Halloween atau Hallowe'en merupakan salah satu perayaan utama bagi golongan Kristian selain dari perayaan Krismas, Easter, Valentine atau Hari Kesyukuran (Thanksgiving). Halloween, yang berasal dari perkataan All Hallow's Eve atau All Hallows' Even (evening) diraikan sebagai cuti umum bagi golongan Kristian di seluruh dunia setiap 31 Oktober. Namun, sebelum Halloween menjadi sebahagian daripada perayaan Kristian, ia merupakan perayaan hari menuai penduduk barat Eropah, festival pemujaan untuk Celtic Samhain dan hari yang penuh dengan upacara tahyul.
Sejarah Halloween>>>
Asal usul perayaan ini dikesan melalui perayaan pemujaan dewi Rom yang bernama Pomona, dewi buah-buahan dan biji benih. Ia juga di dalam festival kematian yang disebut sebagai Parentalia yang berkaitan dengan festival Samhain dan Samhain dipercayai berasal dari perkataan Old Irish yang bermaksud 'summer end'; menandakan berakhirnya musim menuai dan bermulanya musim sejuk atau musim separuh gelap. Jadi penduduk pada zaman tersebut menyimpan stok makanan, korban dilakukan, unggun api dinyalakan dan ritual dilakukan bagi memuja musim separuh gelap tersebut.
Hari Halloween diraikan sebagai hari untuk orang mati kembali ke rumah keluarga mereka (lebih kurang seperti perayaan Hari Obon di Jepun) dan Samhain dipercayai akan datang bersama roh pada hari tersebut. Menurut amalan pada hari tersebut, manisan disediakan bagi menyambut kedatangan roh-roh yang bertandang, tanglung labu yang dihias (dikenali sebagai Jack O' Lantern) pula tanda menghormati ketibaan Samhain dan memakai pakaian kostum hantu merupakan simbolik untuk mengelak roh-roh jahat dari mengganggu mereka.
Kaitan All Saints' Day dengan Halloween>>>
Perayaan All Saints's Day merupakan hari menghormati golongan alim Kristian dan diperkenalkan pada 609, tapi pada asalnya ia diraikan pada 13 May. Pada 835, tarikh perayaan ini ditukar menjadi 1 November (sama tarikh dengan perayaan Samhain) di atas perintah Pope Gregory IV. Ada sesetengah pendapat mengatakan ia kesan dari pengaruh Celtic, ada juga yang percaya ia merupakan idea pihak Jerman.
Jack O Lantern |
Pada penghujung abad ke-12, hari tersebut menjadi hari cuti di Eropah dan pelbagai jenis tradisi sambutan mula wujud seperti membunyikan loceng, membuat kek, kanak-kanak dan golongan miskin mula datang menziarah dari pintu ke pintu untuk mengumpul kek 'jiwa' (dan kini menjadi Trick or Treat). Setelah pengaruh Kristian diserap masuk ke dalam perayaan Halloween, golongan Kristian percaya bahawa hari tersebut merupakan hari Jesus turun ke bumi bersama roh-roh lain dan menghukum golongan yang melakukan kesalahan. Selain itu, perayaan ini dilihat sebagai simbolik kitaran kehidupan dan mengajar mereka tentang kelangsungan hidup. Lama-kelamaan, perayaan ini menjadi satu kemestian dalam kalendar tahunan dan harus diraikan.
Kepercayaan karut Halloween
- Halloween bermula dari amalan agama pagan. Kesemua kepercayaan karut ini bermula dari tradisi golongan Zaman Pertengahan yang takut pada sihir dan ilmu hitam, juga yakin pada dunia ghaib dan makhluk-makhluk halus. Oleh sebab itu, mereka yang meraikan perayaan ini akan memasang lilin sebagai penunjuk arah kepada nenek moyang dan saudara mara mereka yang sudah meninggal dunia untuk kembali ke rumah dan juga menunjukkan jalan kembali ke dunia roh mereka.
- Kucing hitam simbolik kepada penjelmaan ahli-ahli sihir. Oleh itu, terserempak dengan kucing hitam di tepi jalan pada malam perayaan membawa maksud, 'anda bakal ditimpa bala bencana'.
- Berjalan di bawah tangga yang sama juga membawa nasib buruk, dipercayai berasal dari kepercayaan Mesir Purba yang menyucikan simbol segitiga dan dikaitkan dengan keselamatan ketika berjalan di bawah tangga (seperti kata pepatah: sudah jatuh ditimpa tangga).
- Memecahkan cermin, terpijak rekahan dan menumpahkan garam secara tidak sengaja merupakan simbolik nasib buruk, pembawa malang atau bala bencana.
- Antara kepercayaan lain pada malam Halloween ialah golongan gadis yang sedang mencari jodoh hidup. Antara kisah yang pernah berlaku ialah seorang tukang masak menyembunyikan cincin dalam kentang lecek dengan harapan orang yang menemui cincin itu akan menjadi pasangan hidupnya. Selain dari itu, terdapat amalan berdiri dalam gelap di hadapan cermin akan membantu gadis-gadis muda melihat biasan bakal suami mereka di masa depan.
- Walaupun perayaan Halloween meraikan roh-roh yang sudah mati, ada juga meraikan hari tersebut dengan kepercayaan romantis dan berusaha untuk mengelakkan bala bencana selama 7 tahun (memang mengarut~)
#Di Amerika, Halloween merupakan perayaan yang paling ditunggu-tunggu berbanding Krismas, Easter, Thanksgiving, dan Valentine. Rakyat Amerika menghabiskan $2.3 bilion untuk pembelian manisan bagi 41 milion kanak-kanak yang meraikan tradisi Trick or Treat.
Rujukan:
[p/s: Halloween ni hari bagi kanak-kanak Amerika rosakkan gigi diorang, doktor gigi amek OT, buah labu disia-siakan dan kedai gula2 amek kesempatan...~]
MaGi2012