadi bodoh. Ingat ya adik-adik, menyesal tak datang sekarang. Nanti penyesalan tu datang ketuk kepala.

Kalau korang rasa korang bagus, bagi la bukti dari segi akhlak dan pelajaran. Kalau setakat bagus belasah orang, cari pasal, tunjuk samseng dan sekutu dengannya, pengiktirafan yang korang dapat mungkin sebagai 'sampah masyarakat'. Sampah kat rumah pun korang geli nak pergi buang dalam tong sampah, ada ke orang sudi nak dekat ngan korang kalau korang sendiri tu dah macam sampah?

Kalau korang rasa korang tu serba-serbi elok, luaran je tak cukup. Okay, bayangkan situasi ni- korang nak ke pakai henpon yang berjenama secara luaran tapi dalaman dah rosak? Barang rosak orang tak nak. 

Kalau korang rasa korang terbaik, jangan rendahkan taraf korang. Kepada perempuan, jangan murah sangat dengan lelaki. Asyik nak sale discount je memanjang. Tolong mahal sikit, kalau tak korang ni tak ada beza macam kain pelapik kaki. Perempuan yang terbaik tak perlu desperate, sebab yang terbaik akan datang sendiri untuk dapatkan korang dengan cara yang terbaik. Kepada lelaki, tolong jangan jadi bodoh sebab perempuan. 'Bunga' bukan sekuntum, ada banyak kuntum kat luar sana. Kalau tak dapat 'bunga' ros, 'bunga' melur pun cantik. Lagi satu, 'bunga-bunga' ni bukan untuk dirosakkan ye. Kalau nak, petik dengan cara baik. Bukannya main cabut sesuka hati. 'Bunga' tu ada mak bapak. 

Kalau korang rasa korang berharga, berilah penghargaan pada diri korang. Jadilah manusia yang berilmu dan berpengetahuan. Melalui ilmu, korang akan tahu menghargai banyak perkara lain.  Jadilah manusia yang berbakti. Melalui bakti, korang akan memahami realiti. Dan jadilah manusia yang berguna. Sebagai seorang manusia yang berguna, korang akan dapat menyumbang kepada kebaikan dan akhirnya, kebaikan akan kembali semula kepada korang. Korang akan dihargai oleh manusia lain. Bukan ke indah hidup macam tu?

So adik-adik sekalian...berhenti sekejap bercakap pasal cinta, bergosip, drama Korea, membuli, merepek-repek tepi jalan atau apa saja aktiviti yang tengah korang buat. Hidup korang bukan setakat level remaja je. Banyak lagi benda yang korang tak tahu pasal dunia orang dewasa. Tak mustahil korang dah meninggal bila masuk usia dewasa nanti. Jadi sebelum korang terima beban orang dewasa (sebagai contoh: bayar hutang sana sini, tanggungjawab bertimbun dan segala macam hal) ataupun umur korang dipendekkan, hargailah hidup korang. Takkan ada sesiapapun yang menghargai korang melainkan korang sendiri.

Sekian
Hasil karangan ni ikhlas dari kakak MaGi, eheh~

@themagi2017

Tuesday, 1 August 2017

Produk Kecantikan Yang Patut Anda Cuba

Hi peeps! Selamat pagi, salam 1 Ogos dan salam cantik untuk semua. Hari ni aku nak sangat share beberapa produk kecantikan yang aku cuba beberapa bulan ni. Dah lama aku nak post entri ni tapi aku postpone sampai ke bulan 8 sebab nak tengok result. Bila sebut pasal produk kecantikan, muka aku ni jenis acne prone. Jerawat senang nak break out, jerawat senang nak kempis tapi parut susah naik hilang. Lama-lama aku dah macam pirate disebabkan banyak sangat parut. Aku guna bermacam-macam jenis compact powder untuk cover blemishes tapi tak pernah pun berjaya. Makin lama, kesan parut makin teruk. Then aku terfikir, aku patut rawat parut tu. Barulah jerawat tak mudah breakout dan pori muka pun taklah besar macam kawah.

So, antara produk yang aku dah cuba dan mempunyai kesan yang baik ialah:

Image result for freeman charcoal and black sugar mask
Credits: Walmart.com
Freeman Charcoal & Black Sugar Polishing Mask
Berfungsi sebagai scrub atau mask. Aku paling suka guna ni lepas tanggalkan mekap. Untuk bersihkan pori muka dan tanggalkan kulit mati. Lepas scrub atau mask, cuci guna air suam. Memang nampak sangat kesannya. Btw, aku pernah terjilat produk ni and rasa dia manis...hahaha

Image result for Natural facial cleanser for pore mentholatum
Credits: Ms Leong Joanne blogger
Mentholatum Botanics Pore Refining Face Wash
Produk ni pencuci muka kedua aku selain Oxy Ultimate Cleanser. Aku apply untuk rawat masalah pori muka. To be honest, aku baru pakai beberapa minggu tapi aku dapat rasa kulit muka aku makin elok. Bahan-bahan semulajadi sangat membantu merawat pori terbuka. Cuci muka dengan air suam, kesan positif boleh nampak dengan serta-merta.

Image result for mary kay botanical effects mask
Credits: Mary Kay
Mary Kay Botanical Effect Mask
Jangan terkejut aku pakai dua jenis mask. Yang pertama untuk bersihkan pori, yang ini untuk rawat jerawat yang baru nak membiak. Mask ni sangat bagus, sebab boleh rawat kulit yang ada masalah sunburn. Walaupun dikategorikan sebagai produk mahal, produk ni boleh bertahan lebih dari 6 bulan. Seminggu pakai 2 kali je.


Image result for hiruscar post acne
Credits: makeupalley.com
Hiruscar Post Acne
Sebenarnya aku baru 2 minggu pakai produk ni. Tiap-tiap hari aku apply dan hasilnya memang positif. Kalau ikut penerangan produk, parut akan pudar secara menyeluruh selepas 4-6 minggu. Memandangkan kesan dah nampak pada minggu kedua aku pakai produk ni, harapan untuk pencen jadi pirate mungkin akan jadi kenyataan.


Image result for bio oil
Credits: Amazon
Bio Oil
Produk ni aku pakai penghujung bulan 3. Gembira sangat sebab dapat setelkan masalah tona kulit tak sekata. Tapi kesan produk ni agak lambat dan agak berminyak, aku kena bersabar sepanjang aku apply produk ni kat muka. Produk ni pun boleh pudarkan parut tapi parut aku ni degil so sebab tu aku apply Hiruscar.

Image result for mary kay sheer mineral pressed powder ivory 2
Credits: Terapeak
Mary Kay Sheer Mineral Pressed Powder
Kalau korang nak aku jujur, produk ni antara produk yang rawat kulit aku. Masa aku mula-mula kenal produk ni, aku tengok kat TV dan produk ni dikatakan sesuai untuk mereka yang ada masalah acne prone skin atau kulit yang sensitif cepat berjerawat. Aku tak percaya masa tu, tapi bila aku tengok live tutorial, efek powder ni memang bagus. Tahun ni aku try, dah 3 bulan lebih aku apply dan aku suka hasilnya. Aku pakai jenis Ivory 2.

Image result for Mary Kay cc cream
Credits: Mary Kay
Mary Kay CC Cream
Dulu aku pernah cuba CC cream produk tempatan dan aku alami mimpi ngeri. Bayangkan lepas aku pakai aku pergi jalan-jalan, terdedah kat bahang panas dan berpeluh-peluh. Bila aku tengok kat cermin, aku terkejut tengok muka aku sendiri. Since then aku tak percaya CC Cream lagi sampailah aku diperkenalkan dengan MK CC Cream. CC Cream ni sangat berkesan sebab pigmen warna cepat selari dengan warna kulit. Aku pakai jenis light to medium.

Image result for mary kay translucent loose powder
Credits: Mary Kay
Mary Kay Translucent Loose Powder
Sebagai penggemar loose powder, aku dah cuba tiga jenis jenama. Yang pertama Silky Girl, yang kedua jenama Korea (aku dah tak ingat). So far aku paling suka yang ni sebab produk ni boleh selari dengan bermacam jenis tona kulit sebab sebelum ni aku selalu risau produk tak match or muka jadi kelabu.


Untuk kesemua produk yang aku guna, Freeman + Mentholatum + Hiruscar + Bio Oil boleh didapati di Watson/ Guardian atau farmasi berdekatan. Mary Kay ada dijual kat Lazada or ejen-ejen MK. Kalau nak tahu kos setiap produk, boleh komen kat kotak komen okay?



p/s: Sori aku tak upload gambar produk sebab aku malas. So aku google image je.
@themagi2017