Semasa gempa bumi, hanya Piramid di Giza yang terselamat, mungkin disebabkan kestabilannya dan ciri-ciri pembinaan yang kukuh. Bencana alam telah menghapuskan beberapa seni bina agung dunia purba. Mungkin ada segelintir yang pernah terfikir; kenapa seni bina purba dilihat sebagai satu keajaiban?
Sebenarnya, ia terletak pada kehalusan seni, kaitan budaya dan lambang ketamadunan- ia menjadi lambang sejarah kehidupan manusia pada zaman lampau.
Taman Tergantung Babylon
|
Gambaran Taman Babylon
credits: Wikipedia |
Taman yang dibina dalam bentuk ampiteater dengan prinsip hidraulik Archimedes merupakan seni bina agung di sungai Euphrates dan dipercayai dibina pada era pemerintahan Raja Nebuchadnezzar- 600 tahun sebelum masihi. Ia dikatakan dibina secara bertingkat-tingkat, sungai buatan yang mengangkut bertan-tan air untuk mengelilingi kawasan taman dan dihiasi oleh bunga-bunga segar. Walau bagaimanapun, ia dikatakan musnah akibat gempa bumi yang dahsyat dan lokasi sebenar taman ini tidak diketahui. Menurut para sarjana dari Oxford, mereka telah meneliti teks purba dari era Babylon dan mendapati taman ini tidak disebut oleh Raja Nebuchadnezzar. Pada awalnya taman ini dipercayai cuma cerita mitos namun para pengkaji membuatkan kajian mendalam di Iraq dan mendapat tapak taman ini berkemungkinan besar terletak di Ninevah, berdekatan dengan bandar Mosul. Para pengkaji berpendapat taman ini di bawah pemerintahan kerajaan Assyria di kota Sennacherib- turut dikenali sebagai 'New Babylon'.
Kuil Artemis (Diana)
|
Tapak Artemis pada hari ini
credits: Wikipedia |
Kuil Artemis atau Diana, terletak di Ephesus atau dikenali sebagai Turki pada zaman sekarang. Keindahan kuil itu dikatakan telah menawan hati Iskandar Zulkarnain kerana keindahan seni bina sehingga beliau menawarkan diri untuk membiayai belanja baik pulih kuil tersebut, tetapi ditolak oleh penduduk. Kuil ini dibina pada kurun ke-6 sebelum masihi dan sentiasa dibaikpulih selepas ditimpa bencana alam dan juga kebakaran yang dilakukan oleh Herostratus pada malam ulang tahun Iskandar kerana dia mahu namanya diingati di kuil tersebut- ia salah satu tindakan vandalisme yang paling teruk dalam sejarah. Pada abad ketiga selepas masihi, kuil itu musnah akibat bencana alam. Kini, model Kuil Artemis dibina di Miniaturk Park, Turki dan tapak asal kuil berjaya ditemui oleh John Turtle Wood pada 1869 dan ditaja oleh Muzium British.
Mausoleum Halicarnassus
|
Gambaran Mausoleum
credits: Wikipedia |
Mausoleum ini dibina di Halicarnassus (kini Bandar Bodrum di Turk) iuntuk Raja Mausolus dari Persia yang memerintah dari 377 ke 353 sebelum masihi. Kematian Raja telah membuatkan isterinya, Artemisia (juga saudara kandungnya) mengarahkan pembinaan makam terhebat untuk Raja Mausolus. Ia dibina dalam bentuk segi empat panjang, 36 tiang menyokong tapak piramid yang berada di atas puncak binaan dan mencapai ketinggian 140 kaki atau 42.5 meter. Binaan ini lambang keindahan kawasan pemakaman yang agung dan dari nama Raja itulah wujudnya istilah 'Mausoleum'. Binaan ini musnah pada 1522 apabila diserang oleh pejuang St. John Perang Salib dan runtuhan batu binaan itu digunakan untuk membina kastil.
|
Binaan semula Tugu
Zeus
Credits: Wikipedia |
Tugu Zeus
Tugu Zeus di Olympia merupakan binaan agung yang memuja Zeus. Senibina itu dipahat di atas syiling Olympia dan imej tersebut menjadi rujukan pada masa kini. Pada masa dahulu, Olympia merupakan kawasan suci untuk Zeus dan Phidias dari Athens diarahkan untuk membina tugu Zeus sebagai lambang kesenian dan kesucian Olympia. Tugu itu dibina menggunakan kayu, baju Zeus diperbuat daripada lapisan emas tulen dan kulit Zeus diperbuat daripada gading putih yang bermutu tinggi. Di tangan tugu itu pula ialah tongkat dewi Nike yang diperbuat daripada gading dan emas. Raja Rom iaitu Caligula cuba memindahkan senibina itu ke Rom pada awal abad masihi tetapi tugu itu terlalu berat dan tumbang. Kemudian, ia dibawa ke Constantinople dan kekal di sana sehingga ditimpa kebakaran pada kurun ke-5.
Colossus di Rhodes (Tugu Helios)
|
Gambaran tugu
credits: Wikipedia |
Binaan tugu Helios di Greece merupakan senibina terkenal dengan ketinggian 100 kaki atau 30 meter. Ia terletak di tanjung yang mengadap Laut Aegean dan ia dibina seperti melihat ke arah laut. Batu asas tugu diperbuat dari marmar putih dan tugu itu diperbuat daripada besi, batu dan kepingan gangsa. Ia memakan masa selama 12 tahun untuk menyiapkannya dan berjaya disiapkan pada 280 sebelum masihi. Gempa bumi merosakkan tugu tersebut lima tahun di bahagian lutut dan ia terhempas ke bumi. Ia terbaring di tanah selama 800 tahun sehinggalah tempat itu dijarah oleh Arab dan tugu yang tumbang itu dijual.
|
Gambaran rumah api
Credits: touregypt.net |
Rumah Api Pharos
Rumah api Pharos direka oleh arkitek Sostratus dari Cnidus untuk Greco-Egypt Raja Ptolemy Philadelphus (285-247 sebelum masihi) sebagai lambang kehebatan kuasa. Nenek moyang Ptolemy dikatakan jeneral kepada Iskandar Zulkarnain dan keturunan Ptolemy yang paling terkenal ialah Cleopatra- berketurunan Greek yang fasih berbahasa Mesir. Semasa Julius Caesar tiba di Pulau Pharos (Alexandria), beliau terpegun melihat rumah api Pharos yang sangat besar, cahayanya kelihatan sejauh 35 batu (55 km). Ketinggiannya tidak diketahui tetapi menerusi jarak cahaya rumah api, pengkaji berpendapat bahawa ketinggian rumah api itu mungkin 400-600 kaki (121-182 m). Rumah api ini musnah pada tahun 1303 akibat gempa bumi yang dahsyat dan mengejutkan seluruh kawasan Mediterranean.
@themagi2013
Rujukan:
Iggulden, Conn. (2007) . The Dangerous Book for Boys. UK: William Morrow.
Telegraph.co.uk