Beberapa hari yang lepas, aku terdengar cerita-cerita lama pasal kelas muzik di Hot FM. Kemudian, Faizal Ismail mainkan satu lagu dengan rekoder milik anaknya (itu kata Wak AG lah, aku tak tau) dan mintak pendengar bagitau nama lagu sebab dia dah tak ingat. Hampeh, boleh pulak lagu Pesanan Guru bertukar jadi Enjit-enjit Semut? Aku pulak yang excited depan dashboard sebab aku masih ingat lagu tu.
credits: danauilmu |
Masa sekolah dulu-dulu, kelas muzik bukan kegemaran aku sebab aku tak tau main rekoder. Lagi pulak dapat cikgu garang dan aneh pemikirannya. Kalau nak tau, cikgu muzik aku ada dua- sorang tu Cikgu Sahran (nama dia macam bapak aku), sorang lagi Cikgu Mohd. Suip, father si Hafiz AF7 tu. Aku masih ingat neck tie cikgu aku yang tak brapa nak match dengan kemeja, wat muka lucu+sarkastik masa mengajar dan bersantai-santai mainkan keyboard pada waktu perhimpunan pagi *cikgu, jangan marah (^^)
Zaman sekolah juga menyaksikan beberapa murid dicungkil bakatnya untuk menyertai pancaragam. Diorang biasanya mahir main alat muzik dan menjadi favourite di kalangan cikgu. Obviously, bukan aku. Rekoder aku tu cuma untuk mengumpul sisa air liur je *pasrah
Cikgu muzik aku sangat suka menyanyi dan suka ubah lirik lagu terkenal ikut suka hati dia. Maybe sebab tu anak dia jadi penyanyi yang terkenal. Walaupun cikgu aku ni agak cengil sikit perangainya dan suka buat lawak kejam, aku tak bleh lupa betapa hypernya cikgu aku menyanyikan lagu Ais Kacang. That song is always in my head.
Nak tau lagu apa lagi cikgu aku pernah ajar? Mari tengok sini.
Ais Kacang
Ais kacang, ais ais kacang,
Bila cuaca panas dan rasa dahaga,
Singgah di gerai ais kacang diminta,
Susu dan jagung,
Kacang dan lengkong,
Air gula berwarna,
Campur semua enak rasanya,
Kegemaran kita semua.
Petani Kerja
Lihat jaun nun di sana,
Tekun petani kerja,
Buah padi masak kuning,
Isteri kerjasama,
Potong memotong,
Membanting padinya,
Bercerailah tangkai jerami,
Dulu padi ditumbuk dan ditampi,
Kini mesin jadi pengganti.
[Trimas untuk blog OdahOne yang mengingatkan aku pasal lirik ni. Aku almost lupa ending lagu ni]
Anak Itik Tok Wi
Anak itik Tok Wi mandi dalam kolam,
Buat apa Tok Wi? Ubat limau lelam,
Sakit apa Tok Wi? Sakit sendi tulang,
Ubat apa Tok Wi? Ubat sengal tulang
[Biasanya lepas nyanyi lagu ni kitorang sambung lagu Wau Bulan]
Ikan Kekek
Ikan Kekek mak iloi iloi,
Ikan gelama mak ilai ilai,
Nanti adik mak iloi iloi,
Pulang sama mak ilai ilai.
[Kalau nak diikutkan lagu ni ada sambungannya tapi kitorang suka repeat part ni je...]
Cerita Bohong
Hujan panas kupandang awan mega,
Warna langit tujuh bercahaya,
Orang tua kata ular naga,
Mencedok air di dalam telaga,
Kalau tunjuk tangan jadi kudung,
Rupa-rupanya itu cerita bohong.
[Honestly, aku tak pernah tuding jari ke arah pelangi sampai sekarang. Pelik?]
Aku Burung
Aku burung di dalam sangkar,
Hidup terkurung hatiku susah,
Ingin aku terbang bebas,
Bersama kawan tinggi di awan.
[Masa cikgu ajar aku lagu ni, aku lukis burung dalam buku nota.]
Bapaku Pulang Dari Kota
Bapaku pulang dari kota,
Bapaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Untuk kubawa ke sekolah,
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon,
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh kubawa jumpa nenek.
[Cikgu ajar lagu ni masa aku Darjah 3. Budak-budak dulu suka lagu ni.]
Pesanan Guru
Awas kawanku pesanan guru,
Sopan santun dijaga,
Berhati mulia sentiasa tidak kira apa bangsa,
Iri hati mesti dijauhi,
Hidup kita dimulia
(Last line ni aku kerap terkonfius]
Rama-Rama dan Kepompong
Daripada ulat jadi kepompong,
Tidur lena dalam kelonsong,
Sampai masa kelonsong pecah..pum!
Jadilah rama-rama yang indah,
Rama-rama terbang merata-rata,
Sungguh cantik aneka warna,
Hisap madu di kelopak bunga,
Tapi sayang hidup tak lama.
[Lagu ni diajar oleh cikgu senior masa dia sit-in kelas kitorang. Cikgu Masni namanya. Tapi aku tak pasti sangat. Sila perbetulkan kalau salah]
Ada banyak lagi lagu kelas muzik, tak larat nak taip semua...
Sekarang ni, aku tengah berusaha nak ingat balik lagu sekolah aku- actually ada dua versi. Satu versi baru, satu lagi versi lama. Versi baru tu diolah oleh Cikgu Mohd. Suip setahun sebelum aku melangkah keluar dari sekolah rendah dan yang versi lama tu pulak dah lama wujud, sejak dari zaman kakak sulung aku. Yang kelakarnya, aku lebih ingat versi lama berbanding versi baru. Guys, sesiapa yang satu sekolah ngan aku, tolong ingatkan aku lagu versi lama tu.
Lagu sekolah SRK Gersik (sekarang dah jadi SK Gersik)
Kami murid Sekolah Rendah Kerajaan Gersik
......................
[Haha...aku terus tak hengat part 1 ni]
Usaha Hingga Berjaya
Cogan Kata Kita
Rajin dan tekun berusaha
Amalan Kami Semua.
[Yang ni part korus]
Kami murid Sekolah Rendah Kerajaan Gersik
Sepakat bersatu teguh,
Matlamat Wawasan 2020
Satu pandangan jauh,
Berusaha kita tingkat produktiviti,
Generasi Berkualiti.
[Aku tak pasti adakah part korus tu diulang balik kat bahagian ni]
Namamu guru tetap kami ingati
Atas ajaran yang diberi,
Jasamu guru tetap kami sanjungi,
Kekal di sanubari.
[Ni ending part. Aku konfius adakah 'Namamu..' dulu ke or 'Jasamu..'?]
Boleh korang percaya lagu sekolah yang panjang dan puitis ni dinyanyikan oleh budak sekolah rendah termasuk Tahun Satu yang terkial-kial tak tau lirik?
Really, zaman sekolah rendah tak jauh dari penerapan muzik. Adakah adik-adik sekarang seronok main rekoder sampai air liur berbuih?
#tmg2013
No comments:
Post a Comment