Tuesday, 28 November 2017

Pitu Apps: Artwork, Animation dan Cosplay!

Image result for pitu apps infoHello November! Finally, aku dapat luangkan masa untuk update entri bulan ni. Sambil tengah streaming lagu Move Your Body by Alan Walker, aku nak promote satu apps yang tengah hot sekarang ni. Sebagai artisan yang memang suka buat artwork, apps ni dah menunaikan sebahagian besar hajat aku. Nak tahu apps apa tu?

Okay, apps yang aku maksudkan ialah Pitu. Pitu merupakan apps untuk image editing yang menghasilkan imej berbentuk karakter animasi, mempunyai ciri-ciri lukisan tradisional dan juga digital, dan dalam masa yang sama menampilkan seni cosplay. Bayangkan, aku boleh hasilkan artwork yang cantik dengan muka aku sendiri yang tak berapa nak cantik, kemudian aku boleh jadikan diri aku dalam bentuk karakter animasi dan dalam masa yang sama aku tak payah keluarkan satu sen pun untuk bercosplay! Untung ooo!

Untuk sesiapa yang sukakan artwork (tak kisahlah jenis tradisional ke digital ke), minat anime dan memasang impian nak bercosplay tapi sengkek macam aku (plus, baju cosplay ni seksi mengancam, aku tak boleh try), so ni dia jalan penyelesaiannya. 

Pitu ni menyediakan beberapa kategori yang korang boleh explore sendiri. Antaranya ialah:
  • Hot
  • New
  • Head portrait
  • Girl's party
  • Nationality
  • Panzi
  • Antiquity
  • Childhood
  • Twins
  • Chinese Paladin
  • Spring beauty
  • The Flower Girl
  • Fairy (dan banyak lagi)
Apa yang menariknya pasal Pitu ni, cara apps ni blendkan warna muka aku dengan karakter memang sangat cantik. Hampir kesemua karakter yang aku try guna gambar yang sama menghasilkan imej yang kemas dan cantik. Mungkin sebab tu aku mention kat Facebook- "Seeing my own face as a work of art..." Korang tak percaya? Meh tengok, aku dah edit banyak untuk tatapan korang yang gila-cosplay-tapi-tak-mampu, macam aku. Kahkahkah!

Yang ni aku kategorikan sebagai Self-Portrait Artwork. For some reason, aku jatuh cinta kat gambar Silver. Tiba-tiba aku rasa aku ni narcissist. Cit~

Yang ni aku kategorikan sebagai Fantasy. Gambar Tree Sprite yang aku upload sebelum ni aku dah buang. Sebab kononnya gambar tu bagi imaginasi dahsyat. Haha.

Yang ni aku kategorikan sebagai Nationality Costume. Merasa jugak aku pakai baju tradisional dari negara lain.

Yang ini aku kategorikan sebagai Twin Artwork. Kalau aku ada kembar seiras, macam ni lah rupa dia kot. Not bad~


Yang ni aku kategorikan sebagai The Flower Artwork. Seumur hidup aku, aku tak pernah dress-up so feminine. Dalam gambar je la aku mampu jadi macam ni...kahkah!

Yang ni aku kategorikan sebagai Animation. Okay, sekarang aku dah masuk bab cosplay.

Yang ni aku kategorikan sebagai Oriental Artwork. Seriously, muka Jawa-Pakistan aku ni boleh pulak jadi puteri cina.


Sebenarnya ada beberapa imej lagi yang aku tak upload. Aku malas nak upload sebenarnya. Aku berharap ada lagi apps satu spesis macam Pitu yang tambah banyak karakter baru. Mungkin japanese cosplay, mungkin superhero cosplay, mungkin movie character cosplay. Lagi banyak karakter lagi best. Btw, korang boleh cuba apps ni dan semoga korang terhibur. Last but not least, aku baru sedar yang aku ni cantik juga orangnya *muntah sebaldi~



@themagi2017

Tuesday, 14 November 2017

Kuching Pada 10 Tahun Terakhir

Selamat pagi, pengunjungg blog MaGi. Hari ini, aku nak buat entri pendek berkenaan dengan bandaraya Kuching. Lagipun, tak kena rasanya kalau aku nak kongsi perkembangan bandaraya lain sebab aku lebih fokus dengan tempat kelahiran aku sendiri.

Okey, mengimbas semula kenangan sepanjang aku membesar di Kuching. Aku lahir pada lewat 80-an dan mak aku pernah cakap, suasana era 80-an tak ada bezanya dengan era 70-an dan 60-an. Jalan masih lengang, tak banyak kereta. Bangunan pun tak banyak. Keadaan rumah masih daif, hanya segelintir saja yang mampu duduk rumah batu. Malah, tak semua dapat  kemudahan air dan elektrik. Masih guna air telaga, air pam, pelita minyak tanah. Kesimpulannya, cara hidup pada era 60, 70 dan 80an tak ada perubahan yang ketara. Seolah-olah keadaan di sekeliling membeku macam ais. Kalau ada perubahan sekalipun, mungkin dari segi pakaian dan gaya rambut. 

Bila masuk era 90-an, pembangunan di Kuching pun bermula. Aku mula nampak bangunan-bangunan tinggi di seberang Sungai Sarawak, jalan raya lebih lebar, pusat membeli belah Parkson, Sarawak Plaza, Tun Jugah jadi tempat popular. Tapi Kuching masih di belakang kalau nak dibandingkan dengan bandaraya lain. 

Kemudian, era milenium bermula masa aku Darjah 6. Tapi sejujurnya, perasaan 90-an masih menebal masa awal tahun 2000. Sampailah aku keluar dari sekolah menengah dan aku sambung pengajian di Shah Alam. Pada masa tu, Kuching pun mula berubah.

Bermula dari tahun 2008 sehingga tahun 2017, Kuching mengambil masa 9 tahun untuk bangunkan banyak benda. Dan pembangunan berterusan pada tahun hadapan. Dalam erti kata lain, Kuching pada 10 tahun terakhir mengalami transformasi dalam tempoh 1 dekad dan kian pesat berkembang. Aku tak boleh bayangkan keadaan Kuching pada 10 tahun yang seterusnya.

Aku nak kongsikan hasil 1 dekad pembangunan di Kuching. Harap-harap tak ada spesis dengki berani angkat jari dan tuduh kami duduk atas pokok.

Image result for boulevard kuching
credits: gowhere.my
Boulevard Kuching
Dirasmikan: tahun 2012
Siap sepenuhnya: 2014

Image result for the spring kuching
credits: 360tour.asia
The Spring, Kuching
Dirasmikan: Januari 2008

Image result for DUN baru kuching
credits: roketkini.com
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dirasmikan: tahun 2009

Image result for vivacity kuching
credits: kuchingborneo.info
Vivacity Megamall Kuching
Dirasmikan: tahun 2015

Image result for cityone kuching
credits: cityone.com.my
CityONE Megamall
Dirasmikan: November 2015

Image result for jambatan darul hana
credits: facebook.com
Jambatan Darul Hana
Dirasmikan: November 2017


Akan datang:

Image result for masjid terapung kuching
Credits: malaysiaaktif.my
Masjid Terapung Bandar Kuching

Image result for sentoria water park kuching
Credits: sentoria.com.my
Sentoria Water Theme Park Kuching


@themagi2017

Monday, 13 November 2017

Inktober 2017 Challenge!

Hello, November! Akhirnya, aku berjaya update entri untuk bulan ni selepas aku struggle selesaikan banyak urusan. Walaupun aku gagal dalam satu urusan penting and op coz aku depressed sampai termimpi-mimpi, aku harap urusan ni dapat diselesaikan dengan baik. Tolong doakan aku, guys.

Okay, entri kali ni merupakan satu cabaran baru yang sebenarnya tak berapa nak baru sebab ramai dah cuba. Inktober merupakan cabaran melukis yang berlangsung sepanjang bulan Oktober dan setiap hari disertakan dengan tema tersendiri. Cabaran Inktober ni diasaskan oleh Mr. Jake Parker yang memulakan projek The Inktober Initiative dari tahun 2009. Dan untuk tahun ni, aku berminat nak sahut cabaran Inktober. Walaupun aku lambat sikit nak siapkan koleksi Inktober aku pada tahun ni (well, first try~), aku rasa aku berjaya sahut cabaran Mr. Parker. Kudos to myself!

So, ini dia koleksi Inktober aku pada tahun ini (klik mrjakeparker untuk info Inktober lebih lanjut)

*imej dari kiri ke kanan (hari 1-9)

*imej dari kiri ke kanan (hari 10-18)

*imej dari kiri ke kanan (hari 19-27)

*imej dari kiri ke kanan (hari 28-31)