Friday, 18 September 2015

Figura Kenderaan Mini II

Salam Jumaat untuk visitors. Hari penuh barokah pada hari ni. Hari ni jugaklah aku ditimbun dengan kerja-kerja menulis. Cerpen, novel, kertas ilmiah...yay~ Ketika aku tengah meraikan penerbitan cerpen yang ke-6 dan sajak ke-3 bersama DBP, aku baru setelkan novel thriller n sekarang proceed buat kerja ilmiah for my sister. Kudos to my awesomeness.

Disebabkan aku rasa aku sangat awesome, haruslah aku memberi reward untuk diri sendiri iaitu, beli mainan sebanyak yang boleh. Sebetulnya, taklah banyak sangat. Aku cuma tambah 4 figura kereta je kali ni. Kalau tambah lagi aku akan buat entri seterusnya.

For those yang suka collect car figurines macam aku, marilah kita bergumbira menjadi toy collector yang berjaya...ahak-hak-hak~


Kereta klasik buatan Itali which is, Fiat 500 dikeluarkan oleh syarikat Burago skala 1/43. Asalnya aku fikir kereta ni cuma kereta rekaan semata-mata. Tapi rupa-rupanya kereta ni wujud dan ia sejenis economy car. Made by diecast metal dan plastik, harganya tak mahal. Bentuk pun comel. Warna pun terang. Kereta Fiat 500 direka dengan pattern VW Beetle. Okay, no wonder aku suka kereta ni sebab aku huge-fan VW Beetle. Nak tahu rupa kereta ni dalam saiz sebenar? Klik sini

Yang ini ialah kereta Chevrolet Bel Air Concept rekaan 2002, skala sangat kecik. Rekaan kereta ni wujud sejak 1950s dan dikategorikan sebagai luxury car sebab lebih kurang satu spesis dengan Cadillac. Aku jatuh cinta sama ini kereta bukan sebab dia ada non-detachable solid roof. Tapi aku suka dengan warna red coke kereta ni. Harga tersangatlah murah, lebih-lebih lagi bila Parkson bagi diskaun 20%. Nak tahu rupa kereta ni dalam saiz sebenar? Klik sini

Kereta sky-blue menawan hati ni of course la Volkswagen New Beetle yang dikeluarkan oleh RMZ City. Yang ni jenis pattern baru dengan bentuk belakang yang berbeza. Ia direka dengan pintu yang boleh dibuka dan berfungsi sebagai race car. Aku suka rekaan pintu kereta mainan ni sebab ia lebih kukuh, senang dibuka dan nampak macam realistik. Harga sangat berpatutan dan ia datang dalam 2 warna iaitu merah dan biru. Selain dari tu, aku tak tahu warna apa lagi yang ada sebab cuma 2 warna tu je yang aku jumpa.


Dan ini dia, my new baby. Semestinya, VW Beetle lagi by Maisto, skala 1/24. Harga jangan tanya, sebab kereta ni special edition custom shop. Segala pintu boleh dibuka, siap ada enjin dan rekaan luar yang stylish. Kalau tak silap, VW Beetle ni hampir dengan jenis the jeweled one-millionth type 1. Rujuk sini kalau nak tengok gambar saiz sebenar. Tapi design kereta ni juga kelihatan sama dengan 1968 type 1. Okey, aku dah keliru, sila betulkan aku kalau salah. BTW, minat mengumpul takkan berhenti setakat ini. Aku akan teruskan lagi dengan entri yang lain

Okey, setakat ini saja entri kereta mainan. Always be a kiddo :)

@themagi2015

Wednesday, 16 September 2015

SK Gersik; The Last Day

Salam Rabu, Selamat Hari Malaysia. Hari ni aku datang ke sekolah lama, which is SK Gersik sebab sekolah ni akan berpindah ke tempat baru. Nasib baiklah hari cuti, memang ramai yang dapat datang. So, sebelum sekolah tu dipindahkan, wajiblah aku datang ke sekolah for the last time secara berjemaah. Dengan tema "Bersemi kasih, merimbun budi", nostalgianya terasa sampai ke anak tekak.

Untuk sesiapa yang tak dapat datang ke the last day di tapak lama SK Gersik, atau tak tahu pasal reunion ni, aku upload gambar untuk kenangan kita bersama. 


Suasana di SKG bersama murid, cikgu, tetamu dan jerebu

Ustazah Sofia bersama bekas murid. Ustazah ni pernah campak
duster on my head. Mungkin sebab tu aku jadi bijak *hahaha

Bersama bekas Guru Besar SKG, Puan Jemilah Haji Matasan.

Suasana di belakang blok 2.  Dulu, mak-mak budak suka 
ambil port belakang ni, tempat rehat paling glemer.

I am Gersikian, 1995-2000.

Rilek lu~

Bersama bekas guru kelas, Puan Fatimah Ahmad.
Cikgu Jelani sebagai extra model di belakang.

Another proud Gersikians, 1998-2003

Back to school, walaupun sesi belajar dah lama tamat.

Ustazah Andam, kaulah legenda~

Dulu tak ada sifir, sekarang dah ada

Tengah cari kelas lama

Date with my nephew ^^

Usaha tangga kejayaan :)

View dari atas, blok 2

Laluan kelas di bangunan lama.

Huu, dah lama tak nampak blackboard. Tuakah aku?

Dinding berlubang kesukaan aku, tempat aku suka
teropong orang dari jauh. Motif? Entah...

Sentiasa Facebook 'LIKE'

Unbelievable canteen, dari dulu tak berubah

Wefie secara berjemaah :-D 

Pesanan penaja dari SKG:
"Go Green, Save Our Earth"

Dari dulu aku nak buat macam ni~

Bergambar dengan Cikgu Suriah, bekas guru kelas kakak aku
in late 80s. 


Sebelum balik, aku sempat beli magnet fridge dan keychain SK Gersik sebagai tanda kenang-kenangan. Bagi aku, tak kira berapa banyak reunion sekolah yang aku ikut, takkan sama dengan the last day at SK Gersik. Farewell, SK Gersik. Selamat berpindah ke tempat baru dan selamat berjiran dengan tanah perkuburan :)

@themagi2015
Forever Gersikians~

Monday, 14 September 2015

Bencana Alam Abad 21

Gempa bumi di Nepal
credits: theguardian.com
Salam Isnin. Keadaan masih berjerebu tapi thank God aku jenis home-worker. Semalam aku tengok rancangan 9/11 dan The 2000 di Nat Geo. Lepas tu, timbul idea nak menulis tentang bencana alam alaf 21. Seperti yang kita ketahui, banyak bencana yang berlaku dalam alaf 21 dan kita pun sedar bumi semakin tua. Cuma masalahnya, bila bumi semakin tua, perangai manusia pun semakin pelik. Serangan WTC, perang di Afghanistan, perang di Iraq, berseteru dengan Iran, gerakan IS di Syria- semuanya berpunca dari kelakuan manusia yang pelik.

Untuk entri kali ini, aku fokus kepada bencana alam berbanding kepelikan manusia. Sebab apa aku fokus kepada bencana alam? Mutiara kata ada menyebut:

"Sometimes, it takes a natural disaster to reveal a social disaster." 
[Jim Wallis]


Bencana Alam 21

Banjir Mozambique (2000)

Hujan lebat antara Februari dan Mac menyebabkan banjir besar di Mozambique. 800 orang maut, 20 ribu haiwan ternakan mati. Bencana bermula di Afrika Selatan, berakhir di Mozambique dan bencana itu antara bencana paling berbahaya dalam tempoh 50 tahun

Gempa Bumi Gujarat (2001)

Gempa bumi berlaku pada Januari 2001 dengan magnitud 7.7. Ia merebak ke Bangladesh dan dianggarkan 200 ribu nyawa terkorban, 167 ribu cedera dan 400 ribu rumah serta bangunan musnah dalam bencana.

Gelombang Panas Eropah (2003)

Gelombang panas tahun 2003 antara bencana yang paling dahsyat berlaku di Eropah. Perancis adalah negara yang teruk terjejas. Kematian lebih dari 70 ribu nyawa di Eropah iaitu di Perancis, Portugal, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol. Negara-negara tersebut biasanya tidak mempunyai musim panas yang melampau tapi gelombang panas tersebut mencecah 45 darjah celcius.

Tsunami Lautan Hindi (2004)

Merupakan gempa bumi yang paling kuat dengan magnitud 9, ia menghasilkan tsunami yang paling berbahaya pada 26 Disember 2004 di Lautan Hindi, berdekatan dengan negara Indonesia. Kekuatan gempa bumi itu bersamaan dengan 23 ribu bom atom, melebihi serangan di Hiroshima. Hari pertama bencana menyebabkan 150 ribu terbunuh dan jutaan manusia hilang.

Taufan Katrina (2005)

Taufan Katrina melanda Amerika pada tahun 2005 di Florida. Beberapa bandar terjejas seperti Mississippi, New Orleans, Biloxi dan Gulfport. Dianggarkan 1833 nyawa terkorban dalam taufan dan juga banjir. 

Gempa Bumi Kashmir (2005)

Tahun 2005 menyaksikan satu lagi bencana berlaku di Kashmir. Gempa bumi magnitud 7.6 memusnahkan Kashmir yang ditadbir oleh Pakistan, sebahagian lagi Kashmir yang ditadbir oleh India, Islamabad dan Khyber Pakhtunkhwa. Dianggarkan 100 ribu nyawa terkorban, 70 ribu orang cedera dan 4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

Serangan Sejuk Afghanistan (2008)

Rekod kesejukan mencatatkan suhu jatuh sebanyak -30 darjah celcius. Dianggarkan 1000 nyawa terbunuh dan mengorbankan banyak haiwan ternakan. Lebih dari 315 ribu lembu, 100 ribu kambing biri-biri dan kambing mati. Kekurangan kemudahan awam, kemerosotan kesihatan menyebabkan penduduk terpaksa meninggalkan kawasan terjejas dan berjalan kaki berkaki ayam dalam cuaca yang teramat sejuk.

Siklon Nargis (2008)

Siklon Nargis yang melanda Burma dan Sri Lanka pada April 2008 menyebabkan kemusnahan menyeluruh. Berlaku rentetan kes banjir dan kejadian tanah runtuh dan menyebabkan 50 ribu orang maut di Burma. Secara keseluruhan, lebih 150 ribu nyawa terbunuh, 50 ribu hilang dan kerugian negara sebanyak $10 juta.

Gempa Bumi Haiti (2010)

Haiti berdepan dengan gempa bumi magnitud 7.3 pada Januari 2010 dan menyebabkan kemusnahan yang dahsyat. 220 ribu nyawa dianggarkan terbunuh, 300 ribu orang cedera dan lebih 3 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. 

Gempa Bumi dan Tsunami Tohoku (2011)

Gempa bumi magnitud  9.0 berlaku di Tohoku, Jepun menyebabkan air laut menyusut sedalam 30km dan menghasilkan tsunami besar pada Mac 2011. Ketinggian tsunami dianggarkan setinggi 40km. Seramai 15 889 nyawa terkorban, 6152 orang cedera dan 2600 orang hilang. Jutaan bangunan dan kediaman musnah dalam bencana.

Kemarau Afrika (2011)

Julai 2011 menyaksikan kemarau dahsyat melanda timur Afrika. Negara-negara terjejas ialah Somalia, Kenya, Djibouti dan Ethiopia. 9 juta nyawa terancam dan sejumlah besar penduduk dari Somalia berpindah ke Kenya dan seterusnya bermigrasi ke Ethiopia, menyebabkan kesesakan yang teruk. Kesesakan itu mewujudkan masalah lain seperti masalah kebersihan, kesihatan, kekurangan nutrisi dan krisis makanan. Ia menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

Taufan Haiyan (2013)

Taufan Haiyan yang melanda Filipina pada tahun 2013 menyebabkan kematian lebih 6000 nyawa dan 27 ribu orang cedera. 4 juta penduduk kehilangan tempat tinggal. Taufan setinggi 130 kaki dan angin berkelajuan 235mph memusnahkan hampir seluruh kawasan teluk dan kawasan, merosakkan infrastruktur dan talian komunikasi.

Gempa Bumi di Visaya Tengah (2013)

Selepas kejadian Taufan Haiyan, Filipina dikejutkan lagi dengan gempa bumi magnitud 7.2 di kawasan yang sama. Bencana tersebut mengorbankan 222 nyawa, 700 ribu bangunan musnah, dan kehilangan tempat tinggal.

Gempa Bumi di Pakistan (2013)

September 2013 menyaksikan Pakistan dilanda gempa bumi magnitud 7.7. 800 nyawa terkorban. Ia diikuti dengan gempa bumi magnitud 6.8 pada hari seterusnya. Bencana itu menyebabkan kemusnahan di selatan barat Pakistan. Namun bencana itu telah mewujudkan satu pulau baru di pesisir pantai Pakistan dan menjadi perdebatan di kalangan komuniti saintifik. 


Menurut kajian, tahun 2014 merupakan tahun tidak aktif bagi kejadian bencana alam. Tidak ada sebarang bencana alam dahsyat yang membunuh ribuan atau jutaan penduduk seperti tahun-tahun sebelumnya. Tetapi terdapat siri bencana alam yang boleh mengancam nyawa seperti ledakan gunung berapi di Hawaii, taufan di Filipina, kebakaran hutan di California dan sebagainya pada tahun 2014.

Gempa Bumi Nepal  (2015)

Pada tahun 2015, gempa bumi Nepal magnitud 7.9 telah berlaku. Gempa bumi pertama mencatatkan 8000 nyawa terbunuh, 18 ribu cedera dan jutaan penduduk kehilangan tempat tinggal. Gempa bumi kedua pula mencatatkan peningkatan angka kematian seramai 4800 nyawa dan berlaku beberapa siri tanah runtuh serta kemusnahan berganda.


Memandangkan kita masih di dalam tahun 2015, marilah kita mengambil pengajaran dan sentiasa berhati-hati, serta pastikan kita bersedia untuk berdepan dengan segala kemungkinan.


@themagi2015
ruj: scienceve.com | all-that-is-interesting.com | mysticfiles.com | relief.org | time.com | aljazeera.com

Sunday, 13 September 2015

Artwork Graphite

Happy Sunday, peeps! Yesterday was filled with flowers. Today, I stayed at home and sketch-up. With my beloved pencils and relaxing weekend, it would be good to draw something. I enjoyed doing artwork although no one asking me to do it. And I never get paid. Yet, I still loved it because it's fun!

Well, my writing project is getting tougher and demand more ideas. Artwork is my remedy.


This sudden artwork came from the old pic of mine. 
And it reminds me with my childhood.
So I named it; Miss Inno Cent.

This is Kappa the turtle, the hyper-picky eater.
The real vs. the counterfeit~

 I draw this through my reading. Based on a middle class
kid who lived at London.

Meet Miss Understood. I don't even know how to
name this artwork.

 First I thought I would let this sketch just like this.

But it turns out like this. Running, Breathing, Amazing.
It sounds like sport campaign, or health ads, isn't it?

Saying Hi and smiling eyes. 
Is he friendly enough? He's a boy, okay~

War watchers, based on Palestinian kids during war.
My opinion, difficult times create more pure emotions.
So, humanity is really powerful.




 If you have any ideas or passions about artwork, kindly shared it with me.
I'm looooking forward into it :)

@themagi2015