Sekali lagi, aku muncul di pagi Ahad (dah masuk tengah hari). Aku prepare short entri kedua, in case aku malas nak menaip hari esok. So, aku dah publish entries *plural hari ni.
Adik aku cakap, buat entri pasal bentuk hidung? Apakah? Tapi, aku buat jugak. Mari, mari...sila cek bentuk hidung anda sekarang!
1. Hidung agak besar:
hidung no.1 |
maksudnya, hati tu manyak sensitif. Keinginan banyak, tapi agak pemalas. Kadang-kadang ada banyak inisiatif. Jika perangai malas dibuang, kehidupannya lebih mantap dan karakter yang lebih kuat akan muncul.
2. Hidung agak besar dan bulat (kategori- kembang):
Orangnya bergaya. Mereka aktif dan cekap melakukan apa jenis kerja. Tak suka dipandang rendah or remeh. Mereka sukakan seni dan setia membantu kawan yang memerlukan pertolongan.
3. Hidung agak besar di bahagian bawah (kata sesetengah orang, hidung jambu atau bawang):
Orangnya tak berapa cermat dan tak pandai simpan duit. Tapi dia selalu fikir benda-benda baik, positive thinking. Suka kumpul barang-barang, hobi yang konsisten. Tapi jika hobi ini dijadikan asas dalam perniagaan, mereka boleh mendapat kekayaan.
4. Hidung agak besar tapi mancung:
Angkuh, agak selfish. Mempunyai sifat berterus terang tapi bahasanya sedikit pedas. Sikapnya kadang2 seperti no.1 dan juga no.8.
hidung no.5 |
5. Hidung agak besar tapi kemek/penyek/pesek:
Kurang inisiatif dalam kehidupan seharian. Kuat berahsia. Mereka hanya percaya pada diri mereka. Tetapi mereka mudah bergaul, mesra dan mereka sebenarnya berkebolehan untuk menyelesaikan masalah. Kadang2 mereka memberi reaksi terlalu cepat dan dilihat seperti agresif. Sila rujuk hidung Lily Allen.
6. Hidung agak kecil:
Orangnya pandai tapi hidup tak berapa gembira. Ada imaginasi yang tinggi dan berbakat dalam seni. Suka mencuba sesuatu yang baru dalam hidup. Orangnya peramah tetapi sikapnya sukar diramal. Yang ini, aku kot?
7. Hidung sederhana (tak kecik tak besar):
Orangnya berhati baik dan suka menolong. Kata orang, pemilik hidung ni boleh dikategorikan sebagai hidung lurus (tak bongkok sangat, tak runcing sangat, tak mancung sangat, tak paruh sangat...sedang-sedang je). Orang yang ada hidung macam ni, mereka ni adil dan setia. Sanggup berkorban demi orang lain. Tapi orang seperti ni naik angin kalau dikhianati.
hidung no.8 |
8. Hidung mancung dan runcing:
Orangnya berfikiran terbuka dan pandai berbicara. Mereka sangat berdiplomatik tetapi licik. Kadang2, fikirannya senang dipengaruhi dan agak selfish pada masa2 tertentu.
9. Hidung dengan lubang hidung yang lebar:
Pemilik bentuk hidung ni sukakan benda yang dimiliki oleh orang lain. Tak bermakna diorang ni perampas, okay?
10. Hidung dengan lubang hidung yang kecil:
Orang seperti ini, fikiran tak berapa tetap, pendirian cepat goyah dan mudah tergoda. Dalam masa yang sama, mereka peramah dan manja.
hidung no.11 |
11. Hidung mancung macam paruh burung:
Mempunyai kelebihan dalam memimpin, mempunyai karakter yang kuat, bijak dan teguh dalam membuat keputusan. Mereka tidak mudah dipengaruhi, tegas, dan tidak terburu-buru dalam sesuatu tindakan. Mereka berkebolehan untuk berdepan dengan perkara rumit seperti bidang perniagaan ataupun politik. Hidung paruh ni mengingatkan aku dengan Pak Lah, PM ke-5 kita tu.
hidung no.12 |
12. Hidung bentuk panjang:
Berpesonaliti kukuh, bercita-cita tinggi dan murah hati. Ada potensi untuk mempengaruhi orang lain tapi mudah kecik hati. Hidung macam ni mengingatkan aku dengan Lee Kwangsoo, member Running Man.
13. Hidung mancung berbentuk tajam:
Jenis materialistik. Mereka sentiasa berusaha mengumpul aset dan harta atas usaha sendiri, bukan kikis harta orang semata-mata. Mereka suka kehidupan yang senang dan selesa. Korang tengok hidung pengasas D'Herbs, dia tu dalam jatuh dalam kategori no.13.
hidung no. 14 |
14. Hidung bentuk turned up:
Seorang yang baik hati, optimis, dan sentiasa memberi perhatian kepada perkara penting. Sentiasa menyokong ahli keluarga dan rakan-rakan. Dalam masa yang sama, mereka golongan yang romantik. Sila rujuk hidung Victoria Beckham.
Ini je la yang aku dapat carik kat Google. Jangan percaya 100% :-)
@themagi2014
Ruj:
Cicinta.com
1001rahsiadiri.blogspot.com
rahsialelakidanwanita.blogspot
primbon.com
guablog.com
Angelfire.com
Membahas.com
Imej- amazingassets.com
No comments:
Post a Comment