Monday, 5 December 2016

Senarai Permaisuri Yang Memerintah

Hai! Hari ni, 5 Disember. Pepagi aku dah terima berita baik punya. Dan hari ni aku santai depan PC. Jadi aku pun nak update satu entri sejarah. Dah lama tak update entri sejarah, kan? Kali ni pasal pemerintahan diraja yang diterajui wanita. Berapa ramai yang tahu senarai wanita yang memerintah sesebuah kerajaan? Mesti ada yang sebut Elizabeth II, kan? Okay, mari aku senaraikan nama-nama permaisuri yang memerintah.


Image result for hatshepsut
credits: daily mail
Nefertiti
Firaun wanita yang memerintah Mesir Purba pada
kurun ke-14

Image result for hatshepsut
credits: wikipedia
Hatshepshut
Firaun wanita yang memerintah Mesir Purba pada
kurun ke-15

Image result for sammuramat
credits: Pinterest
Sammuramat
Permaisuri Assyiria yang memerintah kerajaan Babylon
pada kurun ke-9.

Image result for cleopatra
credits:EHistory
Cleopatra
Firaun wanita yang memerintah Dinasti Mesir pada
69-30 BC.

Image result for eleanor of aquitaine
credits: women's history
Eleanor of Aquitaine (1122-1202)
Permaisuri England dan Perancis yang sangat berpengaruh
pada kurun ke-12.

Image result for isabella of castile
credits: Pinterest
Isabella I of Castile (1451-1504)
Permaisuri Sepanyol yang bertanggungjawab mengusir
170, 000 penduduk Yahudi dari Sepanyol.

Image result for catherine de medici
credits: wikipedia
Catherine de Medici (1519-1589)
Permaisuri Perancis yang berasal dari Itali dan
menjadi punca tragedi St. Bartholomew (konflik
antara mazhab Protestan dan Katolik).

Image result for mary queen of scots
credits: biography.com
Mary Queen of Scots (1542-1587)
Permaisuri Scotland yang dijodohkan dengan King Francis II
ketika berusia 5 tahun dan naik takhta pada usia 6 tahun.

Related image
credits: frockflicks.com
Elizabeth I (1533-1603)
Permaisuri England yang sangat berpengaruh dalam ekonomi, politik,
sosial dan agama, sekaligus membawa England ke era kegemilangan.
Image result for amina nigerian queen
credits: ada dike's blog
Amina (1560-1610)
Permaisuri Nigeria yang berpengaruh dalam ketenteraan dan membawa
ke era yang kaya dengan emas, hamba dan 'cola nuts'.


Image result for mbande nzinga
credits: black history heroes
Mbande Nzinga (1582-1663)
Permaisuri Angola yang memerintah kerajaan Ndongo dan Matamba
yang dikenali kerana penentangannya terhadap penjajahan Portugis.

Image result for catherine the great
credits: biography.com
Catherine the Great (1729-1796)
Maharani Rusia yang berasal dari Jerman dan menikah pada usia 16
tahun. Pemerintahannya yang agresif menyebabkan Poland dipisah-pisah
dan mengambil Crimea dari Turki.

Image result for victoria
credits: wikipedia
Victoria (1819-1901)
Permaisuri England yang paling lama memerintah England dan membawa
England ke kemuncak zaman kekuasaan kolonial.

Image result for Tsu hsi
credits: AllPosters
Tsu-Hsi (1835-1908)
Maharani China yang menggantikan tempat Maharaja Hs'en yang mangkat.
Walaupun statusnya sebagai gundik, Tsu-Hsi berjaya naik takhta kerana
melahirkan waris lelaki.

Image result for liliuokalani
credits: Alchetron
Liliuokalani (1838-1917)
Pemerintahan Permaisuri Hawaii dalam monarki terakhir, yang mengalami
tekanan kuasa dan ekonomi yang dahsyat dari Amerika. Penentangannya
membawa penahanan dan kerajaan baru ditubuhkan di Hawaii.

Image result for raziya sultan
credits: dot complicated
Raziya al-Din (1236-1240)
Permaisuri kerajaan Mamluk yang mengambilalih tampuk pemerintahan
dan menubuhkan institusi pendidikan berasaskan Al Quran.



@themagi2016

Sunday, 4 December 2016

Figura Kenderaan Mini VII

And again, hai Disember! Aku datang lagi untuk entri ke-2. Alang-alang dah online, kan? Internet sekarang ni cair macam mentega, mesti cepat mengarang entri sebelum aku and line putus cinta. Well, entri kali ni pasal hobi aku as a collector. Ada beberapa bijik mini car aku beli tapi tak sempat nak update dalam blog. Memandangkan sekarang aku tak banyak kerja, tengah free, cuti sekolah, aku rasa masa ni afdal nak main sorong kereta sambil ketawa riang. Err, macam saiko bunyinya.

Anyway, aku nak share mini car aku yang terkini :)


Jenis: Custom 69 Volkswagen Squareback
Keluaran: Tahun 2009
Jenama: Hotwheels
Kategori: Art
Harga: RM8.90


Jenis: 69 Mercury Cyclone
Keluaran: Tahun 2012
Jenama: Hotwheels
Kategori: Flames
Harga: RM8.90


Jenis: 70 Camaro
Keluaran: Tahun 2011
Jenama: Hotwheels
Kategori: Flames
Harga: RM8.90


Jenis: 65 Pontiac
Jenama: Hotwheels
Kategori: Flames
Harga: RM8.90
*note: sesiapa yang beli kereta Hotwheels masa ni di
ToyRUs, ada promosi beli 3 percuma 1. Yang ni aku
dapat secara percuma.


Jenis: Vespa Rally 180 (1968)
Jenama: Fastlane/ ToyRUs
Harga: RM 24.90
*note: saiz vespa ni lebih mini dari saiz standard vespa
keluaran Maisto tapi perincian vespa dari Fastlane
sangat kemas, berat dan comel.


Jenis: London Bus Sightseeing
Jenama: Fastlane
Kategori: Doubledecker
Harga: RM24.90
*note: model bas merah London dua tingkat ni bersaiz mini,
ada satu lagi saiz yang lebih besar dari bas yang aku beli ni
tapi perincian bas ni sangat cantik dan berat. 


Jenis: Toyota Sprinter Trueno
Jenama: Tomica Takara Tomy
Skala: 1/61
Keluaran: Tahun 2013
Kategori: Model kereta anime Initial D
Harga: RM39.90
*note: untuk mendapatkan model kereta ni, aku telah
merantau sampai ke Kinokuniya KLCC dan the best
part is pintu kereta ni boleh dibuka.


Jenis: Volkswagen Type II
Jenama: Tomica Takara Tomy
Skala: 1/65
Keluaran: Tahun 2015
Kategori: Van samba
Harga: RM39.90


Jenis: Police helicopter
Jenama: Maisto
Harga: RM7.14
*note: sejujurnya aku beli helikopter ni tanpa sebab.


Jenis: Volkswagen Samba Old Friend
Jenama: Maisto
Skala: 1/35
Kategori: Van samba
Harga: RM89.90
*note: aku cuma nak bagitahu van ni direka dengan gaya
rustic vintage so jangan tuduh aku rosakkan van ni.


Jenis: Volkswagen New Beetle RSI
Jenama: Burago
Skala: 1/24
Kategori: kereta VW sport
Harga: RM79.90
*note: pintu kereta ni tak boleh dibuka, nasib baik
warna kereta ni cantik.



P/S: Trimas kepada pihak Nuffnang sebab hantar cek beberapa bulan lepas :-D

@themagi2016

Thursday, 1 December 2016

Hashtag #Cincang #CDT #kanibal

Hai Disember! Tak sangka, bulan terakhir dah tiba. Tahun 2016 tak lama lagi nak berakhir. The best year for me, rasanya. Banyak benda yang baik berlaku tahun ni sebab aku dapat job, then buku aku diterbitkan, and manuskrip aku yang satu lagi tengah disunting editor. Gila tak happy aku? So, pada bulan terakhir ni, aku nak announce sekali lagi tentang kelahiran buku sulung aku, Cincang: Dendam Terbalas terbitan Lejen Press. Trimas Lejen Press sebab sudi terbitkan buku aku, besar maknanya bagi aku yang terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 2004 lagi. Tak tahu apa yang aku nak cakap, Aku rasa, screenshot dari Instagram akan bercakap bagi pihak aku.

Jangan lupa, adopt anak sulung aku and vote for Cincang! 
Hashtag #cincang #CDT #kanibal























Err, banyaknya. Macam over pulak screenshot aku. Tapi tak kisahlah over. Bila lagi nak over, kan? Hahaha~ Jadi, marilah adopt anak sulung aku di kedai-kedai buku yang tersenarai kat atas. As long korang nampak buku terbitan Lejen Press kat atas rak buku, my dear CDT mesti ada kat situ. Trimas untuk sesiapa yang dah adopt. Cannibally love yah!


@themagi2016

Sunday, 13 November 2016

Tasting Korean Food

Oh my, aku rasa macam buat larian pecut bulan ni. Sedar tak sedar, ni entri ke-5 untuk November, rehat panjang aku lepas ni sampai Disember. And yup, entri kali ni bukan pasal aku bergumbira kat KL. Tapi aku nak promote bisnes member aku. As she said, Korean food delivery at Kuching and Samarahan. Again, aku repeat...Korean food delivery at Kuching and Samarahan. Maka, kepada mereka yang nak merasa makanan Korea yang halal dan sampai terus ke rumah anda....pastikan anda seorang Kuchingites or Samarahanian yang tinggal di Kuching dan Samarahan...hehehe~

Okay, aku bukan nak kata Kuching ni tak ada restoran Korea. Memang ada, tapi aku tak berani nak masuk sebab aku takut harga menu diorang mahal dan tak ada jaminan halal. Memandangkan member aku ni buat bisnes Korean food delivery, aku decide nak cuba.


Menu pertama yang aku cuba ialah Tteokbokki (kiri) dan
Bibimbap (kanan). Harga Tteokbokki ialah RM10 dan
harga Bibimbap ialah RM8. Antara dua menu ni, aku suka
Tteokbokki. Gravy dia sedap. Bibimbap ni agak tawar sebab
aku ni pemasin orangnya. Best part is, aku boleh request mintak
masinkan sikit telur omelet dalam Bibimbap tu..

Second menu yang aku order ialah Bulgogi (kiri) dan
Takgangjeong (kanan). Harga Bulgogi RM 8 dan
Takgangjeong ialah RM10. Aku suka Takgangjeong,
ayam dia sedap. And about Bulgogi, aku request daging
tu kasi pedas sikit. Sikit je. Baru ada kick. But overall,
aku puas hati dengan setiap pesanan yang aku buat. Setiap menu
disiapkan dengan kemas, teliti dan dihantar tepat pada waktunya.


So, untuk mereka berminat nak order (yang duduk area Kuching & Samarahan shj), boleh whatsapp 016-5789330. Setiap pesanan adalah seperti berikut.

1 box= RM5 delivery charge
2 boxes= RM3 delivery charge
3 boxes= Free delivery charge

Untuk sebarang info lanjut, korang contact je terus dengan owner dia. Refer nombor telefon kat atas. Okay, selamat mencuba and annyeong~


@themagi2016