Wednesday, 5 July 2017

BULI: Antara Mental Pembuli dan Mangsa Buli

Salam Julai. Salam Syawal. Salam keamanan untuk semua. Seperti yang aku pernah sebut dalam entri bulan 6, entri bulan ni berkisar tentang isu berat. Tentang anak-anak, tentang perkahwinan. Sekarang aku nak bincangkan isu buli. Sejak kebelakangan ni, kes buli makin menjadi-jadi. Sampai ke tahap jenayah dan pembunuhan. Kita semua tahu kes yang berlaku pada tahun ni, aku tak nak sebut nama mangsa di sini sebab aku tak sampai hati nak tulis kronologi kematian mereka. Orang sindir kita pun kita dah sakit hati dan rasa nak mengamuk, bayangkan kena buli dan dera sampai mati? Bagi aku, itu bukan buli lagi- itu pembunuhan. Sebab?

Terlebih gurau, terlebih nakal atau terlebih marah; ada syaiton nirojim di tengah-tengah. Si syaiton nirojim tu la yang tiup hati kita sampai kita terlebih excited. Kau ingat makhluk ketiga tu cuma pilihan pasangan yang duduk berdua sendirian je ke untuk dihasut? 


Menyingkap Masalah Buli

Image result for bullies
Credits: money.cnn.com
Buli bermula di peringkat sekolah, ia berlanjutan hingga ke luar sekolah. Merangkumi tempat kerja, kejiranan, masyarakat dan juga di kalangan keluarga sendiri. Buli kecil-kecilan boleh dilihat menerusi tutur kata yang memperkecil-kecil fizikal atau mental seseorang secara konsisten, yang mampu mempengaruhi fikiran mangsa buli sehingga mangsa berasa tidak selesa, hilang ketenteraman dan mewujudkan rasa tidak yakin pada diri. Buli yang lebih besar ialah gabungan penderaan mental dan fizikal. Ia merosakkan psikologi mangsa ke tahap yang lebih besar dan ia membawa kesan yang lama dalam tempoh jangka panjang sekiranya mangsa berjaya melepasi keadaan tersebut.

Jika aku nak fokuskan tentang masalah buli, ada banyak sebenarnya. Sebagai mangsa buli yang dibuli sejak dari tadika sampailah ke sekolah menengah, aku tahu apa perasaan dibuli. Layanan buli yang aku terima paling awal sekali ialah ejekan kawan setadika. Mereka rampas barang-barang aku dan mereka campak makanan mereka kat kepala aku sambil mengatakan aku bodoh dan buruk. Masa tu aku tak faham, kenapa mereka buat aku macam tu?

Fasa buli yang aku terima seterusnya ialah transisi perubahan buli mental/emosi ke arah fizikal. Ia bermula dengan layanan dingin dan asyik mengulang perkataan yang sama iaitu- aku ni buruk. Kemudian, baju aku digunting. Aku difitnah rakan sekelas atas tuduhan mencuri sampai aku dihukum. Mereka ganggu aku sepanjang waktu di kelas, dihimpit menggunakan meja atau kerusi. Ataupun kepala aku dipulas gaya gusti WWE dan cara yang paling senang sekali ialah mereka pergunakan cikgu untuk menentang aku. Masa tu aku betul-betul tak faham, kenapa mereka layan aku macam ni?

Selepas itu, aku masuk ke alam sekolah menengah dan transisi buli berubah sekali lagi. Kali ini lebih ke arah mental/emosi. Bekas rakan sekelas di sekolah rendah memalukan aku depan pelajar lain- mengungkit kisah membuli mereka terhadap aku. Menunjukkan bahawa aku lembik, bangang, dan senang untuk dibahankan. Aku dah remaja masa tu, mestilah aku rasa malu bila diburuk-burukkan. Jadi masa tu aku mula faham satu perkara- aku tak boleh dipandang rendah lagi.


Kenapa Membuli?

Kenapa membuli? Itulah persoalan yang pernah bermain di fikiran aku apabila aku teringat semula dengan sikap mereka yang pernah membuli aku. Dulu aku betul-betul tak puas hati, aku marah. Aku pernah berharap mereka mati kena langgar treler la, kena hempap batu bata la, mati kebakaran la. Semua harapan tu wujud disebabkan aku marah. Malah aku pernah berharap suatu hari nanti kalau mereka berkahwin, pasangan mereka tu jenis tak guna dan anak yang mereka ada nanti akan jadi mangsa buli atau kaki buli yang jauh lebih teruk. Biar mereka rasa apa yang aku rasa, apa yang aku tanggung selama 10 tahun dan kerosakan emosi yang aku hadapi.

Tapi sekarang, aku berjaya melepasi dunia pembulian. Masa mematangkan usia dan fikiran. Apa yang berlaku suatu masa dulu, biarlah Tuhan yang uruskan. Aku mula melihat kehidupan aku di masa lalu dari perspektif yang berbeza. Kenapa mereka membuli? Kenapa aku dibuli? Kenapa wujudnya buli? Dan kenapa buli masih wujud?

Sebagai pemerhati yang pernah melalui pengalaman tersebut, aku nak kongsi sikit apa yang aku perhati selama ni, selama aku dibuli dan bagaimana aku berusaha untuk melepaskan diri dari dunia tersebut. Hidup selama 29 tahun di atas bumi yang bulat ni, aku rasa dah tiba masanya untuk luahkan pemerhatian aku dalam bentuk catatan.


Mental Pembuli

Bila kita dengar kes buli dan jenayah buli yang membawa kematian, kita mesti tertanya- apa yang ada dalam kepala otak pembuli ni? Buli sampai ke tahap membunuh, bagi aku tu dah separuh dari kegilaan. Mereka gagal mengawal kewarasan mereka sebagai manusia dan sebaliknya membiarkan sifat 'animal instinct' (atau macam yang aku sebut kat atas, hasutan syaiton nirojim) merosakkan pertimbangan akal. Buli secara fizikal dan mental tapi tidak mendatangkan kematian, yang itu ada banyak sebab.

Bila sebut sebab-sebab membuli, di sini aku senaraikan berdasarkan pemerhatian aku secara ringkas sebagai mangsa suatu masa dahulu. Kebarangkalian senarai ini mungkin 50% ke 80% sama seperti mangsa buli yang lain. Aku akan pecahkan senarai ke dalam 5 bahagian iaitu:

1. Masalah keluarga

Ada segelintir pembuli yang membuli aku dulu tu ada masalah keluarga. Masalah tu tak semestinya penceraian, penderaan atau penolakan dalam hubungan kekeluargaan. Bagi  kes aku, si pembuli ni seorang abang. Anak sulung dan diberi tanggungjawab untuk menguruskan adik-adik. Seawal usia 8 tahun, dia uruskan macam-macam kerja di rumah. Keluarga dia pun bukannya orang senang. Masa tu aku tak tahu dia stres. Stres akibat bebanan tanggungjawab yang dia terima pada usia yang masih muda. Aku pernah jumpa adik dia, adik dia selalu puji abang dia baik. Tapi bila masuk dalam kelas, perangai abang dia macam jilake. Sekarang, aku tahu kesan bebanan di rumah dia cuba lepaskan pada orang yang dia tengok lemah dan senang dipijak- iaitu aku. Well, dia tak dapat nak luah rasa marah depan mak bapak dia, so dia cari orang lain sebagai ganti.

2. Too proud too fragile

Ko tanya apahal aku letak statement kat atas untuk merujuk sebab membuli? Too proud too fragile- ini ialah isu dalaman bagi sesetengah pembuli. Bagi kes aku, si pembuli ni budak baru di sekolah. Dia masuk masa Darjah 4 dan dia rasa sekolah baru dia ni tak sebaik sekolah yang dulu. Dia ni anak dari keluarga baik-baik, mak bapak dia jenis warak, keluarga kelas pertengahan yang hidup selesa dan secara ringkasnya, keluarga dia ni tak bermasalah pun macam poin kat atas. Tapi kenapa dia membuli? Dia rasa dia bagus sangat. Dia pandai mempengaruhi kawan sekelas. Dia pandai secara akademik, ada rupa dan aktif bersukan. Cuma satu je masalahnya- mulut dia 'vavi' sangat. Masa tu aku tak tahu isu ke'vavi'an dia tu ialah simptom bangga diri yang wujud disebabkan ada rasa fragile pada diri. Aku boleh andaikan dia mengalami masalah untuk memenuhi expectation mak bapak dia yang alim. Aku pernah nampak dia berbeza sangat bila mak bapak dia datang ke sekolah. Sopan, lembut, taat. Tapi bila mak bapak tak ada, ke'vavi'an mulutnya menjelma semula.

3. Follower

Manusia ni, kalau ada yang mulakan sesuatu, ada la yang nak mengikut. Begitu juga dengan kes buli. Bila seorang kawan yang acah-acah pailang dan gengster belasah budak lemah, ada la yang nak uji kekuatan dan nak tumpang glemer. Bagi kes aku, ramai yang jadi follower ni. Si A buli aku, dia pun nak buli. Bila si B kutuk aku, dia pun nak mengutuk. Sebab? Dia tak nak ditinggalkan, dia nak rasa setaraf jadi golongan alpha di sekolah. Ataupun dia takut kalau dia tak ikut sama, dia pulak yang kena buli. Sebenarnya sebahagian dari kumpulan membuli ni adalah masalah inferior terhadap diri mereka dan psikologi mereka menggesa supaya rasa inferior itu perlu digantikan dengan memasukkan diri ke dalam kelompok yang dapat membangkitkan keyakinan mereka. 

4. Animal Instinct

Kalau korang dah baca sampai ke bahagian ni, maksudnya korang mesti dah perasan aku dah sebut pasal animal instinct. Aku tertarik dengan perbincangan Prof. Dr. Muhaya yang menyebut proses didikan anak fasa pertama ialah kasih sayang pada usia 0-6 tahun, disiplin pada usia 7-14 dan seterusnya ialah proses keremajaan menuju ke alam dewasa- memerlukan pendekatan yang berbeza. Okay, aku tak nak sentuh bab tu. Tapi sepanjang proses 0-6 tahun, otak manusia akan mencirikan sifat 'blind nature'. Sebab tu korang tengok budak-budak sukar dikawal, bertenaga dan degil. Masa tu, mak bapak perlu memainkan peranan untuk kawal perkembangan perilaku anak-anak secara lembut dan konsisten sehingga sahsiah diri anak-anak terserlah menjelang usia 7 tahun. Tapi bila mak bapak menggunakan konsep "Biarlah...budak lagi" atau menghukum tanpa bertanya ataupun mak bapak sendiri tidak menjaga sikap, korang tahu sendiri lah jawapannya.

Bagi kes aku, itulah yang berlaku pada sesetengah pembuli yang membuli aku sebab sikap animal instinct mereka tak dikawal oleh mak bapak mereka, lebih-lebih lagi di kalangan budak lelaki. Aku pernah dengar sesetengah bapak berkata "Budak lelaki mesti berani mesti kuat. Kalau lemah, penakut tu orang pengecut." Jadi mereka tak begitu kisah jika anak mereka berkelakuan kasar kerana baginya itu adalah sikap anak laki-laki sejati. Well, very typical minded. Pemikiran macam nilah yang menggalakkan anak-anak meluahkan tenaga mereka dengan cara yang tidak baik. Aku tahu, budak-budak lelaki yang buli aku tu dulu kononnya nak membuktikan kejantanan mereka. Kalau tak tunjuk kuat, tak jantanlah namanya. Pui~

5. Angkuh

Okay, inilah yang spesis pembuli yang korang akan jumpa di mana-mana. Angkuh, sebab pembuli ni ada segalanya. Pandai, ada rupa, keluarga sempurna, berharta dan apa yang dia nak, semuanya dia dapat. Sampai ke satu tahap, orang macam ni rasa nak menguasai orang lain. Dia nak buktikan bahawa dia mampu dapatkan apa saja yang dia nak.

Bagi kes aku, pembuli ni anak orang senang. Bapak dia berpangkat besar dalam badan berkanun. Orangnya tinggi dan berkulit cerah, keluarga dia sempurna dan dia pun pandai. Dia selalu bermegah-megah dengan apa yang dia ada dan memandangkan bapak aku ni cuma staf bawahan bapak dia, dia pandang rendah pada aku. Dia anggap berkulit hitam tu jijik, bergigi senget tu hina dan hidup miskin tu sesuatu yang lucu untuk diketawakan. Dia bukan setakat buli orang secara mental/emosi, dia juga membuli secara fizikal- boleh pulak dia arahkan member satu kelas pergi bersihkan bilik tidur dia kat rumah dan siapkan kerja sekolah dia? Lepas tu boleh pulak pinjam duit member dan tak bayar-bayar. Dah macam gengster kononnya. Korang nampak tak kesan bila terlebih memanjakan anak boleh mewujudkan keangkuhan dalam diri anak tersebut?


Mental Mangsa Buli

Sekarang kita masuk ke bahagian mental mangsa buli. Dalam dunia ni ada mangsa buli. Ramai yang kecundang. Ramai juga yang berjaya. Aku tak kata aku ni manusia berjaya tapi sekurang-kurangnya aku berjaya membuktikan aku tak lemah. Jadi, topik kita sekarang ni ialah- Kenapa dibuli? Sebab apa dibuli? Dan bagaimana buli tercetus? Di sini aku nak kongsikan situasi pembulian yang dihadapi oleh mangsa buli. Aku tak tahu keadaan mental mangsa buli yang lain, mungkin lebih teruk dari aku. Mungkin juga ada yang senasib dengan aku. Tapi aku rasa kebarangkalian senarai aku ni mungkin 60%-85% dari apa yang pernah berlaku. Apa-apapun, mangsa buli ni mempunyai kelompok tersendiri iaitu:

1. Easy target

Easy maksudnya mudah. Mudah nak faham, kan? Bila seseorang tu nampak mudah (dalam erti kata lain: baik sangat, polos dan pendiam), golongan alpha yang ada animal instinct, angkuh dengan diri sendiri, dan teringin nak tunjuk skil bossy pasti tercari-cari mangsa yang sesuai untuk ditunggang. Aku tak pernah dengar mangsa buli tu kuat. Kebanyakannya lemah dan kesunyian. Orang macam merekalah yang akan menjadi 'makanan' pembuli sebab mereka mudah dibuli dan takkan berani melawan. Keadaan ini menyebabkan mangsa buli tidak dapat mengembangkan kebolehan ataupun bakat yang mereka ada dipergunakan untuk memudahkan orang lain. Sebab itulah mereka digelar easy target.

2. Kekurangan Fizikal

Okay, yang ni memang biasa berlaku dalam masyarakat kita. Asal buruk sikit, hina. Asal hitam sikit, kutuk. Asal senget sikit, maki. Seolah-olah cantik tu begitu supreme dan sempurna. Bagi yang rasa diri tu perfect sikit dari mangsa buli, kekurangan fizikal akan menjadi sumber bahan api bagi kaki buli untuk membakar semangat mereka untuk membuli. Membuli menimbulkan keterujaan dan memenuhi kehendak liar mereka. Ada sesetengah pembuli mengatakan, kekurangan fizikal mangsa buli membuatkan mereka rasa menyampah, jijik dan menyakitkan mata. Mereka tak suka mangsa buli di depan mereka, mereka rasa mangsa buli patut nyah dari dunia ni sebab mangsa buli tu buruk macam sampah. Bagi akulah, pembuli tu yang patut nyah dari dunia ni. Ko ingat ko sempurna sangat?

3. Bukan Follower

Tak semua mangsa buli ni tak melawan. Ada yang melawan sebenarnya, macam aku. Ada mangsa buli tak redha kena buli setiap hari, mereka tak nak jadi follower- ikut je kata pembuli buat itu ini. Tapi pembuli jadi makin marah, makin sakit hati bila dilawan. Maka makin menjadilah rasa nak membelasah orang. Mangsa buli jenis yang ketiga ni selalunya ada tiga peluang- sama ada dia berjaya lepas, dia terpaksa akur ataupun dia mati. Bagi kes aku, aku melawan dalam diam. Aku tak nak biarkan mereka lemahkan fikiran aku walaupun mereka sakitkan fizikal aku. Apapun yang mereka buat, aku diamkan diri. Macam batu yang tak ada perasaan. Sebab aku tak lawan cakap mereka masa tu? Mak aku cakap, kalau lawan api dengan api, maka semualah terbakar. Makin mereka buat aku, aku makin diam dan aku tak nak ambil peduli. Ko ghase? Macam peninju lawan bongkah batu. Tapi ada sesetengah mangsa buli, hati mereka tak kuat untuk melawan dalam diam. Sebab tu aku kata mangsa buli kategori ni ada tiga peluang. Mereka ni mungkin diperhambakan atau berakhir dengan kematian. Mintak dijauhkan dari perkara-perkara macam tu.

4. Dicemburui

Tak semua orang yang dibuli tu hodoh, miskin, buruk atau nerd. Kadang-kadang, yang cantik yang kaya yang ada segala-galanya pun kena buli. Sebab apa? Mangsa buli ni dicemburui. Si pembuli rasa tercabar sehingga mewujudkan ego. Bagi kes seorang mangsa buli yang aku kenal dulu-dulu, dia ni pandai, ada rupa dan keluarga pun boleh dikatakan senang dan bahagia. Tapi dia disuruh buat kerja sekolah pelajar lain, salin nota, kemas rumah orang dan duit pun selalu kena pinjam. Ko tahu apa maksudnya? Dia dilayan macam tu atas dasar ketidakpuasan hati para nokharom yang tak guna. Pantang tengok orang lebih sikit, mula lah nak tunjuk hebat. Mangsa buli dalam kelompok nombor 4 ni tak sedar bahawa dia tu ada banyak kelebihan yang orang lain inginkan. Kalaulah dia buka mata dan beranikan diri, dia akan bebas dari kelompok ni.

Sejujurnya, orang tak tahu apa yang terjadi pada mental mangsa buli selepas melalui pengalaman macam tu. Macam aku sendiri, kesan dari kejadian macam tu aku mengalami beberapa simptom pasca-buli dan sisa simptom tu masih ada sampai sekarang. Aku rasa segelintir mangsa buli mengalami isu yang sama macam aku iaitu:
  • Masalah identiti: mangsa buli tak tahu mereka ni manusia ke sampah, atau makhluk ciptaan Tuhan ke sandbag, atau tak tahu mereka ni layak kekalkan jantina ke atau patut tukar jantina. Macam kes aku, aku nak jadi lelaki. Aku nak jadi kuat jadi aku tak kena buli lagi. Tapi tak jadi lelaki pun aku boleh jadi kuat. Manusia kuat kerana ilmu, kerana akal dan kerana adab. Merepek je aku ni masa kecik-kecik dulu, haha~ 
  • Perubahan emosi: mangsa buli biasanya merasakan hidup mereka dirosakkan oleh pembuli. Bagi mangsa buli sekolah rendah, keindahan zaman kanak-kanak dah tercemar dengan realiti sebenar kehidupan yang serba ganas. Bagi kes aku, kesan pembulian mewujudkan masalah psikologi yang hampir sama seperti thanatophobia. Aku jadi takut pada kehilangan. Especially kalau hilang duit...rugi oo~
  • Perkembangan sikap: sesetengah mangsa buli mengalami pelbagai perkembangan sikap. Ada yang kembali normal dan hidup bahagia. Ada yang menjadi murung dan hilang arah tuju. Ada yang bertukar menjadi agresif dan sukar dikawal (ada yang menyalurkan rasa marah kepada orang lain dan menjadi pembuli). Ada juga yang berubah menjadi lebih progresif dan menjadikan nasib malangnya sebagai self-inspiration. Dalam kes aku, aku anggap kisah lama sebagai terapi. Aku dapat apa kalau aku marah dengan benda yang dah lepas kan? Rilek suda...
  • Skil sosial- Poin terakhir ni lebih kurang macam poin kat atas tapi yang ni merujuk kepada rangkaian sosial yang lebih luas, bukannya bersifat individualistik. Mangsa buli biasanya mengalami sedikit masalah untuk bersosial. Itu yang aku hadapi sebelum ni yang berpunca dari masalah self-esteem yang sangat rendah, kecewa, malu dan terkurung dalam dunia sendiri- aku takut kena kritik. Tapi kan, bosan kalau hidup macam tu. Aku pun tak pasti berapa lama aku hidup kat dunia ni. Why not berubah dan buktikan kemampuan yang aku ada? Enjoy life while it lasts.

Kewujudan Buli

Sejujurnya, buli wujud kerana adanya golongan yang dominan dan ada golongan yang tak dominan. Kemudian, wujudnya ruang, sebab dan punca untuk membuli. Buli akan sentiasa ada selagi golongan dominan merasakan mereka layak untuk mendominasi dan golongan yang kurang dominan berjaya didominasi. Masalah ini sebenarnya wujud apabila kepelbagaian atau perbezaan tidak diterima. Aku tak dapat membantu golongan pembuli supaya sedar dari perbuatan mereka selagi ego mereka masih ada. Aku juga tak dapat membantu golongan dibuli supaya bangkit menentang selagi hati dan minda mereka tak kuat. Aku cuma dapat cakap satu je:

Kita manusia ni sama je. Ko cantik, ko buruk...ko tetap ciptaan Tuhan. Tak ada siapa pun yang sempurna. Dah mati nanti tinggal tulang jugak, kan?



Pesanan dari pemerhati dan pernah mengalami: Shield Sahran
@themagi2017

Tuesday, 4 July 2017

Sebelum Mengakhiri Zaman Bujang

Image result for marriage
credits: spreadshirt.com
Morning gais! Entri kedua bulan ini, bulan perayaan dan bulan yang sama untuk makcik-makcik tanya soalan cepu emas kepada mereka yang masih bujang iaitu:

"Bila nak menikah?"

Bergegar kepala lutut bila dapat soalan macam ni. By the way, aku pun kena soal macam ni- dah beberapa tahun aku kena soal-siasat. Tapi aku tak marah bila ada yang berkias-kias, tak takut ke jadi anak dara tua? Aku ni sebenarnya jenis okay je kalau jumpa jodoh, tak sedih pun kalau tak jumpa jodoh. Aku tak kisah kalau orang cakap aku tak laku sebab aku tahu aku bukan produk supermarket dan aku rasa ramai yang masih bujang di luar sana ada sebab tersendiri kenapa masih membujang sampai sekarang.

Wahai makcik-makcik, jiran tetangga, saudara mara dan sekalian manusia yang selalu ingin tahu fikiran orang bujang yang masih belum menikah, baca entri ni sampai habis. Aku bagi senarai yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi kenapa orang bujang masih kekal membujang. Dan kepada orang bujang yang mengakhiri zaman bujang, korang perlu baca ni juga untuk buat keputusan dengan bijaksana.

Kenapa orang bujang masih membujang? Jawapan di bawah adalah kebarangkalian yang mungkin dihadapi mereka yang masih bujang (dan situasi tersebut memang pernah terjadi):
  1. Nak bina kerjaya
  2. Nak kumpul duit
  3. Nak kejar impian
  4. Nak menikmati kehidupan bujang sepuas-puasnya. Tak nak menyesal kemudian hari.
  5. Nak cari pasangan hidup yang benar-benar sesuai.
  6. Nak pastikan pasangan yang dipilih memang betul-betul serasi.
  7. Nak belajar ilmu perkahwinan dulu sebelum mendirikan masjid.
  8. Masih patah hati disebabkan hubungan lalu yang gagal
  9. Malas nak hidup berpasangan, masih suka jadi lone ranger
  10. Tak minat pasal cinta (tapi lebih cintakan hobi)- bercadang untuk membujang sampai mati.
  11. Sedang hangat bercinta tapi lamaran tak datang-datang.
  12. Masih suka berhibur dengan rakan-rakan, belum bersedia untuk diikat.
  13. Tak jumpa jodoh yang diharapkan, akhirnya buat keputusan untuk jaga keluarga dan kekal membujang.
  14. Rasa rendah diri, tak yakin nak bercinta apatah lagi nak berkahwin.
  15. Suka bersendiri, bebas dan tak dikawal sesiapa.
  16. Tak pernah bercinta dan tak pernah patah hati, so tak kisah membujang selama mana dia nak.
  17. Cinta asyik berganti-ganti, perkahwinan hanya tinggal angan-angan.
  18. Menderita sakit. Sanggup membujang daripada berkahwin sebab tak nak tinggalkan pasangan hidup kecewa.
  19. Spesis liar, memang suka jadi bujang dan bertukar-tukar pasangan.
  20. Jawapan paling win- jodoh tak sampai.
Bagi mereka yang mengakhiri zaman bujang, itu bermakna pintu jodoh korang sudah terbuka dan masa untuk hidup sendirian bakal berakhir. Tapi sebelum anda (my finger is now pointing at you) bakal menamatkan zaman bujang anda, inilah persoalan yang harus anda fikirkan.
  1. Sesudah berkahwin, kebebasan korang bukan lagi hak milik mutlak. Kini kebebasan korang sudah dikongsi dengan pasangan korang. Ke mana pun korang pergi, pasangan korang berhak tahu dan dengan siapa korang bersama. Korang bukan seorang bujang seperti dahulu, sekarang korang sudah dimiliki oleh orang lain. Apapun kecantikan dan ketampanan yang korang dilihat, itu bukannya 'taster' untuk korang cuba dan rasa. Adakah korang mampu untuk meninggalkan keseronokan zaman bujang?
  2. Apabila mengakhiri zaman bujang dan hidup bersama, itu bermakna korang hidup berkongsi. Berkongsi segala-galanya seperti duit dalam poket korang, masalah yang korang hadapi setiap hari. Termasuklah tanggungjawab menjaga anak yang korang hasilkan secara 'berkongsi'. Adakah korang bersedia untuk menerima jerit tangis anak nak tidur pada sebelah malam, tukar pampers, bancuh susu, mandikan anak, layan kerenah anak dan jadi mak bapak yang bertanggungjawab?
  3. Hidup berdua dan tinggal bersama membawa maksud, korang akan berdepan dengan kelemahan masing-masing. Ia berbeza dengan kehidupan ketika bercinta sebab masa tu korang nampak semuanya indah. Bila dah berkahwin, isteri mungkin seorang pengotor, suami mungkin jenis ignorance, isteri mungkin kuat cemburu, suami mungkin kaki control dan banyak lagi. Apabila membuat keputusan untuk tidur sebumbung, sebilik, sekatil dan sebatal, adakah korang sanggup menelan segala kelemahan pasangan korang dan tak pandang kelebihan orang lain?
  4. Apabila zaman bujang berakhir, hidup bersama dengan orang yang dicintai ialah saat yang indah. Tapi perkahwinan bukan cinta semata-mata, bukan seks semata-mata, bukan nafsu semata-mata dan bukan romantik semata-mata. Tanggungjawab pada anak-anak, perasaan pasangan, nafkah keluarga zahir dan batin, didikan agama, kemampuan untuk menyediakan kemudahan perlu diambil kira. Adakah korang sanggup menerima timbunan tanggungjawab hidup berkeluarga tak kira apa masalah pun yang bergolak?
  5. Hidup bujang dan hidup berpasangan adalah dua laluan yang berbeza. Perempuan yang masih bujang biasanya tampil cantik berbanding perempuan yang sudah menikah. Lelaki yang masih bujang biasanya lebih romantik dan sanggup berhabis untuk kekasih berbanding lelaki yang sudah menikah. Apabila hidup bersama, ada banyak perkara akan berubah. Kecantikan fizikal perempuan akan memudar kesan dari tanggungjawab di rumah. Tahap romantik lelaki akan berkurangan sebab dah biasa tengok muka isteri. Adakah korang bersedia untuk terima perubahan yang mungkin berlaku bila-bila masa saja pada pasangan korang?
  6. Hidup bujang penuh dengan kebebasan. Waktu tidur, waktu bangun tidur, belanja bulanan, korang nak pakai apa, beli apa, nak pergi mana, dengan siapa dan apa saja yang korang nak buat, korang berkuasa sepenuhnya terhadap keputusan korang. Apabila menikah, korang perlu berbincang dengan pasangan sebelum membuat keputusan atau melakukan sebarang tindakan. Adakah korang mampu lupakan kebebasan yang korang nikmati sebelum ni dan berikan keutamaan dan kepercayaan korang pada pasangan?
  7. Godaan terbesar bagi orang bujang untuk mengakhiri zaman bujang dengan segera ialah melalui kisah rumahtangga bahagia selebriti dan dimomokkan dengan fairy tale 'happily ever after', tanpa mengetahui bahawa perkahwinan ialah 'continuous battle' yang harus diperjuangkan sepanjang masa dan time-bomb ada di mana-mana. Rumahtangga yang bahagia bukannya terletak pada tangan sesiapa melainkan di tangan pasangan itu sendiri. Adakah korang bersedia untuk masuk ke medan peperangan dan bersedia dengan apa saja kebarangkalian?
  8. Kebiasaan pada masa kini, pasangan yang korang pilih mungkin tak bekerja atau bergaji kecil. Hidup masa akan datang semakin mencabar. Kos kehidupan meningkat, menanggung sebuah keluarga bukan satu tanggungjawab yang mudah.  Kehidupan membujang tak sama dengan kehidupan berumahtangga, korang akan melihat semua realiti sebenar kehidupan dan sikap sebenar pasangan anda ketika berdepan dengan tekanan hidup. Adakah korang bersedia untuk hidup susah bersama pasangan sebelum menyesal atau merungut di kemudian hari?
  9. Kehidupan bujang menyaksikan korang tak peduli dengan rutin kerja rumah. Cuci baju kat dobi, makan kat kedai, panggil clean service bersihkan rumah ataupun tak peduli langsung nak kemaskan rumah. Apabila hidup berumahtangga, korang harus belajar untuk membahagikan tugas di rumah. Suami tak boleh mengharapkan isteri untuk buat semuanya- isteri bukan hamba dan suami bukannya tuan. Isteri tak boleh menyuruh suami untuk selesaikan semua kerja- suami bukannya kuli dan isteri bukannya majikan. Adakah korang bersedia untuk menanggung segala rutin kerja di rumah seperti basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah, kemas bilik tidur, bersihkan bilik air, cuci tandas tersumbat, lipat pakaian, gosok lantai berlumut dan sebagainya...secara bersama-sama?
  10. Poin yang kesepuluh- persoalan yang perlu difikirkan oleh golongan bujang yang bakal mengakhiri zaman bujang ialah isu kepercayaan. Ketika masih bujang, korang marah sangat kalau ada orang khianati korang, walaupun yang khianat korang tu setakat kawan atau ex. Bayangkan, korang dikhianati oleh orang yang korang pilih sebagai pasangan hidup. Orang yang dapat kepercayaan dan hidup serumah bersama korang. Hidup berumahtangga bergantung sepenuhnya pada kepercayaan. Korang harus percaya pada pasangan. Pasangan juga harus percaya pada korang. So, adakah korang berkemampuan menguruskan isu kepercayaan sebelum menikah, sesudah menikah dan sepanjang pernikahan?
Sebenarnya, perkahwinan tu mudah. Tapi berdepan dengan cabaran perkahwinan tu yang susah. Sekarang, alasan berkahwin ialah 'nak mengelakkan maksiat'. Dalam erti kata lain, mereka memikirkan nafsu berbanding tugas sebenar di alam perkahwinan. Jadi, sebelum mengakhiri zaman bujang, mungkin korang patut fikirkan peranan dan tahap kesediaan korang sebelum menjadi suami/isteri orang. Jangan sibuk nak kahwin sebab umur dah cukup atau jeles tengok kawan dah kawen. Kau tak tahu dugaan yang kawan kau hadapi dalam alam perkahwinan. Sebaiknya, buatlah persediaan mental dan fizikal sebelum meninggalkan zaman bujang. Kalau bahagia till Jannah, korang beruntung. Kalau sengsara till Jahanam, at least korang dah ada backup plan. 

Image result for single before married
credits: Pinterest

Pesanan dari pemerhati: Shield Sahran
@themagi2017

Monday, 3 July 2017

Anak: Saham Pelaburan Anda, Bukan Saham Kemusnahan

Hello July! Salam Syawal ke-9 untuk hari ini. Dan juga, salam Monday Blues untuk mereka yang bekerja (termasuk aku, huh~). Hari ni aku nak update entri pertama untuk bulan yang ke-7 tapi jangan sesekali korang sangka aku curi tulang hari ni. Aku dah setelkan kerja sebelum tengah hari so boleh la rehat sebelah petang dan simpan sikit kerja untuk buat esok hari. Kalau buat semua hari ni, tak berkhasiat la minggu bekerja aku nanti.

Image result for anak nakal
credits: marionofaola.com
So, back to the topic. Minggu hari raya, minggu orang datang ke rumah. Ziarah-menziarahi. Kunjung-mengunjung. Jemput-menjemput. Jadi kita takkan dapat elak perangai anak-anak orang. Ada yang baik, ada yang nakal sikit, ada yang nakal sangat, ada yang syaiton nirojim. Budak dan perangai nakal ni tak dapat dipisahkan, tapi kalau sampai ke tahap buas...aku rasa mak bapak budak tu kena cermin diri dan tengok mana silapnya. Macam tajuk kat atas, anak tu saham pelaburan anak. Jangan sampai korang musnah disebabkan salah teknik melabur.

Anak dulu, Anak sekarang

Anak dulu dan anak sekarang banyak bezanya. Ibu bapa zaman dulu dan zaman sekarang pun tak sama. Menurut pemerhatian aku, mak bapak dulu kurang educated dan kebanyakannya belajar tak habis. Ada juga yang educated tapi tak seramai sekarang. Tapi ada satu perbezaan ketara yang ada pada anak zaman dulu iaitu:


MEREKA LEBIH BERADAB

Atau dengan kata lain, adab mereka merangkumi rasa malu untuk berkelakuan buruk, mereka lebih menghormati orang yang lebih tua dan menjaga kesopanan di hadapan tetamu. Apabila anak-anak ternakal sedikit, ibu bapa mereka yang tidak educated dari sudut akademik dilihat bijak mengawal anak-anak dan menunjukkan leadership yang bagus dalam mendisiplinkan anak-anak. Ya, mereka tidak educated di sekolah tapi mereka sangat educated dari aspek lain yang sangat utama dalam kehidupan iaitu ADAB.

Ibu bapa dulu, ibu bapa sekarang

Aku dah sebutkan bahawa ibu bapa dulu kurang educated dari sudut akademik berbanding ibu bapa sekarang. Ibu bapa sekarang ialah hasil didikan ibu bapa dulu, maka terhasillah mereka- golongan ibu bapa yang bijak pandai. Berkat didikan orang tua mereka, mereka menjadi educated dan meneruskan generasi seterusnya. Bezanya, ibu bapa yang educated pada masa kini (tak semua, hanya segelintir saja) dilihat kurang educated dalam mendidik anak-anak. Alasan yang biasa aku dengar- "mak abah strict sangat dulu, nanti kalau aku ada anak aku tak nak strict sangat. Stres oo..." Hasilnya? Anak-anak merdeka sampai ke bulu-bulunya. Mak bapak hilang skil leadership dan akhirnya jadi pak turut anak-anak.

Ada juga yang memberi alasan mereka sibuk cari rezeki untuk kesenangan anak-anak. Betul, itu memang tanggungjawab mak bapak. Tapi sebenarnya mereka juga sibuk cari rezeki untuk tampung keinginan diri sendiri- nak beli baju jenama ni, nak beli perabot jenama tu, nak berhutang barang jenama ni, nak angkut kereta baru jenama tu. Akhirnya, time management untuk bersama anak-anak tak ada sebab sibuk bekerja. Mak bapak jenis macam ni cuba nak salahkan masa kerja yang mereka pilih sendiri. Anak-anak pun jadi lone ranger, hari-hari telan mi segera. Belajar adab dari rancangan TV yang entah apa-apa dan tengok perangai manusia sekeliling. Hasilnya, adab mereka pun entah ke mana.

Selain mak bapak spesis di atas, ada yang jenis tegur anak dan nasihat anak- tapi salah teknik. Bila mak bagi teguran, bapak pertahankan anak macam peguambela walaupun anak buat salah. Kepada bapak sekalian, tahukah anda perbuatan anda telah menjatuhkan taraf seorang mak? Sikap suami yang marahkan isteri sebab isteri marahkan anak boleh menyebabkan anak hilang rasa hormat pada mak, nasihat/teguran mak tidak dipandang serius dan juga anak-anak menjadi lebih berani untuk berbuat salah kerana bapak mereka akan jadi peguambela dan mak pula tidak dapat berbuat apa-apa. Begitulah sebaliknya.

Dan spesis mak bapak seterusnya, yang biasa dilihat dalam masyarakat sekarang. Anak berkelakuan biadab, mak bapak tengok je macam tunggul. Bila nak tegur anak, suara mereka tu macam sepoi-sepoi bahasa. Bila orang tegur perangai anak-anak mereka, mak bapak budak tu cuma cakap- "Biarlah, budak...belum tau apa-apa" ataupun "Mereka tu memang macam tu..." atau "Tu la...mereka tak nak dengar cakap." Kepada mak bapak sekalian, apalah makna anak korang minum susu badan atau susu formula untuk sambungkan sel-sel otak anak korang kalau korang tak ajar apa-apa yang elok? Apalah makna peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'? Dan apalah maknanya pangkat korang sebagai mak bapak kalau tak tau dan tak reti nak jaga anak?

Spesis yang terakhir sekali, mak bapak yang suka tegur anak depan orang ramai. Suka nak jatuhkan maruah anak. Suka nak tunjuk skil leadership sebagai mak bapak depan orang lain walaupun skil tak seberapa. Suka nak tayang cara nak didik anak, konon-konon dialah yang the best bab didik anak. Tahukah anda, teguran yang tak berlapik, kurang beradab dan sikap semberono anda dalam mendidik anak-anak adalah didikan tidak langsung anda terhadap anak-anak? Mak bapak ialah role model. Kalau mak bapak sendiri dah tunjuk sikap tak baik, mereka pun ikut sama. Jangan salahkan anak kalau korang marah anak sambil tunjal dahi diorang, anak makin memberontak.


Kasih Sayang yang Ganjil

Sebagai pemerhati dan aku pun belum ada anak, aku selalu tengok sikap mak bapak sekarang. Mereka sangat sayangkan anak. Memang patut pun mereka sayangkan anak, itu anak diorang. Cuma aku tak berapa berkenan apabila mereka salurkan kasih sayang mereka dengan cara yang tak berapa berkesan seperti:
  1. Sayang anak, bagi kebebasan banyak-banyak
  2. Sayang anak, hulur duit dan gajet berketul-ketul
  3. Sayang anak, takut nak menegur salah anak
  4. Sayang anak, tunai semua yang anak mintak
  5. Sayang anak, sayang sampai buta tak nampak perangai buruk anak
Bagi aku, itu bukan kasih sayang. Kalau mak bapak sayangkan anak, mereka takkan sanggup tengok anak mereka rosak. Sebagai contoh, korang sanggup habiskan masa, tenaga dan kos untuk melabur saham kat bursa saham. Korang sanggup tengok saham pelaburan korang jadi tak bernilai selepas penat korang menunggu? Kepada sekalian mak bapak di luar sana, sila fikir. Anak ialah tanggungjawab dan amanah, bukannya harta untuk korang berlagak dan menunjuk-nunjuk. Ada ramai yang tak ada anak berharap untuk dapat anak, tapi mereka yang ada anak buat peduli tak peduli dengan tanggungjawab terhadap anak. Ingat, tanaman takkan hidup subur kalau petani tak jaga, tak siram, tak baja. Macam tu juga anak. Jangan pandai buat anak je.

Ciri-ciri Saham Pelaburan yang Menuju Kemusnahan

Anak yang baik tak semestinya pandai dalam pelajaran, pandai mengaji dan lemah-lembut tutur kata. Anak yang tak baik tak semestinya mencuri, hisap dadah dan bunuh orang. Semua ciri-ciri tu very typical dalam pemikiran masyarakat kita. Kadang-kadang, ciri-ciri anak yang baik terletak pada budi bahasanya terhadap semua orang. Pandai aje tak guna kalau perangai buruk. Pandai mengaji pun tak guna kalau sombong berlagak nak mampus. Lemah-lembut tutur kata pun tak guna kalau raja segala hipokrit, sinis dan kaki jaja cerita. Dalam masa yang sama, perangai tak baik tak semestinya macam contoh yang aku sebut di atas. Mencuri memang salah, hisap dadah pun salah, bunuh orang dah tentulah berdosa besar. Tapi mak bapak tak sedar, perangai tak baik yang wujud di kalangan anak-anak ialah:
  1. Melawan cakap, tak nak dengar nasihat. Asal kena tegur je...meraung macam kena dera, sepahkan barang-barang, ugut nak muntah atas karpet atas sofa.
  2. Tak menghormati rumah dan harta-benda orang lain, buat rumah orang macam rumah sendiri (kadang-kadang lebih dari rumah sendiri, rumah orang dibuat macam zoo)
  3. Suka membazir makanan tak kira kat rumah sendiri atau rumah tetamu. Tak nak makan tapi mengada-ngada nak makan. Lepas tu, buat perangai buruk. Makan sikit, tumpah sana-sini. Makan banyak, termuntah terberak dalam toilet rumah orang. 
  4. Suka menyampuk orang tua bercakap. Asyik nak mencelah, nak sangat jadi attention seeker.
  5. Ambil barang orang lain senyap-senyap. Bila kantoi, tak nak mengaku. Kan elok kalau mintak izin?
  6. Bising kat tempat awam, langsung tak peduli perasaan manusia sekeliling. Menjerit macam kuntilanak, berlari sana-sini macam pelesit.
  7. Bila kena tegur, si anak mula tunjuk ego. Memberontak, cari pasal, nak protes (kecik-kecik dah tunjuk ego melangit, tak taulah dah besar macam mana.)
  8. Tak tunjuk rasa hormat depan orang yang lebih tua. Bila lalu depan orang tua, dia lalu macam orang tua tu tunggul kayu. 
  9. Bila anak ada segala-galanya, mulalah pandang orang lain macam sampah. Layan orang macam sampah. Tengok orang serupa macam sampah. Kecik-kecik dah pandai membuli.
  10. Poin kesepuluh ialah- kesemua sikap di atas, kalau tak dibendung boleh menyebabkan pembentukan sikap yang lebih teruk seperti penting diri sendiri, biadab, angkuh, sombong, kaki buli dan sebagainya. Masalah yang dianggap remeh akan berubah menjadi rumit. 
Secara harfiahnya, aku tak kata teknik pukul-memukul rotan-merotan adalah teknik terbaik. Generasi zaman sekarang ni luarannya keras yang amat tapi dalamannya lembut macam jeli. Kalau betul caranya, senang je korang nak bentukkan jeli tu dalam acuan yang korang nak. Zaman sekarang, semuanya pasal psikologi. Nasihat bermula dari rumah. Nasihat yang lembut tapi tegas, sentiasa konsisten dan bukan sekadar ugutan. Budak-budak sentiasa buat salah, jadi adalah tugas mak bapak untuk tunjukkan mana yang betul. Seorang lelaki dan seorang wanita, kalau nak bersama dan jadi mak bapak, janganlah sekadar jadi mak-bapak saja. Pastikan anda seorang role model yang mampu menjadi:
  • pemimpin
  • pendidik
  • pelindung
Nasib generasi masa akan datang ditentukan oleh anda, ibu bapa masa kini. Korang nak hidup tenang? Bukan senang semata-mata, tapi tenang dan tak kecewa? Tengok balik keadaan saham pelaburan korang. Jangan nak menyesal bila saham dah matang dan tak dapat diubah lagi. Tak pandai tak apa, yang penting adab sentiasa dijaga.

Pesanan dari pemerhati: Shield Sahran
@themagi2017

Thursday, 15 June 2017

Menu Ramadan V: Fried Cheesy Bread Roll

And again, aku datang lagi untuk setelkan entri ke-5. Hello gais! Lepas update entri ni boleh la relax sepanjang Hari Raya and sampai habis bulan 6. Kali ni, aku bereksperimen dengan menu ke-5. Sejujurnya aku tak pernah buat pun dan aku tak pernah tengok orang buat. Selalunya proses bread roll ialah baking in the oven. Aku tak ada oven, so aku goreng je. Btw, aku memang kaki goreng, kahkah~

Okay, untuk menu kali ni aku buat secara berperingkat. Jadi aku akan explain secara berperingkat. Tapi prosesnya tak lama mana pun. Aku malas nak tulis intro panjang2, so korang bacalah ingredients kat bawah.

Bahan-bahan:
  1. Kentang (semestinya...sebab aku nak habiskan kentang)
  2. Baby carrot
  3. Tomato-cherry
  4. Udang
  5. Serbuk kari
  6. Sos cili
  7. Frankfurter berperisa cili (nak guna perisa lain pun boleh)
  8. Plain cheese (cheddar)
  9. Bawang merah
  10. Bawang putih
  11. Pes cili
  12. Garam
  13. Tepung gandum
  14. Marjerin
  15. Minyak masak

Cara membuat:

Peringkat Pertama (Doh)
  1. Masukkan tepung gandum, air dan marjerin ke dalam mangkuk. Gaulkan sampai jadi doh. Kemudian, simpan dalam peti sejuk.
Peringkat Kedua (Inti)
  1. Tumis bawang merah bersama pes cili (aku guna pes cili homemade) sampai naik bau.
  2. Masukkan kentang, baby carrot, tomato-cherry dan udang yang siap dipotong ke dalam kuali.
  3. Taburkan garam dan serbuk kari secukup rasa.
  4. Masukkan sedikit sos cili untuk pekatkan bahan.
Peringkat Ketiga (Doh+Inti)
  1. Keluarkan doh dari peti sejuk. Uli sampai leper (kalau tak ada bread roller, tampar je doh tu sampai leper)
  2. Lepas tu, letakkan plain cheese kat atas doh yang dah leper. Letakkan inti dan frankfurter yang dah digoreng bersama-sama di atas doh.
  3. Kemudian, letakkan cheese atas frankfurter sebelum doh tu digulung.
  4. Bila doh siap digulung dengan kemas, gorengkan doh tu dengan minyak yang banyak. Angkat doh yang siap digoreng bila warna doh bertukar keemasan.
  5. Sekarang, doh yang siap digoreng tu boleh dipotong dan letaklah sos dan mayo (ikut citarasa korang)
Macam ni la rupa menu aku kali ni. Btw, menu ni boleh dimanipulate ikut taste korang. So, selamat mencuba.





@themagi2017