Hai gais. Salam Februari. Bulan ke-2 dalam tahun 2017. Entri kali ni tak ada kaitan dengan hobi aku (sejak kebelakangan ni aku asyik update entri pasal hobi). Minggu lepas aku dapat satu soalan masa berjalan-jalan di sekitar Kuching pasal sekolah Chung Hua. As you know, sekolah Chung Hua ni sekolah jenis kebangsaan Cina dan wujud di seluruh negara. Korang boleh Google nama 'sekolah Chung Hua' dan lihat sendiri berapa banyak sekolah Chung Hua yang korang tahu/tak pernah tahu. Sesiapa yang pernah di sekolah Chung Hua ni mungkin tahu maksud nama 'Chung Hua'. Tapi ada ramai di luar sana tak tahu pasal maksud atau sejarah nama Chung Hua ni. Jadi, aku nak buat short entry untuk sesiapa yang ingin tahu tentang maksud dan sejarah Chung Hua.
Maksud dan Sejarah Chung Hua
Menerusi pembelajaran aku dalam kelas bahasa Mandarin few years ago (surprisingly, Mandarin ialah third language aku tapi sampai sekarang aku masih merangkak-rangkak), Hua (夏) bermaksud bunga dan huaren ( 华人) bermaksud orang/etnik Cina.
Chung atau Zhong (中) membawa maksud 'central' atau 'middle'. Ia merujuk kepada posisi kedudukan negara China di benua Asia. Apabila Zhong digabungkan dengan Hua, ia menjadi 中华 (Zhonghua) dan ia berkembang menjadi satu entiti serta identiti budaya bagi bangsa Cina ketika zaman revolusi di China. Perkataan Zhonghua juga ditekankan dalam beberapa slogan , lagu dan keratan akhbar seperti:
1. Get rid of the Manchus, restore the Zhonghua nation 驱除鞑虏、恢复中华 (revolusi 1911)
2. The zhonghua people have reached its most dangerous time 中华民族到了最危险的时候. (lagu Tian Han)
Terdapat sumber lain yang menyatakan bahawa perkataan Zhong digabungkan dengan perkataan Hua (berasal dari perkataan Huaxia 华夏). Huaxia membawa maksud gelaran orang Cina yang membuka penempatan di tebing Sungai Kuning dan sungai tersebut mengalir di sekitar Kota Xi'an- sebuah kota yang mendapat gelaran cradle's of Chinese of civilization.
Jika perkataan Zhonghua atau Chunghua diamati berdasarkan asal usul maksud zhong dan hua, ia merujuk kepada asas jati diri, keindahan budaya dan semangat bangsa Cina. Maka, perkataan Chung Hua ini menjadi lambang mereka dan diterapkan dalam moraliti serta sahsiah diri.
Jadi, korang tak perlu rasa pelik kenapa orang Cina memilih nama Chung Hua sebagai nama sekolah dan menjadi simbol dalam pelbagai institusi di seluruh dunia.
@themagi2017
Rujukan: en.wikipedia | chungwah |dictionarypinpin
No comments:
Post a Comment