Pernah tak korang duduk sekejap dan merenung setiap barang yang korang selalu guna setiap hari? Pernah tak terlintas di fikiran korang siapa yang mencipta barang keperluan tersebut? Sekiranya korang pernah terfikirkan perkara ni, sah la korang memang peduli dengan kewujudan barang korang.
1. Berus gigi
Berus gigi pada asalnya dicipta di China menggunakan bulu khinzir yang terpilih (euw~). Kemudian, penggunaan berus gigi di China telah di promote oleh dentist French ke Eropah pada abad ke-17 dan 18. Di England, encik William Addis of Clerkenwald menghasilkan dan menjual paten berus gigi secara besar-besaran. Berus gigi berpaten pertama di Amerika pula telah dicipta oleh H.N Wardsworth. Pada 1938, berus gigi nilon dicipta oleh DuPont.
2. Ubat gigi
Ubat gigi wujud 500 BC di China dan India. Namun, penciptaan ubat gigi moden muncul pada tahun 1800. Ubat gigi berbuih pula dicipta pada tahun 1824 oleh dentist bernama Peabody manakala John Harris pula menambah bahan kapur dalam ubat gigi pada tahun 1850. Pada 1873, syarikat Colgate mengeluarkan ubat gigi dan menjual produk mereka di dalam botol. Pada 1892, encik Dr. Washington Sheffield mencipta tiub ubat gigi bagi menggantikan botol. Colgate kemudian meniru penggunaan tiub tersebut dan beberapa tahun selepas itu, bahan buih ubat gigi diganti dengan agen pengemulsi yang lain dan ditambah dengan cecair fluorida.
3. Pencukur pakai buang

4. Pakaian dalam wanita (coli)
Penggunaan pakaian dalam wanita ni wujud pada zaman Greek purba di mana wanita zaman tu memakai apodesmos dan mastodeton (dalam erti kata lain; coli). Bra moden berpaten yang pertama telah dicipta oleh Mary Phelps Jacob pada 1913 di New York dengan menggunakan dua helai sapu tangan sutera dan reben merah jambu sebagai sampel. Penciptaan bra moden dicetuskan bagi menggantikan penggunaan korset ketat yang dicipta oleh isteri King Henri II of France, Catherine de Medicis.
5. Tisu muka
6. Tandas siram

7. Tali kasut
Tali kasut, benda yang korang selalu pandang remeh sebenarnya sangat berguna untuk menyokong kedudukan kasut daripada tercabut dari kaki. Tali kasut ni dikatakan telah dicipta oleh Harvey Kennedy tetapi kasut kulit purba Areni-1 wujud sekitar tahun 3500 BC ditemui bersama tali kasut di Armenia. Ini bermakna tali kasut antara keperluan utama manusia sehinggakan ia sudah digunakan beribu-ribu tahun yang lalu dan tiada siapa pun tahu siapakah penciptanya.
8. Mee segera
Mee segera, makanan kesukaan ramai telah dicipta oleh Momofuku Ando dari Nissin Foods, Jepun. Momofuku yang dilahirkan di Taiwan telah mencipta mee segera dan dijual pada tahun 1958 dengan nama Chikin Ramen dan pada masa itu, Chikin Ramen dianggap sebagai makanan mahal. Pasaran mee segera lebih tinggi di China manakala di Belgium pula pasaran mee segera sangat rendah.
9. Sikat rambut
Sikat rambut, alat penting dalam peradaban manusia telah dicipta 5000 tahun yang lalu di penempatan purba, Persia. Sikat moden berpaten yang pertama telah dicipta oleh Hugh Rock pada 1854. Sikat rambut moden dengan wayar pendek elastik pula dipatenkan oleh Samuel Firey pada 1870.
#tmg2013
Untuk info lanjut sila rujuk>>>
No comments:
Post a Comment