Buku merupakan satu item yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, dari tahap tadika sampailah ke tahap universiti. Buku mempunyai kategori yang tersendiri (boleh rujuk di mana-mana perpustakaan) dan setiap buku ada keistimewaannya. Oleh sebab itu, maka wujudnya dua istilah penyakit iaitu Bibliomania dan Bibliophilia.
Apa itu Bibliomania?

1. Bibliokleptomania : Penyakit suka mencuri buku yang kompulsif
2. Biliotaphy : Penyakit suka tanam buku
3. Bibliophagy : Penyakit makan buku (book-eating)
Istilah Bibliomania ini wujud menerusi John Ferriar (1761-1815), seorang ahli fizik dari Manchester Royal Infirmary di mana beliau mencipta satu puisi pada 1809 untuk kawan beliau yang sangat gilakan buku, Richard Heber (1773-1833). Simptom penyakit Bibliomania ini boleh dilihat menerusi kegilaan dalam mengumpul naskhah unik, naskhah jarang dijumpai, jenis fine paper atau vellum paper, buku edisi pertama, buku berilustrasi, buku jenis blackletter, buku yang diharamkan atau naskhah ditindas.
Antara golongan yang mengidap penyakit Bibliomania ialah:
- Stephen Blumberg, pencuri buku terkenal dari U.S dan digelar sebagai The Book Bandit disabit kesalahan mencuri buku yang bernilai $5.3 milion dari perpustakaan awam dan juga perpustakaan universiti.
- Sir Thomas Phillipps, 1st Baronet (1792-1872) menderita beberapa jenis simptom Bibliomania. Beliau mempunyai koleksi buku dan manuskrip sebanyak 160000 naskhah, dilelong selama 100 tahun selepas kematian beliau.
- Reverand W.F Whitcher, seorang pastor Methodist pada abad ke-19 mempunyai kegilaan mencuri dan menjilid semula buku-buku yang jarang dijumpai untuk dijadikan koleksi peribadi beliau.
Apa itu Bibliophilia?

Bibliophilia tidak boleh disamakan dengan Bibliomania kerana Bibliophilia bukan sejenis penyakit mental (Obsessive-Compulsive Disorder). Bibliophilia ini bersifat lebih kepada hobi mengumpul buku atau mempunyai koleksi peribadi terhadap buku-buku yang diminati (personal mini-library). Istilah mempunyai koleksi buku-buku peribadi sebenarnya sudah bermula pada zaman Rom di mana tokoh seperti Cicero dan Atticus mempunyai perpustakaan peribadi. Maka, si pengidap Bibliophilia menganggap buku sebagai teman baik, bukannya sebagai koleksi peribadi semata-mata.
p/s: 80 peratus Bibliophilia+ 20 peratus Bibliomania= itu saya...
________________________________________
Untuk maklumat lanjut sila rujuk:
Untuk maklumat lanjut sila rujuk:
Wikipedia: Bibliomania and Bibliophilia
#tmg2013
No comments:
Post a Comment