Sunday, 5 January 2014

Turn Red Mini-Zoo

Selamat Tahun 2014, tahun ni tahun melawat Malaysia jadi sukalah aku nak insert entri pasal jenjalan. Memandangkan aku takda pitih nak terbang keluar maka aku bercuti di dalam negara saja, yakni negeri, yakni bandaraya aku sendiri. Harap korang faham apa yang aku nak sampaikan. Okay, semalam aku off to Turn Red Mini-Zoo yang terletak kat junction Serikin(sebelum ni dikenali sebagai Turn Red Mini Wild Animal Farm, thanks Mr. Percy Harrison Fawcet for your info). Biasanya pelancong yang habis membeli belah di Serikin akan singgah di tempat ini. Mini zoo ni sangat menarik sebab kawasannya tenang, sangat nature, sangat selesa untuk berjalan-jalan dan harga tiket pun berpatutan. Cuma RM4 je. Ia menyediakan kawasan riadah, jejak fosil, kafe dan pelbagai jenis haiwan walaupun tak banyak tapi bagi aku itu pun dah cukup okay. Sebelum aku attach photos, aku nak attach maklumat mini zoo ni sekali untuk sesiapa yang melancong ke Sarawak.

Turn Red Mini Zoo & Cafe 
Masa: 9a.m-11 p.m
Alamat: Turn Red Mini Zoo & Cafe, Jalan Serikin, 93250, Bau-Kuching

Sekarang masa untuk photo slight view :-p

Bahagian dalam Turn Red Mini Zoo. Siapa yang free-
free
hujung minggu datang la ke sini.
Beberapa tapak ke depan, korang akan nampak
air terjun mini. Sesuai dengan tempat ni.
Di tepi anak sungai, tak ada ikan pun kat dalam.
Mungkin tengah sembunyi bawah batu.
Laluan pejalan kaki bermula kat sini, terus
masuk ke kawasan mini zoo
Aku tak dapat jelaskan jenis batang
pokok ni. Sangat pelik tapi cantik.
Yang ni Barking Deer. Sangat pemalu.
Banyak kali snap gambar, yang ni je
nampak mukanya.
Ini dia unggas-unggas kaler biru. Bulu
pelepah dia dah macam baldu.
Seekor kucing hutan (Leopard Cat) yang
kesunyian. Kesian betul aku tengok.
Ini burung botak. Memang botak. Muka
serius gila. Sejam aku kat situ, sejam
jugaklah dia macam tu.
Aku tak pasti sangat spesis burung ni.
Mungkin burung botak, mungkin burung
undan. Tapi yang pasti, burung ni

ada masalah cepat marah.
Ini burung helang, dah macam Winston Eagle.
Burung ni duduk sekawan dalam sangkar
besar dan bunyi macam anak kecik
merengek. Sekali dengar, memang seram.
Dua kali dengar, korang addicted.
Kalu tak silap ini pun spesis burung helang.
Bijak sungguh posing amek gambar.
Yang ni ayam belanda. Asal bising
je, bulu buntut dia kembang macam gaun
pengantin. Entah tiba-tiba, aku terbayangkan
menu Thanksgiving...
Last sekali, kuda padi. Kat belakang tu kuda
biasa dan pondok madu kelulut.
Gambar ni diamek dalam jarak 30 hasta.

Ada banyak lagi haiwan kat situ seperti burung merpati, punai, ayam serama, buaya, eagle-owl etc. Sekali sekala nak melepaskan diri dari bunyi-bunyi enjin kat tengah jalan, korang datanglah ke sini dan dengar bunyi haiwan. FYI, taik kuda kompos di merata tempat. Sila peka semasa berjalan...kekeke~

@themagi2014

No comments:

Post a Comment