Monday, 27 August 2018

Bila Berdepan dengan Kisah Seram III

Image result for ghosts
Credits: glamour.com
Selamat siang, gais! Kembali lagi ke sini, nak kemaskini kisah-kisah seram baru. Banyak sebenarnya, tapi aku ni lupa nak tulis. So sebelum aku makin lupa dan semua kisah-kisah tu lenyap dalam kepala otak, aku rasa inilah masanya untuk aku menulis.

Kisah Jalan Karak

Sepertimana yang diketahui ramai, Jalan Karak ni jalan berpuaka dan terkenal dengan kisah Volkswagen kuning. Kawan aku memang tak suka drive lalu guna jalan ni pada sebelah malam. Ramai yang kata, kalau guna jalan ni pada sebelah malam memang tak kembali ke pangkal jalan. Nak dijadikan cerita, tahun lepas aku pergi ke Cameron Highlands dengan member aku. Kitorang balik malam. Sampai kat kawasan RNR, kawan aku yang guide kitorang (kami guna kereta lain-lain) cakap yang tak lama lagi nak sampai ke KL. Tapi lepas keluar dari kawasan RNR, kitorang rasa macam lama sangat nak sampai KL. Kemudian aku perasan yang kereta kawan aku tu tiba-tiba berhenti kat depan antara dua simpang. Aku hampir nak call dia, nak tanya kenapa dia berhenti? Tapi lepas tu dia pilih simpang kanan dan perlahan-lahan drive. Tak lama lepas tu, kitorang jumpa KL dan kemudian kitorang sampai kat Putrajaya. Bila sampai kat rumah, barulah kawan aku bagitahu yang dia nampak papan tanda Jalan Karak kat sebelah kanan dan Kuala Lumpur ke sebelah kiri. Apa yang peliknya, papan tanda tu tak sepatutnya ada kat simpang jalan tu. Kawan aku nyaris nak pilih simpang kiri (sebab papan tanda tu cakap tu jalan ke Kuala Lumpur) tapi dia tak senang hati. Rasa semacam je bila dia tengok simpang sebelah kiri tu. So dia tetapkan hati dan pilih sebelah kanan walaupun papan tanda cakap jalan tu menuju ke Jalan Karak. Nampak tak? 'Jalan raya' cuba nak permainkan pandangan mata manusia.

Persimpangan Jalan di Masjid Jamek

Yang ni kisah seram di Kuching, terjadi belasan tahun yang lalu. Bagi sesiapa yang biasa solat Jumaat di Masjid Jamek Kuching, korang pasti tahu ada satu simpang jalan di sebelah kawasan masjid. Laluan jalan tu dikira laluan alternatif untuk elakkan kesesakan jalan. Laluan tu juga biasa digunakan oleh pengguna jalan raya. Cuma pada sebelah malam, orang tak suka lalu jalan tu sebab ada kes ragut dan peras ugut. Tapi dulu, laluan jalan ni lebih sunyi kalau nak dibandingkan dengan masa sekarang. Ada satu kejadian aneh, masa tu abah aku pulang dari menjala udang (tak tahu dekat celah sungai mana dia pergi). Disebabkan laluan tu paling hampir dengan jalan besar, dia pun membelok masuk tanpa rasa curiga. Tapi sepanjang laluan jalan tu, dia nampak ada sebuah treler di depan. Bila abah aku bergerak ke kiri jalan, treler tu ke kiri. Bila abah aku ke kanan, treler tu pun ke kanan. Treler tu macam tak bagi abah aku nampak jalan depan. Masa tu abah aku rasa tak sedap hati, dia berhenti sekejap kat tepi jalan dan pejamkan mata sekejap. Abah aku bisik pada diri sendiri- kalau treler ni berniat nak sesatkan dia, dia mohon agar dia nampak jalan yang sebenar. Lepas tu abah aku teruskan perjalanan dan dia pun berselisih dengan treler tu. Bila hampir dengan simpang keluar jalan, treler tu tiba-tiba kabur dan perlahan-lahan hilang macam kabut. Selang beberapa kemudian, abah aku mimpi yang treler tu sebenarnya penyamaran, gangguan, perangkap dan jalan masuk ke alam lain. Itulah orang tua-tua cakap, jangan suka merayau sebelum Subuh atau semasa Maghrib. Bukan manusia je yang hidup di dunia ni.

Salam Tak Dikenali

Kejadian ni baru je terjadi minggu lepas. Aku tak ada di rumah, jadi aku tak alami benda ni. Kisah ni berlaku pada sebelah malam, hari Khamis malam Jumaat. Malam tu adik aku baring kat tengah ruang tamu, melepak tengok video. Kemudian, adik aku terdengar orang bagi salam. Lepas tu adik aku panggil mak aku. Mak aku pulak panggil abah aku. Katanya ada orang bagi salam cari abah aku. Tiga kali orang tu bagi salam kat luar rumah, siap panggil nama abah aku lagi tu. Tapi yang peliknya bila abah aku mengintai kat tingkap, tak ada orang pun kat luar. Luar rumah tu sunyi sepi tak ada seketul makhluk pun. Tapi suara yang bagi salam tu tadi memang betul-betul depan pagar rumah. Dan sekelip mata tuan empunya suara tu hilang bila abah aku berdiri tepi tingkap. Mak aku cakap dia memang tak pernah dengar suara tu, apatah lagi nak kenal suara siapa tu. Untuk menambahkan lagi perisa misteri, pada malam yang sama aku berada kat rumah sendiri. Pada malam yang sama aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan rumah aku. Tak tahulah bahagian mana yang tak kena, aku pun pergi buka channel Astro Oasis dan biar je suara orang mengaji berzikir berkumandang dalam rumah. Tapi aku masih rasa macam ada sesuatu yang menunggu, so aku pun tutup TV, tutup lampu dan masuk tidur seawal jam 9 malam.

Penghuni Hotel

Yang ni kisah kakak aku yang duduk menginap di hotel sebelum bergerak ke KLIA. Sebelum berangkat balik ke Kuching, family dia stay semalam di sebuah hotel di Kuala Lumpur (aku tak nak bagitahu nama hotel tu). Disebabkan suami dan anak-anak dia penat, mereka masuk tidur lebih awal dari kakak aku. Entah kenapa, malam tu kakak aku tak boleh tidur. Gelisah semacam. Kemudian masa aku tengah risau kenapa tak boleh tidur, dia terdengar bunyi ketukan kat tingkap (bab ni mengingatkan aku dengan kisah seram aku di kampus). Kakak aku pelik la, manusia mana yang sibuk tergantung dekat tingkap dan main ketuk-ketuk tengah malam. Lepas tu kakak aku rasa seram sejuk, cepat-cepat dia tarik selimut sampai ke kepala. Bila kakak aku mengintai, dia nampak ada sesuatu berdiri dekat pintu. Kakak aku berdebar-debar, dia cuba paksa diri untuk pejam mata. Tapi manusia ni pelik, makin takut makin kuat pulak rasa nak melihat. So dia cuba sekali lagi tapi tak semena-mena benda tu berdiri betul-betul dekat tepi katil. Rambutnya hitam panjang mengurai. Apa lagi? Kakak aku terus bergulung dalam selimut dan tertidur akibat ketakutan.

Gangguan di Cameron Highland

Sekarang aku kembali ke kejadian tahun lepas. Hujung tahun lepas aku pergi bercuti dengan member aku. Kitorang pergi banyak tempat, salah satunya Cameron Highland dan kitorang guna 2 buah kereta. Bila tiba masa nak balik, kawan aku yang drive kereta Iris tu rasa tak selesa. Sebab hari dah malam, dia tak nak guna Jalan Karak (rujuk balik kisah pertama). Tapi akhirnya kitorang bertolak dari Cameron tu sebelah malam selepas Maghrib. Aku menumpang kereta yang lagi satu, kereta Myvi. Sepanjang jalan yang gelap curam dan bersimpang siur tu, aku rasa macam ada benda yang tak kena. Dua orang penumpang kereta Myvi dah tidur nyenyak dekat belakang, tinggal aku dan kawan aku yang jadi driver je yang masih sedar dan waras. Tapi masalahnya, aku rasa macam nak tidur. Mata aku berair mengalahkan orang menangis lepas tengok movie sedih. Aku tak tahu apa kena dengan mata aku dan aku tahu aku tak boleh tidur sebab kawan aku perlukan co-pilot. Kalau semua tidur, siapa nak bercakap dengan driver dan bagi driver sentiasa bangun? Jadi sepanjang perjalanan, aku memang struggle nak mampus untuk pertahankan mata. Dan aku paksa diri untuk kekal bangun, bercerita itu ini sambil pakai spek mata hitam...hahaha~

p/s: nanti aku update kisah seram di kampus aku

@theMaGi2018

Friday, 24 August 2018

Padman: Bermulanya Kisah Tuala Wanita

Image result for Padman UN speech
source/credits: themalefactor.com
Okay, aku kembali semula ke sini. Bersama tuala wanita.

Err, tak boleh cakap? Topik terlarang?


Yup, itulah mentaliti masyarakat. Datang haid dan tuala wanita ni satu topik taboo yang tak patut dibincangkan secara umum. Sebab darah haid tu kotor dan jijik. Dan tuala wanita tu tarafnya cuma di celah kaki perempuan, so...tak patut diceritakan langsung. Titik.

Tapi movie Padman dari India, lakonan Akshay Kumar yang diinspirasikan dari kisah hidup The Real Padman-Arunachalam Muruganatham memberi perspektif baru terhadap tuala wanita, dan juga membantu mendidik kaum lelaki tentang kesihatan wanita. Bagi aku, apa yang jijik sangat pasal haid? Kalau perempuan tak datang haid, perempuan tak berfungsi sebagai wanita (you know what I mean). Dan kalau kitaran haid perempuan tak betul, lelaki tak dapat zuriat (also, you know what I mean).

Sekarang kita berbalik semula kepada kisah Padman. Seorang lelaki bernama Lakshmi yang cintakan isterinya, Gayatri yang memiliki pemikiran kolot. Aku tak nak bagi spoiler banyak tentang movie ni (mungkin ada yang belum tengok) maka aku point out tarikan dalam movie ni iaitu:

Image result for Padman UN speech
source/credits: womensweb.in
  • Aku rasa Gayatri, isteri Lakshmi ni sangat beruntung sebab suami dia sanggup buat apa saja untuk lindungi dia, termasuk cipta tuala wanita sebab Gayatri ni masih guna kain yang kotor setiap kali datang bulan.
  • Aku suka pemikiran Lakshmi yang merasakan lelaki tak segagah wanita. Lelaki kalau berdarah berterusan selama 5 hari confirm mati *giggle
  • Proses terciptanya tuala wanita 'mampu milik' memberi kesedaran pada aku, betapa jenama dan mesin menjadikan produk menjadi mahal, padahal boleh di'murah'kan untuk manfaat semua orang. Itulah yang Lakshmi lakukan.
  • Wanita selalu cakap lelaki tak faham 'period crime'. Tapi sebenarnya wanita sendiri yang tak gemar nak cerita pasal tu depan lelaki. Macam kes Gayatri- rasa malu mengatasi kewarasan. 
  • Membeli tuala wanita seumpama membeli dadah. Why kena sorok? Itulah persoalan Lakshmi. Even aku sendiri dulu pun pernah beli pad, siap balut dalam plastik hitam sebab aku malu nak tunjuk depan orang. Now, peduli apa aku.
Menerusi movie ini juga, aku nampak beberapa topik lain yang menarik iaitu:
Image result for Padman UN speech
source/credits: thehindu.com
  • Tak semua, tapi selalunya keluarga selalu opposed impian kita. Macam Lakshmi, yang dituduh gila sebab cipta tuala wanita.
  • Untuk berjaya, kita perlu cari orang yang berfikiran terbuka dan appreciate idea kita. Macam Pari (karakter wanita moden), yang berfikiran terbuka dan percaya pada kemampuan Lakshmi sedangkan Gayatri asyik memikirkan pendapat orang lain, lebih rela mati daripada menanggung malu (yang berpunca dari tuala wanita).
  • Kadang-kadang, benda yang dipandang remeh dan tak penting boleh mengubah nasib seseorang. Contoh? Lakshmi dan mesin mencipta tuala wanita. Juga nasib sekumpulan wanita miskin yang akhirnya menjadi usahawan melalui tuala wanita rekaan Lakshmi.
  • Hari Wanita disambut setiap tahun. Gerakan feminisme sentiasa berkembang. Tapi wanita sendiri tak concern dengan masalah wanita, terutama menstrual hygiene di negara-negara miskin. So movie Padman ni boleh dikatakan 'penampar' yang baik untuk pejuang yang sibuk melalak pasal women equality whatsoever. Daripada sibuk nakkan hak equality lah, kebebasan lah, why not mereka fokus pada well-being wanita itu sendiri?
Movie Padman ni sebenarnya sangat memberi inspirasi bagi pengejar cita-cita, macam aku. Menerusi babak Lakshmi bagi ucapan di USA, aku tertarik dengan satu quotes yang dia sebut.

"You want no problem? Die!After die, no problem. Simple!"

Wow, rasa macam wake-up-call bila dengar kata-kata ni. Tapi aku tak nafikan, kalau nak dapatkan sesuatu, kena terima masalahnya sekali. Dan menerusi movie ni jugak, banyak pengajaran yang boleh dipelajari dari pemikiran kolot masyarakat, tentangan keluarga, tentangan adat dan budaya dan sebagainya. Sebenarnya, apa yang paling penting dalam Padman ini sebenarnya bukan semata-mata pasal tuala wanita- tapi keperluan untuk berubah. Malah, keadaan fizikal manusia itu sendiri memang sentiasa berubah- kalau tak berubah...manusia apa tu? Bagi mereka yang kata berubah ni tak penting, mungkin aku akan cakap "If that so, ko tak payah membesar, biar kau kecik je sampai ke tua." Ataupun, mungkin aku patut tiru Lakshmi punya speech- 

"You want no change? Die! After die, no need to change. Simple!"

Aku rasa aku dah berusaha minimumkan penceritaaan dalam review ni untuk elakkan spoiler alert bagi sesiapa yang belum menonton Padman. Movie ni aku bagi standing ovation. Sepatutnya, cerita macam nilah yang banyak di pasaran daripada cerita cinta entah apa-apa entah. Ada yang tak setuju dengan pendapat aku?

Well, inilah dunia. Rigid people always around, hahaha!

@theMaGi2018

Thursday, 23 August 2018

Art Therapy: Oddly Satisfying (I)

Hello August! Waa...finally aku berjaya update something untuk bulan ni! Serious banyak gila kerja yang aku tak tahu yang mana satu aku nak buat. Nak siapkan kerja sendiri, nak tolong orang lain, kena perah lagi...akhirnya aku merasa jugak dunia bekerja ni. Dulu aku tak rasa semua tu, sebab aku freelance. Cuma masalah freelance ni, aku selalu tak cukup duit. So senang cerita, aku makan gaji ke freelance ke, jadi leader ke, jadi apa ke...memang tak boleh lari dari stres.

Bak kata Lakshmi dalam movie Padman (Dah tengok ke belum? Aku suggest korang pegi tengok~)-

No problem means you not living...problem coming, chance for living.

Kadang-kadang manusia ni ada banyak cara nak hilangkan stres. Bagi aku, aku akan melukis. Makin teruk aku stres, makin peliklah lukisan aku. That's my way to express my depression. Aku create semuanya dalam bentuk circle sebab aku rasa, that's the feeling bila kita tersekat di tempat yang sama. Dan kali ni, aku tak bagi title untuk setiap artwork. Aku cuma quote apa yang aku fikir masa tu. Dan aku rasa sangat...oddly satisfying~

"She used to be pretty and wonderful, before they changed her into a mischievous spirit."

"Dreamers are cool..."

"Trap in sanctuary..."

"Two timer- everyone has its secret."

"These blood sucking people...they sucks~"

"When humans are not really human, but mannequin or machine. We're born to work, to obey and to die."

"If only we can turn back time and be like a baby. Nowadays, the world is getting too spicy and too cold..."

"When you have to obey foolishly..."

"They cut us, like a scissor. By using words"

"If only we can forget easily, avoid easily, abandon easily and leave everything behind easily. Yet carefree is not for everyone."


Untuk artwork yang lain, boleh follow Instagram @hshield. Oddly Satisfying (II) akan menyusul.

@theMaGi2018

Monday, 30 July 2018

Hana Yori Dango vs Boys Over Flowers?

Meteor Garden DVD cover.jpgOoyeah, I'm back! Sebetulnya aku tak tahu nak update apa tapi seminggu lepas aku tengok jdorama Hana Yori Dango. FYI, itu kali pertama aku tengok drama Jepun tu. Dan aku tak sangka best pulak drama tu.

Hana Yori Dango ni adaptasi versi Jepun daripada manga Yoko Kamio. Boys Over Flowers pulak versi Korea Selatan, Meteor Garden versi Taiwan dan Meteor Garden terkini versi China. Sebelum aku tengok BOF, aku tengok Meteor Garden- masa tu aku Form 3. To be honest, aku tak suka pembawaan watak heroin iaitu Shancai. Aku tak ada rasa kesian pun dekat nasib si Shancai tu sebab Barbie Shu tak dapat wujudkan karakter miskin dan dia juga tak dapat menimbulkan rasa simpati audiens (which is aku). 

Tapi drama versi Taiwan ni dapat sambutan sebab muka hensem F4 yang diterajui oleh Dao Ming Si (wow, aku masih ingat nama hero dia...haha~) dan itu drama Taiwan yang pertama yang menampilkan kisah cinta remaja yang segar pada masa tu. Seingat aku, aku lebih minat dengan Hua Ze Lei. Sebab aku berpendapat dia lagi hensem dari Dao Ming Si, heheh~

Boys Over Flowers (TV series) poster.jpg
Okay, now kita move to versi Korea yang diterbitkan pada tahun 2009. Watak utama, Goo Jun Pyo dimainkan oleh Lee Min-ho. Watak heroin, Geum Jan Di dimainkan oleh Ko Hye-sun. Based on manga, karakter hero ialah seorang yang kaya, angkuh, berlagak nak mampus, kasar, liar, sukar untuk difahami dan kesunyian. Lee Min-ho berjaya bawakan karakter tu cuma dia tak cukup liar dan tak cukup kejam. Dan karakter heroin pulak seorang yang miskin, sederhana, berani dan bersemangat. Ramai yang kata Ko Hye-sun berjaya bawa watak tersebut despite of usia dia tak sesuai dengan karakter Jan Di yang sepatutnya seorang remaja. Tapi bagi aku, aku tak dapat rasa the essence of teenage dari Ko Hye-sun, aku nampak dia sangat berusaha nak tampil sebagai remaja sekolah yang jatuh cinta. Plus, watak Jan Di ni boleh dikatakan agak lemah. Dia tak fight masa diculik , dia tak fight masa dia hampir kena rompak padahal watak heroin tu jenis melawan dan berani. Also, Jan Di ni jenis dependant sangat, sentiasa ditolong Ji-hoo sampai masuk sekolah perubatan. Dan aku rasa Jan Di ni agak fashionista masa pergi cari Jun Pyo padahal dia bukannya berduit sangat (aku berpendapat penggayaan Jan Di ni diuruskan oleh production drama yang nak jaga status BOF sebagai the best drama- ini pendapat aku je lah). Selain tu, watak emak Jun Pyo tak cukup sinis dan tak cukup licik. Watak kakak Jun Pyo juga tak begitu jelas dan tak banyak membantu Jun Pyo. Malah watak dua kawan baik Jun Pyo iaitu So Yi-jung si womanizer dan Song Woo-bin si anak tauke dark crime pulak tak berkembang sedangkan mereka tu pun F4 tapi sisi lain watak mereka tak dihuraikan dengan jelas. Lebih-lebih lagi watak Woo-bin, langsung tak berkembang. Dan watak si Yoon Ji-hoo pulak cepat sangat give up untuk cuba nasib dapatkan cinta Jan Di. Ji-hoo ni hensem tapi most of the time, dia suka tunjuk muka sendu. Haih~

HanaDan dvdcover.jpgSekarang kita beralih ke arah versi Jepun. To be honest, aku suka cara penyampaian cerita dalam HYD. Watak hero, Domyouji Tsukasa memang jelas seorang yang kasar, angkuh, liar, berlagak nak mampus, sukar difahami dan kesunyian. Tsukasa ni anak bongsu yang terpinggir oleh emak dia yang sibuk memanjang dengan bisnes, bapak dah meninggal, kakak Tsukasa iaitu Tsubaki pulak dah kahwin dan dia duduk sorang-sorang dalam rumah maha besar dan hidup dalam kemewahan. Aku boleh relate kenapa perangai Tsukasa sangat pelik. Watak heroin pulak, Makino Tsukushi pulak boleh dikatakan sangat fresh sebab pelakon Inoue Mao tu memang di usia remaja pada masa tu. Jadi aku dapat rasakan kedegilan dan ego seorang remaja. Karakter Tsukushi jugak jenis sederhana, boleh tengok pakaian dia yang tak fancy dan sesuai dengan kemampuan dan taraf kehidupan dia. Malah Tsukushi ni jenis tak terlalu dependant, dia bersungguh-sungguh belajar untuk masuk sekolah undang-undang. Watak Tsubaki pula dilihat sangat membantu Tsukasa, boleh dikatakan dia ni jenis motivator, cheerleader dan supporter yang menunjukkan effort untuk fight emak mereka sendiri. Watak emak Tsukasa pulak memang sinis gila, aku tak faham apa yang emak Tsukasa ni fikir setiap kali dia senyum dan kejam pun boleh tahan. Overall, watak F4 yang lain juga ada ciri-ciri tersendiri. Hanazawa Rui taklah sendu memanjang macam Ji-hoo, ada masa dia melawan, degil, pelik dan lucu. Kawan-kawan yang lain iaitu Nishikada Soujiroh dan Mimasaka Akira pun memainkan peranan yang penting dalam perubahan hidup Tsukasa, siap bagi duit dan kad kredit lagi serta tanggung kos perubatan Tsukasa dan support hubungan Tsukasa dan Tsukushi dari segenap sudut. Itu baru kawan.
Image result for meteor garden 2018
Sekarang ni, versi China jadi kegilaan sebab F4 China ni hensem-hensem dan rating drama ni jugak agak tinggi. Tapi aku nilai drama bukannya sebab F4 tu hensem atau watak perempuan tu comel atau betapa fancynya drama tu dibuat. Aku nak jalan cerita tu lebih logik dan memberi kesan. Kalau buat perbandingan antara Tsukasa dan Jun Pyo masa mereka berdepan dengan masa terdesak? 

  • Jun Pyo ambil alih bisnes sebab bapak dia meninggal dunia, desakan mak dia dan tekanan bisnes menyebabkan Jun Pyo jadi lebih dingin dan lebih bengis. Tapi kemudian dia dapat tahu rupanya bapak dia belum mati dan dia pun fight balik untuk dapatkan Jan Di. At first aku rasa, okey...bapak meninggal memang sentimental dan mengganggu psikologi. 
  • Untuk versi Jepun, Tsukasa ambil alih bisnes sebab mak dia cuba untuk jauhkan dia dari Tsukushi. Kemudian mak Tsukasa main taik, kononnya disebabkan perangai Tsukasa, pelabur mereka pun mula tawar hati untuk melabur dan saham jatuh lalu menjejaskan bisnes. Dikatakan beberapa cawangan mereka gulung tikar dan salah seorang pekerja Tsukasa bunuh diri depan mata Tsukasa, menyebabkan Tsukasa rasa bersalah tak terhingga. Okey, yang ini pun sentimental dan mengganggu psikologi. Lebih-lebih lagi Tsukasa ni jenis kaki buli yang liar dan tak pernah ambil peduli dengan perasaan orang, tiba-tiba terkesan dengan kematian seseorang yang berpunca daripada perangai dia yang cakap semberono. Tapi at the end, Tsukasa dapat tahu pekerja tu rupa-rupanya masih hidup dan mak dia tipu dia. Kalau aku pun, aku mengamuk kalau ditipu sampai macam tu sekali. 

So, tak kisahlah versi Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan China. Masing-masing ada taste dan yang pasti kesemua pelakon yang bawa watak F4 semuanya hensem. Kalau korang tanya aku suka yang mana, aku jawab jujur jelah. Aku pilih versi Jepun, sebab aku peminat Shun Oguri, hahaha! Well, aku ni selalunya prefer drama yang sezaman dengan zaman remaja aku. Harap anda faham~

Maka, sekian. Kalau aku ada tengok Jdorama atau Kdrama adaptasi yang lain, nanti aku akan ulas dalam entri yang lain. Babai!

@theMaGi2018