
Di musim raya ni, korang campak kebiasaan puasa tu ke tepi dan makan ikut suka perut korang. Maklumlah semua orang sibuk buat open house, selera pun open jugak. Seperti yang korang tau, jumlah kalori dan lemak dalam masakan hari Raya agak tepu jadi adalah lebih baik korang makan dalam kadar yang korang mampu.
Kenapa korang harus jaga perut?
Pertama, dah sebulan korang puasa. Perut pun tak amek OT. Then, bila hari raya korang sondol lembu, ayam, unta, itik. Tu dah diibaratkan macam korang sumbat daging mentah berkilo-kilo dalam microwave kecik dan korang paksa microwave tu bakar daging tu sampai masak. Sudah pastilah microwave tu rosak tapi kalu microwave takpe la jugak, boleh beli baru. Kalu kantung perut, mana korang nak beli? Kat bilik mayat?



Kelima, kesihatan. Makan boleh dicari, dibeli. Tapi kesihatan tak boleh dicari atau dibeli. Apa yang korang boleh beli cuma pil kesihatan, supplement dan rawatan hospital je. Disebabkan perut, semua jadi sakit dan maintenance pun meningkat. Sebelum sakit memanglah korang tak kisah, tapi bila sakit dan pike pasal mati, baru sibuk nak jaga perut. Jadi, bersenam la siket. Utamakan kesihatan korang.
Keenam, sayangilah perut anda. Macam slogan Vitagen. Kalu anda tak sayang perut anda, siapa lagi? Takkan jiran sebelah kot? Lagipun, perut korang bukan tempat pembuangan sampah. Korang tau kan macam mana bau tempat lupus sampah?
_______________________________________
Okeh, setakat tu je. Entri ni bukan nak kutuk gaya makan seseorang, cuma nak ingatkan korang untuk makan dengan selamat di hari Raya jadi taklah sesak sangat hospital dan farmasi masa bulan Syawal. Kat sini aku titipkan pepatah urban untuk korang:
"Kerana ayam badan terancam, kerana minyak susah nak berak, kerana lembu perut tak tepu, kerana santan binasanya badan."
Hhahaha, selamat berhari raya ;)
#tmg2013
No comments:
Post a Comment