Saturday, 21 September 2013

Tips: How to Solve Your 'Give-up' Attitude

"Go over, go under go around, or go through, but never give up"-Oranewilliams


Credits: Rookiemag.com
Pressure and burden is the element to give up in life. Especially for those who unemployed, this world can be cruel without money in your pocket. My friend told me that this century is too evil. Everything seems so hard to deal with. Although she did everything she could, the opportunity is still vague and she told me- maybe the percentage of suicide will be bad in the future.

I was worried about this. 

Give up is the low type attitude when a person feels threatened, and betrayed by their own future. Besides, luck and opportunities are almost impossible to reach. They often feel despair, hurt, losing hopes and gaining fears. Basically, give up-attitude is something that we're born with. We can't discard the feeling forever, but we can hold it down. As for me, I made some steps to solve my mind whenever I give up. But, the first thing to do is- I must strengthen my own mind and soul.

10 Steps to Solve Your Give-up Attitude

  1. Set your mind. Clear your brain from bad thoughts. You must strong enough to deal with your own inner conflicts.
  2. Walk out. Enjoy the view of the nature. Nature is a great medicine to heal the unseen wound. Muster up your spiritual thing. This world is beautiful
  3. Spend a quality time with the one who always care for you. So you know that you're not alone to face the problem. Quality time with them will ensure your next decision of life. You know, when you choose death, you already killed them.
  4. List out few things you liked. If it involves with money, seek the free one. Do it. Enjoy it. Avoid debts or loans as much as you can. Remember, money can help you, and money can kill you too.
  5. Meet friends. Feel the breeze that blows silently on your face, the smile that approaches you, the petals that tease your hair, the voice who calling out for you and the love you receives from others. Force yourself to be positive.
  6. Remind yourself about your pain. Hurt, isn't it? Why should you give up and hurt yourself more? Regret always come later. So, don't stop trying.
  7. Don't stop crying. Crying is good for self-psychology. There's a natural sedative in tears, which put us in calm and rational mind.
  8. Pay attention to your own matters. Paying too much to other's life might hurt you when you know they're doing better than you. So, just set your mind doing your work. Avoid intervention.
  9. Say a good thing to yourself before you sleep. It's good to soothes your soul.  Besides, saying good things to yourself is more than a motivation- you're prayed the whole goodness and blessings into your life.
  10. 'In God We Trust'- have a strong faith. Don't end your life without giving a chance to discover new things.
And remember, there are many people more unfortunate than you. But they never stop trying. Because they know- life is just once, life is priceless while death is definite and death is the end for all chances.


@themagi2013

Wednesday, 18 September 2013

Cerpen: 1891

     Jika kau tanyakan kepadaku apakah makna sebuah peradaban, akan kukatakan kepadamu, peradaban itu kemajuan. 

Itulah kata-kata terakhir dari bapa saudaraku yang bertugas di sebalik lautan luas. Bekerja di sebuah pejabat daerah bersama Residen di sebuah negara terpencil yang dinaungi oleh orang seperti kami. Bermula sebagai perutusan dari Kota Singapura, lalu berlayar ke negara diraja yang berdepan dengan kemelut pemberontak, lelaki yang lahir dari kumpulan koloni negara kami itu akhirnya menjadi Raja di dalam sebuah negara kecil. Hidup lelaki itu tak ubah seperti kisah hikayat. Tapi untuk manusia seperti aku, ia penuh dengan pengajaran.

Pada tahun 1861, ketika England dalam keadaan makmur, hasil dari kekuatan koloni yang berpusat di India, aku telah dikirimkan ke tanah permata milik England oleh keluargaku. Alasan mereka, supaya aku bisa melihat sumber kekayaan England dan belajar sesuatu daripadanya. Pada waktu itu usiaku baharu saja sepuluh tahun. Sepuluh tahun dikira sudah matang untuk belajar ilmu laut, ilmu langit dan kira-kira. Ketika aku berada di sana, aku duduk bersama kawan bapaku, seorang pegawai di Benares yang bernama Albert. Dia berusia empat puluh lima tahun dan berwajah bengis. Dengan wajah yang bengis itu juga dia mengajar aku apa yang dia lalui di situ.

“Anak, lihatlah sungai yang mengalir di sini. Dipenuhi buih basuhan baju tuan-tuan dan bangsawan kita. Di sinilah rumah agam baru kami,” ujar Albert.

“Kenapa tempat ini dijadikan rumah?” aku bertanya.

“Kerana kita ialah kemajuan. Kita mengajar mereka makna peradaban.”

Aku memandang buih yang mengalir di tebingan sungai dan menikmati cadar putih yang terhampar lembut di ampaian. Baunya wangi, sama seperti haruman yang digunakan oleh ibuku yang tinggal di Devon. Maka begitulah, seawal usia itu aku diajar akan makna peradaban. Peradaban itu bersifat wangi, peradaban itu bersifat nyata. Sama seperti bau segar cadar dan rumah agam baharu yang bakal dibina.

Menjelang usia 12 tahun, Albert mengirimku semula ke Devon, di mana aku dihantar ke sekolah tentera. Aku dipersiapkan dengan ilmu-ilmu berguna sebelum berkhidmat demi Ratu yang tercinta. Menerusi pegawai dan senior yang berpengalaman di alam asing, mereka mengisahkan kenangan penglipur lara kepadaku. Kata mereka, ketika berada di bumi asing, ingatan mereka tetap utuh untuk tanah England. Tiada apa yang baik melainkan tanah kelahiran sendiri.

Tapi, perlahan-lahan aku menyimpan hasrat untuk melihat di sebalik lautan luas. Mungkin, aku boleh menyampaikan ilmu peradaban sepertimana Albert pernah katakan kepadaku; kerana kita ialah kemajuan.

Pada 1868, pelajaranku tamat pada akhir musim panas. Aku menerima perintah untuk memulakan tugas di Selatan England kerana pengalamanku belum cukup untuk bergerak ke bumi asing. Aku hampa. Namun aku tidak berhenti memikirkan cara untuk keluar dari kelompok, menjadi lelaki sejati dan merasai gelombang laut. Kemudian, aku terkenangkan Albert. Aku menitipkan surat kepadanya, menyatakan hasrat mahu berpindah ke sana. Albert yang sudah lama tidak mendengar khabarku berasa gembira dengan hasratku, lantas segera memaklumkan perkara tersebut kepada tuannya. Namun, seminggu selepas itu, Albert pun meninggal dunia akibat mabuk arak lokal dan candu yang dibeli dari China. Aku terkedu, dan hasratku pun terbang entah ke mana.

Akhirnya, aku memutuskan untuk berkhidmat saja di tempat sendiri. Untuk lapan tahun lamanya. Melihat perkara yang sama, melakukan perkara yang sama. Aku hilang teruja. Aku terfikir mahu bercuti pada musim panas. Akhirnya, keluargaku menerima sepucuk surat dengan sekeping setem asing yang begitu asing di mata kami. Surat itu dikirim oleh bapa saudaraku, Louis yang bertugas di sebuah negara kecil di sebuah pulau. Menurut kata Louis,

'.... sekarang aku berada di sebuah negara kecil yang makmur, sungainya membelah dan membahagikan kekayaan. Jika kusebut namanya, pasti kalian teruja betapa aku kini menjejakkan kaki ke sebuah pulau ketiga yang terbesar di dunia. Aku temui bunga yang aneh, kupelajari bahasa yang ganjil, aku berkenalan dengan bangsa yang pelbagai. Jikalau kalian mahu ke mari, maklumkan segera kepadaku. Akan kusiapkan kamar yang indah dan makanan yang lazat-lazat.’

Surat itu ternyata menggamit kegembiraan di hati ibuku apabila melihat abangnya selesa dan senang di bumi asing. Bumi asing itu ternyata bukan di bawah kuasa koloni seperti di India. Aku tertanya sendirian, tempat apakah itu? Tempat apakah yang begitu istimewa di hati lelaki England sejati seperti Louis sehingga dia jarang pulang ke Devon? Adakah di situ adanya peradaban yang lebih tinggi dari England? Akhirnya, aku memutuskan untuk berlayar jauh. Aku mahu melihatnya dengan mata kepalaku sendiri.

Berlayar dengan kapal koloni selama beberapa bulan merupakan satu perjalanan yang gigih. Ia penuh dengan cabaran. Sepanjang aku tidur, bangun dan hidup di atas dek kapal, aku melihat seorang lelaki mati. Kata mereka, akibat bahang apopleksi. Seorang kanak-kanak maut, akibat terjatuh ke dalam lubang dek. Seorang wanita yang mengandung juga menemui ajal, selepas tergelincir di dalam kabin. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja aku melihat tiga kematian yang tidak dijangka.

Akhirnya, pada tahun 1877, aku berjaya keluar dan melihat satu tanah asing. Kota Singa, itulah persinggahan pertama aku. Di kota itu, aku dimaklumkan oleh Junior, seorang pegawai muda yang ditugaskan ke situ enam bulan yang lepas bahawa kota itu menjadi pusat koloni orang kami di Asia Tenggara. Malah, kota itu dibuka oleh orang kami juga, Tuan Raffles yang pernah tinggal di Indonesia. Sepanjang aku berada di sana, aku kagum bagaimana orang kami mengajar akan makna peradaban. Aku bangga akan kemajuan yang telah kami usahakan untuk tanah yang begitu asing dari kami. Aku mula terpikat pada satu pembaharuan yang tidak pernah kualami sebelum ini. Aku menjadi leka.

Akhirnya, hatiku telah dipikat oleh Singapura dan aku memutuskan untuk menjadi wartawan akhbar. Maka, aku memulakan kehidupanku di Jurong, di Geylang dan juga Changi pada lewat Oktober dan menikmati hidupku sebagai lelaki bebas. Bebas dan hampir hilang akal.

Di Singapura, aku mengubah gaya hidupku dengan menjadi orang koloni yang bergaya. Orang kami sering ke mari dan menikmati secawan teh atau secawan kopi di bawah mentari khatulistiwa. Kadang-kala, aku merentas selat bersama mereka dan singgah ke sebuah koloni Inggeris yang terletak berdekatan sahaja. Aku menjejakkan kaki ke kelab-kelab malam. Menyedut asap cigar bersama teman-teman bermata biru lalu tenggelam di dalam asap. Berkenalan dengan gadis tempatan yang genit dan mulus. Aku juga bercinta-cinta, khayal, dan lama-kelamaan aku terjunam ke dalam kehidupan yang terlalu banyak hiburan. Terasa seperti kembali semula kota besar London yang gah dan gemilang. Aku berasa aku benar-benar lelaki Inggeris yang sejati dan seiring dengan kemajuan.

Namun, keindahan peradaban dan kemajuan orang kami yang selalu kuagungkan mula membingungkan aku. Teman wanitaku, seorang gadis tempatan yang bekerja sebagai penyanyi di kelab memberitahu aku bahawa dia sudah tidak haid selama tiga bulan. Sedangkan, aku tidak mahu terikat selama-lamanya di situ. Setelah menghabiskan lima tahun di Singapura, aku memutuskan untuk lari ke Batavia dengan kapal Belanda yang berlabuh di Singapura. Aku berlayar ke sana selama beberapa bulan yang memualkan. Tuah laut tidak bersama denganku, aku nyaris mati akibat demam panas. Tetapi, ajalku masih belum tiba. Pada Jun 1882, Batavia menyambutku dengan bahang Belanda.

Tuesday, 17 September 2013

Penyakit Jiwa Dari Istilah Bahasa Asing

Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di seluruh dunia, terutama sekali dalam urusan perniagaan, hubungan dua hala ataupun teknologi. Walaupun bahasa ini dikatakan pelengkap untuk dua pihak saling memahami, bahasa ini tetap memerlukan sokongan dari bahasa asing. Jangan korang sangka Bahasa Inggeris ni ada semua term untuk setiap perkara. Kadang-kala, bahasa ni desperate untuk dapatkan term yang sesuai dengan keadaan, lebih lebih lagi jika ia berkaitan dengan kelakuan manusia.

Sebagai contoh:

Shemomedjamo

Perkataan ni berasal dari Georgia yang merujuk kepada orang yang dah kenyang tapi masih boleh makan tiga empat mangkuk nasi. Istilah ni wujud disebabkan oleh perasaan 'tak tahu nak buat apa dengan makanan sedap walaupun perut dah kenyang' jadi adalah lebih baik jika makanan tu dimakan. Selalunya, si pemakan akan membuat statement: "Aku tak sengaja makan semua ni. Nape takde orang halang aku dari makan benda ni sampai habis?"

Kummerspeck

Perkataan ni berasal dari Jerman, yang bermaksud 'bakon sedih'. Ia merujuk kepada orang yang mengatasi rasa kecewa dan sedih mereka terhadap sesuatu dengan memakan daging yang enak bagi menggantikan alkohol atau rokok.Rasa enak daging itu mungkin dapat melegakan stres mereka, terutama sekali orang yang baru putus cinta. Well, daging menjadi penyelesai masalah.

Hikikomori

Perkataan ni dari Jepun, merujuk kepada orang yang suka duduk di dalam bilik, menyendiri, menonton TV dan main game sorang-sorang. Istilah ni wujud disebabkan oleh fenomena buli yang pernah terjadi di Jepun, menjadi penyakit atau amalan, dan jarang berada di luar rumah. Kadang-kadang, aku pun terkena juga tempias hikikomori ni bila terlalu khusyuk main game, menonton variety show atau tengah online- tapi just dua tiga hari je.

Iktsuarpok

Perkataan ni berasal dari puak Inuit. Ia merujuk kepada perasaan menunggu seseorang yang dijangka sehingga asyik menjenguk ke luar tingkap bagi memastikan orang tu benar-benar sampai. Istilah ni wujud disebabkan perasaan sunyi dan berkeinginan untuk berkenalan dengan orang luar. Sebagai contoh; si A menunggu si B yang dah janji untuk datang menziarah setelah sekian lama tak bertemu. Bagi yang pernah alami keadaan ni, korang tau kan perasaan menunggu tu macam mana?

Bangungot

Perkataan ni berasal dari Filipina, merujuk kepada perilaku sesorang yang malas dan cuma tau makan, tidur dan akhirnya mati (dalam tidur akibat serangan sakit jantung). Menerusi istilah perubatan, Bangungot ialah sindrom kematian yang tak dijangka akibat kegagalan jantung daripada berfungsi ketika sedang tidur. Tapi menerusi pemahaman kasar, korang tau orang macam ni tak bersenam dan suka makan benda berkolesterol jadi sebab tu dapat heart attack.

Pochemuchka

Perkataan ni berasal dari Russia. Ia merujuk kepada orang yang terlalu banyak bertanya sampai korang rasa nak lempang mulut orang tu. Menurut kajian, orang yang terlalu banyak bertanya biasanya mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, atau sekadar nak dapat perhatian. Atau mungkin orang tu tak siuman.

Pillkunnussija

Perkataan ni dari Finland, merujuk kepada orang yang terlalu terperinci dengan benda yang tak relevan sangat. Kata orang, terlalu cerewet dengan benda yang tak berapa nak penting. Mungkin orang yang ada penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD) boleh dikaitkan dengan istilah ni.

Tartle

Perkataan ni dari Scotland, merujuk kepada perilaku seseorang yang teragak-agak untuk memperkenalkan seseorang sebab dia tak ingat nama orang tersebut. Hal ni kerap terjadi bila kita terserempak dengan kawan-kawan lama dan pasangan kita bertanya: "siapa nama kawan awak ni?"

Jayus

Perkataan ni berasal dari Indonesia. Ia merujuk kepada orang yang hanya mampu ketawa apabila mendengar jenaka yang teruk sebab dia tak tau nak buat apa. Begitulah keadaannya di studio TV apabila pelawak berjenaka tetapi tak kelakar- penonton terpaksa ketawa bagi menyedapkan suasana.

Ya'aburnee

Perkataan ni berasal dari Arab, merujuk kepada orang yang mahu mati sebelum orang lain sebab dia tak mahu rasa kehilangan orang yang dia sayang dan berdepan dengan kehidupan tanpa orang yang dia sayang. Aku rasa pasti ada di kalangan korang pernah merasakan perasaan ni.

[#tmg2013]
Rujukan:
Cracked.com
Answer.Yahoo
Altalang.com
Matadornetwork.com
Sobadsogood.com

Celebrating Malaysia Day 2013 @Kuching

Cordial, glorious and wonderful- Malaysia Day is one of the best public holiday in Malaysia, the most important festival and the most memorable date to all Malaysians. Together with a new theme- 'Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpah Darahku' (My Sovereign Malaysia: My Native Land), this festival are held at Kuching, Sarawak in the morning and Tanjung Aru, Sabah in the evening. 

Since I am Kuchingites, I'll show you the colours of 50th Anniversary of Malaysia's Formation at Padang Merdeka, Kuching.

The 1000 words of pictures>>>

Arrived early in the morning, the weather was damp but the sensation of this huge festival can't stop people to come over. Padang Merdeka, Merdeka Palace and Suites, and Plaza Merdeka- three icons of independence of 50 years of Malaysia's formation, the 63 contingents from government's agencies, the statutory body and education institutions were in absolute energy. It reminds me the 49th Independence Day 2006 in Kuching, when I was part of the National Choir team.


The ocean of people- they were prepared to get the best view before the beginning of the event. Each corner of Padang Merdeka were occupied by all kinds of visitors. Media teams and photographers were ready at each position although the sizzling rain was quite unpredictable. Inside this kind of weather, I was kind of hungry but no food stalls were allowed around Dewan Tun Abdul Razak. So, most of them packed their own food from home.




Waiting patiently at the hillside, free Malaysia and Sarawak's mini flags were given to visitors as a gift. We've got four Malaysia's flags from a man and it was a wonderful-and-free gift, though. I do appreciate that. Besides, free is glee. 






The far view of three contingents who responsible to escort two big flags. Those were standing close to Dewan Tun Abdul Razak and few museums scattered around. The weather was still damp and they stood up for hours. The pain of standing must be indescribable, which reminds me the good old days in 2006.





Before the event started, two helicopters with two flags roamed leisurely over the cold sky, which attracts a lot of people to catch the moment with cameras, phones or video cam. By using an average phone with some limited abilities, this is the only good picture of helicopters I ever get. Be grateful, Shield~





Those were from Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ready to escort the Malaysia's flag. With their white-smart and good looking apparels, they looked completely enthusiastic and tidy. And of course, the marching parade was all at once, beautiful and catchy. 






Another view from the left side. I was standing between tall people and to tell you the truth, it was not an easy job to stand close to them. RELA team won't allowed us to get closer. But, I understand that. Job is more important. And I am truly happy to stand this close to them. Although I was not part of the media, I managed to get a nice picture for myself.




See that white screen at the backstage? Back to 2006, it was just a huge colourful canvas covered the whole countenance. But this year, the new high technology big screen has replaced the canvas into a new form of interactive presentation. To put it in simple, I saw a big TV at Padang Merdeka.





Then, the marching parade begin after 8, joined by many school clubs and associations. For example, Kadet Bomba (Fire Cadet) was one of the contingents, followed by other school cadets at the back and education institutions such as UiTM, UNIMAS, IPBL, IPTAR, and private universities such as Swinburne and Curtin.






The other contingents were school bands such as St. Columba, SJKC Chung Hua and mission schools at Kuching, Sibu and Miri. As far as I remember, those school bands were the winner in certain championship- I can't remember the name. But one thing for sure, they're very well-known.






And before I leave the crowd and noises, I stopped at the road and saw those bicycle group, waiting to show up. The narrator told me that those group had travelled the whole Sarawak and arrived at Kuching on 8 September. If I was the one of this team, it would be bad. I'm a bad 'cycler'.









So...this is the last desert for you. Hope you enjoy it well~HAPPY MALAYSIA DAY TO ALL. [#tmg2013]