Tuesday, 9 August 2016

Figura Kenderaan Mini VI

And again, hai gais~ Berkobar-kobar nak mengarang entri kali ni sebab kuota internet tengah laju.. Better aku update blog sekarang sebelum internet tak nak bagi kerjasama. Untuk entri ketiga, aku tolak cerita figurine anime. Kali ni pasal mini cars. Bagi sesiapa yang kenal aku, memang mereka tau sangat aku gila VW cars. Tapi tak semestinya aku nak collect jenama tu je. Sebenarnya aku suka kereta vintage yang lain, lagi-lagi vintage cars yang ada shape menarik dan klasik. Sebelum aku lupa apa yang aku nak tulis, lebih baik aku segerakan niat aku nak tunjuk koleksi mini cars yang baru.

Perkenalkan team baru~

Volkswagen T1 transporter
Jenis: RMZ City
Harga: Tak mahal, cuma RM 16.90. 
Sebelum ni aku ada beli vw T1 kaler puith biru. Now, aku beli 
vw T1 kaler putih merah. Sekarang aku ada sepasang vw T1.

Chrysler 1956 300B
Jenis: Maisto
Harga: RM7.70 after discount 10%. 
First time nampak kereta ni, aku kaitkan 
kereta ni dengan movie James Bond.

Porsche 550 A Spyder
Jenis: Maisto
Harga: Sama seperti di atas. 
Bentuk kereta ni sama macam kereta Porsche 356 
convertible tapi tayar Spyder lagi besar.

64 Corvette Sting Ray 2007
Jenis: Mattel Hotwheels
Harga: RM5.90
Aku beli kat kedai lelong. Ada banyak mini cars lain 
dalam kedai tu tapi aku tertarik dengan kereta ni. Mungkin 
kereta ni nampak lusuh dan lama.

65 Impala
Jenis: Mattel Hotwheels
Harga: RM8.90 (harga Parkson). 
 The best part pasal kereta ni...
artwork kat kereta macam doodle.


@themagi2016

Hobi: Kumpul Figurine V (Death Note)

Hai gais! I'm back untuk entri ke-2 bulan ni. Seperti yang aku mention dalam entri sebelumnya, kali ni aku nak update pasal figurine seterusnya iaitu figurine Death Note. Sebelum ni aku ada nampak figurine dewa kematian Death Note keluaran Bandai. Tapi aku tak beli sebab masa tu aku tengah cut bajet. Then, aku pun tak dapat beli figurine tu sebab orang lain dah beli. Tapi aku jumpa koleksi karakter Death Note dalam bentuk chibi. Kali ni aku pejam mata, aku korek dompet and yepp...koleksi DN chibi jadi milik aku.

Okay, bagi sesiapa tanya harga figurine yang aku beli...aku cakap jujur je lah. Set Bleach aku beli RM90. Set Slam Dunk aku beli RM 60. Set Death Note aku beli RM89.90 dan set Star Wars (storm troopers dan snow troopers), kedua-dua figurine tu aku beli RM113. Aku sekarang tengah target satu lagi set...tapi aku tak nak cakap dulu. Dah beli nanti baru aku upload gambar. Okay, aku malas nak taip panjang sebab aku nak buat manuskrip lepas ni jadi...jom tengok~

Introducing L dalam tiga bentuk

Misa Amane, pemilik kuasa Shinigami Eyes.

Light Yagami/Kira dalam dua posisi berbeza.


Yang ini Watari, pemilik Wammy's House
dan penjaga L. Kalau refer watak anime, Watari
is an old man. Tapi bila jadi chibi, Watari jadi
kiut.

Dan ini karakter Dewa Kematian dalam DN.
Lesson learn? Dewa Kematian suka makan epal.


Huu, entri DN selesai. Lepas ni update mini cars, hihi~
@themagi2016

Hobi: Kumpul Figurine IV (Slam Dunk!)

Happy August, gais! Finally, aku dapat curik masa update blog. Macam dah lama sangat tak post apa-apa. Jadi entri kali ni aku nak tunjuk koleksi figura aku yang baru. Actually aku beli masa bulan puasa tahun ni. Baru sekarang aku ada masa nak upload gambar. Sekarang ni, agak mudah nak beli figura kat Kuching sebab kedai toys dah bertambah. Cuma aku belom dapat certain figura yang aku nakkkkk sangat (aku nak Saitama OPM sebenarnya). Okay, sekarang ialah masa untuk tunjuk figurine, bukannya buat karangan 1200 patah perkataan.

So, jom tengok>>>>

Meet Shohoku captain, Takenori Akagi
ataupun terkenal dengan gelaran Gori (singkatan
nama Gorilla)

Ryota Miyagi, pemain point guard.
Player paling rendah dan berambut curl.
Jarang tengok karakter anime lelaki rambut
curl.

Kaede Rukawa, pemain ohsem dalam Shohoku team.
Muka selalu masam tapi girl magnet di sekolah.

Hanamichi Sakuragi, watak utama SD yang 
berperangai macam clown tapi
secret weapon bagi Shohoku. 

Hisashi Mitsui, pemain three-point shooter
yang agak tak stabil emosinya pada awal cerita



Okay, lepas ni aku update entri tentang figura Death Note. Tunggu~
@themagi2016

Monday, 25 July 2016

Adopt Cincang!

Good Monday, gais~ Hari ni aku nak buat short and sweet entry. Pasal meng-'anak angkat' buku aku yang pertama sebagai 'anak angkat' korang. Saja nak bagi spoiler, 'anak sulung' aku ni bakal ada 'adik' tau. Tengah dalam proses pembikinan dan untuk memahami 'anak kedua' yang akan datang, korang kena adopt 'anak yang pertama'. Makanya, marilah adopt Cincang: Dendam Terbalas. Tak mahal proses meng'anak-angkat' buku aku tu...RM20 je.

By the way, aku nak tunjuk 'anak' aku yang kini berada di pasaran. MPH di Kuching akan adopt tak lama lagi. Kasih sayang korang meng-adopt 'anak pertama' amat-amat-amat-amat dihargai dan didahului dengan ucapan Matur Nuwun~

CDT di SMART Bookshop Plaza Merdeka, Kuching
CDT di website Lejen Press
CDT di SMART Bookshop Giant Petra Jaya, Kuching
CDT bergandingan dengan SALINA
CDT di Lejen Press Pesta Buku Gawai Wisma Sanyan, Sibu

@themagi2016