Sunday, 27 April 2014

Mentafsir lukisan kanak-kanak

Every child is an artist. Itulah kata-kata Pablo Picasso. Tapi, Picasso menyambung ayat tersebut dengan kata-kata, "...the problem is how to remain an artist once we grow up." Kata orang, melukis ni minat. Itulah minat aku, walaupun mak marah sebab conteng dinding. Tapi bagi sesiapa yang ada anak yang suka melukis, korang boleh paham di sebalik misteri lukisan anak-anak korang. Itu pun kalau korang bagi anak-anak korang pegang pensel warna, pensel 2B, marker or magic pen.

Menurut Carl Jung, pakar psikologi, seni lukis sebenarnya sejenis terapi. Membiarkan kanak-kanak mengembangkan imaginasi dalam setiap pemerhatian diorang adalah komunikasi non verbal- menggambarkan reaksi wajah, pergerakan tubuh, postur dan gambaran bahasa badan dalam lukisan. Setiap lukisan menunjukkan perilaku, sikap, personaliti dan bentuk pemikiran kanak-kanak. Jadi, luangkan masa individu untuk anak korang. Diulang...masa individu. Pada masa individu itulah korang akan nampak di sebalik pemikiran seorang kanak-kanak. Kalau korang gabungkan anak korang, kongsi pensel warna, apa yang korang nampak cuma peperangan. Well, kids~

Sesungguhnya bukan senang nak paham lukisan budak. Macam cakaran. Tapi untuk memahami misteri lukisan kanak-kanak, korang mestilah:

1. Faham sebab apa lukisan itu dihasilkan.Adakah ia mengandungi benda baik atau pelik? Jika ada perkara pelik, kanak-kanak itu sedang mengalami masalah.
2. Apa yang korang rasa di sebalik lukisan itu? Adakah ia memberi makna gembira atau marah? Jika marah, cari punca kemarahan.
3. Perhatikan penggunaan warna lukisan. Jika ia kelihatan lembut dan kemas, emosi kanak-kanak dalam keadaan yang baik. Jika ia kelihatan serabut dan keras, emosi kanak-kanak tidak baik.
4. Kira jumlah penggunaan warna. Jika lebih dari 5 warna, perkembangan emosi kanak-kanak itu stabil. Jika kanak-kanak melebihi 3-4 tahun menggunakan warna yang sedikit, kanak-kanak mengalami masalah emosi. Mungkin fizikal.
5. Kenalpasti alat lukisan yang digunakan oleh kanak-kanak. Jika kanak-kanak lebih menggemari pensel biasa berbanding pensel warna, berkemungkinan kanak-kanak itu kurang menyerlah dan kurang positif (rendah diri).
6. Kenalpasti subjek lukisan kanak-kanak. Jika lukisan dipenuhi subjek sampingan, kanak-kanak cuba menarik perhatian. Kanak-kanak yang impulsif (gemar menurut kata hati) biasanya tidak melengkapkan lukisan mereka, lukisan kelihatan terlalu kasual (berhati-hati) dan sukar untuk dikawal.

Dan sekarang, jom kenal pasti sedikit lukisan anak buah aku (sebab aku tak ada anak).




Lukisan ni dilukis oleh my niece, dengan bantuan komunikasi tanpa tunjuk ajar. Katanya, ini orang. Ada kepala tapi tak ada badan. Penggunaan warna hitam ni biasanya menggambarkan pemberontakan tapi disebabkan aku yang mintak dia guna warna hitam ni, so, pengaruh warna tak ada kaitan. Lukisan ni lebih kepada sifat kreativiti. Aku suka lukisan ini sebab ia menampakkan sifat anak-anak yang comel.

Lukisan ni dibuat dengan bantuan tunjuk ajar. Katanya dia nak belajar melukis, jadi aku ajarkan. Pemilihan warna ni dibuat oleh dia sendiri, aku tak pilih. Penggunaan warna merah ni biasanya membawa maksud kekuatan, unik, agresif, hiperaktif, esentrik, dan sifat teruja. Well, macam itulah maknanya. My niece memang agresif dan esentrik. Nampak lukisan bunga kaler oren kat sebelah kiri? Lukisan sebelah kiri ni biasanya berkaitan dengan perkara lepas dan juga ibu. Kebetulan dia nak aku snap gambar lukisan ni dan hantar kat ibu dia, which is my kakak. Korang boleh relate, kalau lukisan dilukis sebelah kanan, ia berkaitan dengan masa depan dan bapa.


Lukisan ni atas bantuan tunjuk ajar. Lukisan budak lelaki pertama yang dia lukis, memilih warna hijau. Penggunaan warna hijau membawa maksud kebebasan, keras kepala, pendesak, bertenang dan sifat berhati-hati. Memang, masa melukis buat pertama kalinya guna marker, my niece memang berhati-hati dan bertenang. Tapi selepas dia selesa guna marker, sifat kebebasan, keras kepala, dan pendesak mula muncul. Di bahagian bawah, matahari dilukis dengan warna coklat. Coklat membawa maksud lesu, malas, fizikal yang tidak selesa. Kebetulan masa tu, my niece duduk tak berapa nak diam. 


Lukisan bunga tulip dalam pasu ni dilukis dengan bantuan tunjuk ajar. Penggunaan warna biru dalam lukisan adalah warna kegemaran kanak-kanak selain merah, hijau dan kuning. Korang boleh nampak ada warna kuning di sebelah tulip. Katanya nak lukis tulip dan burung. Biru membawa maksud caring dan enjoy company. Itu maksudnya, my niece gembira masa duduk melukis dengan aku. Pengaruh warna kuning tu membawa maksud sifat riang dan bijak. Betul, my niece memang riang ria tahap hari Raya. Becok pun boleh tahan.



Lukisan teddy bear dengan penggunaan warna hitam, atas bantuan tunjuk ajar tapi warna ni my niece yang pilih. Pada masa tu, emosi my niece merosot. Dah mula bosan, merengek, membebel. Hitam membawa maksud dominan, dia cuba nak kuasai aku dengan mintak yang bukan-bukan. Tangan pun mula gatal-gatal usik barang aku. Tukar strategi, aku bagi kertas kosong dan suruh dia melukis apa je dia suka. At the end, dia lukis entah apa-apa entah. Tak apa, asalkan dia bertenang.

Subjek lukisan kanak-kanak biasanya bergantung pada usia dan persekitaran. Kanak-kanak ada gaya dan subjek kegemaran mereka tersendiri. Lukisan kanak-kanak biasanya lebih ke arah mood dan tahap psikologi . Jadi, ia mungkin sangat membantu untuk memahami dan menangani kelakuan kanak-kanak serta memantau perkembangan emosi kanak-kanak dengan lebih baik. Dalam erti kata lain, adakah anak anda membesar dengan  normal? Well, kids. Suka buat aku pening...

Sebelum tutup entri, sila kenalpasti struktur lukisan kanak-kanak melalui umur.
  • 2-4 tahun: lukisan cakar ayam.
  • 4 tahun: lukisan banyak garis.
  • 5-6 tahun: lukisan deskriptif, lukisan konsep, kurang sempurna (belum jelas dari segi perbezaan jantina atau bentuk).
  • 7-8 tahun: lukisan representatif, lukisan yang menggambarkan persekitaran sekeliling (serangga, haiwan, pokok dan sebagainya)
  • 9-10 tahun: Lukisan mula jelas (kesempurnaan figura manusia dan sebagainya) dan kadang-kadang bersifat kritikal.


@themagi2014
Ruj:
Artful Kids
Orange Elephant
Parents.com
Loving your child

No comments:

Post a Comment