Tuesday, 11 November 2014

Reading List: Malaysian Fables, Folk Tales and Legends

Tajuk buku: Malaysian Fables, Folk Tales & Legends
Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris
Jumlah mukasurat: 209 helai
Penerbit: Silverfish Malaysian Classics, Kuala Lumpur
Harga: RM30.00
Tahun diterbitkan: 2012


Fascinating by the old stories from the past, the roots of our lisan tradition, aku tercari-cari buku yang memuatkan legenda atau hikayat tempatan. Bukan senang nak cari buku macam tu sekarang memandangkan aku ni peminat sejarah dan mitos. Ketika budaya lain sedang sibuk mengumpul dan menyimpan kisah legenda mereka, aku rasa di sini terlalu banyak confusion dan argument untuk terbitkan buku-buku seperti ni. Lambakan kisah cinta lebih banyak. Sad to be true, karya sejarah dan mitos perlahan-lahan tertimbus dan tersorok.

Akhirnya, pencarian aku pun berakhir apabila terserempak dengan buku terbitan Silverfish Malaysian Classic iaitu Malaysian Fables, Folk Tales and Legends (MFFL) di atas rak buku MPH. Sejujurnya, aku tawaf 4 kali dalam MPH, barulah aku nampak buku ni. Buku setebal lebih 200 muka surat dengan muka depan berwarna hitam menghimpunkan kisah legenda, mitos dan hikayat dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

The things that very interesting about this book is the collection of stories were derived from three references. *tiba2 cakap orang putih. Fables & Folk Tales from an Eastern Forest karya Walter Skeat (The Cambridge University Press, 1901), Seventeen Years Among the Sea Dyaks of Borneo karya Revd. Edwin H. Gomez, Seely & Company (1911) dan Two Dyak Legends karya Revd. Edwin H. Gomez (Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society, No.41, Jan 1904) merupakan rujukan terjemahan yang dahulunya berasal dari tulisan jawi dan juga penceritaan lisan orang dahulukala. Memandangkan koleksi ini tidak lagi mempunyai hak cipta dan menjadi public domain, buku ini mampu dibeli dengan harga minimum. Cuma RM30.


Antara ilustrasi di dalam buku MFFL
Antara tarikan lain selain dari himpunan koleksi cerita lisan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris ialah salinan siri lukisan klasik asli yang milik Frederick Henry Townsend (atau F.H Townsend), pelukis ilustrasi terkenal di England. Ilustrasi buku Sir Athur Conan Doyle pada 1913 juga dilukis oleh beliau. Jadi, melalui seni, aku dapat lihat bagaimana pemikiran orang Barat pada masa dulu berkenaan dengan mitos orang Melayu. Aku menghargai usaha Silverfish untuk dapatkan salinan asli lukisan berkenaan dan dibukukan bersama.

Mungkin dari segi bahasa, ada pembaca yang lebih tertarik untuk membaca karya di dalam bahasa Melayu. Kata abah aku, lagi senang nak faham. So, aku harap buku ni dihasilkan semula dalam bahasa Melayu. It is important to reach the potential target users. Tapi aku tak kata penggunaan bahasa Inggeris buku ni sangat susah. Sebenarnya, bahasa Inggeris yang digunakan dalam buku ni mudah difahami dan struktur ayat tak panjang berjela. Font yang sederhana, warna kertas yang putih kekuningan membantu optik. Mata tak penat dan berair semasa membaca.

Dari segi pemilihan cerita lisan, kebanyakannya aku tak pernah tahu dan cerita-cerita tersebut sangat menarik. Contohnya, kisah Who Killed the Otter's Babies (A clock story), The Friendship of the Squirrel and the Creeping Fish dan The Fate of the Silver Prince and Princess Lemon Grass. Koleksi cerita lisan Dayak Laut seperti Dinjai and the Were-Tiger's Sister dan The Story of Siu Who First Taught the Dyaks to plant paddy and to observe the omens of birds juga menarik perhatian. Cuma, cerita lisan dari Utara Borneo tidak disertakan. Mungkin ada, mungkin dah hilang. Aku pun tak tahu.

But overall, buku ni sesuai untuk bacaan santai sebab isi kandungan buku penuh dengan nasihat, humor yang bersifat sinis dan bagus untuk orang zaman sekarang yang terlalu bangga dengan kemodenan. Kadang-kadang, masa silam adalah guru yang baik untuk masa depan. Tak gitew?

@themagi2014
image credits: elfinspell.com

No comments:

Post a Comment