Untuk memendekkan pendahuluan, aku suka barang lama. Barang lama ada bau antik dan nostalgia. Mungkin aku boleh bukak kedai antik lepas ni. Kebetulan beberapa hari lepas, aku tolong mak bersihkan bilik. Aku tak sangka, setelah banyak kali pindah rumah [rumah sewa-rumah berek kaler 'pink'-rumah berek Batu 7- rumah berek SB7- rumah berek SB32-dan yang terakhir, perumahan F5], mak aku masih simpan barang-barang tersebut. Mungkin, mak aku masih sayangkan barang-barang tersebut.
Nostalgia Barang 70-an
Cookery For Beginners, karya Helen M. Wallis dan Louise Urquhart merupakan buku teks memasak Tingkatan 3 di Sarawak pada era 70-an. Mak aku beli pada tahun 1976 (secara spesifik, 13 Julai 1976).
Buku ni dicetak di Hong Kong di bawah pembiayaan kerajaan Sarawak dan Sabah bagi memenuhi sukatan pelajaran pada masa itu [subjek tersebut dikenali sebagai Domestic Cookery pada masa dahulu, atau Ekonomi Rumah Tangga-ERT pada masa sekarang]. Cetakan pertama buku ni pada tahun 1963 tetapi buku ini banyak kali diolah, dikaji dan dicetak untuk tahun-tahun seterusnya.
Nak cerita sedikit mengenai penerbit buku ni, Borneo Literature Bureau yang ditubuhkan pada tahun 1959 merupakan badan penting dalam menerbit, memajukan, menggalak dan meningkatkan penulisan bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak memandangkan pada masa tersebut, hasil penulisan dalam bahasa Melayu sangat sedikit di Sabah dan Sarawak. Selain dari menerbitkan buku penglipur lara dan cerita rakyat, badan ini juga menerbitkan buku-buku kerajaan, buku teknikal, buku separa teknikal dan buku pendidikan. Pada 1966, badan ini digabungkan dengan Dewan Bahasa dan Pustaka lalu membentuk DBP cawangan Sarawak, diterajui oleh Encik Edward Enggu [sumber maklumat: MutiaraPustaka]
p/s: Tak mudah untuk dapatkan senaskhah buku keluaran BLB pada masa sekarang.
Nostalgia Barang 80-an
Zaman sekarang ada bermacam-macam jenis jenama pakaian untuk bayi seperti Anakku, Baby Kiko, Pureen, Disney Baby dan sebagainya. Aku tak pasti jenama baju baby pada masa dulu tapi semasa mengemas barang dalam kotak, aku terjumpa baju bayi kitorang masa kecik-kecik dulu. Bayangkan, kakak aku sekarang dah berusia 33 tahun dan baju bayi yang dipakai dari kakak sampailah ke adik masih wujud sampai sekarang. Masa aku lipat baju ni dan masukkan ke dalam kotak [sekarang dalam simpanan aku], barulah aku sedar betapa kecik dan lemahnya kitorang pada masa tu. Bau kotak, kenangan lama, warna kekuningan dan saiz baju tu menjadikan baju ni sangat berharga so that's why aku simpan.
Setelah puas membelek, baju baby ni berjenama Winding best wear. Tapi aku tak jumpa sejarah di sebalik jenama ni. Encik Google, sila update maklumat anda ^^
Yang ini ialah topi vintage milik atuk sebelah mak. Menurut cerita, atuk aku tukarkan topi leather miliknya dengan seorang lelaki [aku tak tahu siapa orangnya] walaupun topi asal atuk aku lebih original jika dibandingkan dengan topi ni. Tapi nampaknya, atuk aku lebih suka topi ni dan selalu pakai sampai ke akhir hayat.
Sedikit maklumat mengenai topi atuk, topi vintage ni jenis Fedora dengan gaya Neo-Classic Murino dengan ciri-ciri kemas Coltrane. Topi jenis Fedora wujud pada era 1800 dan ia direka untuk golongan kelas atasan dan masih diminati sampai sekarang. [rujukan maklumat: Hatsinthebelfry]
p/s: Bentuk topi ni sama dengan Belfry Coltrane, sangat klasik.
Nostalgia Barang 90-an
Masa tengah khusyuk mengemas kotak, aku dan mak terjumpa lagi barang lama, kasut kulit kakak aku yang dibeli pada tahun 1992. Untuk pengetahuan korang, mak aku dah bagi kasut aku masa kecik2 dulu kat saudara mara, so jangan harap la aku nak jumpa kasut aku dalam kotak. Seingat aku, aku penah pakai kasut ni, tapi aku tak ingat berapa kali aku penah pakai. Tapi secara jujurnya, saiz kasut ni kecik untuk budak perempuan yang berusia 12 tahun. Keciknya kaki kakak aku..ha3~
Sekadar untuk berkongsi info, kasut ni berjenama Angels dan berasal dari syarikat Angels Shoes yang wujud pada tahun 1982. Ia beroperasi di BellVille South, Cape Town dan terkenal dalam pembuatan kasut kulit perempuan yang berkualiti. Kasut ini direka dengan gaya Leather Loafer yang dicipta oleh Norwegians dan sangat digemari ramai pada era 70an, 80an dan 90an [nak tahu lebih? sila rujuk: Slip on shoe]
p/s: masih ada yang suka rekaan leather loafer ni. Boleh cek kat Zalora kalau berminat.
#tmg2013
Sapa pn kasut ya ooo..lupak
ReplyDeletekak ila pun
Delete