Wednesday, 17 September 2014

Manok Pansoh (Chicken in a bamboo) Recipe

Happy Wednesday, peeps! Mari adunkan bahasa hari ni, kasi sedap. Selepas sekian lama makan ayam dalam buluh, disebut sebagai manuk pansoh/manok pansoh or chicken in a bamboo, aku decide nak masukkan resepi dalam entri. Umumnya, masakan manok pansoh ni berwarna sedikit pucat dan aku prefer sebut manok berbanding manuk sebab mostly Kuchingites rarely emphasized 'U' dalam perkataan 'manuk' but more to 'manok'. Tetiba explain pasal sebutan...Anyway, resepi manok pansoh kali ni dah diubahsuai sedikit mengikut selera family. Malay fusion gitew.

Pernah berniat nak cuba masak hidangan ni? Ini dia, Manok Pansoh recipe~

Bahan-bahan:

1. Ayam kampung atau ayam tua (siap dipotong)
2. Halia
3. Serai
4. Cili kering
5. Cili padi
6. Serbuk kunyit
7. Asam keping
8. Daun bungkang (daun segar atau daun kering)
9. Bawang merah
10. Bawang putih
11. Gula
12. Garam
13. Pucuk ubi

Cara Membuat:

  1. Ambil beberapa ulas bawang merah dan bawang putih. Tak payah banyak sangat. Tumbuk dalam lesung batu bersama cili kering, cili padi dan halia sampai lumat.
  2. Ketuk hujung serai, tak perlu sampai lumat. Asalkan jus serai keluar.
  3. Keluarkan bahan yang ditumbuk bersama batang serai yang diketuk dan masukkan di dalam bekas berisi ayam kampung atau ayam tua. Gaulkan bersama dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Kemudian, masukkan sedikit serbuk kunyit bagi mencantikkan warna. Gaul sekali lagi dan perapkan selama beberapa minit.
  5. Carikkan daun bungkang dan masukkan ke dalam ayam yang diperap.
  6. Selepas itu, ambil pucuk ubi, pintalkan sehingga sebesar penumbuk dan masukkan ke dalam periuk, diikuti oleh ayam yang diperap dan masukkan asam keping. Tuangkan sedikit air sahaja.
  7. Hidupkan api dan biarkan ia mereneh sehingga bau naik

*Sesiapa yang tak pasti manok pansoh ni dah masak ke tidak (dalam periuk atau dalam buluh), periksa pucuk ubi dan ayam. Pastikan ayam mengecut dan mengeluarkan jus, pucuk ubi layu dan bau daun bungkang naik.
*Hidangan ni boleh dibuat dalam periuk atau buluh. Lebih authentic kalau guna buluh.
*Hidangan ni ambil masa sedikit kalau guna buluh, lebih cepat guna periuk.
Image result for daun bungkang
daun bungkang
*Bagi yang masak guna buluh, sebaiknya pilih ayam tua. Isi ayam muda akan tertanggal dengan mudah dalam buluh.
*Bagi orang yang menggunakan buluh, pucuk ubi dan ayam yang diperap dimasukkan secara berselang seli.
*No daun bungkang? Order dengan member dari Sarawak, jangan lupa kirim duit pos. Tak ada daun bungkang, manok pansoh is not real manok pansoh.

Selamat mencuba :)
@themagi2014

No comments:

Post a Comment