Thursday, 6 November 2014

Nama 7 tingkat Langit

Salam Khamis, sekarang dah masuk November. Harap semuanya dipermudahkan. Semalam aku baca terjemahan Mukashafah Al Qulub berkenaan dengan langit. Aku tak tahu pun sebelum ni. Jadi aku berniat nak share sikit di entri kali ni. Semoga kita dapat manfaat.

Asal Langit



Kejadian alam ciptaan Tuhan sebenarnya sangat menarik. Dirawikan bahawa Jauharah (permata) ialah perkara awal yang diciptakan oleh Allah swt. Apabila Allah swt memandang Jauharah dengan pandangan haibah*, Jauharah hancur berkeping-keping kerana takutkan Allah swt. Kemudian, ia bertukar menjadi air dan separuhnya menjadi beku. Seterusnya, dijadikan Arasy* bergerak-gerak lalu Allah swt menulis kalimah 'La ila ha illa Allah Muhammadur Rasulullah' sehingga Arasy* kembali diam. Separuh air yang tidak beku itu pula terus bergerak hingga hari Kiamat, bergelombang dan saling berlaga sehingga mengeluarkan asap. Asap itu naik tersusun dan berbuih. Maka dari susunan itulah Allah menciptakan langit dan bumi secara bertingkat-tingkat. Langit dan bumi saling berkaitan, lalu Allah ciptakan angin sehingga membelah antara langit dan bumi.


Penciptaan Langit

Para cendekiawan menyatakan bahawa Allah swt menciptakan langit dari asap. Bukannya dari wap kerana wap bersifat tidak tetap, selalu berputar-putar dan berulang-ulang. Manakala asap pula berasal dari bahagian-bahagian yang boleh dipegang yang akhirnya akan menetap. Begitulah kesempurnaan akan ilmu Allah berkenaan ciptaanNya.

Warna Langit

Ketebalan dan kekerasan setiap lapis langit adalah berbeza dengan jarak 500 tahun perjalanan. Ia mempunyai variasi warna yang berbeza dan juga disebut sebagai atmospheric optics oleh masyarakat barat. Variasi warna langit adalah seperti berikut:
  1. Warna Hijau: Langit kelihatan hijau disebabkan  kehijauan Jabal Qaf. Disebut sebagai Raqi'ah.
  2. Warna besi yang memancarkan cahaya: Disebut sebagai Fidum atau Ma'un.
  3. Warna tembaga: Disebut sebagai Malakut.
  4. Warna emas putih: Disebut sebagai Zahirah.
  5. Warna emas merah: Disebut sebagai Mazinah atau Masharah.
  6. Warna Jauharah: Disebut sebagai Khalisah.
  7. Warna Yaqut/Yakut merah: Disebut sebagai Labiyyah atau Dami'ah.
Tingkat langit

Dirawikan oleh Ibnu Abbas r.a bahawa:
  1. Langit terutama: atap Arasy Ar Ramah iaitu Al Kursyi, kerana ia dekat dengan Arasy dan segala bintang yang bermanfaat tumbuh di sana (kecuali tujuh bintang di sekeliling matahari)
  2. Langit ketujuh:  Zuhal/Saturn (untuk hari Sabtu).
  3. Langit keenam: Musytari/Jupiter (untuk hari Khamis).
  4. Langit kelima: Marikh/Mars(untuk hari Selasa).
  5. Langit keempat: Matahari/Sun (untuk hari Ahad)
  6. Langit ketiga: Zuhrah/Venus (untuk hari Jumaat)
  7. Langit kedua: Utarid/Mercury (untuk hari Rabu)
  8. Langit pertama: Bulan/Moon (untuk hari Isnin)
::memandangkan Zuhrah atau Venus untuk hari Jumaat, ia menyinar lebih indah pada setiap pagi dan dikenali sebagai morning star::


Glosari

Haibah: perasaan takut yang bersumber dari rasa hormat
Arasy: Arasy ialah singgahsana Allah swt, iaitu benda ghaib, jasad yang dijisimkan. Berasal dari permata zamrud, 4 buah tiang dari yakut merah dan bersifat sangat berat. Ia dijaga dan dipikul oleh malaikat yang khusyuk tunduk berzikir dan kaki malaikat terletak di bahagian bawah bumi dengan jarak perjalanan 500 tahun. Arasy ada 7,000,000 tingkat berbeza, mengandungi gambar semua wajah makhluk ciptaanNya. Terdapat seekor ular besar yang mempunyai 70,000 sayap yang bertasbih dan mampu melilit seluruh Arasy. 
Jabal Qaf: Bukit atau gunung yang Allah swt diciptakan dari zamrud hijau. Ia mengelilingi bumi agar bumi tidak bergerak bergoncang dan dijaga oleh malaikat yang besar dan kuat.

@themagi2014
Rujukan: Terjemahan Mukashafah al Qulub karangan Imam Al-Ghazali

No comments:

Post a Comment