Monday 23 November 2015

Sejarah Pelayar Web (Web Browsers)

Yeah, aku kembali memblogging sebab kuota internet aku masih ada. Kepada semua pengunjung, selamat melayari Internet sebab zaman sekarang ada banyak malicious link dan pishing. Aku nasihatkan kepada pengunjung blog ni agar jangan klik link yang meragukan sebab aku dapat tahu ada ads menumpang di blog aku tanpa kebenaran. Kurang asam punya ads~

Di zaman yang penuh dengan teknologi, gajet takkan memberi makna kalau Internet tak wujud. Internet takkan begitu mesra dengan pengguna kalau tak ada pelayar. Untuk menaip entri ni, aku melayari Google Chrome sebab blog aku pun di bawah kekuasaan Google. Tapi berapa banyak yang aku tahu pasal pelayar Internet walaupun aku pernah ambil subjek Teknologi Maklumat dan Perkomputeran masa sekolah dulu? Sejujurnya, aku tak ingat pun. 

Jadi, aku buat entri ni khas untuk mengingatkan aku dan mereka yang tak tahu pasal senarai pelayar web, yakni web browsers.

WorldWideWeb

Okey, aku bukan bercakap pasal IP address WWW tapi aku bercakap tentang pelayar Internet yang bernama WorldWideWeb ciptaan Tim Berners-Lee pada tahun 1990. Nama pilihan untuk aplikasi ini ialah The Mine of Information dan The Information Mesh. Namun, nama WorldWideWeb dipilih sebagai nama aplikasi. Walau bagaimanapun, nama WorldWideWeb diubah menjadi Nexus sebab nak mengelakkan kekeliruan antara pelayar dan WWW.

Mosaic

Nama panjang Mosaic ialah NCSA Mosaic dan merupakan pelayar web dan mempopularkan WWW serta meningkatkan penggunaan Internet pada era 90an. Ia merupakan pelayar web yang terawal yang mampu menyokong pelbagai jenis IP. Aplikasi ini disemak oleh David Thompson dan ditunjukkan kepada Marc Andreessen. Produk ini dikeluarkan secara rasmi pada tahun 1993.

Netscape Navigator

Netscape Navigator merupakan pelayar web asal dari produk Netscape Communication Corp. Ia dibangunkan berdasarkan konsep Mosaic dan direka oleh Marc Andreessen. Logo Netscape diberi nama kod iaitu Mozilla kerana kelihatan seperti makhluk Godzilla dan penggunaan Netscape menjadi popular pada pertengahan dan lewat era 90an. 

Internet Explorer

Siapa tak kenal IE? IE antara pelayar yang masih bertahan sehingga kini sejak dari awal pelancarannya pada tahun 1995. Ia merupakan pelayar grafik web yang direka oleh Microsoft dan sebahagian daripada  sistem operasi Microsoft Windows. Projek IE ini dimulakan pada musim panas 1994 oleh Thomas Reardon dan rekaannya merujuk kepada Spyglass Mosaic. Kini, versi IE mencecah IE11.

Opera

Opera dibangunkan oleh Opera Software dan ia dimulakan pada tahun 1994 di Telenor, syarikat telekomunikasi Norwegian. Opera beroperasi dibawah sistem operasi Windows, Linux dan OS. Opera segera mendapat perhatian pengguna kerana lesen Opera bersifat freeware dan mudah digunakan. Opera juga dikenali kerana mempunyai adik beradik yang lain iaitu Opera Mini, Opera Mobile dan Opera Coast.

Mozilla Navigator

Mozilla Navigator atau Mozilla Suite merupakan internet suite yang dilancarkan oleh Netscape Communication Corp pada 1998 dengan menggunakan susun atur enjin Gecko sebagai platform. Mozilla Organization melancarkan pembangunan siri produk aplikasi standalone pada tahun 2003 iaitu Phoenix (dikenali sebagai Mozilla Firefox) dan Minotour (dikenali sebagai Mozilla Thunderbird). 

Safari

Safari ialah pelayar web yang dibangunkan oleh Apple berasaskan Webkit Engine. Ia diperkenalkan menerusi produk iOS seperti iPhone pada tahun 2007 dan menjadi default browser untuk produk Apple Ia juga dilancarkan untuk sistem operasi Windows daripada tahun 2007 sehingga 2012. Lesen Safari ialah sama seperti Opera iaitu bersifat freeware.

Firefox

Firefox, atau Mozilla Firefox merupakan pelayar web yang percuma dan bersifat open-source. Ia dibangunkan oleh Mozilla Corporation dan boleh didapati untuk Windows, Linux, OS X, Android dan Firefox OS. Firefox dilancarkan pada tahun 2002 dan diberi nama sebagai Phoenix sebelum ditukar menjadi Firefox. Firefox dilihat sebagai produk Netscape yang berjaya dan menjadi kegemaran ramai.

Google Chrome

Google Chrome yang dibangunkan oleh Google merupakan pelayar web bersifat freeware dan menggunakan Webkit Engine pada peringkat awal. Kini ia menggunakan Webkit fork Blink. Google Chrome pada awalnya direka sebagai pelayar web desktop. Tetapi kini ia digunakan secara meluas menerusi telefon pintar serta gajet-gajet yang lain sebanyak 45%. 

Browser yang lain:

Vivaldi (2015)

rujukan: wikipedia
@themagi2015

No comments:

Post a Comment