Tuesday 13 May 2014

Lagu saduran vs. plagiat

Beberapa hari lepas, aku view video di Youtube dan terserempak dengan lagu feveret aku. Dah lama aku cari tapi tak tau title lagu. The Pierces- Secret; lagu ni ada unsur creepy (sebab tu aku suka) dan kemudian aku pun download la dengan gembiranya. Banyak kali aku ulang kat playlist, sampai la aku perasan...eh, muzik ni macam penah dengar. Mana ek aku dengar?

Rupa-rupanya, muzik lagu Secret tu lebih kurang sama dengan lagu Aidilfitri Muncul Lagi by Pretty Ugly.  Dan seterusnya, aku jumpa lagi lagu-lagu lain yang ada banyak persamaan, dari segi music score (semestinya). Lirik je tak sama. Perlu diingatkan, lagu parodi atau lagu cover ni tak sama dengan lagu saduran atau plagiat. Biasanya parodi ni untuk tujuan lawak (nama pun parodi, kan?) dan cover ni biasa untuk singers yang practice certain lagu menggunakan instrumen muzik yang berbeza. Anyway, biar korang sendiri yang tentukan sama ada tu saduran atau plagiat.

Well, sempena public holiday Hari Wesak, meh dengar lagu...yang lebih kurang je bunyinye. Semoga terhibur ^^

1. The Pierces- Secret vs. Pretty Ugly-Aidilfitri Muncul Lagi



2. YC- Racks vs. Waris- Botingkek



3.  Earth Wind & Fire- Fantasy  vs. Black Dog Bone- Khayalan



4.  Andy Williams- Love Story vs. Sugiman Jahuri- Kisah Cinta



5.  OST Winter Sonata vs. Hazama- Sonata Musim Salju



6. OST Full House vs. Izwan Pilus- Kembali Senyum



7. Smash- I Heart You vs. Amran Ismail-  Ini Janjiku



Ada banyak lagi, malas nak list semua tu. Tak muat satu entri. Korang bleh cek kat Youtube atau bloggers yang lain. Tapi ada satu lagu yang aku tak tahan nak gelak. Cuba teka lagu apa ni?



@themagi2014

No comments:

Post a Comment