Tuesday 17 September 2013

Penyakit Jiwa Dari Istilah Bahasa Asing

Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama di seluruh dunia, terutama sekali dalam urusan perniagaan, hubungan dua hala ataupun teknologi. Walaupun bahasa ini dikatakan pelengkap untuk dua pihak saling memahami, bahasa ini tetap memerlukan sokongan dari bahasa asing. Jangan korang sangka Bahasa Inggeris ni ada semua term untuk setiap perkara. Kadang-kala, bahasa ni desperate untuk dapatkan term yang sesuai dengan keadaan, lebih lebih lagi jika ia berkaitan dengan kelakuan manusia.

Sebagai contoh:

Shemomedjamo

Perkataan ni berasal dari Georgia yang merujuk kepada orang yang dah kenyang tapi masih boleh makan tiga empat mangkuk nasi. Istilah ni wujud disebabkan oleh perasaan 'tak tahu nak buat apa dengan makanan sedap walaupun perut dah kenyang' jadi adalah lebih baik jika makanan tu dimakan. Selalunya, si pemakan akan membuat statement: "Aku tak sengaja makan semua ni. Nape takde orang halang aku dari makan benda ni sampai habis?"

Kummerspeck

Perkataan ni berasal dari Jerman, yang bermaksud 'bakon sedih'. Ia merujuk kepada orang yang mengatasi rasa kecewa dan sedih mereka terhadap sesuatu dengan memakan daging yang enak bagi menggantikan alkohol atau rokok.Rasa enak daging itu mungkin dapat melegakan stres mereka, terutama sekali orang yang baru putus cinta. Well, daging menjadi penyelesai masalah.

Hikikomori

Perkataan ni dari Jepun, merujuk kepada orang yang suka duduk di dalam bilik, menyendiri, menonton TV dan main game sorang-sorang. Istilah ni wujud disebabkan oleh fenomena buli yang pernah terjadi di Jepun, menjadi penyakit atau amalan, dan jarang berada di luar rumah. Kadang-kadang, aku pun terkena juga tempias hikikomori ni bila terlalu khusyuk main game, menonton variety show atau tengah online- tapi just dua tiga hari je.

Iktsuarpok

Perkataan ni berasal dari puak Inuit. Ia merujuk kepada perasaan menunggu seseorang yang dijangka sehingga asyik menjenguk ke luar tingkap bagi memastikan orang tu benar-benar sampai. Istilah ni wujud disebabkan perasaan sunyi dan berkeinginan untuk berkenalan dengan orang luar. Sebagai contoh; si A menunggu si B yang dah janji untuk datang menziarah setelah sekian lama tak bertemu. Bagi yang pernah alami keadaan ni, korang tau kan perasaan menunggu tu macam mana?

Bangungot

Perkataan ni berasal dari Filipina, merujuk kepada perilaku sesorang yang malas dan cuma tau makan, tidur dan akhirnya mati (dalam tidur akibat serangan sakit jantung). Menerusi istilah perubatan, Bangungot ialah sindrom kematian yang tak dijangka akibat kegagalan jantung daripada berfungsi ketika sedang tidur. Tapi menerusi pemahaman kasar, korang tau orang macam ni tak bersenam dan suka makan benda berkolesterol jadi sebab tu dapat heart attack.

Pochemuchka

Perkataan ni berasal dari Russia. Ia merujuk kepada orang yang terlalu banyak bertanya sampai korang rasa nak lempang mulut orang tu. Menurut kajian, orang yang terlalu banyak bertanya biasanya mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi, atau sekadar nak dapat perhatian. Atau mungkin orang tu tak siuman.

Pillkunnussija

Perkataan ni dari Finland, merujuk kepada orang yang terlalu terperinci dengan benda yang tak relevan sangat. Kata orang, terlalu cerewet dengan benda yang tak berapa nak penting. Mungkin orang yang ada penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD) boleh dikaitkan dengan istilah ni.

Tartle

Perkataan ni dari Scotland, merujuk kepada perilaku seseorang yang teragak-agak untuk memperkenalkan seseorang sebab dia tak ingat nama orang tersebut. Hal ni kerap terjadi bila kita terserempak dengan kawan-kawan lama dan pasangan kita bertanya: "siapa nama kawan awak ni?"

Jayus

Perkataan ni berasal dari Indonesia. Ia merujuk kepada orang yang hanya mampu ketawa apabila mendengar jenaka yang teruk sebab dia tak tau nak buat apa. Begitulah keadaannya di studio TV apabila pelawak berjenaka tetapi tak kelakar- penonton terpaksa ketawa bagi menyedapkan suasana.

Ya'aburnee

Perkataan ni berasal dari Arab, merujuk kepada orang yang mahu mati sebelum orang lain sebab dia tak mahu rasa kehilangan orang yang dia sayang dan berdepan dengan kehidupan tanpa orang yang dia sayang. Aku rasa pasti ada di kalangan korang pernah merasakan perasaan ni.

[#tmg2013]
Rujukan:
Cracked.com
Answer.Yahoo
Altalang.com
Matadornetwork.com
Sobadsogood.com

No comments:

Post a Comment