Hai semua! Hari ni nak kemaskini aktiviti di awal bulan Mac. Minggu lepas aku ikut serta bengkel kem penulisan kreatif TEGAS-PEKASA di Hotel Grand Continental di Kuching. Bengkel ni atas kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA) yang mensasarkan penglibatan belia dalam penulisan kreatif.
Okay, hari pertama pendaftaran dan sesi bengkel ialah pada petang 6 Mac 2020. Sesi pertama di hari pertama bermula dari jam 3 petang sehingga 5 petang. Seterusnya sesi kedua di hari pertama bermula dari jam 8 malam sehingga 10 malam. Okay, mukadimah untuk hari pertama agak menarik tapi aku masih menunggu wow factor sebab sesi pertama dan kedua di hari pertama ni adalah asas yang aku dah pelajari. Aku nakkan sesuatu yang berbeza.
Seterusnya hari kedua 7 Mac 2020. Sesi bermula pada jam 8 pagi sehingga tengahari. Diikuti sesi sebelah petang bermula pada jam 3-5 petang. Sesi sebelah malam oleh saudara Shamsul Idzham Jamil bermula 8-10 malam. Malam tu sesi menghasilkan puisi secara spontan dan juga deklamasi puisi. Sesi ni aku rasa aku tertarik sebab telah menghidupkan deria rasa aku dengan cara yang segar.
Pada hari terakhir berbengkel iaitu pada 8 Mac 2020, sesi terakhir dikendalikan oleh Tuan Mohidin Malek mengenai bahasa dan falsafah. Aku rasa aku banyak bagi feedback untuk sesi tersebut sebab aku sukakan konsep yang disampaikan. Secara keseluruhan, setiap fasilitator berkongsi sesuatu yang menarik. Antaranya ialah:
- Dilah Tuah: "Monyet minum minuman seperti manusia di kampus universiti"- memberi makna tentang kerosakan habitat dan menghilangkan ciri-ciri haiwan dan dalam masa yang sama ada unsur sinikal terhadap manusia yang kehilangan kemanusiaan.
- Awang Kelana: "Self talk adalah pemujukan terhadap diri sendiri"- menerapkan elemen redesign cara untuk berfikir.
- Mohd. Ali Salim: "Feri berjalan atau bergerak (?)"- penggunaan istilah yang betul tentang sesuatu perkara.
- Mohidin Malek: "Menyelitkan roh dalam karya"- konsep menghidupkan sebuah cerita menerusi penyampaian gramatis, mengekalkan semantik dan makna.
- Awangku Merali: "Karya harus organik"- membawa maksud kekayaan sesebuah karya dalam setiap elemen sehingga tidak boleh dileraikan dengan mudah kerana saling berhubungkait antara satu sama lain.
- Dayangku Azizah: "Pemikiran harus diiringi dengan tindakan"- iaitu perilaku untuk melaksanakan apa yang difikirkan dan apa yang hendak disampaikan.
- Shamsul Idzham Jamil: "Menulis melalui ransangan deria"- secara visual dan audio bagi mendapatkan gambaran dan emosi yang tepat.
- MOFA: "Tulis jak, jangan nunggu idea datang!"- itu je yang aku paling ingat, hahaha!
Bengkel kali ni aku boleh katakan menarik sebab penulis berhimpun dan bersama sepanjang 3 hari. Berkongsi pendapat, idea, kisah. Makan 6 kali sehari. Bab makan aku paling suka, akulah manusia paling bahagia bila cukup makan. Bengkel kali ni aku ada hasilkan puisi pendek (aku sempat deklamasi puisi tu pada sesi malam Sabtu) dan juga catatan tentang rakan sebilik (aku sampaikan pada sesi pagi Ahad). Okay, aku kongsikan hasil masa berbengkel:
Puisi Tanpa Tajuk
Malam menyelimutimu, anak
Kita berkongsi malam yang sama
Dingin menderu menyapa kita
Namun kau berbaring di tilam sepi
Betapa aku bermimpikan dunia
Sedangkan kau berharap pada lena
yang asli
Rakan Sebilik Saya
Rakan sebilik saya, yang manis. Pengemar warna merah jambu, begitu kontra dari saya. Dia pemburu pantai yang tekun. Tapi perlu disuntik ubat sesudah itu kerana alergik. Dia belum memulakan penulisan. Maka saya fikir saya harus menghantui dia sehingga dia berkarya.
Dan ada catatan yang aku buat tapi aku tak ingat untuk sesi yang keberapa:
"Merendah mengingat lembah. Meninggi terlupa diri..."
Apa-apapun, aku mengucapkan jutaan terima kasih terhadap semua yang terlibat sebab menghadiahkan pengalaman dan ilmu yang berharga sepanjang 3 hari aku berbengkel di situ. Dan semestinya, terima kasih sebab bagi aku kenyang, hehe~
Okay, aku kongsikan gambar sepanjang 3 hari berbengkel:
6 Mac 2020 (Jumaat)
7 Mac 2020 (Sabtu)
8 Mac 2020 (Ahad)
@theMaGi2020