Sunday, 21 May 2017

Lazada: My Online Shopping's 1st Love!

Image result for lazada
Hello, peeps! I'm back untuk entri bulan Mei. And this time I want to write my entry in 'rojak' style. Macam rojak yang ada macam-macam benda (eg: rojak buah- ada timun, nenas, sengkuang, kekacang, bla-bla-bla), Lazada- the online shopping medium pun ada macam-macam benda yang best. At first, aku tertanya-tanya Lazada ada jual apa? Then, aku pun explore dan aku tertanya-tanya lagi- macam mana aku nak beli? At that time, kad bank aku tak ada fungsi untuk beli barang secara online. So, aku pun pendam hasrat hati nak beli barang atas talian.

Then, aku buat pertukaran kad bank dan kad bank aku berfungsi sebagai kad debit. Sekali lagi, aku mengintai-intai Lazada. Rasa nak membeli makin bertambah. Maka aku pun try add item ke dalam cart. Sayangnya bila aku nak proceed, aku tak dapat bayar sebab masalah sekuriti. Aku kena contact pihak bank untuk selesaikan masalah yang sebenarnya boleh diselesaikan kurang 30 minit. Bodohnya aku, benda macam tu pun aku tak boleh selesaikan awal-awal.

Item yang sampai
minggu lepas
Dan pada detik pertama aku membeli item di Lazada, aku rasa aku dah jatuh cinta. Benda pertama yang aku beli ialah Lucky Stab, barrell yang boleh meloncat dalam rancangan Running Man. Item kedua, aku beli mini cute Groot Guardian of the Galaxy. Item ketiga aku beli Nendoroid One Punch Man Saitama. Seterusnya, aku beli wooden mannequin dan women hoodies. So far, aku sangat berpuas hati dengan setiap item yang aku order. Semuanya cepat sampai. Rasanya setakat ni, aku paling surprise dengan mini cute Groot yang aku order sebab aku tak expect saiz Groot tu tersangatlah kecik. But still aku suka sebab mini cute Groot tak makan space dalam bilik aku. And now, aku tengah tunggu item baru which is Kaonashi dan teeth trainer.



Apa yang best pasal Lazada ni?

  1. Banyak item yang sama tapi harga berbeza. Aku berpeluang untuk memilih sepuas-puas hati.
  2. Penghantaran cepat especially dari luar negara. Tak sampai dua minggu pun. Kadang-kadang lebih cepat dari tarikh jangkaan.
  3. Barang yang dihantar dalam keadaan baik. Aku tak perlu sibuk nak buat complaint.
  4. Senarai produk banyak. Benda yang aku tak dapat beli di luar, aku boleh dapatkan di Lazada.
  5. Sistem pembayaran yang selamat, cepat dan tak merumitkan customer.
  6. Ada banyak diskaun untuk produk. Aku paling suka diskaun.
  7. Tak ada isu barang lambat sampai (setakat ni lah).
  8. So far, produk yang dipaparkan tak ada perbezaan yang teruk dari aspek fizikal.
  9. Last but not least, Lazada sentiasa inform proses penghantaran barang dan tarikh jangkaan. Jadi customer tahu barang sedang dihantar, dah dihantar atau belum dihantar.
By the way, membeli-belah atas talian boleh menyebabkan ketagihan. Aku akan berusaha dengan gigih untuk kawal diri sendiri. Whatever it is, aku rasa Lazada ialah my online shopping's first love! Lepas ni aku akan update sikit item yang yang aku beli dalam entri hobbies. Orite guys, my entry ends here.

Meet you at the other side :)
@themagi2017

Thursday, 4 May 2017

Kerjaya Singkat 3 Tokoh Besar di Malaysia

Selamat pagi kepada pengunjung MaGi! Entri kedua untuk bulan ini- mengenai kehidupan singkat 3 tokoh di Malaysia. Sebenarnya aku dah cari info mengenai topik ni tapi aku tak jumpa banyak. Jadi aku masukkan 3 tokoh je yang meraih kejayaan di dalam kerjaya pilihan mereka tapi sayang, kejayaan mereka tak seiring dengan kesihatan. Senang cerita, tokoh-tokoh ni mempunyai kerjaya yang singkat.

Tokoh-tokoh yang dimaksudkan:


Image result for tun abdul razak bapaNama: Tun Abdul Razak Hussein
Asal: Pahang
Gelaran: Bapa Pembangunan Malaysia
Lahir: 11 Mac 1922
Meninggal dunia: 14 Januari 1976 (53 tahun)
Posisi: Perdana Menteri Malaysia ke-2
Tempoh bertugas sebagai PM: 22 September 1970-14 Januari 1976 (5 tahun 4 bulan)
Sebab meninggal dunia: Mengidap leukimia


Image result for dato seri aminuddin bakiNama: Dato Seri Aminuddin Baki
Asal: Perak
Gelaran: Bapa Pendidikan Malaysia
Lahir: 26 Januari 1926
Meninggal dunia: 25 Disember 1965 (39 tahun)
Posisi: Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KP termuda yang dilantik. Ketika itu beliau berusia 36 tahun)
Tempoh bertugas sebagai KP: 1962-1965 (3 tahun)
Sebab meninggal dunia: Serangan jantung secara tiba-tiba





Nama: Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem
Image result for Dato seri adenan satemAsal: Sarawak
Gelaran: Bapa Perpaduan dan Pembangunan Sarawak
Lahir: 27 Januari 1944
Meninggal dunia: 11 Januari 2017 (73 tahun)
Posisi: Ketua Menteri Sarawak ke-5
Tempoh bertugas sebagai KM: 28 Februari 2014-11 Januari 2017 (2 tahun 10 bulan 11 hari)
Sebab meninggal dunia: Komplikasi jantung



@themagi2017
ruj: wikipedia | arkib.gov

Wednesday, 3 May 2017

Hobi: Kumpul Figurine VI

Hello Mei! Sekarang dah masuk bulan 5, makin hampir dengan pertengahan tahun dan of course, bulan puasa tak lama lagi. Memandangkan sekarang aku tengah melepak depan PC, tak ada keja nak buat, tengah rileks dan bosan, aku decide nak update entri bulan 5. Rasa macam lama tak update pasal figurine so hari ni, mari kenal2 dengan koleksi aku yang paling latest ^^


Slam Dunk (Hanamichi + Sendo) Action figure
Hisashi Mitsui 80mm.
Yang ni aku suruh adik aku beli kat Speedy di Miri
sebab aku tak jumpa kat Kuching. Dah lama aku
mengidam nak simpan koleksi chibi dua ekor ni.

Banpresto Son Goku 2008 Action Figure. Ekor Goku
tu boleh dijadikan sebagai tempat selit papernote.
Aku beli kat Speedy- RM31.90. Compare to Goku besar
dan Goku kecik, aku sebenarnya lagi prefer Goku kecik
sebab Goku kecik lebih comel.

Robi (mini robot sample). Aku beli magazine Robi siri 1
kat MPH bookstore dengan harga RM24.90 semata-mata sebab 
nak dapatkan Robi kecik ni. FYI, kalau nak beli Robi
besar...aku tak pasti aku mampu ke tidak. Mahal oo~

Bobble head Funko Pop! Star Wars Rogue One
K2SO. Aku beli kat toys department Parkson selepas
beberapa bulan keluar memburu. Harga taklah mahal sangat,
tak jugak murah- RM65. Takpe, beli sekali je.

Okay, aku tipu. Aku beli satu lagi K2SO pada hari yang
sama aku beli bobblehead K2SO. Tapi yang ni version
asal, bukan version kepala besar. Star Wars Rogue One 
KS20 + zipline action ni keluaran Hasbro, harga RM62
dam tinggi 3.75 inci. Musim memburu K2SO nampaknya
dah selesai.


And now, aku tengah memburu Groot dan Saitama One Punch Man.
Nanti aku update entri baru bila aku dah selesai hunting :D


@themagi2017

Monday, 17 April 2017

Nuansa Indonesia di Perkampungan Kuching

Kuching, sebuah bandaraya di Sarawak. Ditadbir oleh dua gabenor dan dikenali sebagai 'cat city'. Sebagai sebuah kota yang sudah lama wujud, Kuching menyimpan pelbagai sejarah di setiap sudut. Berbeza dari mana-mana bandaraya yang terletak berhampiran dengan laut seperti Johor Bahru, Kota Kinabalu atau Melaka, Kuching terletak di tepi Sungai Sarawak. Sungai tersebut telah menghubungkan jaringan perdagangan, kepelbagaian budaya,  dan juga pertukaran ilmu.

Tarikan Kuching boleh dilihat menerusi keindahan tebingan Kuching pada sebelah petang, laksa Sarawak, dan pengaruh senibina abad ke-19. Selain itu, tarikan lain di Kuching ialah nuansa Indonesia yang diterapkan di dalam perkampungan Kuching. Seperti yang diketahui, Kuching mempunyai senarai nama perkampungan yang diberi bersempena dengan nama daerah/kawasan di Indonesia dan ia memberi petunjuk mengenai hubungan Kuching-Indonesia di masa lalu.

Antara nama-nama daerah/kawasan Indonesia yang dijadikan nama perkampungan di Kuching ialah:

Image result for kampung boyan kuching
Credits: Panoramio.com
Kampung Boyan, Kuching (dan juga Pangkalan Encik Omar).
Di Indonesia, nama Boyan dieja sebagai Bawean dan ia
merupakan sebuah pulau yang terletak 150km di Laut Jawa.

Image result for kampung gersik kuching
Credits: Uncleawangcapture.blogspot.com
Kampung Gersik, Kuching (dan bumbung DUN baru Kuching).
Di Indonesia, nama Gersik dieja sebagai Gresik dan ia merupakan
sebuah daerah di Jawa Timur.


Related image
Credits: Mapcarta.com
Kampung Semarang, Kuching. Di Indonesia, Semarang
merupakan sebuah bandaraya besar di Jawa Tengah sejak
abad ke-15, pernah dikuasai oleh Belanda selama ratusan
tahun dan pernah dijajah oleh kuasa Jepun pada Perang
Dunia ke-2.

Map of Kampung Demak Baru Fasa 1, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Credits: Google Map
Perkampungan Demak, Kuching merupakan sebuah kawasan
penempatan besar yang dibahagikan kepada beberapa bahagian
iaitu Demak Jaya, Kampung Demak Baru Fasa I & II. Laluan di
sekitar penempatan ini dikenali dengan nama Wali Songo seperti
Jalan Kalijaga, Jalan Sunan Ampel dan Jalan Gunung Jati. Di
Indonesia, Demak merupakan merupakan sebuah daerah di Jawa
Tengah dan tempat bermulanya Kesultanan Demak- juga tempat
bermulanya kemahsyuran sembilan wali warak di Tanah Jawa.

Image result for kampung sourabaya kuching
Credits: iamyourgurupntay.blogspot.com
Kampung Surabaya, Kuching yang terletak berhampiran
dengan Kampung Boyan, dihubungkan dengan sebuah
jambatan. Di Indonesia, Surabaya ialah ibu kota di Jawa
Timur dan kota kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta.



@themagi2017
ruj: wikipedia | kompasiana.com | sarawak tourism