Thursday, 2 January 2014

Senarai Portmanteau Yang Patut Anda Tahu

credits: quia.com
Sempena tahun baru, aku nak kongsi sedikit pembacaan aku menerusi buku dan web tercinta. Awal2 tahun ni aku blaja senarai perkataan Portmanteau (gabungan dua perkataan jadi satu perkataan). Bahasa Malaysia pun ada yang lebih kurang macam Portmanteau tetapi lebih kepada akronim, e.g: Maging bermaksud makan daging dan Maun bermaksud makan daun. Memandangkan aku dah habiskan pembacaan Portmanteau bahasa Inggeris, aku nak kongsi selected word kat sini.

Selamat ber-Portmanteau


  1. Chortle: kombinasi Chuckle dan Snort. Dicipta oleh Lewis Carroll penulis Alice in Wonderland.
  2. Brunch: kombinasi Breakfast dan Lunch, juga dicipta oleh Lewis Carroll. Perkataan ni banyak sekali digunakan dalam How I Met Your Mother, TV sitkom di Amerika.
  3. Sitcom: kombinasi Situational dan Comedy. Baru sekejap tadi aku mention sitkom.
  4. Cosplay: kombinasi Costume dan Play. Cosplay ni hobi paling femes di Jepun dan sekarang dah merebak ke serata dunia.
  5. Pixel: kombinasi Picture dan Element. Selama ni aku blaja piksel dalam editing tapi cikgu aku tak pernah mention pasal benda ni.
  6. Netizen: kombinasi Inter(Net) dan Citizen. Nyata sekali, Netizen ni rakyat yang kerap sekali melayari Internet dan berkomen-komen. Korang boleh rujuk AllKpop punya website, di situ ada banyak netizen yang sangat supportive dan sangat destructive.
  7. Modem: kombinasi Modulator dan Demodulator. Selama ni aku selalu sebut 'modem', elok juga jadi Portmanteau. Bayangkan kalau aku kata kat kawan aku, "Sol, tolong connect Modulator-Demodulator tu sekarang!" Berbelit lidah aku.
  8. Blog: kombinasi Web dan Log. Blogger sekalian, jangan tak tau.
  9. Mozilla: kombinasi Mosaic Killer dan Godzilla. Gilalah, raksasa Godzilla jadi Mosaic Killer. Tak sangka aku terlibat dengan search engine pembunuh selama ni.
  10. Bootylicious: kombinasi Booty dan Delicious. Perkataan ni diglemerkan oleh Snoop Dogg tahun 1992 tapi Destiny's Child (geng Beyonce, Michelle dan Kelly) yang dapat credit dari Oxford Dictionary tahun 2004 menerusi personaliti Beyonce yang seksi. Lagipun, maksud Bootylicious ni 'tarikan seksualiti wanita'. Snoop Dogg tak layak dapat credit ni.
  11. Grue: kombinasi Green dan Blue. Sesuai sekali digunakan masa korang tengah melihat keindahan laut yang kelihatan hijau kebiru-biruan, e.g: "This sea looks so grue...". Kalu kombinasi Blue dan Green korang boleh sebut Bleen. Perkataan tu wujud, okay?
  12. Kidult: kombinasi Kid dan Adult. Merujuk kepada sikap orang dewasa yang gemarkan sesuatu yang selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak seperti hobi kumpul komik, figura patung, mainan aksi dan sebagainya.
  13. Metrosexual: kombinasi Metropolitan dan Heterosexual. Merujuk kepada golongan lelaki yang menjaga penampilan dari rambut sampailah ke hujung kaki tapi mereka bukan gay.
  14. Vitamin: kombinasi Vital dan Amine. Aku tak perasan pun selama ni vitamin termasuk dalam senarai Portmanteau.
  15. Sony: kombinasi Sonus ('bunyi' dalam bahasa Latin) dan sonny (slang yang bermaksud 'remaja'). Tak sangka aku, henfon aku tu maksudnya 'bunyi remaja'.
  16. Escalator: kombinasi Escalate dan Elevator. Perkataan ni memang ikut lojik akal sebab anak tangga naik macam lif.
  17. Fugly: kombinasi Fat dan Ugly. Asal gemuk mesti tak jauh dari hodoh. Macam mana dengan orang yang kurus melidi? Thugly ke, Skugly ke atau Anaroxugly?
  18. Chillax: kombinasi Chill dan Relax. Generasi zaman sekarang suka guna perkataan untuk merujuk situasi tenang tapi havoc (?)
  19. Spork: kombinasi Spoon dan Fork. Bukannya Swine dan Pork.
  20. Portmanteau: kombinasi Porter dan Manteau (perkataan French yang merujuk kepada Cloak atau Mantel). Ia dicipta oleh Lewis Carroll dalam Alice in Wonderland. 
Tak sangka, perkataan Portmanteau pun salah satu Portmanteau..hahaha~

Ruj:
The Dangerous Book for Boys (The Origin of Words's section, page: 214-216)

@themagi2014

No comments:

Post a Comment